CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: THINKING OF YOU

 Close [Copy link]
Post time 12-11-2023 01:35 PM | Show all posts

kat hp tari ok..

ni kat lappy dan hp saya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 01:37 PM | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 01:37 PM | Show all posts
pukul 5.35am haha
tak tau nak setting mana lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 01:39 PM | Show all posts
baru balik dari makan kat kaya n toast
rasa tercekik makan..
orang minta air sup dia tak bagi2
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 01:52 PM | Show all posts


nasi goreng ikan terubuk masin

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 01:54 PM | Show all posts


roti jantan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2023 01:55 PM | Show all posts


roti canai cheese

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 01:57 PM | Show all posts


nasi minyak ayam rendang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 01:58 PM | Show all posts


nasi lemak ayam goreng dan cendol

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 02:49 PM | Show all posts


sunyi sungguh hati..
terasa ujung minggu yang panjang
tanpa hubby dan anak3
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 04:54 PM | Show all posts

slmt ptg tari

pagi tadi bekpes teh bunga kotak + kek cheese cake mita
datang kucing sarawak try beli dan mkan ni.. sedappp





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 05:00 PM | Show all posts


Semoga momen Deepavali kali ini, bisa memberikan kesempatan untuk berbuat lebih baik dan menjadi orang yang bermanfaat untuk lingkungan sekitar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 05:04 PM | Show all posts


alamak terlebih sudah hari ni haha

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 05:05 PM | Show all posts
nampak sangat dilanda keboringan.. dahlah panas dalam bilik ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 05:06 PM | Show all posts


layannn      
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 05:08 PM | Show all posts
Konsert Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur Jadi ‘Ubat’ Buat Penonton, Guitar Milik Eros SO7 Dibida Dengan Harga RM11,000 Untuk Rakyat Palestin



Menerusi konsert yang dibawa penaja utama, Al Kauthar Eduqids serta penganjur Icon Entertainment, ZEPP Kuala Lumpur dipenuhi dengan penonton yang memakai pakaian berona putih bagi memenuhi tema bagi konsert tersebut.

Mengulas lebih lanjut tentang penglibatan Sakti yang merupakan bekas gitaris kumpulan Sheila On 7, penganjur Iman Tang mengatakan usaha membawa Sakti pulang ke belantika muzik bukanlah untuk mengganggu istiqamah beliau dalam menelusuri jalan kerohaniannya.

Icon Entertainment sebenarnya cukup bertuah kerana Sakti bersetuju tampil di panggung dan Malaysia melakar sejarah kerana beliau belum pernah muncul memetik gitar dalam konsert penuh walaupun di Indonesia.

Semoga Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi – Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur mencapai matlamat dan memberi manfaat buat kita semua.

Konsert ini turut dijayakan artis-artis Malaysia iaitu Amir Masdi, Fazura, Zizi Kirana, Adi Priyo, Yabang Khalifah dan UNIC serta diiringi oleh pemuzik handalan Malaysia seperti Ujang Exists, Johan John, Eddie Slam, Kabung, Acik serta Arif Izo dan penyanyi iringan iaitu Ayuni dan Fuad.

Sementara itu, konsert Opick & Sakti ini juga menyaksikan gitar Washburn Bantam Travel Guitar milik Eros Sheila On 7 yang turut ditandatangi oleh Opick dan Sakti berjaya dibeli dengan jumlah bidaan RM11,000 oleh seorang penonton.

Untuk makluman, hasil bidaan tersebut akan disalurkan sepenuhnya buat rakyat di Palestin yang sedang bertarung nyawa melawan keganasan rejim Zionis.


https://ohbulan.com/konsert-opic ... uk-rakyat-palestin/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 05:09 PM | Show all posts
‘Lapan Hari Tak Dapat Khabar Berita, Alhamdulillah Anak-Anak & Isteri Masih Hidup’ – Nadir Al-Nuri



Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, Nadir memaklumkan mendapat perkhabaran tersebut dari isterinya, Reem Al-Minawi yang menghantar gambar keadaan terkini mereka di sana.

Aktivis yang berusia 36 tahun tersebut turut memuat naik gambar yang dikirimkan isterinya menerusi hantaran yang sama.

Alhamdulillah hari ini saya diberi dua hadiah yang besar. Yang pertama ialah ahli keluarga baru untuk kami, adinda Saufi yang diberi amanah menjaga adik perempuan bongsu kami Hannan.

