|
Selepas lima tahun tidak mengarahkan filem, akhirnya saya setuju untuk mengarahkan filem ini. Itupun setelah didesak beberapa kali oleh penerbit. Kalau ikutkan hati, saya mahu rehat sementara untuk mencari ilham. Tetapi, kenapa Azura? Mungkin itu pertanyaan yang akan diajukan kepada saya. Bagi saya, kalau hendak berkarya biarlah naskah itu dekat di hati. Azura memang dekat di hati saya kerana filem ini telah menonjolkan ikon-ikon yang kita kenal sehingga ke hari ini seperti Ogy Ahmad Daud, Jamal Abdillah dan M.Nasir.
Ketika kemunculan filem ini di pawagam pada tahun 1984, saya pun baru berjinak-jinak dalam dunia penyiaran. Ketika itu saya menjadi Penolong Penerbit di RTM. Tapi, yang paling penting saya tertarik dengan watak Azura yang kuat, kental dan tegas. Saya memang suka dengan watak wanita sebegini kerana ia mencerminkan kesukaran dan susah-payah yang terpaksa ibu saya hadapi ketika membesarkan anak-anak. Jadi, tugas mengarahkan Azura versi terbaru ini adalah cabaran kepada saya,” ulas Aziz M.Osman ketika majlis pelancaran filem Azura pada Rabu lalu.
Memandangkan Azura hanya menanti waktu tayangan, Aziz turut diminta berkongsi pengalaman mengarahkan filem ini. Maklumlah, setiap filem yang dibuat semula ini pasti akan dibuat perbandingan dengan naskhah asal.
“Saya sebenarnya lebih suka kalau filem ini dipanggil adaptasi bukan remake . Bagaimanapun, terpulang kepada penonton untuk namakannya. Saya tidak mengubah jalur cerita, tetapi saya menyesuaikannya dengannya latar masa terkini. Kalau orang hendak banding-bandingkan, itu perkara biasa. Sebagai pengarah saya telah cuba melakukan yang terbaik dan sudah tentu saya puas hati dengan hasil filem ini.
Selain itu, saya juga berpuas hati dengan kehadiran hero dan heroin baru ini. Neelofa seorang pelakon yang bagus dan dia mampu pergi lebih jauh. Sekarang pun saya lihat dia sudah semakin panas. Begitu juga dengan Shahz Jazle, dia tidak cuba menjadi Jamal Abdillah. Sebaliknya, dia mencipta karektor sendiri,”ujar Aziz lagi.
Azura mengisahkan seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup untuk mencapai cita -citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990.
Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuat Zek tidak mampu berdikari. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan. Detik pertemuan pertama dengan Azura memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek membuat dia merasa Azura sahaja yang dapat memimpinnya.
Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri. Namun, ayahnya, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibili Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan cuma akan merosakkan masa depannya dan Azura.
Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh ambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek. Zek terima itu sebagai satu cabaran. Zek dan Azura kembali ke Kuala Lumpur dan menjalani penghidupan baru. Kerana kurang pengalaman dan kelayakkan, Zek susah hendak mendapat pekerjaan selesa. Akhirnya dia terpaksa bekerja sebagai attenden di stesen petrol.
Manakala Azura pula terus berjaya dibidang akademik dan ditawar bekerja di luar negara. Tekanan kerja telah menjejas emosi Zek. Azura pula terpaksa berahsia tentang kejayaannya kerana tidak mahu Zek merasa rendah diri. Namun Zek akhirnya mengetahui situasi sebenar. Dia merajuk dan meninggalkan Azura. Azura terpaksa membuat pilihan, samada meneruskan cita citanya atau terus setia menanti suami.
Filem ini akan memasuki pawagam pada 2 Februari 2012.
x sabonyeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Manakala Azura pula terus berjaya dibidang akademik dan ditawar bekerja di luar negara. Tekanan kerja telah menjejas emosi Zek. Azura pula terpaksa berahsia tentang kejayaannya kerana tidak mahu Zek merasa rendah diri. Namun Zek akhirnya mengetahui situasi sebenar. Dia merajuk dan meninggalkan Azura. Azura terpaksa membuat pilihan, samada meneruskan cita citanya atau terus setia menanti suami.
shalady Post at 5-12-2011 09:20
Kesiannya Zek. Rela bekorban so that Azura boleh sambung belajar.....die mengalah...tetiba aku dh rasa sedih n sweet citer ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1385# liltash85
ooo..takder zek jatuh sakit laa macam citer asal ...
haaa ...ambik ko suka sgt hero sakit ..skang ni Shahz dah sakit betul betul sian dia |
|
|
|
|
|
|
|
Reply liltash85
ooo..takder zek jatuh sakit laa macam citer asal ...
haaa ...ambik k ...
oddxx Post at 5-12-2011 14:59
itulah, asyik nk hero sakit....betul2 doa kita dikabulkan...better tarik blk wish2 merepek tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1387# liltash85
rasa bersalah ..cuma nak tgk dia sakit dlm film or drama jer ...waaaaaa....
btw ..artikel dah ready ? ko tulis pasal apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply liltash85
rasa bersalah ..cuma nak tgk dia sakit dlm film or drama jer ...waaaaaa.. ...
oddxx Post at 5-12-2011 15:08
belum start pun. nak tulis psl Masalah Disiplin : Who is at fault???? Selebriti, Poduksi atau propaganda media.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1389# liltash85
oo bagus bagus ....
aku takder idea nak tulis ..pasal azura pun belum tulis lagi |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak dia belakon watak sakit bukan nak dia sakit betoi2..huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by shalady at 12-12-2011 23:41
sj tetap dlm ingatan
khas ku buat utk sjnatic sume..tu je yg termampu.. |
|
|
|
|
|
|
|
bunga april tv3 10.30pm
|
|
|
|
|
|
|
|
sj..sj..sj |
|
|
|
|
|
|
|
anak mak..
|
|
|
|
|
|
|
|
weeee............seronoknya........
JOOOHAAAAAARRRRR |
|
|
|
|
|
|
|
anak mak..
shalady Post at 12-12-2011 23:37
lagi best kalau dia x pakai T shirt hitam kat dlm tu....tapi x kene pulak nnt dgn karakter HAR..tu nnt jadi Raimi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1398# liltash85
ko memang suka tgk muka dia tgk orang dari belakang ...
mata dia tgk orang tajam ...mmg semput :-) |
|
|
|
|
|
|
| |
|