CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: srumut

Liga Cari Xpert11 - Musim 5 bakal bermula !!

 Close [Copy link]
Post time 23-10-2008 05:19 PM | Show all posts
Keputusan Perlawanan 1 - Division 3


2008-10-23  Tempoyak Hotspur  -  Bayangan Merah Jambu  3 - 2   
2008-10-23  Dubai Red United  -  LiVeRp00L GurRLzZ  0 - 1   
2008-10-23  perunding Atur FC  -  arsengal  2 - 3     
2008-10-23  padang jawa FC  -  Acetylcholine FC  2 - 0   
2008-10-23  Tip Top FC  -  Mucha Lucha FC  5 - 0

Kedudukan

1
Tip Top FC
1 1 0 0 5 - 0 5 3
2
padang jawa FC
1 1 0 0 2 - 0 2 3
3
arsengal
1 1 0 0 3 - 2 1 3
4
Tempoyak Hotspur
1 1 0 0 3 - 2 1 3
5
LiVeRp00L GurRLzZ
1 1 0 0 1 - 0 1 3
6
perunding Atur FC
1 0 0 1 2 - 3 -1 0
7
Bayangan Merah Jambu
1 0 0 1 2 - 3 -1 0
8
Dubai Red United
1 0 0 1 0 - 1 -1 0
9
Acetylcholine FC
1 0 0 1 0 - 2 -2 0
10
Mucha Lucha FC
1 0 0 1 0 - 5 -5 0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 05:21 PM | Show all posts
Liverpool Gurlz pun mencatat kemenangan..
huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 05:24 PM | Show all posts
Originally posted by syam87 at 23-10-2008 05:21 PM
Liverpool Gurlz pun mencatat kemenangan..
huhuhu...






ya ka girl tu....
saja jer saiko tu kot...huyhuhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 05:27 PM | Show all posts
2008-10-23  Tip Top FC  -  Mucha Lucha FC  5 - 0 ....

ganaz giler ko sham............
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 05:30 PM | Show all posts

Balas #1463 neo-painkillerz\ catat

tak tau la aku..
huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 05:36 PM | Show all posts

Balas #1464 ctaz\ catat

permulaaan yg baik utk aku...
hehehe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2008 08:00 PM | Show all posts
Laporan Keputusan/Preview Match 1 LCX Premier jam 3.30 ptg tadi

Tirai Musim 3 dibuka sudah
5 perlawanan bagi pasukan LCX Premier berlangsung dalam cuaca yang baik petang tadi
Keputusannya:

Nasri Kawase FC  3 -  Saja Saja F.C  0

Sememangnya pasukan Nasri Kawase FC membuktikan pasukan mereka antara pencabar utama kejuaraan liga apabila mudah menundukkan pasukan pelawat hasil sepakan percuma Samir Nasri(3), Germano Codoso (18) dan Jacques-Yves Saillanet (69). Permainan dikatakan seimbang namun pasukan tuan rumah membuktikan mereka mempunyai barisan penyudah yang lebih berbisa. 3 kad kuning dikutip oleh pasukan tuan rumah manakala empat oleh pasukan pelawat. Kekalahan pertama pasukan Saja Saja F.C semakin perit apabila menerima khabar Rhys Svanson mengalami kecederan serius dan hanya boleh beraksi selepas 3 minggu.

Pada match 2 Isnin nanti Nasri Kawase FC bakal berdepan dengan
korr fc di Giggsy Lane manakala Saja Saja F.C akan menerima kunjungan CFC Koben di Stadium Saja Saja F.C
Pemain terbaik pasukan tuan rumah:

Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Pascal Authier          Pemain Terbaik pasukan pelawat: Vincent Privat


Luis de Pedro  3 -  testiru fc 2

Di Anson Bay, pasukan CFC Koben hampir dikejutkan oleh pasukan testirufc apabila hingga minit ke 82 pasukan pelawat selesa di depan dengan jaringan 2-1. Bagaimanapun, pasukan ketiga teratas LCX Premier musim lepas ini membuktikan mereka begitu kebal di tempat sendiri apabila meyamakan keduudkan pada minit 83 melalui Luis De Pedro sebelum dia melakukkan hattricks untuk kemenangan pasukan menerusi satu tandukan yang kencang.

