CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RosesAre_Red

Liverpool FC

 Close [Copy link]
Post time 8-4-2014 10:02 AM | Show all posts
RosesAre_Red posted on 8-4-2014 09:43 AM
yup.. setuju dengan pepatah "jangan harapkan team lain utk kalah semata2 kita nak menang"  {:1_132 ...

yelah..sama mcm sizen 08/09 dlu la..
sb kan kna laok lawan team besa2 la yg bt mengyu bleh pintas kita last lap..
that y dor lagi risau lawan team besa dr team yg kuat2 nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2014 10:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 10:12 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 10:13 AM | Show all posts
Blog Liverpoolkita

Sepanjang rekod menang 9 perlawanan berturut-turut, inikalilah pasukan kita menang tak selesa. Corak permainan anti-bolasepak West Ham dah dijangka. Sampaikan Brendan terpaksa menggunakan pelbagai taktik sepanjang 90 minit perlawanan. Memang meluat dengan Sam Allardye, tetapi saya respek dan salut beliau kerana buatkan pasukan mereka beri tentangan hebat walaupun akhirnya mereka tak mampu nak buat kejutan.

Kapten Gerrard telah berkata yang Liverpool mempunyai segalanya, untuk mencabar kejuaraan musim ini dari segi Kelas, Kemahiran dan Kekuatan. Dengan pasukan yang bermain secara terbuka, mungkin keputusan lebih baik kita dapat. Namun dengan pasukan yang tak ada telur macam West Ham, kemenangan secara tak sempoi adalah salah satu tanda, Liverpool mempunyai aura pemenang.

Kesebelasan yang diturunkan memang mantap. Sakho dan Coutinho masuk menggantikan Agger dan Allen. Sakho masuk kerana diberitakan Agger mengalami kecederaan lutut yang tak serius, namun dia direhatkan untuk elakkan jadi lagi teruk jika bermain. Manakala Coutinho adalah perancangan utama untuk menggerakkan bahagian tengah dengan lebih kreatif, berbanding Allen yang kurang kreatif, namun lebih agresif. Formasi awal adalah lebih kurang 4-3-3.

Mignolet
Johnson---Skrtel---Sakho---Flanagan
Henderson---Gerrard---Coutinho
Sterling---Sturridge---Suarez

Separuh masa pertama berlangsung dengan meriah sekali. Meriah dengan insiden buli-membuli oleh pemain WHU keatas pemain kita. Permainan mereka agak meriah dibahagian tengah dengan formasi 4-5-1. Bukan tak ada serangan langsung dari mereka, sekadar melepaskan batuk ditangga. Namun taktik tak ada lain selain hanya mencari kepala Carroll. Percubaan pemain kita yang paling hampir gol ialah sepakan lencong Suarez yang diselamatkan palang.

Liverpool benar-benar sukar nak jaga Carroll, walaupun dah ada Sakho yang perkasa. Taktik Liverpool dengan mengharapkan Skrtel atau Sakho mencelen bola diudara tak berapa tepat. Sepatutnya kalau saya jadi Brendan, biar Gerrard yang menjaga atau celen Carroll. Namun risikonya takut Abang long Gerarrd pla bakal cedera, nak jaga Carroll yang macam kerbau. Bila salah seorang bek kita bertempur dengan Carroll, ada lubang dibelakang yang terbuka. Nasib baiklah Nolan tak menjadi, kalau tak bahya juga.

Saya tengok disebalah kanan yang dijaga Johnson, keadaan terkawal sebab Downing dan Armero berjaya dikekang dengan baik. Cuma disebalh kiri, Flanagan berhempas pulas menjaga Diame yang bermain diluar posisi sebagai sayap kanan. Setakat pemain sayap lincah, Flanno boleh cicah lagi. Tetapi Diame mempunyai kelebihan bukan sahaja kemahiran memegang bola, tetapi kekuatan fizikal beliau membuatkan peluh jantan Flanno keluar mencurah-curah.

Ramai dah kebosanan tunggu gol, namun lagi beberapa minit separuh masa nak tamat, Kapten Gerrard, nampak Suarez telah melakukan larian dan cuba memisahkan beliau dengan bek WHU. Hantarn jauh Gerrard sampai tepat kepada Suarez. Tipu helah yang sama ketika lawan Spurs digunakan sekali lagi, kali ini Tomskin pula jadi mangsa, dengan terpaksa menguis bola dengan tangan. Pengadil taida alasan untuk tidak berikan penalti dan Abang Long Gerrard meledakkan gol pembukaan. 1-0.

