CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 19-5-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik Tarik tak menjadi mangsa Pakcik Recep..tq TT.. cerita best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cerita nie , macam terbayang semua watak n suasana di turki
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 11:37 AM | Show all posts
besh sgt cerita TT
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 11:48 AM | Show all posts
best citer harta karun
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Best best. TQ Mrs S
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2024 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara thread yg best kat bod mps ni. Dan aku tak jemu nak baca ulang2 cerita2 dlm ni. Bestlah tt
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-5-2024 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 28-5-2024 08:09 PM

Tiba-tiba Hilang
Aku ada satu kejadian yang benar-benar berlaku padaku dan aku pun ada ramai saksi yang turut sama menyaksikan dan mengalami kejadian ni.  Kejadian ni berlaku pada cuti musim panas 5-6 tahun lalu.  Masa tu aku masih lagi bersekolah menengah, di sekolah aku ada klik aku sendiri, iaitu Jordan, Billy, Toby dan Mike (bukan nama sebenar).  Mike berjaya lulus ujian memandu kereta, jadi bapa dia hadiahkan dia sebuah trak model lama yang dulu pernah dipakai oleh abang Mike yang kini dah pun berpindah ke Florida.

Memandangkan masa tu tengah cuti, Mike pun ajak kami untuk ikut dia roadtrip ke Florida melawat abang dia.  Kebetulan jugak rumah abang Mike ni dekat je dengan pantai Miami (abang Mike kerja bouncer di salah sebuah kelab malam di Miami tu), kami pun setuju jelah dan kami cadang nak kongsi-kongsi duit je untuk minyak dan perbelanjaan di Florida nanti. Kalau ikut perjalanan ke Florida dari tempat kami di Arkansas ni akan mengambil masa sehari, tapi hari tu kami bertolak sebelah petang sebab tunggu Jordan dan Billy habis kerja dulu.  Kami pun cadang untuk taknak ikut jalan lebuhraya, nak ikut jalan dalam je, saja nak menikmati permandangan lagipun kami bukannya nak ada urusan rasmi pun ke Florida tu.  Percutian kenalah santai-santai kan.

Selain daripada Mike, cuma Jordan je yang ada lesen memandu. Jadi Mike pemandu, Jordan jadi pembantu di sebelah, manakala di belakang adalah aku, Billy dan Toby.  Untuk jimatkan duit, Mike dan Jordan cadang nak memandu sepanjang malam, tak perlu bermalam di mana-mana motel, mereka akan bertukar-tukar memandu kalau ada yang letih.  Kami pun okay jelah.

Aku tak ingat kami dah kat mana, tapi masa tu aku rasa kami dah melepasi sempadan Arkansas dan kini kami berada di kawasan pedalaman sebab masa tu kiri kanan jalan kami masa tu hutan semata-mata.  Setelah hampir 6 jam kami di atas jalan raya, tiba-tiba Toby kata dia nak terkencing la pulak.  Kami pun suruhlah dia kencing je kat tepi semak tu, tapi Toby taknak. Dia nak kencing dalam tandas jugak.  Kami pun bukaklah GPS dan kebetulan tak sampai sebatu dari lokasi kami ada stesen minyak tapi kami kena masuk satu simpang ni dulu.

Tak sempat Mike nak matikan enjin, si Toby terus meluru keluar menuju ke tandas stesen tu.  Kitorang pun sempat jugakla mengumpat si Toby tu, apelah macam makcik-makcik je tak tahan kencing.  Kami takdelah terburu-buru nak keluar dari trak tu. Masing-masing menggeliat, meregang-regangkan otot badan setelah sekian lama terperap dalam trak tu. Nak isi minyak Mike kata minyak banyak lagi, lagipun kami ada bawak tong minyak tambahan.  Nak kata lapar pun tak jugak sebab tadi kami baru makan malam sebelum keluar dari Arkansas tadi.  

Aku pulak cadang nak beli snek dan minuman bertenaga je kat kedai stesen minyak tu, baru je aku nak bukak pintu tiba-tiba Toby dah muncul di tepi trak kami. Aik cepatnya Toby ni kencing. Rasanya macam tak sampai 5 minit pun.  Toby tersenyum simpul je bila aku tegur dia macam tu.  Toby pun terus naik kereta duduk di sebelah aku di tepi tingkap.  Dah macam tu kitorang pun tak jadilah singgah dan Mike pun meneruskan pemanduan menuju ke Florida.



Sepanjang perjalanan tu, Toby senyap je, langsung tak menyampuk dengan perbualan kami.  Cuma setakat senyum-senyum je. Bila kami buat lawak pun Toby tak tertawa.  Sebenarnya masa kami berhenti tadi, ada antara kami yang dah mengantuk nak tertidur. Bila singgah sekejap kat stesen minyak tu kami mula segar-bugar balik dah tak jadi nak tidur, itu yang kami aktif menyembang tu.  Kecuali Toby, dia cuma mendengar je.  