Statistik perlawanan menunjukkan pasukan tuan rumah lebih mendominasikan permainan dan mereka di depan menerusi gol Luis De Pedro minit ke 28. Lima minit sebelum separuh masa tamat pasukan pelawat pantas menyamakan kedudukan menerusi tandukan. Ognjen Bare. Di separuh masa kedua, pasukan pelawat dilihat mengasak walaupun bermain di laman lawan dan hasilnya mereka mendapat gol menerusi tandukan Pedja Smiljkovic pada minit 55.
Ternyata perlawanan antara kedua-dua pasukan adalah sengit.
Dua kad kuning dikeluarkan oleh pegawai perlawanan dan setiap satu untuk setiap pasukan.

Pada match 2 Isnin nanti CFC Koben bakal berkunjung ke Stadium Saja Saja F.C bagi menentang pasukan Saja Saja F.C manakala testirufc bakal berdepan dengan Saro FC di Stamford Bridge


Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Luis De Pedro           Pemain Terbaik pasukan pelawat: Dragan Rajcevic

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2008 08:02 PM | Show all posts
korr fc   0  -   KaCak FC  0

Sudah sinonim dengan seri, pasukan korr fc sekali lagi mencapai keputusan seri apabila terikat 0-0 dengan pasukan KaCak FC. Perlawanan dikatakan seimbang dengan kedua-dua pasukan memperolehi masing-masing 4peluang bagi menjaringkan gol. Dua kad kuning dikeluarkan dan kedua-duanya kepada pemain pasukan tuan rumah.

Pada match 2 Isnin nanti korr fc bakal menanti kunjungan Nasri Kawase FC di Gigsy Lane  manakala KaCak FC bakalbedepan dengan pacubob united di padang majlis daerah.

Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Leif Bredenberg            Pemain Terbaik pasukan pelawat: Vinicius Ourique



Changlon FC  1 - Saro FC  3

Perlawanan kedua-dua pasukan berlangsung di Padang UKK Changloon dan sekali lagi pasukan pelawat mengatasi pasukan Changloon FC dan kali ini dengan jaringan 3-1. Pada perlawanan persahabatan sebelum ini, pasukan pelawat juga meraih kemenangan dengan keputusan 4-2.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu di depan menerusi larian solo ErmanSemiz pada minit 18 separuh masa pertama. Hinggalah pada minit 75, Luisde Souza Deco mengamat stadium apabila menjaringkan gol penyamaan pasukan pelawat menerusi satu rembatan jauh yang terus menerjah jaring. Dua gol pantas selang seminit menerusi Kenneth van Gils dan Sheldon McCarferty melengkapkan kemenangan mutlak pasukan pelawat di depan ribuan penyokong kedua-dua pasukan.

Dua kad kuning dikeluarkan oleh pegawai perlawanan dan setiap satu untuk setiap pasukan.

Pada match 2 Isnin nanti Changloon FC bakal berhadapan dengan penyandang juara Rocky FC di Sungai Penchala manakala Saro FC bakal menanti kunjungan testirufc di Stamford Bridge.

Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Sait Ercan          Pemain Terbaik pasukan pelawat: Julian Krawiec


pacubob united  0  - Rocky FC 2

Di padang majlis daerah, tugas getir pasukan tuan rumah apabila menerima kunjungan penyandang juara 2 musim berturut-turut Rocky FC dan ternyata pasukan Rocky FC gah dengan kemenanga menerusi 2 jaringanLancelot Oakes pada minit 82 dan 84. Ternyata nasib tidak menyebelahi pasukan tuan rumah apabila benteng mereka goyah pada10 minit terakhir permainan.
Pasukan pelawat bagaimanapun memperolehi kemenangan dengan harga yang mahal apabila pemain tengah mereka Michael Murfin mengalami kecederaan serius dan terpaksa berehat selama tujuh hari.
Dua kad kuning dikeluarkan oleh pegawai perlawanan dan setiap satu untuk setiap pasukan.

Pada match 2 Isnin nanti pacubob united bakal berhadapan dengan KaCak FC di padang majlis daerah manakala Rocky FC bakal menanti kunjungan Changloon FC di Sungai Penchala..

Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Chano Castano        Pemain Terbaik pasukan pelawat: Alastair Brecklin


Perlawanan musim ini semakin sengit dan bakal meningkatkan lagi mutu persaingan di dalam liga bagi pasukan yang beraksi!

[ Last edited by  srumut at 23-10-2008 09:42 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2008 09:13 PM | Show all posts

Reply #1468 srumut's post

kalah dgn jore....aiman x kesah pong....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 11:15 PM | Show all posts


Football Focus LCX Division 1 is back with Rocky Balboa..

