CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri

   Close [Copy link]
 Author| Post time 28-5-2011 01:48 PM | Show all posts
walaupun sy x mengenali cik es ni secara peribadi tp sy dapat rasakan cik es ni memang seorg yg krea ...
shamiju Post at 24-5-2011 08:42


Terima kasih,sy bukanlah mulia sgt seperti dlm statement di atas, sesiapa pun tak tahu true color sy lagi. Sy berpewatakan agak kasar,kadang2 bertindak hanya mengikut emosi dan jenis yang buat dulu,baru fikir. Sy ada banyak kelemahan, yg mungkin telah ditutup oleh gaya penggunaan bahasa sy. Klau in real life, sy memang jenis mulut takde insurans jugak cuma kdgkala hati ni terlalu sensitif, sy mengambil berat dgn semua org di sekeliling sy kdgkala sampai terabai diri sendiri.

kamsia ecah sbb hapdet citer yg best nih
puas menunggu setiap hari nk baca citer baru
...
seeri_7843 Post at 24-5-2011 09:32


Nenek tu memang ada tekan nombor tertentu tapi tak dikenalpasti sebab dia hanya lakukan kalau org lain berjauhan dengan dia.

wah....melenting ko....ko ingat ko apa? bintang pujaan!hak hak ptui...cerita ko ni sekali lalu aku ...
mamaque Post at 26-5-2011 21:43


Salam.. Sy hargai sgt semua pendapat awk. Setiap org berhak ada pendapat sendiri dan sy tak pernah menghalang kalau ada yg tak nak percaya,bagus lah tu sebenarnya kalau ambik langkah untuk tak percaya,ada kebaikan nya jugak. Maaf ye sebab cerita ni membazir masa awak. assalamualaikum.

pehh..mamaque punya statement kat atas tu,poisonous btol! Haha..aku pun berfikiran sama,cerita ni ha ...
fdcaprio Post at 26-5-2011 22:21


Sy menerima apa sahaja tanggapan org pada cerita sy,terima kasih ya

takkan la kaka ecah nak reka2 cite ni. alibi dia byk.. sume staff restoran tuh apew? n kaka pandora  ...
seroja Post at 27-5-2011 00:10


sy akui cerita ini pengalaman sebenar,tetapi kalau ada yang tak nak percaya,sy ambik langkah untuk biarkan sahaja, mereka ada hak untuk tak percaya. owh ya, bukan kaka pandora k...tp abg pandora.. dia lelaki lah :p

mamaque,yg ko nk meroyan kt snie buat apa gie jelah c.i tu meroyan
    tah3 ko yg p ...
B.K Post at 27-5-2011 07:49


Sekadar untuk membersihkan nama mamaque di sini.. Forumer mamaque tak pernah PM sy apa2 Biarkan dia dengan pendapat dia k,sy hormat

sy dah jangka prkara segini akan berlaku...cik_es (a.k.a) aisyah, adalah seorg wanita (eh silap..... ...
pandaniw Post at 27-5-2011 10:27


Terima kasih,memang hargai sgt. Sy akui kesilapan sy yg lepas,terlalu mengikut emosi. Sy secara peribadi, memohon maaf secara terbuka. Sy silap dan sy mohon kemaafan dari semua pihak. Dan....sy bersetuju dengan kata2 awak di atas.

Harap2 Aishah tak merajuk akibat rusuhan kecik yang berlaku disebabkan provokasi dari satu dua forum ...
Fieza-mira Post at 28-5-2011 10:54


Ye Fieza,sy akui rasa down jugak,tp untuk berputus asa tu,tak sama sekali. Sy dah buat keputusan untuk menyerahkan segalanya pada sesiapa yg baca kisah sy ni,untuk percaya atau sebaliknya. Sy menerima segala jenis kritikan jika ada, jika ada yg membenci hingga mengata sy mereka-reka cerita pun,sy tak juga ambil pusing sbb sy tahu kebenaran tu di pihak sy. Terima kasih atas teguran ni, sy akui kesilapan sy yg lepas & minta maaf sgt2 ya

amik yang positif....semua penulis yang baik harus mempunyai sifat cool dan kesabaran yang tinggi. ...
penjejak_awan Post at 28-5-2011 11:02


Sy hargai sangat teguran ni, sy akui kelemahan dan silap sy. Alhamdulillah ini lah yang kita nak, menegur bila org dah mula hanyut dengan perasaan sndiri. Terima kasih sgt.