Tiba-tiba telefon bimbit Jordan bergetar, tanda ada panggilan masuk.  Jordan pun angkatlah panggilan tu.  Masa ni nada suara dan ayat Jordan macam pelik sikit. “Hello?””Err sape ni?””Kitorang dalam perjalanan ke Florida dah ni”.  Pastu Jordan senyap dan dia dengar je apa yang orang di hujung talian tu cakap.  Kemudian talian pun dimatikan.  

“Errr Mike, kita patah balik jap ke stesyen minyak tadi”.
“Aik kenapa pulak?”
“Errrr kita ada tertinggal barangla”.
“Tertinggal apa pulak ni? Kita bukannya turun dari trak pun”.
“Ala jomlah patah balik. Bukan jauh sangat pun”.

Masa nilah si Toby yang duduk sebelah aku tu ketawa kuat-kuat.  Sampai bahunya terjungkit-jungkit sekali.  Entah apa yang dia rasa lucu sangat tu.  Kitorang semua dah pelik dah apahal pulak mamat ni. Si Mike pun tertoleh-toleh, si Jordan tegak pandang depan je.  “Bro, ko okay ke ni bro?”. Aku cuba nak cuit bahu si Toby, apabila tiba-tiba Toby ghaib!  Billy yang duduk sebelah aku pun nampak Toby hilang dalam sekelip mata. Kitorang berdua menjerit.  Si Mike menggelabah dan brek mengejut sampai terhuyung-hayang trak dia. Nasib baiklah jalan raya tu kosong takde kenderaan lain. “Apsal wei apsal?!!!”.  Mike tanya-tanya kitorang, bila dia pandang belakang tengok Toby dah takde.  Dia pun cepat-cepat memberhentikan traknya di bahu jalan.  Bila Mike angkat brek tangan je, Jordan terus berlari keluar menuju ke depan trak. Kitorang berempat pun ikut sama keluar dari trak tu.

“Wei apsal ni apsal ni?”
“Mana Toby?”
“Toby pergi mana?”
“Toby dah hilang!”
“Apa maksud ko Toby hilang?!”

Masa ni memang semua orang kelam-kabut dan semua orang macam panik. Bila keadaan dah tenang skit barulah si Jordan tu bukak cerita.  Dia kata, dia dapat panggilan dari nombor telefon yang dia tak kenal. Bila dia angkat, suara Toby memaki hamun dia, kenapa tinggalkan dia kat stesen minyak tu.  Jordan ingatkan itu prank, tapi sebab kitorang ni kawan dari kecil, dia memang kenal sangat itu suara Toby.  Tapi kalau itu Toby, siapa pulak  ‘Toby’ yang dalam kereta diorang tu?

Mike sangkakan Toby terbabas keluar dari kereta, aku dan Billy cakap tak, memang Toby hilang. Sekelip mata je dia hilang.  Kami pun kembali ke kereta, memang Toby takde.  Aku dan Billy cakap kat Mike, kalau betul si Toby tu lompat keluar dari trak tu, mesti kitorang semua akan perasan.  Lagipun aku dan Billy saksinya.  

Kami pun ambil keputusan nak balik ke stesyen minyak tadi.  Toby dah menunggu cekak pinggang di hadapan pintu masuk kedai stesen minyak tu ditemani seorang pakcik pertengahan umur  yang mungkin kelindan kedai tu.  Kami berhenti di hadapan Toby.  “Celaka korang! Sampai hati tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. Dahle aku tak bawak handphone. Nasib baik pakcik ni sudi pinjamkan aku telefon dia. Kanine lu”, Toby memakin hamun kitorang.  Rasanya dia tak perasan kot yang kami masing-masing muka dah kepucatan.

Sepanjang malam tu memang masing-masing tak boleh nak tidur langsung.  Kecuali si Toby, kami semua sangat-sangat terkesan dengan peristiwa malam tadi.  Pagi subuh tu kami sampai di Tallahasse.  Kami singgah di sebuah hentian trak untuk bersarapan dan gosok gigi. Bila hari dah siang je baru kami baru cerita kat Toby apa sebenarnya yang terjadi malam tadi.  Toby punya terkejut, dia ingatkan kami berempat ni memang saja pakat nak prank dia.

Apapun percutian tetap diteruskan.  Setelah beberapa hari lepak di rumah abang Mike, kami pun pulang ke Arkansas tapi kali ni kami ikut lebuhraya je….

