dewi posted on 1-6-2013 11:58 PM ![](static/image/common/back.gif)
dahlia boleh tak bagi resepi kek red velvet n frosting tu kat Acik D disini
acik D mmg jatuh c ...
Boleh je Acik D, bukan resepi saya pun. Saya ambil di Joyofbaking.com & cream cheese topping di Juicy Cafe &Cakes .
Kak, resepi ni saya bagi ikut cara saya masak ye. Kalau akak nak baca full, akak boleh Google.
Bahan A (diayak bersama):
2 1/2 cawan tepung (saya guna tepung kek, guna tepung gandum pun bole)
1/2 st garam
2 sb serbuk koko
Bahan B:
1/2 cawan butter tanpa garam dipukul sampai lembut
Masukkan 1 1/2 cawan gula
Masukkan 2 biji telur saiz A satu persatu
Masukkan 1 st esen vanilla
Bahan C:
1 cawan buttermilk (saya buat sendiri, 1 cawan susu + 1 sb cuka)
2 sb pewarna merah (saya guna oil-based coloring, pernah guna yang water based coloring brand Bintang tu, kek jadi merah maroon)
Kacau sebati kedua-dua bahan ini (saya kacau dengan garpu je)
Bahan D:
1 st cuka
1 st baking soda (ada resepi guna baking powder, tapi baking powder tak sama dengan baking soda)
Campurkan bahan D ini bersama sampai ada bunyi 'zzzzz' gitu hanya apabila telah selesai Cara Memasak 2.
Cara Memasak:
1- Renihkan air dalam periuk kukus.
2- Masukkan bahan A dan bahan C ke dalam bahan B secara berselang seli, diakhiri dengan bahan A.
3- Kaup balikkan bahan D (dengan cepat) ke dalam adunan dalam Cara Memasak 2.
4- Tuang adunan ke dalam bekas dan kukus selama lebih kurang 25-30 minit bergantung kepada saiz bekas berisi kek.
Cream cheese frosting
Nota: Saya akan doublekan resepi cream cheese frosting ni supaya cukup untuk buat lapisan, kalau akak nak letak selapis je frosting nipis, dah cukup ikut adunan di bawah ini.
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 gm gula aising - ayakkan
Cara2nya..
1. Dalam mixer, sebatikan cream cheese dan butter.
2. Tambahkan gula aising dan pukul lagi sehingga adunan rata. Siap untuk digunakan
Ini gambar kek red velvet yg saya buat untuk jual hari tuh:
|