Yang kedua ialah gambar ini yang saya dapat lewat jam 1 pagi semalam, khabar bahawa anak-anak dan isteri saya masih hidup setelah 8 hari cuba berhubung dengan mereka dan gagal mendapat berita.

Di akhir hantarannya, meskipun mengetahui mengenai keadaan ‘gelap’ yang sedang menimpa rakyat di Gaza, Nadir sekali lagi menitipkan ucapan syukur atas perkhabaran yang sungguh menggembirakannya itu.

Keluarga saya berada di selatan Gaza yang agak tenang dan perjalanan ‘maut’ yang mereka lalui untuk sampai ke sana cukup untuk dibuat filem lengkap. Gaza semakin genting, keadaan jauh lebih teruk dari awalnya.

Tetapi untuk hari ini, Alhamdulillah, alhamdulillah, Alhamdulillah.

Terdahulu, Nadir pernah berkongsi mengenai ketabahan isterinya yang sanggup merelakan dirinya untuk terus kekal di Malaysia meskipun perlu berjuang bersama lapan anak mereka di Gaza tanpa di sisi suami.

Sekadar info, Nadir yang merupakan graduan lepasan Universiti Islam Gaza telah pun bernikah dengan Reem yang merupakan seorang balu pejuang Palestin yang mempunyai lima anak pada Mei 2016


https://ohbulan.com/lapan-hari-t ... idup-nadir-al-nuri/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 05:09 PM | Show all posts
Vellfire replied at 12-11-2023 01:37 PM
pukul 5.35am haha
tak tau nak setting mana lagi

Vell ddk benua lain

Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 05:09 PM | Show all posts
Baru blk…

Rimas Japgi nk mandi
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 05:11 PM | Show all posts
Pertimbangan Maslahah dan Mafsadah Dalam Isu Boikot



Pertimbangan maslahah dan mafsadah dalam isu boikot
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli

Boikot adalah tindakan tidak membeli barangan atau perkhidmatan bagi menyatakan bantahan atau kemarahan terhadap sesuatu pihak atau sesuatu perkara. Ia didorong oleh pelbagai faktor, misalnya isu agama, politik, etika, alam sekitar dan sosial. Di Malaysia, seruan boikot biasanya dilaungkan apabila ada sesuatu isu yang sensitif, khususnya melibatkan agama Islam dan umat Islam. Umpamanya boikot produk Sweden dilaungkan apabila ada penghinaan terhadap Rasulullah dan al-Quran, boikot terhadap produk orang bukan Islam (BMF) dikumandangkan apabila ada penghinaan terhadap Islam dan tulisan jawi, dan boikot terhadap produk Israel atau sekutunya diserukan apabila berlaku serangan pengganas Israel ke atas penduduk Palestin.

Kini, apabila berlaku serangan tentera Israel ke atas Palestin, kempen boikot kembali bergema. Banyak pihak yang melancarkan kempen boikot beserta dengan satu senarai panjang produk dan perkhidmatan telah dikeluarkan dan disebarkan secara meluas. Ekoran itu juga, terdapat segelintir pihak yang tidak bersalah mulai runsing dan ketakutan untuk keluar mencari rezki. Situasi ini berlaku disebabkan mereka bekerja dengan syarikat yang disenaraikan untuk memastikan dapur-dapur mereka berasap dan sekiranya boikot berlanjutan kemungkinan mereka akan kehilangan kerja dan terjejas sumber pendapatan.

Secara umumnya, dalam seruan boikot produk dan perkhidmatan yang berorientasikan Israel, pihak yang terlibat melakukan kempen secara agresif tanpa mempertimbangkan sisi maslahah dan mafsadah kepada pihak lain di samping tanpa melihat latar belakang sesuatu syarikat secara lanjut. Sedangkan dalam senarai yang dikemukakan, memang terdapat produk dan perkhidmatan milik orang Yahudi dan Israel. Mereka terbahagi kepada dua, iaitu golongan yang menyokong serangan atas Palestin dan golongan yang tidak menyokong serangan. Di samping itu, ia turut melibatkan syarikat francais. Terdapat syarikat francais yang mempunyai pendirian yang berbeza dengan syarikat induk dan tidak menyokong serangan, malahan mereka menyumbang kepada tabung Palestin. Selain itu, wujud juga syarikat bukan milik Israel, tetapi kalangan mereka ada yang menyalurkan dana dan ada yang menyatakan sokongan kepada pihak Israel.

