|
[Tempatan]
PM umum harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter. RON97 pun naik 15 sen
[Copy link]
|
|
month ago when im in hatyai...m'sian oil smuggle sell in rm3 per liter instead thai oil..rm4.++...now how they want make money....pity |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 4-9-2013 03:57 PM
Hehehehehehehe...tu yg saya gelak tu..satu masa dulu mereka jugak tak suka pada tongkat2 ni...bila ...
berbillion ringgit jumlah
subsidi petrol je AN
jumlah subsidi minyak
untuk tahun 2013 sahaja
dah RM24.8 billion!!
belum subsidi lain lagi
benda tak nampak
memang sukar orang
nak paham
sebab tu gomen wajib buat sesuatu selain
paparan di bill board tepi hiway
dan sotkaba je supaya semua lapisan
manusia di malaysia paham
pasal subsidi ni
|
|
|
|
|
|
|
|
genchi posted on 4-9-2013 03:01 PM
ahahha cai mmg suke seprais2 neh.. mcm satu hiburan gitu ekekek..
kumpul jgn tak kumpul.. nak i ...
minyak yg 500km lagi tu rega lama..pasni leh buh minyak rega baru extra 20sen...sure lancar perjalanan kannn
wehooooo sepraissssssssssssssssssssss....tunggu taw
|
|
|
|
|
|
|
|
d'zeck posted on 4-9-2013 04:41 PM
berbillion ringgit jumlah
subsidi petrol je AN
Sebab itu kita biarkan je mereka menyalak yalak..akhirnya letih nanti mereka diam sendirilah.....biasanya macam tu..habis2 menyalak pun sebulan dua je...ada isu baru nanti mereka menyalak plak lah kat isu baru tu...macam tulah putaran hidup mereka..diterangkan macam mana pun takkan mereka mahu faham.
Cuma kerajaan jangan berhenti menerangkan kewajaran kenapa subsidi minyak ini perlu dinaikkan sekarang...dan kemana pula penjimatan tersebut disalurkan..dan kita akan lihat didalam bajet yg akan dibentangkan oleh najib nanti..kumpulan mana yg akan dapat plak.
Malah kalau kita baca dan tonton ditv...bukan tak ada pakar2 ekonomi menyokong penarikkan subsidi 20 sen ni...ada..so..tak perlu pun kita nak sibuk2 dgn yg suka menyalak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
genchi posted on 4-9-2013 03:03 PM
teda sangka.. najebun mmg kenan 20seng hahaha.. dlm diam2 aje kan?
cai mana cai.. pnjm 20senggg ...
nak pinjam ka cai 20seng..mampos meroyan cai...skrg meroyan dalam diam kot...tatau nak konar kat ner dah
|
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 posted on 4-9-2013 03:07 PM
dlm fb,cacai siap ckp,biasa la tu kenaikan ni...siap wat turutan kenaikan rega lagi..
wat wat biasa n konar ada..yg mengeluh pon ramai...lupa yg dulunya penah kempen abis-abisan ekekkeekeke
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 4-9-2013 04:47 PM
Sebab itu kita biarkan je mereka menyalak yalak..akhirnya letih nanti mereka diam sendirilah.... ...
tu lah kan
berpuluh2 page porem pun
belum tentu ada yang boleh hadam
cumanya kalo kita tengok
yang tak penah paham
atau buat2 tak paham
tetap jugak macai2 PR yang sama
tu jugak la kan
|
|
|
|
|
|
|
|
azie.dz posted on 4-9-2013 04:46 PM
minyak yg 500km lagi tu rega lama..pasni leh buh minyak rega baru extra 20sen...sure lancar perjal ...
haruss nyahhhh.. sejajar dgn pengukuhan ekonomi dan rombakan semula subsidi.. pd yg berpendptn rendah bwh 3K
untunglahhh.. nnt dpt BR1M 1200.20
|
|
|
|
|
|
|
|
azie.dz posted on 4-9-2013 04:47 PM
nak pinjam ka cai 20seng..mampos meroyan cai...skrg meroyan dalam diam kot...tatau nak konar kat n ...
cari smer tgh hibernate la.. sempena 20seng tuh.. shh jgn kaco..
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 4-9-2013 04:55 PM
Biasalah...saya juga selalu gak ulang2..pandai macam mana pun depa...ada IQ tinggi pun..ada master ...
bayangkan tetiba
nuart ngan guan eng kojol
sape pulak nak jadi cikgu dewa
yang boleh ngajo "budak2 iq tinggi"
semua tu AN?
kalo orang lain
semuanya derang tak caye punya
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu Pembangkang menyalak2 kata kita pinjam banyak..hutang banyak...negara mengalami defisit katenya...termasuk lah macai2 dia dalam ni cakap bende yg sama..sekarang menyalak plak bila kerajaan nak jimatkannya..biasalah...dah nama pun cai kannn..
