Bagi gadis berusia 24 tahun ini, bertemu dengan idola ramai itu merupakan peluang keemasan yang tidak harus disia-siakan. Berbekalkan nasihat itu, Mila kini semakin berani menempuh apa sahaja dugaan yang mendatang.
"Kata-kata daripada penyanyi itu menguatkan azam Mila. Orang berpengaruh sebegitu pastinya lebih banyak dihimpit kontroversi. Tapi dia tetap berjaya. Mila berharap Mila dapat berjaya sepertinya. Lagi pula nak berjaya bukannya senang. Kerana itu mila tak kisah apa orng nak cakap. mila lebih selesa memikirkan strategi dan perancangan untuk Mila terus bertapak di luar negara", ujarnya yang berasa bertuah dapat menyertai pertandingan di luar negara kerana ia banyak memberi pendedahan buatnya terutama apabila beraksi di pentas asing.
Dilamar artis antarabangsa
BENARLAH kata orang, usah memandang pada rupa, namun lihat pada bakatnya. Mila yang bertubuh kecil tetapi punya bakat nyanyian yang sungguh luar biasa. Bukan hanya album, tetapi Mila turut dilamar untuk berduet dengan penyanyi dari Ukraine dan Itali.
"Selepas pertandingan itu, Mila ada terima panggilan untuk berduet. Buat masa ini Mila masih mempertimbangkan tawaran itu kerana Mila harus fokus pada kerjaya mila juga. Tapi apabila difikirkan mengenai kerjaya, Mila rasa ini peluang yang baik. lagi pula kumpulan Norallaso merupakan sebuah kumpulan yang begitu popular di Ukraine. Mereka mahu Mila terlibat untuk sebuah lagu.
"Satu lagi tawaran adalah dari Itali. Ini juga peluang yang baik. Mila diminta menyanyi lagu untuk dua versi iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol. Insya-Allah, semua ini dalam perbincangan. Sekiranya berhasil, ia adalah kebanggaan kita semua," katanya yang akan membuat persembahan di Thailand di depan Raja Thailand tidak lama lagi.
Biar ada cerita suka mengenai kerjayanya sekarang namun jauh di sudut hati Mila, dia merintih apabila usahanya ini tidak dipandang apatah lagi menerima tajaan. "Apabila bercerita mengenai hal ini, Mila memang rasa terkilan sangat. Mila ke luar negara bukan hanya untuk diri sendiri tetapi membawa nama Malaysia, tapi Mila tak dapat sokongan. "Mila pernah patah hati dan hampir menarik diri . tapi mujur pada saat-saat akhir, pihak MBSB sudi menaja RM30,000 untuk Mila berada di sana. Duit itu Mila gunakan untuk penginapan dan tambang Mila ke sana.Mila hargai jasa pihak MBSB khususnya Kelab Simpanan Cheeky". Katanya yang bakal muncul dengan 'single' Inggeris pertama berjudul Breakdown tidak lama lagi.
Thanks Tira upload vc Mila @ Bintulu dan vc Mila @ Golden Talent Batumi Georgia
Akk berulang-ulang kali tengok vc Mila nyanyi lagu Benny and The Jets/Listen...tak puas, best sangat2 ... memang terbaik dari Mila..Bravo!!! sepatutnya Mila dapat juara, naib juara or ketiga tapi syg seribu kali sayang...mungkin diorg tk nak USD terlepas ke tangan org asia spt Mila...huhuhihi...xpe Mila, jgn putus asa... walaupun no 4 kami bangga sangat bakat luar biasa dan pencapaian Mila dlm bidang nyanyian..dan dapat tunjukkan bakat nyanyian dan persembahan Mila di 23 buah negara yg menayangkan pertandingan tersebut di stations tv negara masing masing...
MJ Panacea Records is promoting a new song "Malu Malu" available in "Mila Jirin" 2nd album..
Show your support and your love by request this song at your favorite radio stations.. Thanks very much for your support
MJ Panacea Records is promoting a new song "Malu Malu" available in "Mila Jirin" 2nd album..
Show your support and your love by request this song at your favorite radio stations.. Thanks very much for your support