Dalam senario ini, pemboikotan terhadap pihak yang menyokong serangan, menyalurkan dana dan yang terang-terang menyokong rejim Israel adalah jelas. Kita boleh bersepakat untuk memboikotnya, tetapi dalam keadaan yang melibatkan syarikat berasaskan francais dari luar negara, pertimbangan berasaskan maslahah dan mafsadah perlu diambilkira. Ia melibatkan beberapa produk yang memegang sijil halal Malaysia dan mempunyai ramai pekerja muslim, bahkan mereka turut menyumbang kepada tabung Palestin.

Pada dasarnya, ulama menggariskan bahawa hukum boikot sebagai pembelaan terhadap bumi Palestin dan Baitul Muqaddis adalah bersifat fardu ain. Ramai ulama yang menfatwakan tentang kewajipan untuk memboikot produk dan perkhidmatan yang menyalurkan bantuan kepada Israel kerana ia sebahagian daripada jihad fi sabilillah. Namun begitu, dalam konteks semasa, tindakan memboikot ini perlu diteliti dengan mendalam dan tidak boleh digeneralisasi kerana ia boleh menimbulkan kesan berantai terhadap ramai pihak yang tidak bersalah.

Dalam persoalan ini, penelitian daripada aspek maslahah dan mafsadah amat dititikberatkan supaya dapat mencapai matlamat syariah yang sebenar. Para ulama telah menggariskan panduan dalam menentukan aspek maslahah ini dapat dicapai supaya ia mampu mendatangkan kebaikan kepada manusia. Ini kerana Islam adalah agama yang menitikberatkan maslahah, iaitu mendatangkan manfaat dan menghindari kemudaratan. Islam menolak mafsadah kerana ia membawa kepada kerosakan dan kemudaratan kepada manusia.

Dalam hal ini, tindakan pemboikotan selari dengan maslahah, iaitu mendatangkan kebaikan dengan memberi tekanan kepada syarikat-syarikat milik Yahudi dan Israel serta penyokong rejim zionis. Tekanan berbentuk ekonomi ini mampu untuk mengurangkan keuntungan walaupun tidak menyebabkan kerugian besar kepada mereka. Sebaliknya, jika syarikat yang bersifat francais, pertimbangan mafsadah atau keburukan perlu dipertimbangkan. Ini kerana ramai orang Islam yang terlibat dalam rantaian produknya dan kemudaratan akan berlaku kerana kelangsungan hidup mereka yang terlibat akan terjejas. Sekiranya tiada jualan dan premis ditutup, mereka akan kehilangan kerja dan sumber pendapatan. Kesan ini turut melibatkan pelbagai pihak yang berada dalam rantaian ekonomi terbabit seperti para pembekal, para pengedar, penyedia logistik, penghantar makanan dan lain-lain. Pertimbangan ini selari dengan kaedah fikah: Mengelak kemudaratan lebih utama dari mendapatkan kemaslahatan.

Jika dibuat pertimbangan antara maslahah yang boleh diperolehi dengan mafsadah yang boleh berlaku, maka kedudukan mafsadahnya lebih besar. Mengambil kira kaedah fiqh di atas, maka pemboikotan terhadap syarikat francais boleh mendatangkan mafsadah yang jelas berbanding maslahah. Pihak yang memboikot tidak mengalami apa-apa kerugian yang nyata. Dan pihak syarikat francais terpaksa menanggung kerugian yang besar, sedangkan mereka mempunyai pendirian yang berbeza dengan pihak francais yang berada di Israel. Malahan syarikat francais di Malaysia turut bersolidariti dan menyumbangkan derma dengan jumlah yang besar kepada tabung Palestin. Dalam masa yang sama, pihak yang menganjurkan kempen boikot secara besar-besaran tidak menyediakan sebarang pelan tindakan lanjutan untuk membela nasib pemilik tempatan dan pekerja setempat yang terjejas agar mereka dapat meneruskan kelangsungan kehidupan tanpa terkesan.

Jadi, dalam tindakan boikot terhadap produk syarikat francais yang berada di Malaysia, yang mana mereka tidak menyokong serangan pihak Israel ke atas rakyat Palestin perlu dibuat pertimbangan yang adil dan jernih, bukan sekadar desakan populis, sentimen semasa dan ledakan emosi semata-mata. Sekiranya tindakan boikot ingin juga dilakukan, nasib mereka yang terkesan terutama para pekerja dan pencari nafkah perlu dibela dengan menawarkan bantuan pekerjaan yang lebih baik agar dapur mereka terus berasap dan tiada yang kebuluran.

Penulis merupakan Profesor Madya di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.


https://siakapkeli.my/2023/11/03 ... ah-dalam-isu-boikot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.357122 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list