Pada yang sy tak reply tu, sy minta maaf sgt,bukan sy terlepas pandang,sy baca semua komen anda,positif atau negatif,sy terima kesemuanya. Cuma bagi sy,jika ada yang hulur sokongan,sy menerima dengan hati terbuka,anggap itu sebagai penguat semangat. Jika ada yang sebaliknya, sy tak anggap anda musuh,tak sekali-kali. Lumrah hidup, takkan semua org suka apa kita buat, jadi sy redha saja

Salam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2011 02:16 PM | Show all posts
Terima kasih,sy bukanlah mulia sgt seperti dlm statement di atas, sesiapa pun tak tahu true colo ...
cik_es Post at 28-5-2011 13:48

bagus harap cik_es akan meneruskan penceritaan ini........sabar menunggu...........
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 02:19 PM | Show all posts
Reply 1385# cik_es


   congrats ecah..... memane posting yg berunsur provoke tuh, kalo boleh tak payah la di simpan dalam hati pulak... cerita ko neh memang sgt melerts... hampir setiap jam aku akan update status fb pasal citer ko neh.... aku br start bc cerita ko ni dr smlm... sbb br berkesempatan walaupon dah lame org kenal kan thread nih kat aku... kredit sgt pd forumer as188 & ayumi takashi yg dok mention pasal thread ni... ape2 pon aku akan tetap bersabar menunggu update dr ko
p/s: kem salam aku pd danny
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 04:39 PM | Show all posts
nama ai diseru ke? hehe..
noks ecah.. pedulik jah kata2 busuk deols tu..
sbnrnye deols eksaited dgn cite hawt uols ni..
bile lmbt hapdet deols pms la.. keji khen..
iols ni tiap2 ari gigih cek story uols hokay..
smpi tgh mlm wat susu anak pun terbayang2 nenek kamsia tu..
choyyy sgt tau..
noks ecah teruskan cite uols ni..
yg x suke baca sila klik butang X..
jgn lahar iols ye uolsss sume..
hepi reading! daaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 09:40 PM | Show all posts
besh cite ni..suka baca
gaya penulisan yg bagus
tt,yu mmg ader bakat menulis
tp lama kelamaan me rasa macam drama ja
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 01:15 AM | Show all posts
pehh..mamaque punya statement kat atas tu,poisonous btol! Haha..aku pun berfikiran sama,cerita ni ha ...
fdcaprio Post at 26-5-2011 22:21


Rekaan ker? Aku pun ada terpikir benda yg sama apabila baca certain part cerita tt. Bukan nak pertikaikan or apa, cuma kdg2 tu aku rasa ada certain part cerita tu mcm 'ditambah perisa' sikit. Motif? Haku pun tak boleh nak menjawabnya...huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2011 01:26 AM | Show all posts
besh cite ni..suka baca
gaya penulisan yg bagus
tt,yu mmg ader bakat menulis
tp lama kelamaan me  ...
juana_de_amor Post at 28/5/2011 21:40



    rasanya cik ecah ade cakap..nie kisah benar tapi dia cerita kat kita semua mcm gaya bercerita ..

mesti ade perisa ajinomoto sket...kasik sedap dibaca..kalo tak stret menonong je laa nanti..xde dup dap dup dap..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 07:28 AM | Show all posts
Jika kita dilimpahi pujian melambung2,nescaya sifat riak dan meninggi diri akan wujud..Boleh membuat kita lupa diri..Tp jika kritikan walaupun satu frasa,tetapi menusuk kalbu,nescaya akan membuat si alpa xkan terjun dengan si luncai..Aku setuju dgn penjejak awan,jika didatangi seorang tetamu,walaupun kita tidak menyukainya,maka janganlah disambut dengan cacian..Sesungguhnya orang2 yang kaki ampu itulah akan menjadi duri dlam daging u all..

