CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matz_rockz

anything to share,your thoughts,feelings anything under the sun....

[Copy link]
Post time 21-2-2008 09:33 AM | Show all posts

Reply #1418 fatz's post

thanks cu for sharing..
some of the example looks funny
especially yang don't tu... but it happen gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2008 09:35 AM | Show all posts

Reply #1420 luntur's post

lun... i never tot of that...
yang kak v ingat jer memula baca posting ni
ingatkan contect lens tu ada kulat


thanks for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 10:10 AM | Show all posts

Reply #1422 virgomal's post

yw

tumbuh kulat...kalo tumbuh munga
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 12:22 AM | Show all posts
Eight long weekends in 2009
By Wong Mun Wai, Channel NewsAsia | Posted: 21 February 2008 2151 hrs

SINGAPORE: The dates of public holidays in 2009 were released on Thursday, and many of them fall on the start or the end of a workweek.

With eight long weekends expected next year, travel agents are predicting at least a 20 per cent increase in bookings.


Here is the list of public holidays in 2009:

New Year's Day            1 January (Thu)
Chinese New Year         26, 27 January (Mon, Tue)
Good Friday                 10 April (Fri)
Labour Day                  1 May (Fri)
Vesak Day                    9 May (Sat)
National Day                 9 August (Sun)
Hari Raya Puasa           20 September (Sun)
Deepavali                     15 November (Sun)
Hari Raya Haji               27 November (Fri)
Christmas Day             25 December (Fri)


But even with all these long weekends, not everyone is considering to head overseas.

Ng Kong Yeam, group executive chairman for Sino-American Tours Corporation, said: "If the children are not in school, then the husbands and wives will go and truly enjoy themselves. However, whenever they have kids in school, they usually travel in June and December."

Many travel agents, however, expect more Singaporeans to travel in 2009 as more people head for a short weekend holiday.

Last year, SA Tours had about 14,500 passengers jet off to places such as Beijing and Tokyo in North Asia, while more than 10,000 passengers took short breaks mainly to Southeast Asia. - CNA/ac
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 09:25 AM | Show all posts
Komentar : 22 Februari 2008         
  
KISAH SEJARAH

MENGIKIS SALAH TANGGAP MENGENAI BULAN SAFAR

Oleh
Sulaiman Jeem


SAFAR merupakan bulan kedua dalam kalendar Islam.

Dalam bahasa Arab, Safar bermaksud kosong.

Telah menjadi kebiasaan orang Arab pada bulan Safar ini meninggalkan rumah dan kampung halaman mereka demi melaksanakan tugas penting seperti berperang, menuntut bela kematian saudara mereka, berdagang dan sebagainya.

Dalam lipatan sejarah Islam, Safar juga mencatatkan pelbagai peristiwa besar dan penting. Ia sewajarnya menjadi renungan bersama setiap Muslim dalam kehidupan harian.

Antara peristiwa penting itu ialah pernikahan Rasulullah saw dengan Siti Khadijah Khuailid. Ia berlaku sebelum Nabi dilantik menjadi Rasul.

Safar juga menyaksikan kebenaran berperang yang berlaku pada tahun kedua Hijrah.

Peperangan pertama disertai Rasulullah saw ialah Wudan atau Abwa' demi menentang kekufuran.

Seterusnya, peperangan Bi'r Mau'nah juga berlaku pada tahun keempat Hijrah di bawah pimpinan al Munzir 'Amr as Sa'idi.

Al Munzir ditugaskan berdakwah dan mengajar agama Islam dan Al-Quran kepada Bani 'Amir. Peperangan ini disertai 40 sahabat baginda.

Selain itu, Safar juga mencatat tragedi al Raji'. Peristiwa ini berlaku pada tahun ketiga atau keempat Hijrah membabitkan tujuh sahabat baginda diutus bagi mengajar agama Islam kepada kaum 'Udal dan al Qarah.

Bagaimanapun, kaum itu mengkhianati perutusan dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan bernama Al-Raji', di daerah 'Usfan (kawasan antara Makkah dan Madinah).

