CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: EXPECT NOTHING APPRECIATE EVERYTHING

 Close [Copy link]
Post time 30-9-2024 04:02 PM | Show all posts
All the while you were in front of me I never realized
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 04:02 PM | Show all posts
I just can't believe I didn't see it in your eyes
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:02 PM | Show all posts
Kerajaan beralih konsep pendapatan boleh guna bersih sebagai asas beri bantuan - Anwar










PUTRAJAYA: Kerajaan akan beralih kepada pengukuran kemiskinan lebih bermakna berdasarkan konsep Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI) sebagai asas dalam mengenal pasti kumpulan sasar untuk pemberian bantuan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, konsep NDI akan mengurangkan ralat keciciran di samping bersifat lebih adil, dan ia akan mengambil kira Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) yang merujuk kepada kos keperluan hidup untuk menjalani kehidupan bermaruah dan bermakna.
".. meliputi kos makanan, pakaian, tempat tinggal, utiliti dan pengangkutan, yang berbeza mengikut lokasi dan demografi isi rumah," katanya ketika berucap pada Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di sini hari ini.
Simposium bertemakan "Bersama, Berdaya dan Mampan" itu menggariskan lima ikhtiar iaitu memantapkan pengukuran, mereformasi dana menoktah kemiskinan, menyatupadukan data, merubah sikap dan pemikiran serta memperkukuh tenggang menoktah kemiskinan.






Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberi jaminan Jemaah Menteri akan memberi perhatian serius terhadap dapatan dan input yang dikumpulkan dalam simposium berkenaan.
Perdana Menteri juga mahu Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli supaya mengumpul dan merumuskan segala idea dan pandangan dikongsi, dan diberikan kepada barisan panel dan peserta yang menghadiri simposium itu.
"Saya boleh beri jaminan kalau ini (rumusan daripada simposium) disiapkan, Jemaah Menteri akan mengambil kira pandangan ini dengan cara yang paling serius.
"Kalau sempat Rabu ini, Rafizi boleh rumuskan peringkat awal notanya, supaya kita boleh ambil perhatian serius dan menjadikan ini soal keutamaan yang disebut fiqh aulawiyat (fiqah keutamaan)," katanya.
Bagi ikhtiar kedua, Mereformasi Dana Menoktah Kemiskinan, Anwar berkata kerajaan komited untuk meneruskan reformasi fiskal sebagai sebahagian daripada langkah untuk menstruktur semula ekonomi ke arah kemampanan.
Beliau berkata, ia termasuk merombak struktur subsidi menyeluruh kepada subsidi dan bantuan yang lebih bersasar, termasuk bantuan sosial dan program kemiskinan.
Perdana Menteri berkata, kebergantungan kepada dana daripada kerajaan semata-mata boleh menjejaskan kemampanan program kemiskinan dan mengakibatkan tekanan fisikal kepada kerajaan.
"Bagi mengatasi cabaran ini, kita perlu menggembleng lebih banyak lagi kaedah pembiayaan berinovatif seperti dana impak sosial, perkongsian awam-swasta dan pembiayaan campuran.
"Oleh itu kerajaan menggalakkan sumbangan dana daripada pelbagai pihak melalui penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), sektor swasta dan sektor ketiga dalam inisiatif pembiayaan bersama untuk menyokong penyelesaian berasaskan komuniti," katanya.
Bagi ikthiar ketiga yang merujuk kepada Menyatupadukan Data, ia adalah usaha berterusan yang akan sentiasa diambil oleh kerajaan dalam memastikan pangkalan data tersebut sentiasa kekal berintegriti.
Anwar berkata, adalah penting bagi kerajaan memastikan semua agensi berkaitan bekerjasama dengan berkongsi data, maklumat dan sumber untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu kemiskinan tegar.
"Sumber-sumber data ini kemudian akan turut diintegrasi kepada Pangkalan Data Utama (PADU) yang saya luncurkan pada awal Januari lepas supaya hasrat kerajaan untuk membangunkan repositori data rujukan tunggal kerajaan dalam pelaksanaan program menoktah kemiskinan serta pelbagai program sosioekonomi dapat direalisasikan.
"Oleh itu pada 2025, kerajaan menyasarkan pengunaan PADU sebagai asas dalam penentuan kelayakan dan pemberian bantuan, sekali gus menyokong inisiatif membuat keputusan berasaskan data," katanya.
Ikhtiar keempat merujuk kepada Merubah Sikap dan Pemikiran, manakala ikhtiar kelima Memperkukuh Tenggang Menoktah Kemiskinan, yang merujuk kepada pendekatan behavioral insight bagi memahami dan mendalami sikap dan tingkah laku kumpulan sasar dalam merangka program untuk membebaskan sesebuah komuniti atau individu daripada belenggu kemiskinan. - BERNAMA