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bunga_durian9 at 29-5-2024 11:44 AM

Kat luar negara pun ada jenis yg pandai "menyamar "Tq Mrs S. Cerita mantap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2024 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
TT update la cerita baru kalau free
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2024 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 22-6-2024 09:32 AM

Satu Kuliah Terkena

Kisah yang I nak kongsi di sini adalah sebuah kisah yang pernah viral di Twitter seberang beberapa tahun yang lalu.  Cerita ni teramatlah famous sampaikan citer ni dah diadaptasi menjadi filem seram Indonesia bertajuk Dosen Ghaib.  Dosen ni dalam bahasa Indonesia maksudnya pensyarah.



Kisah ni dikatakan terjadi di Universitas Negeri Semarang.  Ada satu kuliah ni, kelas mereka ditunda ke pukul 5.30 petang yang mana kalau waktu macam tu di sana sebenarnya dah senja nak masuk Maghrib.  Macam biasa, pelajar satu kuliah tu pun berbondong-bondong la masuk ke dewan kuliah tu pada waktu yang ditetapkan.

Sesampainya pelajar-pelajar tu di dewan kuliah, pensyarah mereka rupanya dah ada dah dalam dewan kuliah tu.  Tapi pensyarah mereka cuma diam je tak cakap apa pun.  Menyapa mereka pun tak.  Yang pelajar-pelajar tadi, macam biasalah kan budak-budak muda sibuklah menyembang sesama mereka tidak mempedulikan pensyarah di depan kuliah tu.

Kelas tu ada seorang ketua.  Kita namakan dia Indra jelah ye. Telefon bimbit Indra bergetar tanda ada SMS masuk.  “Salam Indra.  Saya lupa nak cakap, kuliah kita pukul 5.30 petang tu dibatalkan ye. Saya ada kecemasan di rumah. Nanti tolong beritau kawan-kawan yang lain”.  Mesej daripada pensyarah.  Terkejutlah Indra.  “Ye ke batal ni prof? Tapi prof ade je ni dalam kelas ni”, Indra membalas semula SMS itu.  Sambil-sambil tu dia pandang ke depan, prof masih di hadapan sedang duduk di meja pensyarah.

“Ok Indra, tenang ye. Yang awak nampak tu bukan saya.”  Bila prof cakap macam tu, Indra jadi pelik.  Habis tu sapa pulak yang tengah duduk di hadapan kelas tu? “Prof, janganlah takutkan saya prof.  Prof saja nak prank saya ke ni?”. Indra membalas kembali.  
“Ok, skrang ni pensyarah yang awak nampak tu tengah buat apa?”
“Dia tengah duduk je kat meja pensyarah tu prof.  Belum mula mengajar lagi”.
“Cuba awak jenguk bawah meja tu awak nampak apa?”.

Indra pun dapat idea. Dia sengaja melontarkan sebatang pen ke lantai.  Kemudian dia pun membongkok la nak ambil semula pen itu.  Sambil tu dia mengintai ke bawah meja pensyarah. Alangkah terperanjatnya Indra apabila dia terperasan yang pensyarah tu takde kaki!  

Indra cuba bertenang walaupun badannya sudah menggigil. Dia pun cepat-cepat melaporkan perkara itu melalui SMS kepada pensyarahnya yang sebenar.  Pensyarah mengarahkan Indra balik je.  Tapi takkan Indra nak tinggalkan kawan-kawannya yang lain kan?

Kelas Indra ada buat satu groupchat Line.  Indra pun cuba mengarang ayat yang sesuai sikit supaya rakan-rakannya yang lain tidak menggelabah.  
“Salam semua. Aku ada benda nak beritau ni. Tapi korang semua jangan terkejut ye.”
“Pastu kalau aku cerita ni, korang balas je dalam group ni. Jangan kecoh-kecoh”.
“Sebenarnya aku baru dapat SMS dari prof ni.  Prof kata kelas ni batal”.

“Ha batal? Aik tapi tu prof ada kat depan tu?”
“Serius ke ni wei kitorang dah sampai dah ni?”
“Aah tu prof kat depan tu dah kenapa nak batal?”

Macam yang dijangka memang kecohla dalam groupchat Line tu.  Tapi nasib baiklah jugak cuma kecoh dalam group bukan kecoh di mulut.

“Sebenarnya yang kat depan kita tu bukan prof.  Prof ada kecemasan kat rumah.  Sekarang ni jangan tanya aku lebih-lebih.  Kita kena keluar dari dewan kuliah ni.  Sekarang aku nak korang, senyap-senyap keluar. Tapi jangan serentak satu kelas keluar. Mula dari barisan paling belakang dulu. Pastu barisan kemudiannya.  Sampai habis.  Ingat ye, keluar senyap-senyap. Jangan buat bunyi bising.”

