|
main la stadium baru terengganu........... baru betul2 berkecuali, |
|
|
|
|
|
|
|
tp ikut syarat........... klu seri kedah menang berpandukan gol di tempat lawan... |
|
|
|
|
|
|
|
konfem kat SSA..
so jumpa di sanaaaa...  |
|
|
|
|
|
|
|
Kedah berkemampuan
Oleh NOREHAN SALEH
[email protected]

KHYRIL MUHYMEEN
(kiri) menjadi inspirasi kepada kejayaan Kedah mara ke perlawanan akhir Piala FA.
KEDAH mampu mengekalkan prestasi cemerlang bagi menghadapi Selangor pada perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini.
Demikian tegas pengurus pasukannya, Datuk Othman Aziz selepas mereka layak ke perlawanan akhir hasil kemenangan 2-0 ke atas Pahang pada separuh akhir kedua di Kuantan malam kelmarin.
Kedah mara dengan agregat 6-1.
Menurutnya, prestasi yang dipamerkan pada saingan separuh akhir kedua itu memberi keyakinan kepada mereka untuk tampil lebih garang pada perlawanan akhir kelak.
"Pada aksi menentang Pahang, saya agak bimbang juga kerana tuan rumah nampak lebih agresif tetapi pemain kami berupaya menyekat asakan mereka.
"Namun, selepas berjaya meloloskan diri pada minit kesembilan menerusi jaringan Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, semua pemain Kedah mula mendapat keyakinan semula.
"Jika rentak seperti ini dapat dikekalkan, saya yakin kami mampu memperoleh kejayaan," katanya.
Bagi jurulatih Kedah, Mohd. Azrai Khor Abdullah, kejayaan pasukannya menundukkan Pahang membuktikan mereka terus berada pada tahap terbaik.
"Pemain masih mengekalkan konsistensi dan saya harap prestasi seperti ini akan terus dipertahankan," katanya.
Menurutnya, Kedah akan terus bekerja keras untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam usaha memburu gelaran kedua dalam saingan bola sepak Liga Malaysia musim ini. |
|
|
|
|
|
|
|
jommm... .forumer CARI kat SSA... kita geder2  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1434 CheQ's post
tu yg lagi best tuh................ syok siottttt dpt malukan depan penyokong sendiri, cam kena 1-0 tuh....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1434 CheQ's post
tu laa....
cheq pun tunggu news x kuar pun brita kedah vs phg tu...
ampes dok ada....
sakit atii betolll.....
mintak2 la kedah tibai selangoq lg baru depa tau no....
pssttt.....frank seator main dak nanti?? |
|
|
|
|
|
|
|
'Kedah tidak tertekan'
SHAH ALAM - Kedah tidak terasa tertekan akan bermain di tempat lawan biarpun 'kubu' Selangor, Stadium Shah Alam yang dipilih sebagai gelanggang perlawanan akhir bola sepak Piala FA edisi ke-19, esok dan bukannya Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Pengurus pasukan Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, sebagai juara bertahan, mereka sudah biasa dengan tekanan untuk bermain di mana-mana gelanggang termasuk Shah Alam yang mungkin memberikan kelebihan kepada Selangor.
"Saya yakin ramai penyokong dari Kedah bakal hadir malah mereka yang sudah menetap di Lembah Klang, pasti datang menyokong kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pengurus pasukan di stadium itu, semalam.
Keyakinan Othman itu turut berpegang pada rekod kehadiran teramai Liga Super musim ini, 60,000 orang di Stadium Shah Alam ketika Kedah menewaskan Selangor 1-0 menerusi jaringan Samransak Kram pada 5 April lalu.
Namun katanya, Kedah lebih selesa dilabel sebagai pasukan bukan pilihan apatah lagi turun tanpa dua tulang belakang importnya, Cornelius Bernard Huggins dan penjaring terbanyak Liga Super, Marlon Alex James.
"Kami mungkin turun dengan barisan yang hampir terbaik tetapi prestasi pemain tempatan termasuk ketika separuh akhir pertama Piala FA di Alor Star tetap meyakinkan kerana masih mampu menundukkan Pahang 4-1," katanya.
Kedah menurutnya, tidak akan berpeluang untuk turun berlatih di Stadium Shah Alam kerana kesuntukan masa dan perjalanan dengan kepadatan jadual perlawanan antara separuh akhir Piala FA dengan Piala Malaysia yang bermula 11 Jun lalu.
"Kami baru balik dari Kuantan (separuh akhir kedua, kelmarin), hanya sempat berlatih di Alor Star dan pasukan hanya akan tiba (hari ini) dan selepas perlawanan akhir, akan bergegas pula ke Pulau Pinang (Piala Malaysia, Selasa ini)," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Lt. Jen. (B) Azzuddin Ahmad berkata, Stadium Nasional tidak dipilih sebagai tuan rumah kali ini kerana pengurusannya terikat kontrak dengan syarikat lain, Axcess Ticket.
Katanya, tiket perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam yang dijual RM40, RM20 dan RM5 (kanak-kanak berusia bawah 12 tahun) cuma diperuntukkan 40,000 keping tetapi bakal dicetak lebih sekiranya sambutan menggalakkan.
source: http://www.utusan.com.my
FAM ni jadual tahapa2 la
time rehat kemain panjang..
bila start x nyempat2 lak tu..
apa pun..
pulun kedah pulun |
|
|
|
|
|
|
|
ceh........ tak guna bukit jalil sbb masalah tiket jer....... memang tak layak jd setiusaha agong........
cakap jelar.... pakai shah alam sbb hukuman keatas slangor sbb player larik masa klinik ian rush |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1438 rambutan's post
ooo kira nak amik hati balik la nih..............  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1434 CheQ's post
minat sgguh kat meen nooo |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1434 CheQ's post
mie yeh kot best player..
xpun saramsak...
mungkinkah?? |
|
|
|
|
|
|
|
haku harus p nih kat std. shah alam..
tiket 40,000 ja..kena p beli awai neh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1438 rambutan\ catat
yer la...
kite pong raser cantu gak...
cm der udang di sebalik mee jer dorg nih..  |
|
|
|
|
|
|
| |
|