CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sarah82

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 38

 Close [Copy link]
Post time 30-6-2021 05:52 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 30-6-2021 03:48 PM
sengal nyer la yang dok sekat2 gtu...

up la kat sini

Dapnyerrr ni dok sedut gearbox dgn straw ...nomnom...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2021 05:53 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 05:55 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 30-6-2021 04:03 PM
ikut mendiang atok kot ...
sebab atok kalo tanam ... dia lempar2 jer pun.. menjadi...

Sunflowerrrr   FC ke tuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 05:55 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 06:00 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 30-6-2021 05:05 PM
mclaren replied at 30-6-2021 04:05 PM
Woweee ni kat rumah fc ke ni? Subur nye la hai.

Mak saya pun jari hijau tapi langsung tak menur ...

Menu pe hari ni?

hepi sangat...buku tulis dgn kengkawan bakal diterbit...buku ke 2 ni dgn kengkawan...dulu dgn geng Bod Buku doakan laris naa...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 06:04 PM | Show all posts
Cadangan sidang khas Parlimen sebelum 1 Ogos - YDP Dewan Rakyat, Dewan NegaraAstro Awani
Jun 30, 2021 14:22 MYT


KUALA LUMPUR: Satu persidangan khas Parlimen telah dicadangkan kepada Perdana Menteri untuk diadakan sebelum 1 Ogos depan.
Ia susulan titah pandangan yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa.

Menerusi satu kenyataan bersama, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata titah pandangan itu dizahirkan Baginda pada sesi menghadap bersama yang berlangsung semalam.

"Kedua-dua Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah menyatakan komitmen dan kesediaan penuh Parlimen Malaysia untuk mengadakan persidangan Parlimen seperti yang dititahkan oleh Baginda Tuanku.

"Titah Yang di-Pertuan Agong pada majlis menghadap tersebut juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri dan adalah dicadangkan kepada Perdana Menteri agar satu persidangan khas diadakan sebelum 1 Ogos 2021 mengikut peruntukan-peruntukan undang-undang sedia ada," memetik kenyataan itu.

Pada Selasa, Al-Sultan Abdullah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Tuanku berpandangan, persidangan itu perlu dilakukan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan Kerajaan dan Parlimen Malaysia.

Sos: https://www.astroawani.com/berit ... dewan-negara-305920
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2021 06:06 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 06:07 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2021 06:09 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 06:10 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 06:16 PM | Show all posts

Wah...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 06:22 PM | Show all posts
seribulan replied at 30-6-2021 02:29 PM
No prob, master trainer  menu pe tu?

mana ada master trainer. iols belajar masak kat youtube dan ig jah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 06:24 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 30-6-2021 04:42 PM
sama lah kita ...
tapi adik kita lelaki... memang dia kelip2 mata jer la nengok resepi tu  ...

raya tahun lepas dan tahun ni, kakak ipar 2 orang masak ikut resepi ni dan menjadi guna resepi ni. hehe. masa buat daging goreng, asyik call mak saya nak kepastian sebab takut salah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 06:26 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 30-6-2021 04:50 PM
memang buang biji pun ...tapi cili sini tetap degil... buang biji pun tetap pedas

cili tak letak pun takpe..mak saya letak untuk nampak bagi daging goreng tu "berwarna". cili tu hiris halus-halus dan gaul dalam daging goreng tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 06:35 PM | Show all posts

pasal kes ni, nak menipu tak cerdik konon video tahun lepas. ada agent tudung  kantolkan kat twitter ada salah sorang dalam video ni pakai tudung keluaran raya 2 bulan lepas. caught red-handed
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 06:40 PM | Show all posts
farhana008 replied at 30-6-2021 05:22 PM
mana ada master trainer. iols belajar masak kat youtube dan ig jah

Master Yoda pe
Eh 12 mlm ni Astro start bagi nonton free certain channels dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2021 06:42 PM | Show all posts
farhana008 replied at 30-6-2021 05:35 PM
pasal kes ni, nak menipu tak cerdik konon video tahun lepas. ada agent tudung  kantolkan kat twitt ...