P/s : Cerita sini habis sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2011 12:19 PM | Show all posts
nak tanya tapi kang kena sembur pulak....tapi nak tanya jugak,...bila nak abiskan cerita.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 12:48 PM | Show all posts
pelik betul lah dh masuk rumah org pastu nk kecoh3 pasl pujianlah, apalah, kejianlah,
apalah dh betul dia tulis best nasib baik snie kt mps, dh xsuka dudk diam3 jelah
nie xsuka still nk komen kt snie, talam dua muka lah org mcm nie masuk rumah org lg nk perli
jika kt c.i memg dh lama kne provoke dgn ak...

mcm kata jambu "apa3 pun x boleh"  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2011 12:53 PM | Show all posts
Rekaan ker? Aku pun ada terpikir benda yg sama apabila baca certain part cerita tt. Bukan nak pe ...
maximus_max Post at 29-5-2011 01:15


Mungkin awk dah terlepas pandang... Sy pernah mention, ini adalah pengalaman sebenar tetapi diolah semula dalam bentuk penceritaan novel dan dialog yang digunakan dalam cerita ni, adalah rekaan. Sy boleh katakan 15% intipati cerita ini hanyalah rekaan untuk menyedapkan jalan cerita, tetapi fakta asal,waktak-watak utama dan semua info penting ada pengalaman sebenar. Thanks.

Sy memang ada mention & highlight pasal mana part yang sy reka dalam beberapa update yg sy tulis. Jika masih tak percaya,seperti yg sy nyatakan jugak,terpulang kerana sy meletakkan hak itu kepada individu itu sendiri. Tiada paksaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2011 01:07 PM | Show all posts
nak tanya tapi kang kena sembur pulak....tapi nak tanya jugak,...bila nak abiskan cerita.....
myseba2u Post at 29-5-2011 12:19


sy tak berani nak cakap bila,sebab skrg ni sy terlalu sibuk dgn kerja. as u know,sy kerja kat restoren. Sy pulak duk sarawak, minggu lepas & minggu ni mmg sibuk gila sbb partner sy & beberapa staff cuti utk sambutan gawai, tambah lagi dengan cuti sekolah skrg ni, restoren sibuk sikit drpd kebiasaan.. dlm minggu depan baru sy ada free sikit. Setakat nak singgah2 sekejap sini ok lah,tp utk update,memang tak berkesempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 03:08 PM | Show all posts
meh aku bagi tip untuk elak gadoh-gadoh ni...

klik aje kat 'view this author's post'

senang

aku baca jer citer cik_es... yang lain tadak hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 05:08 PM | Show all posts
aku cadngkan kalau ada masa tiap hari tu,,
Tt tulis dulu cerita kat kertas  sikit2..hingga minggu depan
dah banyak dah , tinggal taip aje masuk dlm forum..
jadi tak bebankan sangat
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 10:25 AM | Show all posts
sy tak berani nak cakap bila,sebab skrg ni sy terlalu sibuk dgn kerja. as u know,sy kerja kat re ...
cik_es Post at 29-5-2011 13:07



takpe...takpe.....
buat lah yg mana ecah termampu
kami kami kat sini setia jek tunggu ecah abihkan cerita....
org lain yg nak tambah tambah perisa tu lantak kan.....
kt memana mmg ade je org camtuh.....

gud luck ecah!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 11:05 AM | Show all posts
dear tt,
take ur time..this is your masterpiece...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2011 11:21 AM | Show all posts
Reply 1400# ieezzo

agreed...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 12:46 PM | Show all posts
mula2 rasa syok..lepas tu rasa tak best..mcm poyo giller jer baca posting tuan rumah yg nak memberi amaran bagai, kalo sekali dua ok..tapi bila sikit2 nak mencanang-canang...saya rasa meluat pula, saya harap cik air asia boleh terima komen saya memandangkan kamu juga seorang yg berterus terang....... layan thread poshbabe ok even mcm fake hahhahaha ....tapi better than kamu yg makin hari menjengkelkan...dan mod pula tidak menasihati si air asia ni supaya berforum dengan baik...ngape nak diperbesarkan isu di PM, ini pon merosakkan thread selain PM saya ni yg bakal dihentam hahhahaha...berlagak mcm diva kah, ada special kah ..ok chowww....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2011 01:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by cik_es at 31-5-2011 01:27

Sebelum menulis dengan lebih panjang akan sambungan cerita ni, aku ingin sekali ambik kesempatan ini untuk meminta maaf sekali lagi atas perlakuan aku yang agak melampau batas/marah-marah hari tu, aku memohon maaf atas semuanya sekiranya apa yang ditulis tu, menyinggung perasaan sesiapa. Ya,aku faham hal dalam PM aku tak sepatutnya emosi bawa sampai ke sini, sebab tu dalam post aku sebelum ni, aku dengan rasa rendah hati meminta maaf dan aku pasti kejadian tu takkan berulang. Sebagai manusia,aku akan buat silap sama seperti org lain jugak dan aku harap diberi ruang untuk berubah. Aku bukan berlagak seperti diva atau sebagainya seperti dakwaan sesetengah pihak, perkara tu terjadi sebab aku tak mampu mengawal emosi pada masa tu, bukan sebab aku rasa diri aku diva maka aku boleh nak marah sesuka hati, aku tak bermaksud mcm tu. Atas semua salah faham ni, aku memang mohon maaf sgt, terima kasih atas teguran, aku terima semuanya. Harap dengan permohonan maaf secara terbuka ni,dpt diterima dan hentikanlah semua yang tak berkenaan untuk kebaikan bersama

Ok, we're back on track..

