CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: srumut

Liga Cari Xpert11 - Musim 5 bakal bermula !!

 Close [Copy link]
 Author| Post time 21-10-2008 03:39 PM | Show all posts
pacubob united

Sebuah lagi pasukan pendatang baru ke LCX Premier dan memiliki rangkaian jentera serangan yang hebat. Bagi menghadapi musim baru di LCX Premier, kelab dilihat telah membuat satu pembelian setakat ini ke atas seorang pemain pertahanan berusia 23 tahun, Rafeal Maia dengan perpindahan bernilai 695 300 econ.

Kecederaan tonggak pertahanan pasukan Gustavo Castellanos menyebabkan pemain ini tersisih dalam perancangan pengurus pasukan bagi menghadapi perlawanan pertama musim ini menentang penyandang juara 2 musim berturut-turut, Rocky FC. Jentera tengah bakal dikemudi oleh Vicentre Oronozo diapit oleh dua lagi pemain tengah berbisa mereka iaitu Patrio Tocho dan Arman Le Morvan.

Penyerang Imanol Salinas dan Chano Castano antara penyerang berbisa mereka dan bakal memberi mimpi ngeri kepada barisan pertahanan pasukan lawan musim ini. Semua perlawanan di laman sendiri akan berlangsung di padang majlis daerah.

Pada perlawanan 1 liga khamis nanti mereka akan bertemu pasukan Rocky FC

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rocky FC

Tidak perlu diperkenalkan lagi dengan reputasi besar dengan mencipta sejarah apabila mengutip pingat kejuaraan sebanyak 2 musim berturut-turut di LCX Premier. Gordon Wilkinson dan Lancelot Oakes adalah antara muka baru yang dibawa masuk oleh kelab ini bagi memperkuatkan bahagian serangan dan pertahanan dalam usaha mempertahankan mahkota kejuaraan selama 2 musim.

Dengan kehebatan penjaga gawang Will Lewis di pintu gol dengan keutuhan barisan pertahanan yang dijana oleh Tyrone Birch beserta dengan kreativiti pemain tengah terbilang mereka Alastair Breckin dalam membuat hantaran berbahaya buat penyudah di barisaan hadapan pasukan, tidak ada sebab mereka pasukan ini tidak akan bergelar juara buat kali ketiga di LCX Premier.

Stadium Sungai Penchala yang sentiasa dipenuhi penyokong dan peminat penyandang juara ini pasti bakal sekali lagi menjadi igauan buruk buat setiap pasukan pelawat.

Pada perlawanan 1 liga khamis nanti Rocky FC akan bertemu pacubob united

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saja Saja F.C

Pasukan ini pada awal musim lalu dilihat bergelut dengan prestasi yang tidak menentu hingga pada satu ketika di antara calon pasukan yang diramal bagi tersingkirk dari Liga Premier. Bagaimanapun tanggapan itu ditepis dengan kemenangan bergaya ke atas Nasri Kawase FC pada perlawanan terakhir liga musim lalu dan sekaligus mengekalkan statusnya setanding dengan pasukan elit lain di LCX Premier.

Seorang pemain pertahanan Kyle Gower bernilai 2 037 000 telah dibawa masuk oleh pasukan ini dan dilihat satu langkah oleh kelab bagi memperkuatkan benteng pertahanan dalam menghadapi persaingan LXC Premier musim baru nanti. Jelas sekali kelibat 3 pemain pertahanan yang berkebolehan tinggi pastinya menyukarkan pasukan lawan untuk menembusi  gol pasukan dari Brunei Darul Salam ini.

Pemain tengah terbilang mereka. Vincent Privat pastinya sekali bakal mengemudi barisan tengah pasukan Saja Saja F.C dan bakal merencana hantaran-hantaran ke barisan hadapan yang dikepalai oleh penyerang tersohor mereka iaitu Arthur Rowlands. Stadium Saja Saja bakal menjadi saksi samada pasukan ini akan terus bersaing atau kecundang dalam meraih kemegahan dan kebanggaan kelab di Liga Premier.

Pada perlawanan 1 liga khamis nanti Saja Saja F.C akan bertemu Nasri Kawase FC

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saro FC

Menduduki tangga kedua LCX Premier pada musim 2 dan antara pasukan yang tidak konsisten sepanjang musm lalu. Kecederaan beberapa pemain antara faktor penyebab prestasi di bahagian pertahanan terutamanya agak goyah pada musim lalu. Musim baru kali ini, pasukan Saro FC dilihat membawa masuk dua penyerang muda dari akademi belia mereka iaitu Maarten Weenbau berusia 17 tahun dan Kenneth van Gils berusia 18 tahun. Kenneth van Gils antara yang mencuri tumpuan apabila menjaringkan 3 gol dari dua aksi pelawanan persahabatan bagi persediaan Saro FC menghadapi saingan musim baru nanti.  Stamford Bridge kebanggaan kelab ini dan bakal menjadi medan pertarungan pasukan tuan rumah di laman sendiri.

Pada perlawanan 1 liga khamis nanti mereka akan bertandang ke Padang UKK Changloon bagi bertemu pasukan Changloon FC


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

testiruFC

Sebuah lagi pasukan pendatang baru ke LCX Premier. Juara LCV Division 1 pada Dibarmusim 2 ini antara pasukan yang diramal bakal mencabar kejuaraan liga premier musim ini  Kehadiran pasukan ini tidak harus dipandang sepi. Buktinya kelab telah membuat 3 pembelian yang agak besar jumlahnya apabila mengikat 2 pemain tengah iaitu Paul Vaughan dan Darren Lennox dan seorang pemain di posisi pertahanan iaitu Geogio Bergamo.