Ada gak yg pakai jersi terkini ke hapa

Kita ni cari doyan nak beli pun xde
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 06:44 PM | Show all posts
keypochino replied at 29-6-2021 09:08 PM
Oo dah masak gearbox ke.. hehe xpernah dgr cekodok sadin.. mcm cekodok bilis gak ke rasa dia





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 06:47 PM | Show all posts
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 4,929 kes (682,680 kes kumulatif, 90.8%);
Kes baharu : 6,276 kes (751,979 kes kumulatif);
Kes import : 16 kes (12 warganegara, 4 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,260 kes [4,997 warganegara (79.8%); 1,263 bukan warganegara (20.2%)];
Kes aktif : 64,129 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 905 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 452 kes;
Kes kematian : 62 kes (5,170 kes kumulatif, 0.69%; 59 warganegara, 3 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 2,844 kluster;
Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 1,958 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 886 kluster.
Sebanyak 62 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 22 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Negeri Sembilan, tujuh (7) kes di Melaka, lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, empat (4) kes di Johor, masing-masing tiga (3) kes di Sabah dan Pahang, masing-masing dua (2) kes di Kelantan, Perak, Kedah, dan Wilayah Persekutuan Labuan,  serta satu (1) kes di Sarawak.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 Jun 2021 @ 5:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI        BILANGAN KES BAHARU *(    )        BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR        2,836 (9)        248,751
WP KUALA LUMPUR        625 (7)        77,678
JOHOR        299        70,824
SABAH        242        69,445
SARAWAK        376        64,851
NEGERI SEMBILAN        644        44,880
KELANTAN        159        34,811
PULAU PINANG        131        34,495
PERAK        137        26,628
KEDAH        226        25,269
MELAKA        223        18,415
PAHANG        210        13,666
TERENGGANU        20        11,201
WP LABUAN        132        8,169
WP PUTRAJAYA        11        2,302
PERLIS        5        594
JUMLAH KESELURUHAN        6,276 (16)        751,979
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 62 kes kematian pada 30 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian        Negeri        Jantina        Umur (Tahun)        Hospital        Latar Belakang Penyakit
5109        Selangor        Lelaki (WN)        49        Hospital Sungai Buloh        Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan paru-paru kronik
5110        Melaka        Perempuan (WN)        52        Hospital Melaka        Kencing manis
5111        Selangor        Lelaki (WN)        51        Hospital Ampang        Paru-paru kronik
5112        Selangor        Perempuan (WN)        48        Hospital Kajang        –
5113        Selangor        Perempuan (WN)        68        Hospital Selayang        –
5114        Selangor        Lelaki (WN)        59        Jenazah Dibawa Ke Hospital Ampang        –
5115        Pahang        Perempuan (WN)        52        Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5116        WP Labuan        Lelaki (WN)        39        Hospital Labuan        –
5117        Kelantan        Perempuan (WN)        74        Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu        Darah tinggi dan dislipidemia
5118        Selangor        Perempuan (WN)        75        Pusat Perubatan Universiti Malaya        Kencing manis, darah tinggi, hati kronik, dan sawan
5119        Negeri Sembilan        Perempuan (WN)        90        Hospital Jelebu        –
5120        Selangor        Perempuan (WN)        73        Pusat Perubatan Universiti Malaya        Asma dan strok
5121        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        65        Hospital Kuala Lumpur        Kencing manis dan darah tinggi
5122        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        58        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Kencing manis, darah tinggi, dan strok
5123        Melaka        Perempuan (WN)        42        Hospital Melaka        Kencing manis
5124        Melaka        Perempuan (WN)        84        Hospital Melaka        Darah tinggi
5125        Melaka        Perempuan (WN)        61        Hospital Melaka        Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
5126        Pahang        Lelaki (WN)        77        Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
5127        Selangor        Lelaki (WN)        85        Hospital Sungai Buloh        Strok
5128        Selangor        Perempuan (WN)        72        Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Kencing manis, darah tinggi, dan tiroid
5129        Negeri Sembilan        Perempuan (WN)        104        Hospital Jelebu        Darah tinggi
5130        Perak        Lelaki (WN)        55        Hospital Teluk Intan        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
5131        Johor        Lelaki (WN)        75        Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru        Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
5132        Johor        Perempuan (WN)        46        Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar        Obesiti
5133        Kelantan        Lelaki (WN)        67        Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu        Darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
5134        Pahang        Lelaki (WN)        50        Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
5135        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        68        Hospital Tampin        Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
5136        Kedah        Lelaki (WN)        74        Hospital Kulim        Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan paru-paru kronik
5137        Sarawak        Lelaki (WN)        76        Hospital Kapit        Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik
5138        Melaka        Lelaki (WN)        78        Hospital Melaka        Kencing manis
5139        Selangor        Perempuan (WN)        66        Hospital Selayang        Kencing manis
5140        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        66        Hospital Kuala Lumpur        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5141        Melaka        Perempuan (WN)        60        Hospital Melaka        –
5142        Sabah        Lelaki (WN)        57        Hospital Kota Belud        –
5143        Perak        Perempuan (WN)        73        Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
5144        Selangor        Perempuan (WN)        32        Hospital Shah Alam        Kencing manis, asma, dan obesiti
5145        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        45        Hospital Sungai Buloh        Kencing manis, darah tinggi, dan jantung
5146        Selangor        Perempuan (WN)        70        Hospital Shah Alam        Kencing manis, darah tinggi, dan kanser
5147        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        57        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
5148        Johor        Perempuan (WN)        85        Hospital Segamat        Kencing manis, darah tinggi, dan paru-paru kronik
5149        Selangor        Lelaki (WN)        80        Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5150        Selangor        Perempuan (WN)        54        Hospital Putrajaya        Darah tinggi
5151        Selangor        Lelaki (WN)        50        Hospital Sungai Buloh        Buah pinggang kronik
5152        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        65        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
5153        Melaka        Lelaki (WN)        66        Hospital Melaka        Jantung
5154        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        82        Hospital Jelebu        Darah tinggi, dislipidemia, jantung, salur darah, dan strok
5155        Selangor        Perempuan (WN)        73        Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Kencing manis dan darah tinggi
5156        Selangor        Perempuan (WN)        59        Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
5157        Selangor        Lelaki (WN)        72        Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang        Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
5158        Selangor        Lelaki (WN)        62        Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan        –
5159        Selangor        Lelaki (WN)        82        Hospital Shah Alam        Jantung dan sawan
5160        Selangor        Lelaki (WN)        78        Hospital Selayang        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5161        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        87        Hospital Kuala Lumpur        Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan paru-paru kronik
5162        Sabah        Lelaki (WN)        68        Jenazah dibawa ke Hospital Kota Belud        Paru-paru kronik
5163        Kedah        Perempuan (WN)        62        Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani        Kencing manis, buah pinggang kronik, dan asma
5164        WP Kuala Lumpur        Lelaki (WN)        84        Hospital Kuala Lumpur        Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
5165        Negeri Sembilan        Perempuan (WN)        83        Jenazah dibawa ke Hospital Jelebu        –
5166        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        62        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Kencing manis, jantung, dan buah pinggang kronik
5167        WP Labuan        Perempuan (WN)        83        Jenazah dibawa ke Hospital Labuan        –
5168        Sabah        Lelaki (BWN)        90        Hospital Tawau        Strok
5169        Selangor        Lelaki (BWN)        50        Hospital Sungai Buloh        Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
5170        Johor        Perempuan (BWN)        38        Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar        –
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 6,276 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 30 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:

NEGERI        JUMLAH KES        KLUSTER        KONTAK RAPAT        IMPORT A*        LAIN-LAIN
SELANGOR        2,836        242        1,595        9        990
NEGERI SEMBILAN        644        124        331        –        189
WP KUALA LUMPUR        625        146        269        7        203
SARAWAK        376        61        254        –        61
JOHOR        299        124        115        –        60
SABAH        242        90        119        –        33
KEDAH        226        37        143        –        46
MELAKA        223        92        101        –        30
PAHANG        210        143        58        –        9
KELANTAN        159        82        50        –        27
PERAK        137        76        51        –        10
WP LABUAN        132        21        55        –        56
PULAU PINANG        131        72        37        –        22
TERENGGANU        20        9        9        –        2
WP PUTRAJAYA        11        –        5        –        6
PERLIS        5        –        5        –        –
JUMLAH KESELURUHAN        6,276        1,319        3,197        16        1,744
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara


LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 30 JUN 2021

No.         Nama Kluster         Kategori Kluster         Negeri         Daerah         Jumlah Kes         Jumlah disaring
1        Industri Jalan Ikan Duyung        Tempat Kerja         Selangor         Klang        37        102
2        Industri Subang Utama Enam        Tempat Kerja         Selangor         Klang dan Petaling         28        235
3         Jalan PPS Satu        Tempat Kerja         Selangor         Klang        12        26
4         Industri Jalan Masjid Batu Sembilan        Tempat Kerja         Selangor         Kuala Langat dan Klang        186        311
5         Perindustrian 33        Tempat Kerja         WP Kuala Lumpur         Kepong        13        69
6         Pasar TTDI        Tempat Kerja         WP Kuala Lumpur         Kepong dan Cheras        11        49
7          Jalan Prima Impian        Tempat Kerja         WP Kuala Lumpur         Kepong        26        28
8         Jalan Thean Teik        Tempat Kerja         Pulau Pinang        Timur Laut        37        122
9         Perindustrian Murni Empat        Tempat Kerja         Johor        Kulai        36        314
10         Jalan Penaga Industri        Tempat Kerja         Johor         Johor Bahru dan Kota Tinggi        35        108
11         Batu 23 Choh        Tempat Kerja         Johor        Kulai, Pontian, dan Batu Pahat         6        224
12         Perindustrian Rami Satu        Tempat Kerja         Johor        Muar        22        293
13         Industri Bidor        Tempat Kerja        Perak        Batang Padang        8        73
14        Kampung Pangkal Jetas        Komuniti         Kelantan         Machang        19        163
15        Jalan 14/44 Padang Tembak        Komuniti         Kelantan         Kota Bharu         16        24
16        Kampung Nibong Lemal        Komuniti         Kelantan        Pasir Mas        8        9
17        Parit Keroma        Komuniti         Johor         Muar        11        13
18        Limbawang        Komuniti         Sabah         Beaufort        30        160
19        Tema Saan        Komuniti         Sarawak         Tebedu        42        223
20        Po Ai        Komuniti         Sarawak         Sri Aman        106        330
21        Blimbing        Komuniti         Sarawak         Bau        35        90
22        Jalan Emas Putih        Kumpulan Berisiko Tinggi        Selangor         Klang        8        28
23        Meranti Indah        Pendidikan Lain        Pahang        Bera        16        42
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 30-6-2021 03:45 AM
samalah... sekali buat memang dua kali la tanak nasi sehari