Sambungan ..

Lepas dapat idea tu, aku pun berpakat dengan Freddie untuk stay di tempat aku bekerja pada waktu dia tak bertugas,hanya untuk menunggu panggilan dari nenek misteri. Freddie setuju tapi dia tak le stay dalam office tempat aku kerja tu, sebab bos aku pun memang kadang2 akan datang secara mengejut nak check keadaan staff, aku tak nak la nanti tak pasal-pasal kena marah sebab bawa orang luar atau bukan authorised person untuk ke dalam office. Disebabkan office yang kecik comel tu pun memang letaknya di dalam restoren, jadi Freddie lepak je minum2 kat tempat customer di bahagian luar, sambil2 tu dia online sebab aku nasihatkan die untuk bawak laptop sekali, kot2 bosan ke, boleh je online guna wifi restoren.

Asyik2 tanya je, nenek tu dah call ke belum. Aku cakap belum lagi. Staff2 pun dah pelik, sape la pulak Freddie ni,lama pulak tu stay kat restoren,datang beberapa hari berturut-turut. Aku pulak tak pernah mention dengan dorang tentang Freddie tu lah orang sebenar yang nenek tu cari, aku cuma tak nak timbul sebarang kekecohan pulak nanti, tambah2 lagi salah sorang dari staff aku ni, ada hubungan darah dengan bos kitorang,tak reti plak mcmana nak explain hubungan tu, lebih kurang mcm adik beradik biras lebih kurg mcm tu ar. Aku agak risau gak lah kot2 budak tu nanti report pulak dengan bos aku sebab pernah sekali, bos aku warning supaya tak perlu panjang2 kan kes nenek tu, dia suruh biar dan diamkan je. Tapi disebabkan aku mcm dah terlibat dalam kes ni lebih dari separuh jalan dah pun, aku nekad nak redah je, even dengan cara senyap2, apa nak jadi, jadi lah.

Freddie singgah di restoren tu,beberapa kali seminggu. Masuk minggu kedua,Freddie dah give up. Sebab .. nenek tu takde call langsung. Bukan setakat freddie yang give up, dengan aku sekali memang dah give up. Org kata, penantian tu penyiksaan, hah betol ar tu. Memang seksa sangat ok, aku pun cakap kat Freddie,tak pe lah,kalau mcm ni la keadaannya,aku rasa tak perlu la datang lagi. Aku stay je duduk dengan Freddie waktu tu, dia cakap dia yakin akan dapat cakap dengan nenek tu di saat2 awal lagi, tp bila dah masuk minggu kedua, dia pun dah tak nak try lagi dah.

Sebelum Freddie balik, kitorang masih lagi sembang2 tapi bukan lagi pasal nenek tu. Mcm ni sebenarnya, mula2 tu aku ternampak kat beg freddie, ada keychain berbentuk t-shirt jersi Manchester United,dekat belakangnya ada nombor 56 & nama Freddie. Aku tanya lah,mane die tempah keychain tu,lawa. Die cakap la bini die jahit sendiri. Aku pun excited la sebab aku minat benda2 mcm tu tau, barang2 handicraft ni. Aku pun waktu tu tanya la Freddie,boleh request buat car charm ke, untuk gantung lam kereta, sebab bulan berikutnya, birthday kawan baik aku dari Sabah, aku ni plak mmg tengah fikir bagai nak rak,nak bagi ape. Bagi car charm yang ada bentuk yang kita request & boleh tulis nama mcm tu,aku rasa mesti kawan aku tu suka, maklum lah kawan aku tu baru beli kereta, bagi car charm ni memang molek bena lah tu, sempat aku fikir lagi.

