|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: HAPPY DIWALI
[Copy link]
|
|
Pengemis pasar malam dicekup
[size=14.399999618530273px]Jabatan Imigresen Johor menahan empat warga asing dalam operasi Ops Kutip dan Ops Jaja di sebuah pasar malam di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah. Foto NSTP/Ihsan Jabatan Imigresen
[size=14.399999618530273px]
JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Johor menahan empat warga asing dalam operasi Ops Kutip dan Ops Jaja yang dijalankan di sebuah pasar malam di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah, kelmarin.
Dalam operasi dari jam 6.20 petang hingga 7.20 malam itu, mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki warga Thailand dan seorang lelaki warga Kemboja selain seorang lelaki warga Pakistan. Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, tindakan diambil susulan aduan awam berhubung kegiatan dan kewujudan pengemis dan pengutip derma warga asing di sekitar pasar malam berkenaan. "Pengemis warga asing ini dipercayai menjalankan aktiviti meminta sedekah sejak lebih tiga bulan di pasar malam itu.
"Pengemis yang ditahan dipercayai kudung sebelah kaki dan ada yang menggunakan alasan membiayai sekolah tahfiz atau institusi keagamaan untuk meraih simpati," katanya menerusi kenyataan media, hari ini. Beliau berkata, berdasarkan rekod, Jabatan Imigresen Johor sudah melakukan serbuan di lokasi pasar malam itu pada Januari lalu, namun, masih terdapat individu-individu lain yang dipercayai melakukan kegiatan terbabit.
"Lokasi yang strategik dan sikap mudah kasihan rakyat Malaysia terhadap golongan ini mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada pengemis ini. "Penahanan mereka membuktikan mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial dan mampu meraih pendapatan sehingga RM400 sehari atau RM 12,000 sebulan," jelasnya. Menurut beliau, mereka yang ditahan dan berusia antara 22 hingga 56 tahun itu dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia. Pada masa sama, Mohd Rusdi berkata, pihaknya memandang serius isu pengemis warga asing dan aktiviti kutipan derma tanpa kebenaran secara bersindiket daripada terus berleluasa. "Kita akan terus membanteras warga asing yang menyalahgunakan pas atau permit yang diberikan. "Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melanggar undang-undang," tegasnya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1318292/pengemis-pasar-malam-dicekup
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cubaan loloskan diri dari pemeriksaan imigresen, warga Sri Lanka maut jatuh jejantas
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]Cubaan meloloskan diri seorang Operator Kilang warganegara Sri Lanka, daripada pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) gagal, apabila lelaki itu maut terjatuh jejantas, petang tadi. - Foto NSTP/TULAR
[size=14.399999618530273px]
JOHOR BAHRU: Cubaan meloloskan diri seorang Operator Kilang warganegara Sri Lanka, daripada pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia gagal, apabila lelaki itu maut terjatuh jejantas, petang tadi.
Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 4.48 petang itu mangsa berusia lingkungan 30 tahun terjatuh dari jejantas hub penghubung Jab Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini. Katanya mangsa dipercayai terjatuh ke atas sebuah kereta Produa Myvi yang sedang melalui kawasan jejantas itu. "Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA).
"Hasil siasatan awal mendapati punca mangsa bertindak demikian kerana cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pihak Jabatan Imigresen BSI. "Mayat mangsa dibawa ke HSA untuk bedah siasat. Tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Terdahulu, tular beberapa keping gambar kejadian mayat berada di bawah kawasan jejantas antara JB Sentral dan BSI.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1318298/cubaan-loloskan-diri-dari-pemeriksaan-imigresen-warga-sri-lanka-maut
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ketuai 213 senarai penerima pingat
IPOH: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengetuai senarai 213 penerima Darjah Kebesaran serta Pingat Negeri Perak sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-68 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini. Syed Danial penerima Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri, selain darjah sama turut dikurniakan kepada Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Pengerusi Eksekutif Yee Lee Corporation Sdn Bhd yang juga Pengerusi Eksekutif Spritzer Berhad, Datuk Lim Kok Cheong @ Lim A Heng. Menyusuli tiga individu itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron yang dikurniakan selaku penerima tunggal Darjah Datuk Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk.
Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang turut membawa gelaran Datuk, dikurniakan kepada lapan penerima iaitu bekas pegawai undang-undang PETRONAS sebelum bersara sebagai Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Kumpulan PETRONAS, Abdul Rahim Mydin.
Beliau juga adalah penulis undangan akhbar New Straits Times (NST). Selain itu, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI), Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim. DPMP turut dikurniakan kepada Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Salasiah Abdul Wahab; Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, Yong Zarida Sazali; Duta Besar Kedutaan Malaysia The Hague Belanda, Roseli Abdul; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc), Anuar Zainal Abidin dan Ketua Perkhidmatan Otorinolaringologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr D Philip Rajan. Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) pula yang juga membawa gelaran Datuk, dikurniakan kepada enam penerima iaitu Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri; Pengarah Cawangan Khas PDRM, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM, Senior Asisten Komisioner Ng Kong Soon. DPTS turut dikurniakan kepada Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral CS Maniam Thevendran; Pakar Obstetrik & Ginekologi ATM, Brigedier Jeneral Dr Sharifah Sofiah Syed Zainol dan Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Farizal Myeor. Pengarang Kumpulan NST, Farrah Naz Karim turut tersenarai sebagai seorang daripada 28 penerima Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP). Istiadat diadakan di Istana Iskandariah Pada sidang media semalam, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata, istiadat penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak tahun ini akan dibuat melalui dua sesi, iaitu pada Sabtu 9 November ini bagi 18 penerima Darjah Kebesaran yang membawa gelaran. Katanya, bagi penerima darjah kebesaran serta pingat selebihnya yang tidak membawa gelaran, istiadat penganugerahan akan dilangsungkan pada Sabtu, 16 November, dengan kedua-dua sesi istiadat itu akan berlangsung di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Atas sifat ihsan Sultan Nazrin sempena hari keputeraan baginda terhadap kebajikan banduan dan tahanan yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di Perak, baginda juga menzahirkan perkenan bagi membiayai hidangan makanan tengah hari istimewa hari ini membabitkan 7,800 banduan. Ini meliputi lima institusi penjara iaitu Penjara Taiping; Penjara Tapah; Pusat Koreksional Kamunting; Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah dan Rumah Perantaraan Penjara Negeri Perak.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1318300/penyimpan-mohor-besar-raja-raja-ketuai-213-senarai-penerima-pingat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nasib Joselyn Dewi dapat perhatian, PM sumbang kelengkapan Deepavali
[size=14.399999618530273px]Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, menyampaikan sumbangan kelengkapan untuk Deepavali kepada Joselyn Dewi. - Foto ihsan pejabat Perdana Menteri
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya. Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, semalam. "Saya dimaklumkan bahawa saudari Joselyn perlu memikul amanah selaku ketua keluarga selepas kematian bapa manakala ibunya pula pulang ke Filipina. "Beliau juga perlu membesarkan dua orang adik-beradik yang masih bersekolah serta seorang adik bongsu yang menghidap autisme," katanya.Anwar berkata, beliau meminta Ahmad Farhan untuk membantu memanjangkan permohonan Joselyn untuk mendapatkan kad pengenalan dengan sesegera mungkin.
Kisah Joselyn, 27, sebelum ini dilaporkan sebuah portal berita yang menceritakan mengenai sambutan suram Deepavali bersama tiga adik-beradiknya tahun ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1318268/nasib-joselyn-dewi-dapat-perhatian-pm-sumbang-kelengkapan-deepavali
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kartel baja RM1.8 bilion: SPRM tahan dalang utama, pengerusi syarikat warga asing
[size=14.399999618530273px]Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lagi individu berhubung dakwaan wujud kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi dianggarkan bernilai RM1.8 bilion di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian .
