|
Alam bagai tunduk akur
tenang sunyi mulus suci
setenang bila menyebut namamu
ucap selawat dan salam
ke atas junjungan besar kekasih Allah
Muhammad Rasulullah
penerang alam kegelapan
dengan cahaya kebenaran
utusan akhir zaman
penyelamat kepada semesta alam.
Goldkey, 15/2/11, 7.28 am |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingin
Aku ingin terus belari
hingga tiba ke destinasi
namun kakiku tak mampu lagi
memijak tanah yang membenci
akan kemusnahan diri
di tangan-tangan seni tiada berperi.
Aku ingin terus berjalan
hingga tiba ke akhiran
namun kakiku tak mampu bertahan
melangkah dalam pekat kekalutan
kekalutan ciptaan
bangsa yang suka memainkan api dendam.
Aku ingin terus duduk
memerhati dan menilai baik buruk
yang harus dijadikan petunjuk
dalam memupuk
kehidupan yang muluk-muluk
dan dirahmati dari ufuk ke ufuk.
Goldkey, 15/2/11, 7.57 am |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
~Sinar cinta
tidak pernah ditelan gelita
menyinari dari ufuk ke ufuk sanubari
menghiasi istana kasih
yang dibina dari paduan dua hati
bertaut kejap
tiada tarikh mati~
Goldkey, 15/2/11, 10.00 am |
|
|
|
|
|
|
|
Airmata tak ingin tumpah lagi
Banyak sudah jerih perihku alami
buat pedoman menjalani hidup yang berbaki
segala kententuan Ilahi
cukup mengajar aku hidup di sini
air mata enggan lagi
membasahi pipi kerana kisah berduri
biar bisanya larut bersama keredaan hati
akan aku simpan yang masih digenangi
buat menangisi agungnya anugerah Firdausi
yang kuidamkan dari-Mu Ya Rabbi.
Goldkey, 15/2/11, 12.11 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Kita ada...
Kita ada dua kaki
supaya kita tidak kuat berlari
mengejar yang tak pasti
hanya sekadar buat melangkah seiring ketentuan Ilahi.
Kita ada dua tangan
supaya kita tidak leka menggapai
anganan ilusi yang hadir dalam mimpi
hanya sekadar untuk menadah memohon keampunan Ilahi.
Kita ada dua mata
supaya tidak melihat terlalu banyak kekejaman
yang tak mampu kita selesaikan
hanya sekadar untuk melihat tanda-tanda keagungan Ilahi.
Kita ada dua telinga
supaya tidak terlalu banyak mendengar
godaan dan bisikan yang memperdaya
hanya sekadar untuk mendengar ayat-ayat suci milik Ilahi.
Kita ada satu mulut
supaya tidak terlalu banyak berkata-kata
bicara yang nista bersulam noda
hanya sekadar untuk mengucapkan tiada tuhan melainkan Ya Rabbi.
Kita ada satu nyawa
supaya tidak bermegah-megah melakukan dosa
sering mengingati mati yang pasti
hanya sekadar untuk mengabdi diri kepada Ilahi.
Goldkey, 15/2/11, 13.13 pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 19-2-2011 16:40
Kaukah resah?
Kaukah yang bernama resah
lewat waktu-waktu cerah
menusuk di celah-celah
berdegup lelah memerah
keringat yang membasah
tak keruan berhati gundah
lalu turun temurun bermadah
menabirkan seribu wajah
di balik tirai rindu yang membuncah
kelihatan engkau begitu gagah
meredah hutan payah
tanpa kedutan amarah
yang membawa punah
dalam diri kamu yang penuh helah.
Goldkey, 15/2/11, 16.30 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta bersembunyi ke ranjang berapi
~mesterinya cinta tak terungkai dalam hati yang sepi
cinta tersembunyi kerana tidak mengenali sanubari
haruslah mempamir wajah rindu menyemai benih kasih suci
menyubur pucuk asmara memikat mata turun ke dasar hati
lalu cinta yang bersembunyi menyingkap tirai kata pasti
ingin menyatu dalam satu lafaz suci ke ranjang berapi~
Goldkey, 15/2/11, 17.55 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Pertanyaan yang kulontarkan
Pertanyaan yang kulontarkan
tidak pernah mencecah garisan jawapan
ia menjunam kembali jatuh ke kepala resah
lantas gundah gulana kian megah bertahta
menunjukkan taring kekuasaan
kepada lemahnya diri
dalam mencari kata pasti
menongkah arus pertanyaan yang tak bertepi.
