|
Originally posted by tok_hoi at 10-2-2009 07:54 AM
canteekk toss..pendapat yg bernas...aku sendiri pun x ketepikan proton...even sebelum aku nak angkat city ni, aku dah ushar civic, city dan persona dulu...tp sbb ada rezeki lebih sket, dan ...
Kereta Volkswagen yg lama tu pn, sampai skrg ada org duk usung ke sana ke mari.... ini kan iswara yg bole di katakan tak lama jgk dihasilkan proton yg baru 15 tahun pakai,,.. udah tentuler kuat lg.. Kalu nk dibandingkan dgn volkswagen tu,... lagi le lamerrr |
|
|
|
|
|
|
|
isu tax kete yg tinggi ni memang dah lama diperdebatkan. Kalu diamati, sebelum wujudnya proton, cukai kereta di Malaysia tidaklah setinggi mana pun. Boleh dikatakan setara dengan mana2 negara lain. Hanya selepas penubuhan proton, barulah kadar cukai tersebut naik secara mendadak. Dari sini jelas yg perlaksanaan cukai kereta yg tinggi ini bukan utk tujuan menjana hasil pendapatan kepada negara tetapi lebih kepada untuk memberi perlindungan (protection) kepada industri automotifl negara (senang cakap proton lah, walaupun company2 lain spt Perodua, Naza, dan juga syarikat2 yg terhasil dari penubuhan syarikat2 induk automotifl negara ini ~ vendor lah senang cerita). Kalau objektif utama adalah untuk menjana pendapatan, cukai yg lebih rendah sepatutnya dikenakan, dengan demikian lebih banyak kereta import yg boleh dibeli oleh rakyat Malaysia, seterusnya makin banyaklah hasil cukai yg boleh dikutip. Jadi, memang jelas cukai yg tinggi ini tujuannya utk melindungi industri automotifl tempatan. Kelemahan dasar perlindungan ini adalah disebabkan kerajaan tidak menyatakan secara jelas kepada pemain2 dalam industri automotif negara akan tempoh bulan madu yg diberikan. Oleh kerana industri automobil bersifat jangka panjang, maka tempoh perlindungan cukai sehingga 10 - 20 tahun adalah dirasakan amat wajar. Tetapi apa yg terjadi, pemain2 dalam industri automotif di Malaysia beranggapan (atau mahu atau melobi) supaya perlindungan tersebuat adalah bersifat kekal. Dengan demikian, mereka bergerak terlalu lambat bagi mencapai tahap boleh bersaing tanpa perlindungan cukai. Sekadar perbandingan, korea selatan yang bermula lebih lewat dari Malaysia dalam membangunkan industri automotifnya, sekarang telah mampu untuk bersaing diperingkat antarabangsa, tetapi proton masih terkial2 untuk terus hidup di pasaran tempatan. Persoalannya mengapa ini berlaku? POLITIK ~ Mohon Derhaka ~ aku malas nak ulas - sendir fikirlah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dasar automotif negara masih di bawah tahap yang mengecewakan.. bukan nak kondem...tapi kenyataan.. sekiranya persona lagi bagus dari honda kenapa cukai masih di kenakan sedangkan negara lain yang mempunyai kereta nasional sudah lama menghapuskan cukai... keadaan ini menyebabkan kareta nasioanal mereka berdaya saing dan memenuhi citarasa pengguna antarabangsa. seandainya cukai ini di hapus dalam masa tak sampai setahun proton akan hancur. jadi bagi mengelakkan perkara ini jadi seharuskan proton tiada penglibatan org politik. memang dari segi keupayaan persona dan city tidak jauh beza malah mungkin ada yang mengatakan setaraf tapi bagi saya persona belum mencapai taraf seperti honda. banyak teknologi honda yang mendahului proton. dalam dunia realiti dunia sebenar kita kena akui kemampuan persona belum membanggakan. sekiranya persona lebih bagus dari kerajaan kenapa cukai import yang