Macam yang dijangka, satu kuliah sok-sek bunyi orang berbisik-bisik selepas membaca mesej Indra yang panjang lebar dalam groupchat kelas tu. Tapi nasib baiklah semua orang masih tenang.  Satu persatu barisan kuliah itu, bermula paling belakang yang paling dekat dengan pintu dewan keluar meninggalkan dewan kuliah.  Sampailah tinggal barisan paling hadapan, iaitu barisan Indra dan 2-3 orang rakan sekelasnya yang lain.

Indra dan kawan-kawannya dah berdiri dan berjalan menuju ke pintu dewan tu apabila ‘pensyarah’ itu menyapa mereka, ‘kamu semua keluar ni sebab dah tau ke saya ni siapa?”  Meremang bulu roma Indra.  Indra dan kawan-kawannya pun bukak langkah seribu terus berlari meninggalkan kelas tu, tak sempat tutup lampu tutup penghawa dingin pun.  

Kisah kuliah Indra itu akhirnya tersebarlah ke satu kampus.  Rupa-rupanya itu bukan kejadian pertama, ada jugak kelas lain mendakwa, diorang pun dapat kelas ganti waktu senja macam tu jugak, tapi masuk kelas je diorang nampak pensyarah tu jadi sangat tinggi. Ada yang sempat merakam gambar pensyarah yang tiba-tiba jadi tinggi tu. Kalau korang rajin bolehlah google sendiri gambar tu ye.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2024 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bas Misteri Bekasi-Bandung

Cerita ni pun penah viral jugak dulu kat Indonesia.  Dan pernah menjadi perdebatan netizen di sana samada cerita ni betul atau cuma rekaan semata-mata.  Kisah ni bermula apabila seorang netizen di sana ada buat update story dia naik bas yang penuh, tapi bila dia tangkap gambar, dia sorang je dalam bas tu.  Dan beberapa peristiwa pelik lagi la.  Apepun kisah ni I terjemahkan dari bahasa Indonesia, mungkin terjemahan I kurang bagus.  Kalau kureng tu maafin gue ye



Selepas dia update story tu, dia pun ceritakan semula kisah dia tu.  Yang I tulis ni adalah terjemahan dari dia.  Jadi aku dalam cerita ni adalah dia ye bukan I. OK jom kita mulakan cerita

Disclaimer :  Secara jujurnya, apa yang aku nak ceritakan ini mungkin akan membuatkan pembaca berbelah bahagi, mungkin ada yang percaya mungkin ada yang tak. Aku sama sekali taknak paksa korang percaya cerita aku ni.  Sebabnya dulu pun aku seorang yang skeptikal, jadi aku faham sangat kalau ada yang taknak percaya.  Anggapla cerita aku ni sebagai pengajaran korang jugak.  Kenapa? Korang baca jelah sampai habis.

Pada tarikh itu, Khamis 20 Jun 2019, aku pulang ke Bandung nak jenguk anak isteri.  Selalunya aku akan bawak kereta, tapi kali ni aku malas nak memandu, sebabnya ada beberapa perkara yang mengganggu perasan aku.  Dari klien yang liat nak bayar upah aku, ahlong dah mula kacau mintak hutang, dengan aku menanggung rindu pada anak dan isteriku yang jauh di mata.

Aku bertolak ke Bandung dari pintu tol timur.  AKu tak ingat timur 1 ke 2, tapi yang pasti dari arah Cikampek. Aku memang saja malas nak naik dari terminal bas.  Kenapa? Sebab lama. Manusia dahle ramai. Aku tunggu bas eksekutif (bas ekspress kot) hampir sejam tak sampai-sampai jugak.  Akhirnya aku ambil keputusan nak naik bas tambang berhenti-henti tu je.

Soalan 1 : Bas apa abang naik?

Macam bas tua. Bukan Pr*******a.  Kenapa naik bas tu? Entahla dik mungkin sebab abang dah penat menunggu sangat bas ekspress tak datang-datang abang naik jelah bas yang ada.  Jadi aku pun naiklah bas tu, cari tempat duduk, letak beg, beres.

Soalan 2 : Pemandu dengan konduktor basnya normal ke bang?

Jawapannya, SEMUANYA NORMAL. IYA! AWALNYA SEMUA NAMPAK NORMAL. “Bandung! Bandung! Bandung!”, konduktornya memanggil-manggil.  Dan penumpang-penumpang lain pun nampak macam manusia biasa je.  Lagipun hari masih petang lagi.  Cuma abang akui abang masa tu tak berapa fokus sangat dengan persekitaran abang sebab kepala otak abang sarat dengan masalah sendiri.  Rasanya abang kot yang nampak ‘creepy’ sebab muka abang muka orang tertekan masa tu.

Tol Jakarta-Cikampek kan sekarang dah makin membangun, jadi semestinya kat situ jalan jadi sesak, bas pun bergerak perlahan. Abang pun pakai headset, dan terus tertidur.