Mengikut sumber SPRM, salah seorang daripada yang ditahan itu adalah suspek utama yang juga pengurus di bahagian promosi dan pemasaran sebuah pertubuhan pertanian. Seorang lagi suspek adalah pengerusi syarikat warganegara asing yang ditawarkan projek pembelian baja padi oleh pertubuhan pertanian terbabit. "Kedua-dua suspek lelaki yang berusia lingkungan 40-an hingga 50-an itu ditahan ketika memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM lewat petang semalam.
"Hasil siasatan awal mendapati suspek utama menerima sebut harga daripada wakil syarikat yang terbbait untuk mendapatkan kelulusan daripada pengerusi pertubuhan. "Pengerusi pertubuhan pula memberi kelulusan untuk melantik syarikat asing itu tanpa lakukan perbandingan harga ataupun melalui Lembaga Pengarah," katanya.
Tambah sumber itu, siasatan awal juga mendapati kontrak pembekalan baja bernilai kira-kira RM60juta secara runding terus telah dibuat dalam tempoh masa enam hari saja pada sekitar bulan Jun 2022. "Sedangkan syarikat asing itu tidak pernah mendapat apa-apa kerja daripada pertubuhan itu sebelum ini," katanya. Sumber berkata, kedua-dua suspek kini direman lima hari sehingga 4 November ini untuk siasatan. Perintah reman dikeluarkan oleh Pendaftar, Syahrul Sazly Md Sain selepas SPRM membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi. Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(a)Akta SPRM 2009. Setakat ini, tiga individu sudah ditahan termasuk seorang eksekutif pemasaran syarikat yang direman bermula semalam sehingga 2 November ini. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.8 bilion untuk perolehan baja pertanian negara.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1318233/kartel-baja-rm18-bilion-sprm-tahan-dalang-utama-pengerusi-syarikat-warga
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sekali lagi Asyraf Wajdi beri amaran 'You Touch You Go!' kepada pelaku kes buli
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, hari ini memberi amaran beliau akan mengambil tindakan paling tegas jika berlaku kejadian buli membabitkan warga Institut Pendidikan MARA (IPMa).
Sambil menyuarakan kekecewaannya terhadap dakwaan berlaku kes dera pelajar di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) yang sama, beliau turut menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam kes buli. "Langsung tiada iktibar dengan kes lalu yang menyebabkan kematian. Kalau berlaku di mana-mana institusi pendidikan MARA termasuklah di MRSM (Maktab Rendah Sains Mara), tiada kompromi. "Saya dah tegaskan prinsip saya "You Touch You Go!" (Anda sentuh, anda pergi!)… tak perlu nak jumpa saya buat rayuan atau apa juga untuk raih simpati kerana sudah diperingatkan berulang kali," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya, hari ini.
November tahun lalu, Asyraf Wajdi memberi jaminan MARA tidak akan berkompromi terhadap sebarang kes buli jika dikesan berlaku dalam kalangan pelajar di MRSM. Beliau dilaporkan berkata, pihaknya tidak akan sesekali menutup sebarang perilaku curang yang dilakukan oleh mana-mana pelajar walaupun anak orang kenamaan.
Terdahulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjalankan siasatan mengenai kes seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Sungai Besi yang didakwa menjadi mangsa buli dan dera oleh penuntut senior. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman ketika dihubungi memaklumkan siasatan terperinci sedang dilaksanakan. Semalam, ATM dalam kenyataan memaklumkan kejadian membabitkan pelajar kadet yang disyaki dibuli oleh seniornya menggunakan seterika yang ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular menerusi media sosial. ATM turut menyatakan tindakan disiplin yang keras mahu pun tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terbabit, jika terbukti bersalah. Pada 2017, negara digemparkan dengan kematian tragis pegawai kadet laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang cedera apabila hampir keseluruhan anggota badannya berulang kali ditekap menggunakan seterika wap. Berikutan itu, enam bekas penuntut UPNM dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lalu selepas didapati bersalah melakukan perbuatan berkenaan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1318258/sekali-lagi-asyraf-wajdi-beri-amaran-you-touch-you-go-kepada-pelaku
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya dah tido then terjaga lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Agensi penguatkuasaan tidak terkecuali penggiliran kerja perkhidmatan awam
[size=14.399999618530273px]PUTRAJAYA 21 0CTOBER 2024. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz ketika sidang media selepas menandatangani borang Opsyen baharu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan turut terbabit dalam pertukaran pegawai, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
"Pertukaran kerja juga terpakai untuk agensi penguatkuasaan, malah Jabatan Imigresen sebelum ini menetapkan peraturan bahawa kakitangan yang menguruskan kaunter akan ditukar selepas satu tahun," katanya ketika dihubungi. Semalam, Wan Ahmad Dahlan berkata, pertukaran pegawai kerajaan membabitkan jawatan penting dalam sesebuah organisasi kritikal atau yang mudah terdedah kepada perlakuan integriti dibuat setiap tiga tahun sekali. Sebelum ini, pada 22 Julai, bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata, jabatan itu mengurangkan tempoh pertukaran tugas bagi kakitangannya di bahagian yang terdedah kepada rasuah, penyalahgunaan kuasa dan salah laku kepada satu tahun bagi memastikan integriti perkhidmatannya.
Beliau berkata, jabatan itu sentiasa berusaha untuk memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) dan bertindak tegas bagi memastikan tiada anggotanya terbabit dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Pada 22 Ogos lalu, Kementerian Dalam Negeri menyatakan kesediaannya untuk melaksanakan pertukaran kerja yang lebih kerap membabitkan agensi utama di bawah kawalannya bagi memastikan integriti perkhidmatan.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata langkah itu susulan penahanan empat pegawai Jabatan Imigresen yang disyaki terbabit dalam sindiket yang menyeludup warga asing ke dalam negara. Pada 19 Ogos lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak yang terbabit dalam pemerolehan aset ketenteraan dan pembinaan kemudahan ketenteraan akan ditukar setiap tiga tahun untuk mengelakkan salah laku termasuk rasuah. Sementara itu, apabila ditanya mengenai jawatan sensitif, Wan Ahmad Dahlan berkata ini termasuk peranan yang bertanggungjawab dalam pemerolehan, kewangan, projek pembangunan dan pelesenan. Beliau berkata, ketua jabatan juga boleh mengenal pasti jawatan sensitif tambahan dalam jabatan yang mungkin memerlukan pertukaran kerja yang sama. Pada 26 September lalu, Wan Ahmad Dahlan berkata ketua jabatan yang gagal melaksanakan pertukaran kerja bermula bulan ini (Oktober) akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 4, Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Beliau berkata, semua ketua jabatan mesti mengamalkan pertukaran kerja dalam organisasi mereka untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan di semua kementerian dan jabatan. Beliau berkata, pertukaran kerja adalah salah satu inisiatif yang digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, selaras dengan Pekeliling Pelaksanaan Pertukaran Kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 14 Mei lalu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1318262/agensi-penguatkuasaan-tidak-terkecuali-penggiliran-kerja
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Zack tunai permintaan pesakit leukemia'
[size=14.399999618530273px]Jamal bersyukur dapat melalui pengalaman manis dan memiliki peminat yang menghormati dan menghargainya sehingga hari ini.
KUALA LUMPUR: Nama penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 65, pernah menjadi fenomena selepas membintangi filem romantis, Azura bergandingan dengan Fauziah Ahmad Daud pada 1984.
Watak Zack terus diingati sehingga kini biarpun filem arahan Deddy M Borhan itu sudah 40 tahun berlalu. Jamal berkata, fenomena Zack dan Azura masih segar dalam ingatan. "Fenomena Zack dan Azura sampai sekarang. Antara paling risau bila buat persembahan, masa itulah peminat minta nak ambil gambar. Kita nak fokus nyanyi, tapi mereka nak bergambar.