Wah...


Moratorium, i-Citra gembirakan peniaga emas

    Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR, TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF dan ROHANA MOHD. NAWI
    30 Jun 2021, 10:30 am


PETALING JAYA – Pemilik kedai emas di seluruh negara sudah tidak sabar untuk beroperasi semula selepas kerajaan mengumumkan pengeluaran i-Citra bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium kelmarin.

Rata-rata peniaga emas optimis sebilangan orang ramai akan membe-lanjakan wang simpanan hari tua mereka untuk membeli emas sebagai pelaburan.

Ketika ini, kedai emas di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh sejak 1 Jun lalu.

Pemilik rangkaian kedai emas di Kota Bharu, Murtadhatumizi Mustapha, 27, berkata, pengumuman kerajaan memberi kelegaan kepadanya dan berharap stok 1,000 jenis barang kemas bernilai RM15 juta di lima cawangan kedainya dapat dijual selepas sektor itu dibenarkan bero-perasi semula.

“Semua kedai emas kena tutup menyebabkan stok (emas) tidak dapat dijual seperti biasa. Sebagai peniaga emas, sudah pasti saya bersyukur apabila kerajaan mengumumkan pengeluaran i-Citra dan moratorium.

“Ini berdasarkan pengalaman tahun lalu apabila orang ramai berbelanja wang membeli emas selepas kerajaan mengumumkan moratorium dan pengeluaran i-Sinar,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Murtadhatumizi membe-ritahu, penutupan kedai emas menyebabkan pendapatan syarikat terjejas memandangkan gaji 53 pekerjanya perlu dilunaskan meskipun premis tidak bero-perasi.

“Jadi saya jangka pengumuman moratorium dan i-Citra kali ini akan merancakkan kembali perniagaan kami,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merayu kepada kerajaan agar membenarkan kedai emas dibuka dalam masa terdekat kerana kes jangkitan Covid-19 di Kelantan sudah mula menurun.

Di Selangor, Pengarah Urusan Emas SY Fawwaz di Bangi, Suhaida Yusoff berkata, mengikut trend pada tahun lalu, orang ramai dilihat lebih gemar menggunakan wang untuk membeli emas yang dianggap sebagai pelaburan yang menguntungkan.

“Sebelum ini, ramai yang berpusu-pusu membuat pembelian emas selepas PKP 1.0 dan 2.0 dilonggarkan. Mereka menjadikan emas sebagai simpanan saat kecemasan. Golongan muda juga semakin ramai melabur membeli emas,” katanya.

Suhaida memberitahu, proses pembelian emas kini semakin mudah dengan adanya platform e-dagang.

Di Terengganu, pengusaha emas, Zakaria Yusof melahirkan rasa teruja dengan pengumuman kerajaan dan menjangkakan pemohon i-Citra akan menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli emas yang digunakan di waktu kecemasan.

Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan situasi selepas KWSP membenarkan ahli-ahlinya membuat pengeluaran menerusi i-Sinar pada Januari lalu yang menyaksikan jualan emas melonjak lebih 20 peratus.

“Kami jangka orang ramai akan mempunyai lebih kuasa membeli berikutan pengumuman pengeluaran i-Citra serta moratorium.

“Kebanyakannya pemohon i-Citra akan memilih untuk membeli emas seperti yang berlaku ketika pengeluaran i-Sinar sebelum ini,” katanya.

Jelas Zakaria, pelaburan emas dianggap berbaloi terutama dalam keadaan yang tidak menentu di musim pandemik Co-vid-19 ketika ini.

“Pengalaman menempuh pandemik yang sudah berlarutan sejak lebih setahun lalu membuat ramai dalam kalangan kita yang sudah teliti dan pandai merancang kewangan.

“Saya rasa orang ramai akan mengelak pembaziran dan memilih emas untuk pelaburan,” katanya.-K! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 07:08 PM GMT+8 , Processed in 1.194747 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list