Cuma yang abang perasan, selepas abang menaiki bas ni, bas tu terus bergerak, dah tak tunggu penumpang lain dah.  Dalam fikiran abang, oh mungkin sebab bas dah penuh kot jadi gerak jelah.  Akal abang berfikiran macam tu.

Soalan 3 : Abang naik bas tu konduktor tak mintak tambang ke?

Abang masa tu fikir macam ni dik, takpelah konduktor tu mesti perasan abang tak bayar tambang lagi.  Nanti dia kejutkanla abang mintak tambangnya.  Manalah abang tau, sampai ke Bandung pun konduktor tu tak mintak-mintak pun tambangnya.

Ok abang sambung ye.

Abang naik bas, keadaan semuanya normal. Macam korang naik baslah.  Sampailah abang tertidur.

DAN KEPELIKAN TU BERMULA DI SINI

Abang tertidur dari KM30an selepas Cikarut sampailai keluar di Cikampek (pada yang tak tau, bas tambang ni selalunya akan singgah dulu di Purwakarta baru masuk Bandung).

Selalunya sejam setengah tu dah masuk Purwakarta.  Bas ni bertolak jam 5 petang, logiknya mesti sampai Purwakarta tu jam 6.30 petang macam tu, tapi hari tu bas sampai ke Purwakarta pukul 8 malam.  Abang berfikiran positif, mungkin sebab sesak teruk sangat tadi.  Abang kan lama jugak tertidur tadi.

Soalan 4 : Abang kan tertidur, mana abang perasan ada penumpang keluar masuk dari bas tu?

Betul tu, memang abang tertidur, tapi abang terjaga bila dah masuk Cikampek.  Selalunya kat sana  mesti ada yang tahan bas nak turun atau naik. Tapi kali ni, tiada. Bas ni cuma tersangkut dalam jem je.  Sebelum nak masuk Cikampek ni cuma kawasan kilang je, kalau ada yang naik turun, mesti yang naik tu pakai uniform kilang.  Ni yang abang nampak, penumpang-penumpang dalam tu hampir semualah, pakai baju batik, kasut biasa, ada sorang tu abang nampak ada bawak ayam yang dibungkus.  Dari situ abang dah mula rasa pelik.

Soalan 5 : Apa bukti yang tak ramai penumpang naik turun tu?

Abang memang takde bukti dik, abang bukan konduktor bas kerja kira penumpang tu.  Abang terus-teranglah, kalau rasa cerita abang ni boleh diragui kesahihannye, terpulanglah.  Tapi yang abang betul-betul pasti la, dari mula abang naik, tertidur pastu terjaga balik tu, penumpang di sekeliling abang, kiri kanan depan belakang, yang 2-3 baris belakang abang, semuanya orang yang sama.  Ni abang memang betul-betul pasti. Jelas ye?  Kalau ada yang turun tu abang tak pasti, tapi yang pastinya yang sekeliling abang ni memang orang yang sama.

Abang akui kisah abang ni memang macam hiperbolis atau terlebih-lebih pulak. Mungkin sebab abang pun masa naik bas dah jiwa terganggu kan, jadi soalan yang no 5 tu memang abang pun tak boleh nak jawab.  Tapi kalau bau hanyir, itu memang betul.

Abang peratikan je ekspresi dan raut muka beberapa penumpang dalam bas tu dah macam berbeza. Pukul 8 lampu dalam bas dinyalakan, abang nampak muka penumpang dalam bas tu semuanya pucat dan tegang.  Duduknya pun betul-betul tegak, tapi muka masing-masing pucat.

Lampu dalam bas tu pun, kejap hidup kejap mati.  Abang masih husnozon lagi, mungkin konduktor tu saja je main bukak tutup lampu sebab taknak ada orang mencuri dalam gelap-gelap tu.Mungkinlah.

Tapi makin lama abang rasa makin aneh. Sebabnya semua penumpang dalam tu senyap ke, padahal dah masuk kilometer ke 90 dah ni.  Masa ni jugaklah abang terperasan bau hanyir-hanyir.  Macam bau hamis tapi bukan.  Masa ni hati abang dah terdetik, ‘eh lain macam dah ni’.

Abang fikir banyak kali jugak la nak tanya ke tak pasal bau hanyir ni.  Abang kena beranikan diri nak bertanya.  Kalau abang diam je, abang akan terus terganggu dengan bau yang tak sedap ni.

Soalan 6 : Maksudnya abang memang betul-betul tanya la? Bertanya pada orang lain dalam bas tu?

Ya, percaya atau tidak, memang abang betul-betul tegur penumpang kat kerusi sebelah yang berseberang dengan abang.

“Ni dah sampai kat mana ye?”

SENYAP.