Goldkey, 15/2/11, 19.00 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Salam buat cikgu kunci...
assafdiyah ini akan pergi
tanpa akan adanya kembali
terima kasih kerana menemani
menjadi teman setiap bait puisi
doakan kesejahteraan temanmu ini
agar menemui cahaya hakiki
assafdiyah ini
mengirim sejahtera untukmu
agar bahagia dan gembira dikau miliki
kekal bersama anak dan isteri
di syurga dunia
di akhirat kekal abadi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam buat cikgu kunci...
assafdiyah ini akan pergi
tanpa akan adanya kembali
terima kasih kera ...
assafdiyah Post at 15-2-2011 21:49 
Terima kasih atas doa
ke mana pon jua moga bertabah dah mendapat rahmat-Nya. |
|
|
|
|
|
|
|

Pokok Unggul
Aku suka tengok ini pokok
ini pokok banyak 'steady'
banyak 'steady' sebab dia tumbuh di celahan batu
celahan batu bangunan lama
bagunan lama kat simpang empat balai polis kajang
ini pokok mesti baik punya benih
ke mana jatuh pon boleh hidup.
Jadilah macam ini pokok
ada kekuatan diri, ada ketahanan diri
dalam ruang yang serba kekurangan
mampu hidup segar bugar
mengalahkan pokok di atas bumi
bayangkan kalau ini pokok
tumbuh di atas tanah yang subur
banyak besar looo!!!!
Goldkey, 16/2/11, 21.05 pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam guru kunci
mohon puteri singgah ke teratak guru
yang penuh ilmu di dalam ketenangannya..
Kata-kata mereka yang berazam
akan tercipta suatu perkara mulia
menurut kemuliaan orang yang menciptanya
besar segala perkara
kecil-kecil di mata orang kecil
dan kecil perkara yang besar-besar
di mata orang yang besar. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ingin pejam
Aku ingin pejam sejenak
agar penat berlalu pergi
larut bersama titis embun
membasahi daun-daun mimpi
dan mimpi menyubur pucuknya
agar dapat aku jadikan ulam cerita
dalam bait puisi yang gerhana.
Goldkey, 16/2/11, 23.51 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Kerana sebaris ayat
yang tak terucapkan
yang tak terdengarkan
jadi sebuah kisah tiga dekad
kisah cinta hampa
terbelenggu berantai di penjara rasa
yang terbina dalam sembunyi
antara kau dan dia
yang menyiksa dua jiwa
tanpa rela
mangsa sebaris ayat.
Goldkey, 17/2/11, 21.15 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Salam guru kunci
mohon puteri singgah ke teratak guru
yang penuh ilmu di dalam ketenangannya..
...
Puteri_Naning Post at 16-2-2011 23:51 
Wsalam singgahlah..dialu-alukan |
|
|
|
|
|
|
|
Berkaryalah dengan bermaruah
sampaikan yang mengesan
jadi kita pewaris
menentang kebatilan
menyeru ke arah kebaikan
tunjuk
pandu arah
ke jalan kebenaran
moga kita sama-sama ketemui
jalan pulang yang ditetapkan.
Goldkey, 18/2/11, 21.15 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Aku jadi malas
Aku jadi malas
malas untuk berbicara
tiada telinga ingin mendengar
butir bicara
kerana aku tahu
suaraku tak segagah suaramu
suara kecil dari orang kecil
jadi terlalu seni di mata orang besar
bagai suara anak-anak
dalam percakapan sidang atok-atok.
Goldkey, 19/2/11, 17.40 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Kita datang kerana puisi
kita datang bukan untuk menyakiti
hati saudara jangan digurati
tutupkan calar-calar dengan bait puisi
memberi tawa yang dinanti
moga kita senyum di bibir hati
tiada titik kelabu menyemi
jadi barah yang menyakiti
dalam diam yang mati.
Goldkey, 19/2/11, 19.22 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Awan hitam yang menyelubungi
mendung kelabu yang membayangi
hujan ribut petir yang melanda
taufan yang membadai
tak akan selamanya kekal
pasti akan tiba
awan sirus bagai kapas mulus memutih
hari yang terang disinari cahaya di celahan kabus pagi
pelangi menyeri mewarnai
mengusir duka
mengejar hampa
ke ufuk
dan semuanya
terbenam bersama cahaya jingga.
~Goldkey, 20/2/11, 16.11 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingin jadi..
Aku ingin jadi
seperti rerumput di padang
jadi makanan hidupan
bukan jadi duri yang menyucuk luka.
Aku ingin jadi
seperti ombak di pantai
yang memendap pasir putih suci
bukan jadi ombak memendapkan lumpur.
Aku ingin jadi
seperti hujan mencurah air yang menyuburkan
hidupan di bumi tuhan
bukan jadi hujan asid yang membinasakan.
Aku ingin jadi
seperti sungai yang kaya muatan
membentuk delta yang subur
bukan jadi sungai yang melimpahkan banjir.
Aku ingin jadi
seperti bulan purnama
menyinarkan cahaya menerangi kegelapan
bukan jadi bulan yang gerhana.
Aku ingin jadi
seperti mentari
sentiasa menyinari alam semesta
bukan jadi malam yang gelita.
Aku ingin
berbakti kerana-Mu Ya Rabbi
berikan daku kekuatan
menerima tomohan dan cercaan
yang tiada dalam diriku.
~Goldkey, 20/2/11, 21.26 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|