Antara sahabat yang menyertai perutusan itu ialah Khubaib 'Adi, Marthad Abi Marthad al Ghanawiy, 'Asim Thabit dan Zaid al Dathanah.

Semua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib 'Adi yang dibawa ke Makkah dan dibunuh di sana. Beliau ialah orang pertama menunaikan solat dua rakaat sunat sebelum dibunuh yang kemudiannya menjadi ikutan sunnah.

Pembukaan Khaibar (kubu orang Yahudi) juga berlaku pada Safar tahun ketujuh hijrah dengan disertai 20 sahabat wanita, termasuklah Ummu Salamah, Safiyah Abdul Muthalib dan Ummu Aiman. Di dalam peperangan itu, seramai 15 sahabat gugur syahid. Kaum Yahudi mengalami 73 korban.

Demikian antara peristiwa penting yang berlaku pada Safar yang dirakamkan sejarawan untuk dijadikan bahan pengajaran kepada umat Islam.

Bagaimanapun, masih terdapat sebahagian umat Islam terutama yang lemah akidah mempercayai kepada sempena baik, prasangka buruk atau nahas terhadap Safar ini, khususnya pada Rabu akhir bulan.

Lebih malang lagi mereka percaya bahawa pada bulan Safar ini Allah akan menurunkan banyak musibah (bala). Padahal, musibah berlaku setiap detik sebagai ujian dan kehendak Ilahi.

Berdasarkan kepercayaan karut itu, terdapat umat Islam yang menulis ayat wifiq pada kertas atau pinggan mangkuk yang kemudian diletakkan dalam tempayan atau kolam atau perigi atau seumpamanya untuk diminum atau mandi konon untuk mendapatkan perlindungan daripada bala buruk pada hari itu.

Perlu ditegaskan bahawa kepercayaan karut seumpama itu berpunca daripada amalan atau kepercayaan jahiliah yang dilarang Islam. Sehubungan itu Rasulullah pernah bersabda bermaksud:

'Tiada penyakit berjangkit, tiada sempena (baik atau buruk) melalui burung berterbangan, tiada siol pada burung hantu dan tiada nahas dalam Safar. Hendaklah setiap daripada kamu melarikan diri daripada singa bengis.' (Hadis riwayat Bukhari).

Maksud hadis Rasulullah saw ini jelas menegaskan bahawa jangan sekali-kali umat Islam beriktikad penyakit yang berjangkit boleh memberi kesan dengan sendirinya atau sangkaan siol atau nahas Safar itu berupaya memudaratkan kehidupan manusia.

Sebaliknya, apa juga peristiwa buruk atau baik, berjangkit atau tidak sesuatu penyakit itu, semuanya adalah daripada kekuasaan atau kehendak Allah belaka.

Serentak itu, Rasulullah saw juga berpesan kepada setiap Muslim supaya mengambil langkah berwaspada ketika berhadapan dengan sesuatu musibah dengan memerintahkan mereka melarikan diri daripada pesakit kusta dan janganlah menghampiri mereka.

Ia bukan bererti bahawa penyakit kusta boleh berjangkit dan memudaratkan orang ramai. Sebaliknya larangan itu menyingkap suatu tindakan berjaga-jaga dan berusaha untuk memelihara diri daripada meletakkan diri ke kancah bahaya dan kemusnahan.

Allah mengingatkan dalam firman-Nya yang bermaksud: 'Belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan perelokkanlah perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orangorang yang berusaha memperbaiki amalannya.' (Surah Al-Baqarah: 195).   وَأَنفِقُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّہۡلُكَةِ‌ۛ وَأَحۡسِنُوٓاْ‌ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ     

Kepercayaan Safar sebagai bulan nahas atau siol dan seumpamanya adalah kepercayaan karut dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Oleh itu, apa jua upacara seperti pesta mandi laut, bersukaria dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batas kononnya untuk mengelakkan diri daripada bala adalah salah sama sekali.

