3/4 cawan guna gula perang dan gula pasir,dicampur
2 1/2 cawan air
1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan)
secubit garam (opt)
kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk mkn bersama apam
Cara-cara
Loyang disapu minyak sekeliling
Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam.
Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.