“Errrr…”

Penumpang kat sebelah tu langsung tak memberikan apa-apa reaksi pada pertanyaan abang.  Kebetulan jugak masa tu lampu bas dipasang, abang tengok penumpang lain pun masih macam tadi, pucat dan duduk tegak di kerusi masing-masing. Ah sudah, apa semua ni?

Abang ingatkan abang mimpi je kot, abang cubit lengan abang, tapi rasa sakitnya. Masa ni abang dah rasa gundah gulana dah. Abang betul-betul dah rasa tak sedap hati.  Korang bayangkan la, bas penuh dari depan sampai belakang, tapi ko ajak bersembang diorang buat tak tau je. Bayangkan….

Soalan 7 : Abang dah rasa tak sedap hati tu, sebab tu ke abang update story di IG?



Niat abang update story di IG tu, sebab abang risaukan diri abang. KALAU APA-APA JADI PADA ABANG, KORANG SEMUA TAU ABANG ADA DALAM BAS TU.  KALAU APA-APA SENANG KELUARGA ABANG NAK CARI KE NAK SIASAT KE. BUKTINYA PADA IG STORY ABANG YANG ABANG UPDATE SECARA LIVE. ADA BUKTI DIGITAL.

Abang pun hairan kenapa ada yang menuduh abang saja je nak viral satu negara. Kalau korang berada di tempat abang masa tu, mesti korang akan merasai perasaan yang sama macam abang.

Masa ni abang dah berdebar-debar jantung berdegup kencang separuh mati.  Masa tu dah berapa kilometer abang pun tak tau.  Abang risau dah ni, apa akan jadi pada abang lepas ni.

Masa nilah abang teringat balik, sebelum kejadian ni, abang bukan setakat seorang yang SKEPTIKAL, abang pun seorang yang tak percaya dengan kejadian-kejadian mistik ni.

Abang suka tengok filem seram, tapi abang tak suka bila ada yang cerita kat abang pengalaman paranormal diorang.  Bagi abang itu semua mengarut cuma khayalan dan mainan pancaindera diorang je.

Abang tak percaya dengan orang indigo, abang tak percaya wujudnya orang dengan 6th sense, bagi abang itu semua cuma rekaan semata-mata sebab penulis tu nak nampak dia istimewa tak macam orang lain.

Tapi akhirnya, ketidakpercayaan abang tu berbalik pada diri sendiri. Kali ini abang betul-betul diuji, abang dapat rasakan yang semua itu adalah benar.  Abang mintak maaf la pada sesiapa yang pernah berkongsi pengalaman mistik diorang pada abang, sebab abang dah memandang serong pada diorang.  Abang salah dalam buat penilaian, abang terlalu percaya yang semua perkara ada penjelasan logikalnya sedangkan benda-benda ghaib tu sememangnya wujud.

Sejak tu abang dah mula berazam nak lebih terbuka, nak terima benda-benda paranormal ni dengan hati dan fikiran yang terbuka.  Maafkan abang ye

Ok panjang dah abang melalut ni. Kembali kepada bas tadi.

Dalam bas tu, walaupun jantung dah dug dag abang cuba bertenang setenang yang mungkin.  Abang cuba beranggapan mungkin ini semua hanya mimpi abang sahaja walaupun abang sedar abang di alam realiti.

Abang juga sempat terfikir, adakah abang ni dibawak pusing-pusing tempat. Sebab dah masuk 5 jam ni tapi tak sampai-sampai lagi. Ataupun abang ni nak dibawak ke destinasi lain yang bukan tujuan asal abang? Abang dalam hati beristighfar, satu demi satu dosa abang pada keluarga, pada isteri, pada orang-orang lain mula terpampang dalam kepala otak abang.  Abang benar-benar terfikir kalau itulah hari terakhir abang di muka bumi ni, abang nak pergi dengan tenang.

Abang pun chat dengan isteri, abang ceritakan situasi abang, isteri abang mintak abang banyakkan berdoa jelah.

Sampailah abang nampak terminal bas.  Abang pun cepat-cepat ke depan, abang mintak pemandu bas tu berhentikan di terminal tu.

Bas tu pun berhenti.  Yang turunnya cuma abang sorang je.  Padahal itu terminal bas, tapi takda sapa pun yang nak turun kecuali abang.

Abang pun ucapkan terima kasih dan abang baru teringat abang tak bayar tambang lagi.  Abang pun keluarkan duit dan abang cakap kat pemandu tu, ‘pakcik saya tak bayar lagi tambang bas ni’.

Konduktur yang masa tu duduk di tempat duduk tepi pemandu tu hanya menjawab dengan suara yang mendatar

“Tak apa, turun je.”

Abang pun dengan kaki menggeletar pun turun dari bas tu.  Dah berpijak di bumi yang nyata, abang antara percaya atau tak apa yang terjadi tadi.  Tapi kepala abang tiba-tiba jadi pening.  Abang bukak dompet abang, duit, kad pengenalan, kad bank semua masih ada tak terusik.