Jelas menunjukkan pasukan testiruFC hadir dengan reputasi sebagai juara LCX Division 1 yang bakal mengugat pasukan elit di LCX Premier sebelum ini.

Ognjen Bare penyerang berbisa pasukan ini diramal bakal menuai gol bagi pasukan testiruFC  manakala Dragon Rajcevic bakal dibantu oleh Paul vaughan dalam menjana jentera tengah pasukan ini. Zdravco Bogavac dan Geogio bergamo dilihat bakal mengemudi barisan belakang pasukan testiruFC bagi mengelakkan pintu gol mereka ditembusi.

Stadium keramat pasukan ini dikenali sebagai stade de blueblanch yang bakal mendebarkan pasukan pelawat yang bertandang,.
Pada perlawanan 1 liga khamis nanti mereka akan menentang pasukan CFC kobenrossi
-----------------------------------------------------
Selamat berjuang untuk kemegahan kelab masing-masing!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2008 04:20 PM | Show all posts




alamak mana tukang karut priew liga dibesen 2 yang sangat sengit dan kompetitif ni...
ni yang tak eksited ni..
ini seterus secara tidak langsung akan menjatuh moral semua tim di liga dibesen 2...
perasaan tersisih akan mula berdetik di setiap pengurus2 liga dibesen 2

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 06:53 AM | Show all posts

Reply #1440 srumut's post

apasal nama team aku jadi CFC Kobenrossi
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 06:54 AM | Show all posts
mengikut statistik, team yg ada penjaring terbanyak akan turun dibesen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2008 07:39 AM | Show all posts
aiseyman aku miss pandang
dah takde rossi rupenya

CFC Koben jek
sorry bro....tak terperasaaan aku


ada satu tim yang apply semalam
nick tim-  MiZz EllyZa FC

sape ye?
Do remember, pls dun use 2 account
kalau silap langkah, akaun hanguss...tim yg dilaburkan melayang mcm debu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 08:35 AM | Show all posts
Originally posted by srumut at 22-10-2008 07:39 AM
aiseyman aku miss pandang
dah takde rossi rupenya

CFC Koben jek
sorry bro....tak terperasaaan aku


ada satu tim yang apply semalam
nick tim-  MiZz EllyZa FC

sape y ...


Team aku kat MXL nama FC Kobenrossi..tu yg confuse tu..

manager baru tu replace moist ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2008 09:35 AM | Show all posts

Reply #1444 koben19's post

BooooOOOoooo..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by koben19 at 22-10-2008 08:35 AM


Team aku kat MXL nama FC Kobenrossi..tu yg confuse tu..

manager baru tu replace moist ke?







wah pompuan ker ganti moist.....
bertambah berseri la liga..huhuhuh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by neo-painkillerz at 22-10-2008 10:08 AM





http://img295.imageshack.us/img295/7280/r6veqrvxnz2.gif

wah pompuan ker ganti moist.....
bertambah berseri la liga..huhuhuh



pompuan ker....kot2 auwwww....
bru berlip lap liga........
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 11:09 AM | Show all posts

Balas #1445 srumut\ catat

ms elyyza fc?
sape tuh..
awek mane tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2008 12:23 PM | Show all posts
miss eliza tuh take ober tim republic of setiawan

[ Last edited by  srumut at 22-10-2008 01:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 03:12 PM | Show all posts
Originally posted by srumut at 22-10-2008 12:23 PM
miss eliza tuh take ober tim republic of setiawan

tercabar abang2 kat div 3..  jgn kalah oiiii... malu kat pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 03:37 PM | Show all posts




blom start apa2 lagi...dah kena take over....mak aiii....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2008 06:48 PM | Show all posts
bahana tak muncul2 14 ari

kita masih menghormati our member moist
hope dia muncul walaupun dah tipis dia akan bersama kita..

selepas satu match tim dia bakal jadi lauk kalau tiada sape yg handle
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 07:08 PM | Show all posts
aweks.....cun ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2008 09:28 PM | Show all posts
jangan2 nama je gal tapi balak  


tim moist kini diambil alih oleh zul legendz

16 ari dah terlalu lama..

kalu moist kembali selepas neh dia buleh appy tim baru

[ Last edited by  srumut at 22-10-2008 11:09 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 09:35 AM | Show all posts
hoh..mcm2 hal dah berlaku ek..moist bley ilang plak

preview liga tak sempat wat la..sori guys..
tunggu after 1st match ni la ok..byk sket benda buleh dianalisa
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by Rocky_balboa at 23-10-2008 09:35 AM
hoh..mcm2 hal dah berlaku ek..moist bley ilang plak

preview liga tak sempat wat la..sori guys..
tunggu after 1st match ni la ok..byk sket benda buleh dianalisa

bereh bro..:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 11:48 AM | Show all posts
ari nih 1st game sezen baru.....:pompom:

berdebar2 nyer.........
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 05:07 PM | Show all posts
yes ler menang....


tapi sezen lepas pon...mula2 aku menag gak...
lepas tu kena tibai kaw2.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 06:54 PM GMT+8 , Processed in 1.073382 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list