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1304863/kerajaan-beralih-konsep-pendapatan-boleh-guna-bersih-sebagai-asas









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:02 PM | Show all posts
I didn't see it, I can't believe it
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:02 PM | Show all posts
Oh but I feel it
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:02 PM | Show all posts
When you sing to me
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2024 04:03 PM | Show all posts
How I long to hear you sing beneath the clear blue skies
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:03 PM | Show all posts
And I promise you this time I'll see it in your eyes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 04:03 PM | Show all posts
I didn't see it, I can't believe it
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:03 PM | Show all posts
Jangan letak harapan tinggi terhadap ketua baharu NATO











BRUSSELS: Ketua baharu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dilantik minggu ini, Mark Rutte, akan membawa kepimpinan baharu bagi melaksanakan antara peranan paling berpengaruh di dunia, mengendalikan pakatan Atlantik bersenjata nuklear.
Bagaimanapun, sekiranya bekas Perdana Menteri Belanda itu ingin mengubah keadaan selepas mengambil alih tugas daripada Jens Stoltenberg, kemungkinan besar tidak banyak yang beliau dapat dilakukan.
Realiti jawatan NATO itu bermakna Rutte akan bertanggungjawab menerajui birokrasi awam secara teliti, dengan kuasa ketenteraan akhirnya terletak pada negara anggota, terutama Amerika Syarikat (AS).
Rutte memilih untuk meneruskan pendekatan sama, sebagaimana diambil Setiausaha Agung sebelumnya, bagi mengemudi pakatan terbabit dalam waktu yang mencabar ini.



Malah, 32 negara menganggotai NATO, cenderung memilih pemimpin berpendekatan sederhana, lazimnya bekas pemimpin negara Eropah utara, sekali gus memastikan pertubuhan itu bebas daripada terpalit pergolakan global semasa.
"Pada saat geopolitik yang sukar, meneruskan dasar luar dan langkah keselamatan yang sama adalah sangat penting," kata seorang diplomat kanan NATO yang enggan dikenali kepada AFP.
Sepanjang lebih 10 tahun memimpin NATO, Stoltenberg mendapat pujian atas kepemimpinannya yang tenang dalam pakatan yang ada masanya bergolak.
Norway membantu bagi memastikan Presiden AS ketika itu, Donald Trump, terus menyokong dan memberikan bantuan kepada Ukraine, sambil memastikan NATO tidak terjerumus ke dalam perang dengan Russia, selain memulakan pembaharuan pertahanan pakatan itu untuk menghadapi Moscow.
"Rakan dalam pakatan mencari seseorang yang mempunyai banyak kualiti, sama seperti Stoltenberg, dan akan meneruskan hala tuju yang sama.
"NATO perlukan seorang bekas perdana menteri yang mempunyai hubungan baik, berpengalaman dan boleh berurusan dengan Trump," kata seorang bekas pegawai kanan NATO, Jamie Shea.
Rutte, pilihan utama kuasa besar seperti AS, Britain, Perancis dan Jerman, dilihat sebagai dan memenuhi semua kriteria terbabit.
Sebagai seorang veteran yang memimpin pakatan yang kompleks di Belanda selama 13 tahun, beliau mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk memastikan negara berbeza dengan kepentingan berlainan dapat mencari titik tengah untuk bersatu.
"Beliau adalah seorang penggubal konsensus dengan komitmen teguh kepada pakatan transatlantik," kata seorang pegawai kanan AS.
Rutte juga adalah penyokong kuat Kyiv dan tidak takut untuk bercakap secara terbuka kepada Trump, yang mungkin kembali sebagai Presiden AS selepas pilihan raya November ini.
Selain memiliki nilai kepimpinan yang diperlukan, kumpulan diplomat NATO berpendapat Rutte seharusnya membawa nafas baharu kepada pakatan itu selepas berada di bawah pimpinan Stoltenberg selama 10 tahun.
Namun, Rutte mungkin akan menghadapi kesukaran untuk melaksanakan perubahan besar.
Walaupun tugas menguruskan NATO kedengaran seperti peranan yang berkuasa, Setiausaha Agung sebenarnya hanya mengetuai birokrasi awam merangkumi kira-kira 1,500 kakitangan.
Kuasa ketenteraan terletak pada negara-negara anggota – terutama di tangan seorang jeneral AS selaku Panglima Tertinggi Bersekutu di Eropah. - AFP