Cuma…

Lepas abang turun tu, tangan kiri, tangan kanan dan bahagian pinggang abang jadi gatal yang teramat sangat.  Termasuklah di leher.

Sampai ke hari ni abang berubat nak hilangkan kegatalan tu tapi tak sembuh-sembuh jugak.  Dan kebelakangan ni, bila malam je, tangan abang jadi berat. Beratnya macam abang tengah angkat dumbell.

Lepas abang turun pun, abang lupa terus bas yang abang naik tu bas apa.  Entahlah, abang pun malas nak fikir.  Yang penting abang selamat.  

Begitulah ceritanya…

Abang cerita ni, bukan niat abang nak jadi popular atau viral.  Abang cuma nak kongsi pengalaman abang je.

Soalan ke 8 : Saya tengok story abang kt instagram. Tapi videonya di kawasan penumpang je.  Kenapa abang tak tangkap sekali gambar pemandu dan konduktor kat depan tu. Kalau video dari jauh memanglah nampak macam takde orang.

Macam nilah dik, masa tu abang dalam ketakutan yang teramat sangat.  Abang tak berani dik nak bergerak masa tu, ape lagi sampai nak tangkap gambar pemandu tu. Macam abang cakap, kalau adik di tempat abang memang dah tak boleh fikir apa dah.  Sebabnya abang dah terlampau takut dah masa tu.

Terserahlah apa kesimpulan yang awak nak buat melalui video abang tu.

Soalan 9 : Oklah abang ni betul-betul naik bas alam ghaib, takkanlah makhluk tu boleh bawak bas? Boleh pulak jerit Bandung Bandung Bandung macam manusia biasa?

Entahla dik mungkin alam sana pun sama je macam alam manusia ni, ada bas, nak bawak bas kena ada lesen memandu, nak naik bas pun kena bayar tambang.  Benda-benda macam ni memang tak tercapai dek akal.

Soalan 10 : Apa lagi perkara aneh yang awak nampak masa tu ye.
Ni abang nampak dengan mata kepala abang sendiri, ada sorang tu bawak botol air mineral yang logonya macam zaman dulu.  Kalau korang ingatla, brand Aqua ni pernah keluarkan air mineral berperisa. Abang Google bentuknya macam ni.



Tapi air Aqua yang abang nampak tu dia kusam, tak sebersih macam nilah.  Lepas abang Google, baru abang tau, yang air Aqua ni dipasarkan pada tahun 2004 dulu.

Oklah abang tutup cerita abang ni dengan satu pesanan :

Korang boleh nak jadi skeptikal, tapi jangan sampai menuduh orang lain tak betul.  Korang boleh kalau taknak percaya, tapi jangan menghakimi orang lain yang percaya. Sebabnya kat dunia ni, tiada apa yang tidak MUNGKIN terjadi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
best... Seram cerita yg Universiti tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 11:29 AM | Show all posts
terbaik tt, ada masa sambung

Tq
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok thank you to tt. Sambung lagi kalau ada masa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2024 10:27 AM | Show all posts
good job tt. Nah mungeee.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
cerita semua best!! terima kasih tt????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2024 12:46 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 12-2-2024 06:21 PM
Pejabatku Berhantu Bahagian Akhir

Apa yang terjadi pada Jacky ni diceritakan oleh Mr C.  Sejujurnya ...

adakah Mr C tu sekarang namanya Jack Ma? sekadar berteka teki
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
eSZack replied at 21-2-2024 04:07 AM
Best cite2 dlm ni.
Terima kasih Mrs Salvatore ????????????


Kena cari kat bahagian Top Post and pilih All time. Kat sana boleh nmpak original post yg TT dah translate. klu rajin scroll boleh jumpa cerita yg best2. Subreddit cerita seram yg lain pun ada juga bukan kat NoSleep je. Semoga membantu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2024 10:39 AM | Show all posts
Alamak dah termendap plak thread I. hehehe sorry lama dah tak bersiaran. jgn marah ye I lama tak update thread ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2024 01:02 PM | Show all posts
Pengalamanku di Navajo Nation Bahagian 1

Beberapa tahun sebelum dunia ditimpa Covid19, aku merupakan seorang pelajar universiti yang baru je menghabiskan pengajiannya di sebuah kolej di New York.  Aku juga merupakan anak jati New York, keluargaku boleh dikatakan agak senang dan aku sendiri ada tabung amanah yang diwujudkan oleh arwah datuk nenekku sendiri, namun begitu dari kecil aku dan adik-beradikku telah diajar untuk tidak memilih bulu kalau berkawan.  Kami sekeluarga selalu buat kerja kebajikan, kadang-kadang kami akan sukarela berkhidmat di pusat gelandangan, cuti Hari Krismas pun kami akan beraya di mana-mana pusat kebajikan yang memerlukan bantuan sukarelawan.  Kerja-kerja kebajikan ni membuatkan aku insaf dan sedar yang aku bernasib baik kalau nak dibandingkan dengan orang lain.