Masih ada ibu bapa yang enggan mengadakan majlis perkahwinan atau majlis keramaian pada bulan Safar kerana khuatir pengantin tidak akan mendapat zuriat atau tidak bahagia.

Kepercayaan Safar pembawa bala di negara-negara Nusantara dulu seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.

Dalam keadaan tertentu, ia boleh menyebabkan seseorang menjadi syirik kerana percaya pada bulan, bukan pada kuasa Allah.

Sehingga akhir 1950-an, sesetengah masyarakat Melayu di negara ini masih mempercayai demikian. Untuk menghindarinya mereka berusaha 'mandi tolak bala'. Mereke menulis atau membeli daun/kertas yang bertulis dengan ayat-ayat serapah lalu merendamkannya dalam tempayan atau kolam. Sesetengahnya pula membubuhkannya dalam jar air lalu meminumnya.

Di beberapa buah pantai di Singapura pula, ramai yang mengunjunginya. Tujuannya untuk bermandi-manda 'tolak bala' sambil berpesta, bersukaria. Tidak sedikit pula yang berpesta sambil 'mencari pasangan hidup'.

Di pantai Tanjong Kling, Melaka, pula perayaan pesta itu disambut lebih meriah. Mereka tidak sahaja bersukaria menyambutnya, malah menjual beli pantun sambil melagukan dondang sayang, bersukan dan memperlihatkan pelbagai bakat sukan dan seni mereka.

Pada suatu peringkat, beberapa buah persatuan cuba mengesyorkan supaya sambutan itu dijadikan semacam 'perayaan kebangsaan'. Bagaimanapun, mereka akhirnya menyedari syor itu tidak mempunyai asas kukuh. Maka syor itu tenggelam begitu sahaja dalam perkembangan dunia moden.

Kepercayaan karut itu amat jelas ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh Islam.

Allah berfirman maksudnya: 'Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jugalah hendaknya orang yang beriman bertawakal.' (Surah AtTaubah: ayat 51).

قُل لَّن يُصِيبَنَآ إِلَّا مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَٮٰنَا‌ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَڪَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (٥١

[ Last edited by  fatz2 at 22-2-2008 09:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 11:50 PM | Show all posts
Feb 22, 2008         

Top 5 must dos at the S'pore Airshow
SOME 20,000 people are expected to flood the Singapore Airshow site at Changi North on Saturday when it opens its doors to the public. The sprawling show site features exhibits from more than 800 companies, from 42 countries. With so much to see and do, here are some events you should not miss:

# AERIAL DISPLAY:
The 90-minute display takes place on Saturday and Sunday from 12.15pm. Two aerobatic teams, the Roulettes from the Royal Australian Air Force (RAAF) and the Black Knights from the Republic of Singapore Air Force (RSAF), will perform thrilling aerobatics. In addition, two types of American fighter jets, an F-16C and an F/A-18 Super Hornet, and two jet planes used to train military pilots, Italy's M-346 and South Korea's T-50 Golden Eagle, will stage solo displays.

SHOW TIP:
Arrive early to get the best vantage points. These are along the shaded veranda facing the sea. Those willing to brave the sunshine and be closer to the action should consider the fence line near the shore.


# STATIC DISPLAY:
Get up close to some 60 airliners, business jets, helicopters and warplanes, including some aircraft types people rarely see. These include the sleek B-1B Lancer bomber from the United States Air Force, a C-130J Hercules used for weather research, and the RSAF's Hermes 450B unmanned aerial vehicle which will be displayed in public for the first time.

The Singapore Armed Forces land defence display, which has exhibits like the Leopard 2A4 tank and Apache AH-64D attack chopper, should interest military buffs.


SHOW TIP:
Beat the heat with an umbrella or cap.

# MEET THE AEROBATIC TEAMS:
Say hello and take pictures with dashing flyboys from the RAAF Roulettes and RSAF Black Knights at the Feature Pavilion, which is the large white tent at the static aircraft area. The Roulettes will sign autographs from 3.30pm to 4.30pm on Saturday, and 3.45pm to 4.45pm on Sunday. The Black Knights will appear from 2.30pm to 3.30pm on Saturday and from 2.45pm to 3.45pm on Sunday.