https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2024/09/1304894/jangan-letak-harapan-tinggi-terhadap-ketua-baharu-nato


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:03 PM | Show all posts
Oh but I feel it
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:04 PM | Show all posts
When you sing to me
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:04 PM | Show all posts
All the while you were in front of me I never realized
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:04 PM | Show all posts
I just can't believe I didn't see it in your eyes
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:04 PM | Show all posts
I didn't see it, I can't believe it
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:04 PM | Show all posts
Oh but I feel it
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 04:04 PM | Show all posts
Tak tambah hari, tiket konsert Ernie licin tujuh jam











KUALA LUMPUR: Penyanyi Ernie Zakri tidak berhasrat menambah hari meskipun tiket Aura: Ernie Zakri Live in Concert habis terjual dalam tempoh 7 jam.
Pemilik nama lengkap Nur Ernie Shahirah Zakri itu bagaimanapun meminta peminat yang tidak berkesempatan membeli tiket menunggu perancangan seterusnya.
"Memandangkan ini adalah konsert solo yang pertama, saya memang nak jadikan ia sebagai konsert eksklusif.
"Sebagai penyanyi, saya mesti ada benda lain yang perlu dipersembahkan.

"Jadi, saya nak orang menantikan lagi apa lagi perancangan seterusnya.
"Insya-Allah, akan ada konsert lain, tapi tiada hari kedua konsert Aura." katanya kepada BH Online.


Sementara itu, mengulas jualan tiket konsert yang laris bagai pisang goreng panas, calon Top 20 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 itu memberitahu, strategi yang dirancang bersama penganjur, SAH Entertainment menjadi.
"Selepas berbincang dengan penganjur, memang sasaran kami untuk jual tiket dengan harga berpatutan.
"Ini disebabkan peminat saya bukan sahaja dalam kalangan mereka yang berusia 30 tahun ke atas, tetapi ada juga yang masih belasan tahun.
"Saya kena memahami kedua-dua kategori ini. Jujurnya, saya tak pernah menjangkakan tiket akan habis licin dalam tempoh tujuh jam.
"Kalau betul 'sold out' mungkin akan ambil masa sebulan dan bukan secepat ini," katanya ditemui selepas siri jelajah ABPBH 36 sempena Karnival Jom Heboh di Stadium Negeri Pulau Pinang di sini, semalam.
Terdahulu, berita mengenai tiket konsert Aura licin dalam tempoh 7 jam dikongsi oleh Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid dalam media sosial.
Konsert Aura: Ernie Zakri Live in Concert bakal berlangsung pada 25 Januari tahun depan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).



https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/09/1304899/tak-tambah-hari-tiket-konsert-ernie-licin-tujuh-jam






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:05 PM | Show all posts
When you sing to me
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:05 PM | Show all posts
How I long to hear you sing beneath the clear blue skies
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 04:05 PM | Show all posts
And I promise you this time I'll see it in your eyes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.369259 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list