Di kolej, aku berkawan baik dengan seorang lelaki kacukan Orang Asli Amerika, aku namakan dia Joe jelah.  Ayah Joe orang Amerika berketurunan Itali yang bertemu jodoh dengan ibunya seorang Orang Asli Amerika dari bangsa Navajo. Lepas kahwin tu mak Joe ikut suaminya ke New York dan lahirlah Joe dan adik-beradik dia.  Tapi sekali sekala Joe akan ikut ibunya balik kampung di Navajo Nation tu lah.  Cuma kali ni, Joe kata dia ada dapat tawaran kerja di kampung mak dia, sebagai seorang cikgu di sekolah rendah di sana.  Joe tau aku memang suka buat kerja kebajikan, dia pun ajaklah aku nak tak kalau aku ikut dia ke kampung mak dia?  Aku terus bersetuju.  Aku sangat teruja sebab seumur hidup aku tak pernah menjejakkan kaki di kawasan rizab Orang Asli Amerika.

Navajo Nation ni macam korang tau adalah penempatan terbesar Orang Asli Amerika di USA ni. Keluasannya melibatkan 3 negeri iaitu Utah, New Mexico dan Arizona.  Tapi mana satu kampung Joe ni sebenarnya, yang tu biarlah aku simpan sendiri je. Mula-mula kami naik kapal terbang dulu dari New York ke Colorado. Di sana kami disambut pula oleh pakcik Joe dengan kereta nak masuk ke rizab tu.  Perjalanan dengan kereta nak masuk situ je pun dah 3-4 jam, jadi korang boleh bayangkan la ye macam mane terceruknya kampung mak Joe tu.

Apapun, aku tak kisah. Di saat Joe tertido dalam kereta, aku menikmati lanskap barat Amerika ni. Yelah selama ni aku duduk di bandar yang dipenuhi pencakar langit, sekarang aku berada di sebuah tempat lapang sejauh mata memandang.  Kami melintasi beberapa pekan kecil yang selama ni aku tak tau pun wujud, macam Shiprock, Newcomb.

Aku agak terkejut apabila pakcik Joe memusing stereng keretanya, dari jalan besar berturap kami masuk ke jalan berbatu pulak. Oh rupa-rupanya dalam tu kampung Joe.  Kampung Joe cukup tenang, yelah di tengah padang pasir kan. Rumah kecil berwarna setingkat sepanjang kiri kanan jalan berbatu tu.  Sehinggalah pakcik Joe memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah setingkat dengan bumbung berwarna biru. Rumah tu agak baru, dan agak rapat antara rumah-rumah lain.  Rupa-rupanya Joe cakap tu rumah nenek dia.  Yang lain-lain tu rumah saudara mara diorang, macam rumah pakcik Joe tu selang 2 pintu je dari rumah nenek Joe.  

Keesokan harinya, kami berdua melaporkan diri ke ketua klan nenek Joe. Orang Navajo ni walaupun satu kaum tapi mereka ada puak-puak sendiri. Setelah ditemuduga pakcik Joe bawak kami berjalan-jalan di sekitar kampung tu. Aku perhatikan kehidupan mereka walaupun sangat ringkas tapi mereka nampak ceria.  Pakcik Joe cakap kat sini aktiviti ekonomi utama mereka adalah membela biri-biri dan kambing gurun.

Aku dan Joe kami berdua ditugaskan untuk mengajar bahasa Inggeris kepada budak-budak sekolah rendah di sini. Jumlah muridnye pun tak ramai, tak sampai pun 100 orang.  Macam Joe dia ajar budak-budak tadika dan pra sekolah asas 3M, aku pulak ajar budak-budak 10-12 tahun.  Walaupun gajinya sikit, tapi aku tak kisah pun. Malahan aku cukup gembira dapat berkhidmat di sekolah ni. Di samping tu aku sempatlah belajar sikit-sikit bahasa Navajo dengan penduduk di sini. Tanpa disedari dah hampir 2 tahun aku duduk di sini.

Maaflah kalau intro aku panjang sikit.  Sebenarnya semasa aku menulis kisah ni, aku rindu sebenarnya dengan kampung tu.  Tapi sebab peristiwa ni, aku terpaksa tinggalkan tempat ni.  Aku taknak sebenarnya.  Walaupun aku rindu, tapi nak balik sini aku masih seriau lagi. Kenapa ?  Macam ni ceritanya.....

Bersambung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.385805 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list