Aku pun request la dari Freddie, dapat ke bini dia buat untuk aku. Freddie cakap tak sure sebab bini dia just buat ni suka2,tak pernah pun amik tempahan. Setakat buat untuk hadiah orang2 rapat dengan dia je. Aku cakap lah, aku upah bini dia wat,bukan aku mintak free, hehe. Freddie pun waktu tu call bini dia, bini dia cakap ok je,boleh tapi bukan dlm minggu ni,dia busy sikit. Minggu depan boleh la kot, siap... Aku on je lagipun birthday kawan aku tu bukannya dalam bulan tu jugak,ok ar tu.

Dipendekkan cerita, selepas car charm yang aku request tu siap, Freddie pun anta la ke restoren tempat aku keja. Waktu tu lah, nenek tu call,tapi bukan aku yang jawab, si clerk yang sorg tu jawab, mcm biasa la dia jerit je nama aku cakap nenek call (sebab dia malas nak layan nenek tu). Waktu ni aku dengan Freddie berpandangan, eh waktu Freddie tak tunggu call, nenek tu call pulak. Aku bagi isyarat dengan Freddie untuk dia ikut aku masuk ke dalam office. Mula2 dia tak nak, mcm segan gitu kan staff2 lain pandang2 dia. Tapi aku cakap, masuk je, pandai2 lah aku cover nanti.

Di saat telefon tu beralih ke tangan Freddie, aku nampak dia sedikit gelisah. Tak tau la mungkin dia nervous ke apa. Sekali lagi, perbualan dalam bahasa Cina Hakka.. kalau dulu, antara Danny dan nenek, kali ni antara Freddie dan nenek pulak. Apa yang jadi eh, korang agak?

Freddie meletakkan gagang telefon ke telinga. Dia senyap, tak berkata apa-apa, tapi pada waktu yang sama, nenek tu masih lagi "membebel" tanpa menyedari yang tadi, takde orang pun tengah dengar apa die cakap, mesti nenek tu bengang sebab takde respon.

Ini adalah perbualan antara Freddie dan nenek, yang dah aku alihbahasa ke bahasa melayu, hasil penceritaan Freddie sendiri..

"Nenek?"
"Freddie!!!" -> masa ni nenek ni menangis,meraung. sempat jugak aku dengan freddie gilir2 dengar..

"Nenek siapa sebenarnya?Nenek kenal sy?"
"Freddie,lama nenek call kamu,kenapa tak balik?"
"Nenek..sy tak faham. Nenek di mana ni? Dari mana?"
"Hishhh Freddie....Freddie... dah la bekal makanan kamu tak bawak,nenek call,kamu selalu tak ada je!!"
"Nenek tunggu kamu pulang Freddie..Nenek tunggu kamu"

Freddie kemudiannya bertanya sesuatu untuk confirmkan yang call tu,adalah nenek dia..

"Nek,jam tangan yang sy baru beli tu,hilang..tak tau mana tercicir"
"Hilang apanya pulak... ada ni ha nenek simpan,kamu yang tertinggal kat meja"

Freddie terkedu.. Freddie masih ingat lagi,beberapa hari sebelum dia berangkat ke Australia, dia ada beli sebuah jam tangan baru. Disebabkan pagi tu dia kelam kabut sangat nak ke airport, dia tertinggal jam tu di atas meja,berhadapan dengan tv di ruang tamu. Dan sekarang, bila ditanya balik tentang jam itu, nenek tu tahu. Tapi.. neneknya dah mati beberapa tahun yang lalu, bersaksikan jirannya sendiri, masuk police report dan jugak suratkhabar tempatan. Gambar pun ada menjadi bukti dan beberapa saksi yang tak mungkin lah diorang akan menipu.

Freddie menarik nafas panjang...cuma untuk bertenang dengan kejadian yang tak disangka-sangka ni..

"Freddie..pulang tak?Nenek ada masak ni"
"Nenek...."
" Pulang ke? Kamu tu ada gastrik.."
"Nenek... dengar ckp sy nenek, sy tak perlu pulang..nenek yg perlu 'pulang' nek.. Dunia ni bukan tempat nenek lagi"

Nenek diam,tak kata apa2..

"Nek..nenek 'pulang' ya?Jangan balik sini lagi,ni bukan tempat nenek. Nenek 'pulang' lah,sy tak apa-apa"
"Kau tak pulang ke?"
"Tak nek... ni dunia sy,tempat sy.. nenek pulang lah.."
"Nenek tau Freddie.. kau tak pernah pulang.. dan tak akan pulang"

Talian terputus..

Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 01:30 AM | Show all posts
bertambah suspen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.385177 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list