Ramai yang menyangka separuh pertama bakal tamat dengan keputusan 1-0. Saya pun hampir nak pergi dapur masak air, siap nak bancuh kopi. Tetapi insiden yang penuh kontroversi berlaku pada masa-masa kecederaan. WHU mendapat sepakan penjuru. Kedua-dua pasukan sedang berasak-asak didalam kawasan penalti Liverpool. Namun dengan tiba-tiba Carroll menepuk muka dan mengkarate tangan Mignolet, membuatkan bola digengagaman goli kita itu terlucut dan Demel mengusi masuk kedalam gol.

Pengadil berikan gol kepada WHU pada mulanya. Namun kerana penjaga garisan mengangkat bendera, maka pengadil pergi borak-borak dngan rakan setugasnya. Mungkin dia dah tersilap dan terpaksa tunjuk ego, maka gol tetap diberikan kepada WHU. Sedangkan ketika itu diskrin besar stadium ulang-tayang sedang menunjukkan gerak perlahan, memang sah Carroll melakukan kesalahan. Separuh masa tamat dengan keputusan yang berikan pelawat kecewa dan tuan rumah menarik nafas lega dengan 1-1.

Separuh masa kedua bermula dengan Liverpool melakukan pertukaran taktikal memasukkan Lucas dan mengelurakan Coutinho. Fasa pertama taktikal ini memang terbaik dimata saya, walaupun agak hairan kerana Coutinho tak mengecewakan. Namun Lucas diberikan tugas yang sama dengan Henderson, yakni membantu pemain bek sisi dikala mereka menyerang. Taktik ini memang membuahkan hasil kerana, pasukan kita nampak lebih selesa menyerang berbanding separuh masa pertama.

Dalam dok asyik menyerang WHU cuba membuat kejutan. Gerakan bermula dari sebelah kawasan jagaan Flanagan. Hasil gerakan Demel yang membawa bola dibahagian sayap dan memberikan kepada Diame. Diame nampak Carroll berada dalam kawasan penalti dan berdua dengan Johnson saja. Hantarn lintang tinggi sampai dan cuba ditanduk keluar oleh Johnson, namun Carroll berjaya menanduk bola kerah gol, namun palang menidakkan WHU dari mendahuli. Kus semangat macam nak terkeluar jantung.

Dalam keadaan yang tidak semena-mena, rezeki gol datang dar sumber yang tak disangka. Lucas telah menjadi nadi penggerak kepada satu lagi insiden yang membangkitkan kemarahan bukan saja peminat WHU, namun peminat Chelsea dan Man City jua. Beliau melakukan hantaran ala Coutinho kepada Flanagan. Pemain yang mendapat gelaran Cafu Merah, melakukan larian solo tapi dia telah ditarik kakinya oleh Adrian, goli WHU. Abang Long Gerrard tanpa rasa gabra meledakkan penalti ke-2 beliau untuk Liverpool mendahului perlawanan dengan 2-1.

Walaupun WHU cuba mengasak dengan menambahkan kekuatan serangan udara mereka dengan Carton Cole, namun Liverpool bersedia pula dengan penangkis anti serangan udara dengan memasukkan Kolo Toure. Fasa kedua taktikal ini memang, menampakkan Brendan Rodgers memang, mewarisi bakat Bapak Benitez sebagai pemikir taktikal terbaik. Liverpool bukan sahaja nampak efektif bertahan namun perubahan taktikal terakhir dengan meletakakn Sterling dibelakang Suarez banyak kali hampir menghasilkan gol.

Perlawanan berakhir dengan 2-1 kemenangan yang kurang hensem, tetapi cukup bermakna dalam cabaran kepada kejuaraan liga. Liverpool kembali mendahului takhta Liga, dengan 74 mata, 2 mata mendahului Chelsea dan 4 mata dengan Man City. Kemenangan ini menunjukkan Liverpool mempunyai pelbagai cara untuk menghadapi pelbagai pasukan yang mempunyai karenah berlainan. Liverpool berjaya melepasi ujian yang pasukan Benitez 2008/09 gagal lalui, ini kerana kuatan mental yang kuat ditunjukkan oleh anak buah Brendan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 02:16 PM | Show all posts
antagenaiz posted on 8-4-2014 10:12 AM

ada juga peminat tarian sotong ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 02:17 PM | Show all posts
antagenaiz posted on 8-4-2014 10:02 AM
yelah..sama mcm sizen 08/09 dlu la..
sb kan kna laok lawan team besa2 la yg bt mengyu bleh pintas ...