SHOW TIP:
A limited number of Black Knights souvenirs, such as posters, post cards and stickers, will be given out at the RSAF booth at stand A01 in the main hall.

# SIMULATOR RIDES:
Try your hand at piloting the F-15SG warplane at Boeing (stand U23) or the C-130 Hercules military transport aircraft simulator at Singapore Technologies Electronics (stand G01) in the main hall.

SHOW TIP:
The RSAF has ordered 24 F-15SGs and this is the first time the simulator is on show.

# TICKETS:
Check your tickets before you leave home. Entry to the airshow is by pre-paid tickets only. Police will only allow visitors holding valid tickets to enter the 2-km long Aviation Park Road - the only road access to the coastal exhibition site.

SHOW TIP:
Unlike the last airshow in 2006, this year's air display is barely visible from Changi Beach.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2008 05:05 PM | Show all posts
Attention gomal



hom cilok dari posting cubby kat rumah MPB...

Allahhuakbar.....

If you look at this picture very carefully, you can notice that Black ones are shadows, white ones are the real camels锟
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 07:06 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by holmes at 27-2-2008 05:05 PM
Attention gomal

Allahhuakbar.....
If you look at this picture very carefully, you can notice that Blackones are shadows, white ones are the real camels锟
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2008 01:35 AM | Show all posts

Reply #1428 fatz's post

A ah le fatz.... and it's so nice kan...seoalah2 yg hitam tu the untas
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 10:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 02:32 PM | Show all posts

Reply #1430 fatz2's post

  

nek ketawa guling
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 02:33 PM | Show all posts

Reply #1427 holmes's post

wei holmes.. sungguh menakjubkan..
pada mulanya V pk holmes auta tau
biler tgk betul2 ha ah lah... amik dari atas
cuma nampak atas badan unta jer...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 04:26 PM | Show all posts

Reply #1432 virgomal's post

tu le pasal... nicely taken from a very good angle... musti otai photography yg amek ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 09:16 AM | Show all posts

Reply #1431 virgomal's post

V.. ko part ni suka..hehehe..aku kat sini pun keke..
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 11:53 AM | Show all posts
Berita Harian...29 Februari 2008

MEMPERINGATI MAULUD

DETIK BERSEJARAH KELAHIRAN MUHAMMAD

Oleh
Sulaiman Jeem


BULAN Maulid Rasul menjelang lagi. Tanggal ulang tahun kelahiran nabi pada 12 Rabiulawal 1429 bersamaan 20 Mac 2008 disambut di seluruh dunia.

Rasulullah merupakan rahmat seluruh alam semesta (rahmatan lil alamin) kerana membawakan berbagai kebaikan bukan saja kepada umatnya malah seluruh kemanusiaan dan alam ini.

Sejarah mencatat, tatkala nur atau cahaya Muhammad masuk ke rahim ibunya Aminah, Allah memerintahkan kepada malaikat supaya membuka pintu Syurga Firdaus. Kepada para penghuni langit dan bumi juga telah diberitahu mengenai keputeraan Baginda.

Sebaik mendengar berita gembira itu, beberapa kawasan tanah yang sebelumnya gersang dan kontang, mula menyubur. Pepohon pula segera merimbun dan berbuah dengan lebatnya, manakala sang angin pula bertiup sepoi-sepoi. Banyak binatang di laut dan di darat begitu riang membicarakannya.

Siti Aminah, bonda Baginda, menceritakan: 'Ketika kandunganku genap enam bulan, tiba-tiba datang seorang yang tidak kukenali pada suatu malam lalu berkata: 'Wahai Aminah, sesungguhnya puan mengandungkan seorang pemimpin besar. Apabila dia lahir kelak, namakanlah dia Muhammad!'.'

Aminah ketika itu sendirian dalam biliknya, manakala Abdul Muthalib sedang bertawaf di Kaabah.