Fahami kenaikan harga minyak
Oleh Rohami Shafie
KENAIKAN harga minyak merupakan isu ekonomi paling sensitif buat rakyat Malaysia. Tindakan merasionalisasikan subsidi minyak adalah satu tindakan yang tidak popular.
Bagi mana-mana pemimpin pun ia boleh mencetuskan dilema kerana perlu membuat pertimbangan sama ada ingin terus menjadi popular yang mana sentiasa kelihatan mementingkan kebajikan rakyat ataupun mengutamakan kedudukan kewangan negara dalam tempoh jangka masa panjang.
Di sinilah, seorang pemimpin kena membuat pertimbangan terbaik. Jika mahukan populariti, nescaya, apa sahaja yang menyenangkan hati rakyat akan dipertahankan.
Namun, dalam tempoh jangka masa panjang kedudukan kewangan negara akan terjejas teruk. Iktibar pemimpin-pemimpin negara Barat yang terlalu menjaga populariti mereka menyebabkan ekonomi negara mereka dilanda kemelesetan teruk.
Sebenarnya apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah berdasarkan situasi semasa dan masa hadapan ekonomi dunia dan Malaysia. Pada asasnya, ekonomi dunia masih tidak menentu, bahkan bagi penganalisis dan pakar-pakar ekonomi, terdapat kewajaran kebimbangan ekonomi dunia akan meleset.
Antaranya, ekonomi negara-negara Barat masih belum pulih sepenuhnya. Ekonomi negara-negara berkenaan ‘terkepung’ dalam kegawatan krisis hutang Eropah.
Pakar-pakar ekonomi mereka masih belum menemui strategi ekonomi terbaik untuk memulihkan ekonomi negara mereka. Begitu juga, apa yang telah berlaku ke atas Amerika Syarikat (AS) apabila Rezab Persekutuan AS pun berura-ura untuk mengurangkan rangsangan ekonomi AS dengan mengurangkan pembelian bon.
Polisi perlonggaran kuantitatif (QE) yang selama ini dilaksanakan oleh Rezab Persekutuan AS mungkin dihentikan, juga boleh menjejaskan ekonomi dunia.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Rezab Persekutuan AS telah banyak menggunakan wang untuk merangsang sistem kewangan AS ekoran terjejas teruk akibat krisis subprima pada tahun 2008. Sekiranya Rezab Persekutuan AS bersetuju untuk melaksanakan pengurangan polisi QE, ekonomi dunia berkemungkinan akan semakin tidak menentu.
Ini terbukti apabila dana ekuiti asing di Malaysia telah dijual dengan banyaknya sejak kebelakangan ini. Tambahan lagi, ringgit Malaysia agak lemah berbanding dolar AS.
Bahkan, minggu lepas, harga minyak dunia setong telah meningkat pada tahap tertinggi dalam tempoh 18 bulan. Tambahan lagi, timbul kebimbangan AS dan sekutu- kutunya akan melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria.
Keadaan geopolitik di negara-negara Timur Tengah yang masih tidak menentu boleh menjejaskan ekonomi serantau, khasnya dan ekonomi dunia, umumnya. Pastinya ia juga boleh menjejaskan ekonomi Malaysia sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Di samping itu, kedudukan kewangan dan ekonomi Malaysia juga perlu diambil kira. Ini kerana Malaysia tidak boleh selama- lamanya mencatatkan defisit fiskal. Sasaran defisit fiskal tahun ini adalah pada tahap empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Jika tiada tindakan merasionalisasikan subsidi minyak, sasaran ini sukar dicapai. Pada masa yang sama, tahap hutang kerajaan persekutuan mestilah tidak boleh melebihi 55 peratus daripada KDNK.
Begitu juga hasil pendapatan negara tidak boleh kurang daripada perbelanjaan operasi negara. Dengan kata lain, jika kerajaan masih ingin mempertahankan subsidi minyak pada tahap sebelum ini iaitu RM1.90 seliter, maka kerajaan terpaksa membelanjakan lebih banyak wang rakyat berbanding sebelum ini ekoran kenaikan harga minyak dunia. Sedangkan terdapat kekangan dalam kedudukan kewangan negara.
Tidak mustahil, akhirnya, kewangan negara semakin rapuh dan Malaysia terpaksa meningkatkan jumlah hutang luar semata-mata untuk menyenangkan hati rakyat dengan mengekalkan harga minyak pada tahap sedia ada.