tidak di hapuskan dan di biarkan persona bersaing dalam pasaran yang automotif sebenar. proton hanya mampu utk gah di negara sendiri. bukan nak hancurkan masa depan keter nasional tapi kalau dah kata persona tu bagus sangat kenapa jualan di malaysia sendiri pun masih lemah .... senang citer la bandingkan je dengan myvi tak payah dengan keter luar. myvi mendapat pujian malah jualan lebih tinggi dari persona...walaupun perodua adalah yang kedua selepas proton. dalam realiti, keter persona masih di tahap lama seperti wira dan waja cuma di perbaharui bentuknya sahaja dan enjinnya masih menggunakan teknologi yang dah ketinggalan. seandainya saudara kita mengatakan persona bagus mungkin itu dari sudut pandangan individu. adakan kerajaan mengakui yang persona lagi bagus ......hihihiihih tepuk dada tanya selera..... kita tunggu adaikata perubahan besar dasar automotif negara dan cukai import di hapuskan sepenuhnya gua berani gerenti rakyat malaysia takkan beli keter proton lagi ..........hanya kerana persona lagi murah dari city sebab atas dasar kemampuan maka individu terpaksa beli keter murah..tapi...... seandainya cukai dihapuskan harga honda city berada dalam sekitar RM 55 k sahaja...jadi pada masa tersebut pasti ramai akan pakai keter import kerana ada yang lebih murah dari keter proton.. terimalah hakikat yang proton masih lemah walaupun ada ceo baru yang belum tentu memacu kecemerlangan proton. hamba bukan derhaka cuma nak membetulkan kenyataan yang sudah teryata......ampun....... |
|
|
|
|
|
|
|
puas aku cuba masuk porem dr kul 2pm td..baru ni leh dpt..ntah apa yg silap ntah...masuk website jer blank page kuar...ni baru bole
adeehhhh!!!! apa dah jadi dgn sohabat2 ku sekelian....byk peperangan mulut dan idea2 yg telah diluahkan....
seseorg beli sesuatu kereta tu terletak pd kemampuan, ada sesetgh org mampu beli keta selain keta malaysia..bagi yg x mampu lak... keta mlysia ada pilihan...dan aku rasa sejak persona dilancarkan, xde la seteruk mana kualitinye...penambahbaikan pun dah dilaksanakan dgn model gen2, seterusnya BLM a.k.a saga baru pulak dilancarkan,,,akan dtg ni, mpv proton bakal dilancarkan.
pd aku...dulu aku x mampu nak beli keta buatan jepun, aku bermula dari saga, iswara dan wira...dan bila dah keje lama sket, gaji dah naik, rezeki ada lebih, aku baru bole beli honda city ni...apa2 pun, aku tetap toleh ke blkg...aku x anggap org yg beli keta mlysia rugi apa2, sbb mereka masih mampu utk miliki kenderaan wpun cukai agak tggi...ada rezeki, mungkin diorg bole beli keta jepun...
apa2 pun terserah individu masing2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1434 tok_hoi\ catat
betul tu.. macam haku ni.. dedulo masa mula kawin pakai kenari, pastu tukar pakai kia picanto
pastu tukar gen2, sekarang ni tengah tunggu ct. walaupun gen2 banyak gak buat problem padaku
tp aku tetap sayang gen2 aku.. nnti aku nk trade in ngan ct ni.. tapi aku rasa sedih nk lepaskan ia..
maklumlah dah 4thn lebih dia bersamaku kemana2 |
|
|
|
|
|
|
|
lupo pulak nak tambah.. laki aku pung pakai proton.. dia pakai proton juara..
maklum lah org berniaga.. aku slalu kutuk juara tu, padahal juara tu nama aku
dia kata mesti aku berlagak ngan dia nanti aku dah ada ct nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1439 tok_hoi\ catat
berbaliklah kita pd cik ct.. kalu warne bold biege tu, nnti nk tinted kaler ape yg sesuai ek.? |
|
|
|
|
|
|
| |
|