Siti Aminah meneruskan: 'Menjelang detik kelahiran Muhammad, kudengar suara guruh gegap gempita. Serentak dengan itu kulihat seekor burung menyapu-nyapu sayapnya di hatiku. Maka hilanglah rasa takut yang mula menjenguk-jenguk di pintu hatiku.'

Aminah segera berpaling. Di hadapannya dilihat semangkuk minuman. Putih warnanya. Beliau segera meminumnya. Serentak dengan itu beliau melihat pancaran cahaya memanah ke langit. Muncul pula para wanita. Tingginya bak pohon kurma. Mereka segera memegang Aminah.

Dalam keadaan gugup dan tercengang, Aminah bertanya siapa mereka. Mereka segera menjawab 'kami adalah Asiah, isteri Firaun, Maryam anak Imran, dan para bidadari dari syurga.'

Beberapa lelaki kelihatan berdiri tegak di angkasa. Mereka memegang cerek perak. Beberapa ekor burung yang paruhnya daripada permata zamrud dan sayap-sayapnya daripada permata ya'kut memenuhi bilik Aminah.

'Allah membuka pemandanganku,' tambah Aminah. 'Maka aku melihat belahan bumi ini dari timur ke barat dan sebuah lagi di belakang Kaabah,' katanya lagi.

Sejurus kemudian Aminah melahirkan Muhammad. Para wanita dari syurga tadi membidaninya. Aminah melihat Muhammad sujud. Jari-jemari tangannya mengangkat ke langit, cerita Aminah.

Setelah itu Aminah melihat awan putih menuju ke arahnya. Kemudian menghilang. Ketika itu kedengaran suara ghaib berkumandang 'bawa dia mengelilingi bumi dari timur ke barat dan masukkan ke dalam laut supaya seluruh makhluknya mengenalinya'.

Suara ghaib itu kemudian lenyap. Cahaya gemilang setelah itu memancar daripada tubuh Aminah hingga ke negeri Syam (Syria) pada malam keputeraan Nabi saw. Hal ini sebagai isyarat Muhammad akan berkunjung ke negeri itu suatu masa kelak.

Menurut riwayat, Muhammad lahir dengan kepalanya mengangkat ke langit - bukti ketinggian martabatnya daripada seluruh makhluk lain. Bayi itu dalam keadaan bersih. Pusatnya telah terpotong. Baunya semeriwing. Bercelak pula matanya.

Sebahagian para sejarawan lain menyatakan, bayi Muhammad lahir sudah dikhatankan. Tetapi ada sejarawan menyebut datuknya Abdul Muthalib mengkhitankannya setelah berusia tujuh tahun dalam suatu upacara. Ada pula yang menyatakan tujuh hari.

Serentak dengan kelahiran besar itu, menurut sejarawan tadi, singgahsana Kaisar di Madinah runtuh. Api sembahan para penganut Majusi di Parsi yang menyala sejak 1,000 tahun tiba-tiba padam.

Pertumbuhan tubuh Muhammad begitu cepat. Beberapa hari Muhammad disusui ibunya. Kemudian disusui Thuaibatul Aslamiah, hamba pak ciknya Abu Lahab yang telah dimerdekakan sebaik mendengar Muhammad dilahirkan.

Selain menyusukan Muhammad, Thuaibah juga menyusukan anaknya dan Abu Salamah. Sebelum itu beliau menyusukan pak cik Muhammad, Hamzah. Bayi Muhammad kemudian disusukan Halimah binti Abu Zuaib As Sa'adiah di desa Bani Sa'ad. Puteri Halimah bernama Syiamah turut mengasuh Muhammad.

Setelah menikmati udara desa selama dua tahun, Muhammad dikembalikan kepada ibunya. Setelah itu dibawa semula ke desa untuk bersama para penduduknya selama lima tahun.

Selama menyusukan bayi Muhammad, Halimah mengakui ternakannya subur dan berkembang biak. Air susunya juga banyak. Rezekinya pula melimpah.