Dalam tempoh jangka masa panjang, hutang yang semakin tinggi menyebabkan hasil kerajaan semakin menurun dek kerana terpaksa membyar hutang dan kadar faedah.
Keadaan akan semakin parah apabila perbelanjaan operasi kerajaan pun terpaksa ditampung dengan hutang. Maka, jika ini berlaku, gaji kakitangan kerajaan terpaksa dibayar dengan menggunakan hutang.
Bagaimana mungkin pembangunan negara boleh dilaksanakan dengan baik sekiranya gaji kakitangan awam pun terpaksa dibayar dengan cara meminjam.
Sedangkan umum mengetahui gaji kakitangan awam baru sahaja dinaikkan pada bulan Julai yang lalu. Dijangkakan terdapat pengumuman penting mengenai elaun skim kakitangan awam pada hujung tahun ini hasil kajian kerajaan untuk menambah baik skim-skim kakitangan awam. Sudah tentu setiap pengumuman akan menyebabkan tambahan perbelanjaan kerajaan.
Bayangkan gaji dan elaun kakitangan awam yang semakin meningkat terpaksa ditampung dengan hasil yang sedia ada. Pada masa yang sama, subsidi minyak juga mahu dikekalkan hanya semata-mata inginkan populariti dan menyenangkan hati rakyat.
Nescaya, jika sekiranya hutang kerajaan semakin meningkat dan begitu juga hutang isi rumah pun semakin tinggi, maka, seluruh ekonomi Malaysia akan lumpuh.
Bagaimanapun, ini bukan bermaksud kerajaan hanya perlu duduk diam tanpa berbuat apa-apa untuk membantu rakyat. Susulan kenaikan harga minyak, kerajaan juga telah mengumumkan untuk meringankan beban golongan berpendapatan sederhana yang terhimpit dengan kenaikan harga minyak.
Pengumuman akan dibuat dalam Bajet 2014 nanti. Seperti diketahui, penjimatan subsidi minyak akan disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah melalui Banturan Rakyat 1Malaysia (BR1M), manakala golongan berpendapatan sederhana seolah- olah kelihatan diabaikan oleh kerajaan.
Pengumuman kerajaan untuk membantu golongan ini memberi khabar baik kepada mereka. Banyak langkah yang boleh dilakukan untuk membantu mereka dan antaranya adalah dengan mengurangkan kadar cukai pendapatan pada tahap yang terendah.
Membantu semua lapisan rakyat menggambarkan betapa kerajaan tidak ambil mudah apabila ‘terpaksa’ mengumumkan kenaikan harga minyak. Pastinya, tindakan terbaik adalah dengan menyeimbangkan kemampanan kedudukan kewangan negara dan pada masa yang sama mengutamakan kesejahteraan rakyat.
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Pusat Pengajian Perakaunan,
Kolej Perniagaan,Universiti Utara Malaysia
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Renc ... inyak#ixzz2dugQ8ZOk
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
d'zeck posted on 4-9-2013 05:09 PM
bayangkan tetiba
nuart ngan guan eng kojol
Sekarang idola mereka Rafizi babok tu le walaupun kerap kali menipu.. |
|
|
|
|
|
|
|
org tua mudah kena tipu..itu fakta |
|
|
|
|
|
|
|
Dah sebulan dh boikot tak mau dah beli teh tarik dengan nescafe tarik..ye la teh tarik dah RM 1.20, nescafe tarik RM 1.70. Bila fikir2, uih jimat dh lebih RM 30 tu...bancuh nescafe ofis punya je..kurang manis..sihat pun sihat.. |
|
|
|
|
|
|
|
xpe... nie hadiah pada yg menyokong depa..kami yg x menyokong kene tempias..
masa nie sume kutuk bagai sok bile nak next PRU masa tuk depa turun harga keta dlm Rm1 Rm2 dan kasi BRIM sume kebuluq duit abis sume pakat pangkah lagi parti yg same ..
Puiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
20 sen tu serupa belanja aku masa sekolah dulu..
20 sen sehari.. |
|
|
|
|
|
|
|
mycute posted on 4-9-2013 05:33 PM
20 sen tu serupa belanja aku masa sekolah dulu..
20 sen sehari..
Ko ni mesti sezaman dengan latip berahim uji rashid kann...?
|
|
|
|
|
|
|
|
asterok tak nih?
jumpa kat fb...
|
|
|
|
|
|
|
|
genchi posted on 4-9-2013 04:56 PM
haruss nyahhhh.. sejajar dgn pengukuhan ekonomi dan rombakan semula subsidi.. pd yg berpendptn ren ...
wahhh hebat...iols dapat br1m extra 20sen gak ek....bermakna sungguh 20sen ittew...
tahniah semua!!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|