"Tapi, ini adalah anugerah yang Allah kurniakan kepada saya. Kalau zaman dulu peminat hantar surat berguni-guni. Saya sempat merasai zaman bawa balik surat berguni-guni. "Ada kejadian yang saya tak boleh lupa bila buka surat seorang pesakit leukemia. Peminat perempuan ini lumpuh dan minat sangat dengan saya dan ingin berjumpa.
"Saya ajak ayah dan minta bawa ke Simpang Pulai, Perak untuk melawat peminat. Saya lihat dia memang uzur," katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Datuk Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura, baru-baru ini.
Jamal berkata, dia bersyukur dapat memenuhi hasrat peminatnya itu. "Saya ziarah dan penuhi hasratnya. Saya bagi autograf. Tapi, saya tak tahu dia masih hidup atau tidak. Itulah pengalaman saya sebagai Zack sampai sekarang terbawa-bawa," katanya. Dalam pada itu, Jamal bersyukur dapat melalui pengalaman manis dan memiliki peminat yang menghormati dan menghargainya sehingga hari ini. "Saya gembira keadaan tetap sama dan masih ramai orang yang nak bergambar dengan saya," katanya. Dalam pada itu, Jamal berkata, konsert anjuran Live Injection dan NJ Resources itu bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Februari tahun depan itu bakal menggamit kenangan Zack dan Azura pada era 1980-an. "Ketika zaman Zack dan Azura, saya baru berusia 23 tahun dan sekarang, sudah 65 tahun. Nak kembalikan zaman itu mencabar juga, tapi insya-Allah saya akan ikut tema. "Harapan saya konsert ini akan mendapat sambutan dan menjadi kenangan sehingga akhir hayat," katanya. Membawa nama yang cukup ikonik iaitu judul lagu popularnya, Sandarkan Pada Kenangan dan Azura, Jamal mahu peminat kembali mengimbau zaman kegemilangannya pada era 1980-an. Peminat yang hadir juga disarankan berpakaian 19era 80-an kerana itulah tema pakaian ditetapkan. Istimewa, Jamal turut menampilkan penyanyi jemputan, Wany Hasrita untuk menyanyikan lagu Sandarkan Pada Kenangan, selain beberapa lagi penyanyi yang masih dirahsiakan.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/10/1318143/zack-tunai-permintaan-pesakit-leukemia
|
|
|
|
|
|
|
|
TAZKIRAH JUMAAT
ALLAH SWT MAHA PENGAMPUN
Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah yang diriku di dalam kekuasaan-Nya jika tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan lenyapkan kamu semua, dan digantikan dengan kaum yang melakukan dosa, lalu mereka meminta ampun kepada Allah dan Allah mengampunkan mereka.” (Riwayat Muslim)
Huraian Hadith :
1. Umat Islam disuruh meminta ampun daripada Allah terhadap dosa yang dilakukannya kerana Allah bersifat Maha Pengampun.
2. Umat Islam dilarang berputus asa daripada rahmat keampunan Allah SWT.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Abu Hurairah R.A. Rasulullah SAW bersabda:
Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat takabur di hatinya walaupun sebesar zarah
(H.R. Bukhari, Muslim, Tirmizi)
Takabur adalah sifat dalaman manusia. Sifat ini membuatkan seseorang menunjuk-nunjuk kehebatan dirinya kepada orang lain kerana merasakan dirinya itu lebih sempurna. Ada kalanya takabur menyebabkan seseorang tidak menerima kebenaran dan memandang hina kepada orang lain. Sesungguhnya sifat takabur ini amat bahaya dan perlu dihakis dari hati kita. Ini adalah kerana terdapat banyak amaran yang telah diberi tentang bahayanya.
Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah SW bersabda:
Orang yang sombong dan takabur akan dihimpun pada hari kiamat seperti debu-debu yang dipijak-pijak oleh manusia kerana hinanya mereka di sisi Allah azzawajalla. (HR: Bukhari , 10/223, Muslim, 2085).
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|