Review: 1st match ofthe season
5 perlawanan telah berlangsungpetang tadi, dengan 4 pasukan telah berjaya memperolehi 3 mata penuh dan hanyasatu keputusan seri, keputusan yg sama dibandingkan dengan liga LCX premier . EncikZulz_legend berjaya mencuri perhatian apabila berjaya mendapat X11 manager ofthe week walaupun ini adalah perlawanan pertamanya selaku pengurus pasukanK.B.M yg sebelum ini dikenali sbg Pasukan Hebat yg dikendalikan oleh Moist. Namun, perjalanan liga masih jauh,pelbagai kemungkinan bakal menanti!

Sekulakita FC 0-2 K.B.M
Kekuatan KBM amat terserlahapabila mudah menundukkan sekulakita FC ditempat lawan 2-0. Pasukan yg diwarisisepenuhnya dari pasukan LCX Premier kendalian Moist musim lalu ini menguasaiperlawanan, namun hanya berjaya menebusi gawang sekulakita FC pada minit ke-78,apabila sebelum itu, penjaga gol, Jorge Medina terpaksa digantikan dengan GKmuda, Degen Rustebel pada minit ke-68. Stephen Davids
menjadi tonggak dan perancang utama KBM, memberikanpersembahan cemerlang, justeru mengembalikan semula kegemilangannnya ketikamusim pertma LCX Premier dgn mnjadi penjaring terbanyak dan pemungut mataterbanyak liga. Sekulakita FC,menurunkan Ulrich Yildiz, pemain termahal yg dibeli dgn harga 7,000,000 econsbaru2 ini, namun gagal menidakkan jentera serangan KBM yg mempunyai 9percubaan kearah gol berbandingSekulakita FC yg cuma mempunyai satu. Bermain formasi 4-3-3 menentang KBM 4-4-2jelas menunjukkan KBM menguasai bhgian tengah. Serangan Sekulakita FC tampakgoyah walaupun dgn 3 penyerang, jelas memperlihatkan betapa mereka memerlukankhidmat Alexandria Pavia, yg sekadar di bangku simpanan. Beliau telahmenjaringkan 10 gol musim lalu, dan sbgi tempat kedua penjaring terbanyak liga.

Kg boy fc 1-3 Team Kuku Cekam

Kg Boy FC, pasukan yg baruditurunkan dari LCX Premier tewas mengejut di tempat sendiri kepada pasukanjuara LCX Division 2 musim lalu, Team Kuku Cekam. Kg Boy FC dikejutkan dengan 2gol awal, pada minit ke-4 oleh Elvis Norris dan minit ke-11 oleh BrendanHendrix. Gol ketiga hadir pada minit ke 63 oleh Mike Gutierrez melalui rembatanjauh, sebelum gol saguhati KgBoy FC diperolehi melalui tandukan Aluino Ettien.Walupunpossession keseluruhan dikuasai tuan rumah, dgn 52%, namun nilai kerjasamapasukan yang dibimbing Pak Jen patut dikagumi dengan nilai kerjasama parapemain adalah pada tahap maksimum 20 pada setiap bahagian pasukan. 5 percubaangol oleh Kg Boy FC berbanding 4 percubaan Team Kuku Cekam menunjukkan Kg Boy FCkurang penyudah, dengan Mista yg memberikan hanya 2 persembahan (skill 4) danKortina (skill 5, persembahan =4) yg digantikan oleh penjaring gol, Aluina Ettien(persembahan=3). Berbanding serangan Team Kuku CEkam , Mike Gutierrez (skill=6,persembahan=8) dan Stu Armstrong (skill=6,persembahan=9)

Negro United 3-1TrueBlueFC
Negro United menang selesa 3-1 ditempat sendiri menundukkan TrueBlue FC. Dalam perlawanan musim lalu, Negro Unitedmenang 2-0 dan kali ini turun dengan tag favourite. Manager Epitome meletakkanformasi adventurous 4-3-3 manakala TrueBlue dengan tradisi 4-4-2. Separuh masapertama kedua2 pasukan bermain dgn hati2, dan hanya jaringan gol pd minit 16oleh Gustavo Monsoreau menjadikannya satu2 nya aksi menarik pada babak pertama.Minit ke51 trio serangan Negro United mempamerkan kehebatan mereka melalui rembatanjauh Noel Vannier hasil assist dari pemain gentian yg juga pemain yg barudibeli, Philip Etuhu . Penjaring gol trbayak musim lalu, Cristophe Sarazin terpaksadikeluarkan pd minit ke54 akibat kecederaan dan diramalkan akan sempat pulihuntuk perlawanan akan datang. TRuebluFC member kejutan dan harapan utk bangkitdgn jaringan gol oleh penyerang handalan mereka, Nari Lotti pd minit ke 58. Harapankebangkitan Trueblue FC semakin memuncak apabila Noel Vannier gagalmenjaringkan penalty sejurus selepas gol TrueBlue Fc itu. Namun semangatTrueBlue FC berakhir pd mnit 74 apabila pemain veteran, Elof Hammargen menjaringkangol ke-3 Negro United dari sepakan sudut.