sizen ni wa baru minat liverpool
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-4-2014 02:21 PM | Show all posts
antagenaiz posted on 8-4-2014 10:13 AM
Blog Liverpoolkita

Sepanjang rekod menang 9 perlawanan berturut-turut, inikalilah pasukan kita me ...

adakah ini bermaksud suarez sengaja memerangkap pihak lawan agar bola terkena pada tangan dan seterusnya dihadiahkan dengan penalti?

maafkan sy, buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
sy budak baru belajar
kalo salah tolong tunjukkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 02:24 PM | Show all posts
aLieNzDaToR posted on 8-4-2014 10:08 AM

tak dapat tengok

gigih refresh patploh kali





*tipu, 4 kali je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2014 02:28 PM | Show all posts
RosesAre_Red posted on 8-4-2014 02:21 PM
adakah ini bermaksud suarez sengaja memerangkap pihak lawan agar bola terkena pada tangan dan sete ...

kalu diperatikan 2,3 game sblom nih mmg yer rasanye..
masa game ngn west ham aritu tak silap wa 3x bola suarez bwak kna tangan team lawan..
tp penalti dapat 1x jek..wa lg suka camni..dr dia dok dive..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 02:30 PM | Show all posts
antagenaiz posted on 8-4-2014 02:28 PM
kalu diperatikan 2,3 game sblom nih mmg yer rasanye..
masa game ngn west ham aritu tak silap wa 3 ...

baiklah, lepas ni suarez akan dapat gelaran baru, dulu king of diving, sekarang, king of penalty

jangan marah, gurau2 di petang hari
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 02:31 PM | Show all posts
antagenaiz posted on 8-4-2014 02:28 PM
kalu diperatikan 2,3 game sblom nih mmg yer rasanye..
masa game ngn west ham aritu tak silap wa 3 ...

kalau ikut undang2 bola sepak, kes yg camna baru dapat penalti? hand to ball atau ball to hand? atau dua2 kes patut dapat penalti?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 02:32 PM | Show all posts
ada orang kata, ref yg jaga game mek siti dengan liverpool nanti memang pro mencester city katanya

walau apa2 pun, YNWA

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 02:32 PM | Show all posts
mana mod kita?
kenapa tak kelihatan hari ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 02:32 PM | Show all posts
RosesAre_Red posted on 8-4-2014 02:30 PM
baiklah, lepas ni suarez akan dapat gelaran baru, dulu king of diving, sekarang, king of penalty : ...

ramai yg dok bahan liverpool dgn kes penalti skrg ni. Time makan tengahari tadi pon kawan fan menyu ckp, liverpool asyik harap penalti je. Tapi layan je la. Malas nak berdebat. Taktau nape ramai pertikai tentang penalti liverpool tapi tak pertikai plak goal foul carrol tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 02:35 PM | Show all posts
Former Liverpool defender Sami Hyypia sacked by Bayer Leverkusen



dengar kata spurs berminat dengan dia ni

dengar kata je eh.. baca boleh, percaya jangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 02:36 PM | Show all posts
@antagenaiz ada poster liverpool dgn meksiti?
wa nak edit kt front page

jam berapa? channel berapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2014 02:43 PM | Show all posts
aLieNzDaToR posted on 8-4-2014 02:32 PM
ramai yg dok bahan liverpool dgn kes penalti skrg ni. Time makan tengahari tadi pon kawan fan meny ...

adik wa baru semalam baru cakap sizen ni liverpool paling banyak penalti

wa bidas, sizen team ko dulu (mengyu) ko tak bunyik pun
adil la gini

wa kalo ikutkan dendam kesumat wa dengan team satu tu memang 7 keturunan takkan abes
ingat lagi 2,3 tahun lepas, sekor2 p tepek n bahan wa bila liverpool kalah

la ni semer senyap, ala2 insap, bila wa bahan blk, nampak sgt wa jahat
oh dunia, kekejaman apakah ini? baru 1 season ni je wa bahan dorang, dh npk mcm nenek sihir dlm filem harry potter
depa bahan wa berpuluh2 sizen


tipu... 2,3 tahun je
Last edited by RosesAre_Red on 8-4-2014 02:45 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 02:46 PM | Show all posts
make us dream ---> to get into ucl slot

kalo jadi juara itu rezeki

come on boys.. seeing is believing
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 08:04 PM | Show all posts
salam perkenalan...baru saja daftar...
#ynwa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 07:46 AM | Show all posts
turtle2 posted on 8-4-2014 08:04 PM
salam perkenalan...baru saja daftar...
#ynwa

hai
salam perkenalan jua

welcome2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.067829 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list