Jibrail telah membedah dada Muhammad ketika anak itu berusia tiga tahun. Ketika berusia empat tahun, ibunya wafat di suatu daerah di Madinah bernama Abwa'. Maka bergelarlah anak kecil itu sebagai anak yatim piatu.

Pak ciknya, Abu Talib, mengasuhnya setelah datuknya wafat.

Sejak kecil lagi Muhammad mempunyai pelbagai kelebihan. Antaranya seperti disebutkan Allah dalam Hadis Qudsi, bermaksud: 'Andai tidak kerana engkau (hai Muhammad) nescaya tidak Aku jadikan alam semesta.'

Dalam sebuah hadis Qudsi yang lain, Allah berfirman bermaksud: 'Andai tidak kerana engkau (hai Muhammad) tidak Aku jadikan Nabi Adam.'

Nabi Muhammad diutus kepada seluruh umat manusia. Sedang para nabi lain diutus khusus untuk sekumpulan umat sahaja. Demikian sebuah lagi kelebihan lain seperti yang disebut Allah dalam surah As-Saf ayat 5.

Dalam ayat 6 dalam surah yang sama, Allah menyebut satu lagi kelebihannya, bermaksud:

'Dan (ingatlah) ketika Isa anak Maryam berkata 'Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang diturunkan) sebelumku, Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad). Maka tatkala Rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti nyata, mereka berkata 'ini adalah sihir yang nyata'.'

Dua potong ayat di atas membuktikan bahawa Nabi Musa dan Nabi Isa (alaihimas-salam) menyeru seluruh umat manusia dan kepada mereka yang beriman, kerana beliau diutus kepada seluruh manusia, seperti dijelaskan Allah dalam firman-Nya dalam surah Saba' ayat 28 bermaksud: 'Tiada Kami utus engkau (Muhammad) melainkan untuk seluruh umat manusia, pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.'

Baginda juga diutus untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam, seperti firman Allah dalam surah Al Anbiya' ayat 107, bermaksud: 'Dan tidak kami utus kamu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam.'

Perjuangan Nabi Muhammad menyebarkan Islam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Malah sering nyawanya terancam. Bagaimanapun, perjuangan Baginda akhirnya berjaya sehingga Islam kini menjadi agama terpantas perkembangannya di dunia.

Bagaimanakah kita membalas budi baginda?

Selagi kita melaksanakan suruhan 'amar makruf dan nahi mungkar' - melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan - bererti kita telah membuktikan kecintaan kita kepadanya. Ia merupakan hadiah paling indah untuk hari jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 05:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2008 06:41 PM | Show all posts

Reply #1436 fatz2's post



kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 11:42 AM | Show all posts
kenot help laughing dari tadi....
... really enjoy watching charlie chaplin

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2008 11:11 PM | Show all posts

Reply #1436 fatz2's post

adoiii.. jambu seyy abg selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 10:43 AM | Show all posts
RENUNGAN  (BERITA HARIAN)

DETIK KELAHIRAN INSAN TERAGUNG

Oleh
Mohd Yusop Hassim

SETIBANYA bulan Rabiulawal, umat Islam di seluruh dunia menyambut perayaan memperingati kelahiran nabi besar kita Muhammad saw.

Mungkin ada yang bertanya: Apakah hukumnya menyambut perayaan seperti ini?

Semasa hidupnya, Rasulullah saw tidak pernah mengatakan sesuatu kepada para sahabat tentang perayaan hari lahirnya.

Para sahabat tidak pula sibuk meraikan hari keputeraan baginda terang-terangan ataupun sebaliknya.

Begitulah juga dengan para tabiin pada zaman berikutnya.