AtomiC FC 0-1 asyik kalah fc
Asyik Kalah FC menang tipis 1-0.Perlawananyg seimbang, namun pasukan pelawat berjaya mencuri 3 mata. Perlawanan seimbangdapat dijangka sejak awal lg berdasarkan kedudukan liga musim lalu di manakedua2 nya adalah di tangga ke5 dan 6. Malang buat tuan rumah apabila pemainserangan, Denis Loviste, yg baru dibeli dgn harga 6,257,200 econs pada pra-musim ini, cedera pdminit ke 44, dan dijangka tidak dpt beraksi dalam 2 perlawanan akan datang. ErhardHarlander menjadi wira asyik kalah FC apabila menjaringkan gol tunggal pd minitke 52, menjadikan jumlah gol beliau untuk asyik kalah fc sebyk 12 gol.PErtahanan Asyik Kalah FC memberikan aksi kental yg diterajui oleh pemainterbaik mereka dlm perlawanan ini iaitu Torsten Bendel. PEngadil perlawananini, Laura Noder memberikan aksi cemerlang apabila tiada sebarang kaddilayangkan utk kedua2 pasukan.

darulaman fc 0-0 DonToughFC

Satu2nya keputusan seri ptg tadiadalah diantara pasukan no 2 LCX division 2 musim lalu dngan pasukan no 2 daribawah LCX premier musim lalu. DonTough FC turun selaku pasukan pilihanberdasarkan reputasi dan potensi para pemainnya. Aidil menurunkan strategibertahan 5-3-2 dan berjaya mematahkan serangan 4-4-2  DonMAchoHenley.PErlawanan memihak kepadaDonTough FC apabila menguasai perlawanan 62% keseluruhan, namun aksi seranganmereka mendukacitakan para peminat. Keputusan seri 0-0 mempamerkan Gk darulamanFC sebagai pemain terbaik tuan rumah (persembahan=8) manakala pertahanan Don,OZzinho (persembahan =11)sebagai pemain terbaik mereka Selain itu ratingpertahanan untuk darulaman adalah 7 manakala DonTough FC adalah 8, menunjukkanpertahanan kedua2 pasukan adalah on top. Debut utk Jake Irwin, pemain bernilai5,000,000 econs utk Don,namun kelincahan dan ketangkasan penyerang sensasi,Flavio Da Rosa(prsmbahan=6) yg lebih ditagih oleh para peminat.


[ Last edited by  Rocky_balboa at 23-10-2008 11:26 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 03:51 AM | Show all posts

Reply #1470 Rocky_balboa's post

bes2 review mcm nie...hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 09:44 AM | Show all posts




arghhh....priview liga dibesen 2 takde........huhuhuhu
tak adil...tak adilllllllll
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 10:12 AM | Show all posts
yela korr..mana pribiew Div 2 dan 3?
bob?

depa tengah busy
give them more time
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:59 AM | Show all posts

Reply #1472 neo-painkillerz's post

sabo bro....sabo bro.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by ctaz at 24-10-2008 10:59 AM
sabo bro....sabo bro.......






kena ada priview sblm game...
baru la senang aku nak tikam...

sekarang payah nak tikam...takde sumber utk dibuat rujukan..
tu pasal asik kalah jer berjudi.....

100,000 ribu tau...bukan kecik2 punya judi tu...huhuh

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by neo-painkillerz at 24-10-2008 11:08 AM

kena ada priview sblm game...
baru la senang aku nak tikam...

sekarang payah nak tikam...takde sumber utk dibuat rujukan..
...

lepas ni ko jadi league assistant lah..boleh buat prebiu sendrik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by koben19 at 24-10-2008 12:27 PM

lepas ni ko jadi league assistant lah..boleh buat prebiu sendrik...






huh....negro tak suka buat priview sendiri....
tak stim....

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 03:32 PM | Show all posts
Haku jeles dgn saja saja..dpt duit tikam banyaakkk tu hhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 06:28 PM | Show all posts
Originally posted by cak! at 24-10-2008 03:32 PM
Haku jeles dgn saja saja..dpt duit tikam banyaakkk tu hhuhu




ala...dpt 1juta 700 je...bukan byk pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 07:00 PM | Show all posts

Reply #1475 neo-painkillerz's post

naseb anda akan berubah nex game...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.076063 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list