Perayaan Maulid Nabi, menurut majoriti ulama, merupakan bidaah hasanah (kebaikan) yang termasuk dalam golongan sunah yang diikrarkan baginda sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

'Barang siapa memperkenalkan bidaah hasanah, maka baginya pahala, malah juga diberi ganjaran kepada sesiapa yang mengerjakannya, dan sesiapa yang memperkenalkan sunah saiyiah (keburukan), maka berdosalah dia dan dihukum pula akan amalannya itu.' (Riwayat Muslim)

Perayaan Maulud ini ialah satu peringatan untuk membangun dan membina diri kita dengan berpegang teguh kepada ajaran Rasulullah saw. Allah berfirman yang maksudnya:

'Sesungguhnya kisah nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar kepada orangorang yang mempunyai akal fikiran.'( (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.  (Yusuf:111)

لَقَدۡ كَانَ فِى قَصَصِہِمۡ عِبۡرَةٌ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ‌ۗ مَا كَانَ حَدِيثً۬ا يُفۡتَرَىٰ وَلَـٰڪِن تَصۡدِيقَ ٱلَّذِى بَيۡنَ يَدَيۡهِ وَتَفۡصِيلَ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يُؤۡمِنُونَ (١١١

Allah mengutus rasulNya untuk memandu umat manusia keluar daripada kegelapan syirik kepada cahaya keesaan dan daripada menyembah sesama manusia kepada menyembah Ilahi yang mencipta sekalian alam.

Nabi saw menyampaikan risalah dan amanah Allah melalui wahyu yang diterimanya ketika diutus menjadi rasul.

Allah melantik rasul-Nya sesuai dengan keadaan dan suasana pada ketika itu di mana umat manusia hidup dalam kejahilan.

Oleh itu, Rasulullah saw berjihad dengan penuh kesabaran menghadapi segala rintangan untuk memupuk cahaya keimanan dalam jiwa umat manusia agar mereka beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Kita digesa agar meneliti segala perjalanan hidup baginda. Sikap yang mulia yang ditunjukkan kepada umatnya merupakan suatu rahmat dan hidayat daripada Allah swt.

Dalam surah Al-Anbiyaa, ayat 107, tercatat firman-Nya yang bermaksud:

'Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.' وَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةً۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ (١٠٧   

Rahmat ialah asas yang kukuh dalam menegakkan keimanan dan kestabilan kemanusiaan. Jika ada sikap belas kasihan dan toleransi antara manusia yang berlandaskan akhlak dan tatasusila keislaman yang sahih, maka tidak akan berlaku pertumpahan darah di sana sini.

Jika direnungkan pengajaran Rasulullah saw dari segi rahmat, kita dapati bahawa baginda tersangat adil dalam melayani para sahabatnya. Baginda tidak pernah membeban atau membeza-bezakan sesuatu tugas.

Tujuan sebenar perayaan Maulud ini ialah mendesak kita mempelajari sirah Rasulullah saw agar kita dapat mengikuti jejak langkahnya yang sahih.

Rasulullah saw memperingati hari lahirnya dengan beribadat sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt.

Allah telah mengurniakan dua nikmat besar kepada nabi-Nya pada hari itu:

# Rasulullah saw dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari itu juga terbitnya cahaya menerangi alam.

# Allah telah menurunkan Al-Quran kepada rasul-Nya sebagai peringatan, malah memuliakannya seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:

'Dan sesungguhnya AlQuran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu, dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang telah kamu amalkan).' (Az-Zukhruf:44)
وَإِنَّهُ ۥ لَذِكۡرٌ۬ لَّكَ وَلِقَوۡمِكَ‌ۖ وَسَوۡفَ تُسۡـَٔلُونَ (٤٤

Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi daripada sahabat Rasulullah, Anas ra, katanya:

'Sesungguhnya Rasulullah saw telah mengakikahkan dirinya sendiri sesudah lahir kenabiannya. Datuknya Abdul Muttalib telah pun mengakikahkan Nabi pada hari ketujuh setelah kelahirannya dengan seekor kambing kibasy, lantas memberikan nama Muhammad.'

Hayatilah pula maksud ayat ini: 'Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.' (Ali Imran:31)
قُلۡإِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُوَيَغۡفِرۡ  لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣١



[ Last edited by  fatz2 at 7-3-2008 10:48 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.225725 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list