|
EP47 - NUBIE CLUB ~ Top 5 ABPBH-Artis Baru Lelaki & Penyanyi Lelaki Popular
[Copy link]
|
|
ABPBH2008: Terima kasih orang Johor
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor bergegar dengan kehadiran finalis ABPBH2008 dan artis undangan kelmarin
SATU lagi kejayaan dicatat siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, apabila kunjungan ke Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor, kelmarin iaitu destinasi kedua bagi tahun ini mencatat jumlah 5,000 pengunjung.
Kehadiran finalis serta artis undangan yang menjayakan siri jelajah ini ternyata begitu dinantikan penduduk sekitar kawasan Johor Bahru. Jika tidak masakan seawal dua jam sebelum acara bermula, ruang legar kompleks itu sudah pun dipenuhi pengunjung.
Masing-masing sibuk mencari 'port' yang strategik agar dapat melihat artis pujaan masing-masing dengan jelas. Peminat dari pelbagai peringkat umur malah tidak mengira tua mahupun muda, berebut-rebut untuk berada betul-betul di hadapan pentas.
Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang menjadi tumpuan pengunjung sejak awal pagi lagi kerana sebelumnya berlangsung peringkat akhir pertandingan nyanyian Bintang Idola Berita Harian (BIBH) yang bermula jam 11.30 pagi.
Pertandingan yang baru diperkenalkan dalam siri jelajah itu tahun ini turut mencuri tumpuan
| AKSI hebat juara Bintang Idola BH di Pasir Gudang, Farlyana Mohamad mengundang seorang peminat untuk turut beraksi.
| pengunjung meskipun sekadar persembahan daripada penyanyi amatur. Sokongan pengunjung juga begitu menggalakkan apabila hampir 1,000 orang tidak mahu melepaskan peluang menantikan keputusan pertandingan akhir itu.
Selesai pertandingan berkenaan, masing-masing masih tidak mahu berganjak kerana sibuk menantikan kemunculan artis pujaan. Malah ada peminat yang sudah bersiap sedia di hadapan pintu masuk kompleks bersama telefon bimbit dan kamera untuk merakamkan gambar artis kegemaran mereka turun dari kenderaan rasmi siri jelajah kali ini iaitu bas yang ditaja oleh Sinarmas Travel & Tours Sdn Bhd.
Kemunculan awal finalis seperti Kenchana Dewi, Fizo Omar, Nubhan serta artis jemputan yang turut memberi sokongan dalam siri jelajah ini iaitu Khai, Rosma, Diddy, Sheila OIAM, Rosli Mohalim, Shahila Shariff, Along dan Angah dari Raja Lawak serta Ikhwan Hot FM ke kompleks itu menyebabkan pengunjung terus melekat dan tidak mahu berganjak ke mana-mana meskipun terpaksa menunggu lama.
Ruang legar kompleks berkenaan yang pada mulanya tidak begitu sesak sedikit demi sedikit dilimpahi lautan manusia, termasuk di dua aras atasnya. Dianggarkan lebih 6,000 pengunjung memberi sokongan padu mereka kepada siri jelajah ini.
| PELUANG menaiki kereta tajaan Edaran Tan Chong Motor bersama artis kesayangan adalah antara acara yang ditunggu peminat. | Masing-masing tidak bergerak ke mana-mana malah terus setia berada di tempat yang sama bermula dari persembahan pembukaan oleh penyanyi baru Shahila Shariff pada jam 3 petang, kepada persembahan penutup oleh calon kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular, Nubhan yang berakhir jam 7 malam.
Selain dihiburkan dengan nyanyian daripada penyanyi yang disenaraikan sebagai finalis mahupun persembahan daripada artis undangan. Mereka juga berebut-rebut untuk menaiki pentas agar dapat berada di samping selebriti kegemaran.
Lebih bermakna lagi, Pasir Gudang menjadi destinasi pertama yang menawarkan peluang menaiki kenderaan yang ditaja oleh Edaran Tan Chong Motor mengelilingi kompleks itu bersama artis jika mereka menjawab soalan yang diajukan tiga pengacara pada petang itu iaitu Ikhwan Hot FM, Along dan Angah daripada Raja Lawak.
Sebaik saja acara selesai, Kenchana Dewi, Fizo, Nubhan dan Aaron sempat berposing sakan dengan kereta Nissan Sylphy 2.0L bernilai RM109,000 yang menjadi hadiah kepada Bintang Paling Popular. Di samping itu, Edaran Tan Chong Motor turut menghadiahkan sebuah kereta Nissan Grand Livina bernilai RM94,000 1.8L untuk pembaca bertuah.
Ketiga-tiga pengacara ini ternyata bijak menangani acara pada petang itu sehingga membuatkan pengunjung terhibur. Ketaksuban peminat kepada artis yang hadir menyebabkan ada di antara mereka sanggup melepaskan peluang menonton persembahan dan lebih rela menanti di bilik menunggu. Jika bernasib baik, dapatlah mereka merakamkan gambar artis yang keluar masuk dari bilik menunggu berkenaan.
Kemunculan aktor kacak Aaron yang sedikit lewat ternyata mencuri tumpuan pengunjung. Pelakon kelahiran Singapura yang terpaksa tiba lewat kerana sibuk dengan penggambaran filem Evolusi KL Drift 2 menyebabkan penonton kembali 'mengganas'. Siapa yang tidak mahu merakamkan gambar bersama jejaka kacak sepertinya?
Fizo Omar yang baru pertama kali dicalonkan dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular ternyata begitu seronok kerana dapat menyertai siri jelajah ini.
"Saya seronok sangat dapat menyertai siri jelajah ini kerana berpeluang berjumpa dengan peminat dan bertemu kawan-kawan dari bidang yang berbeza. Saya teringin sangat menaiki bas bersama mereka pulang ke Kuala Lumpur tetapi memandangkan saya memandu ke sini bersama ibu dan adik, terpaksalah saya pulang dengan kenderaan sendiri," katanya.
Bukan saja Fizo, meskipun hanya artis undangan, Sheila OIAM juga ternyata cukup seronok
mengikuti siri jelajah ini.
"Saya juga sangat gembira kerana dapat jumpa kawan-kawan baru. Peminat hari ini juga sangat sporting menyebabkan saya berasa cukup bersemangat ketika membuat persembahan," katanya.
Siri jelajah ABPBH 2008 yang cukup berjaya itu diakhiri dengan sesi menandatangani autograf.
Selepas itu, finalis dan artis undangan diarak dengan kawalan polis trafik untuk makan malam di LC Catering. Restoran milik Zaini Atan yang terletak di Taman Melodies, Johor Bahru itu menyediakan hidangan ayam penyek yang cukup lazat.
credit to berita harian
[ Last edited by kikey at 10-3-2009 08:07 ] |
|
|
|
|
|
|
|
ABPBH2008: Pos Malaysia, ABPBH saling berkait
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[[email protected],my][email protected],my[/email]
PENOLONG Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Pos Malaysia, Maisara Noor Ahmad memberikan maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan.
| Pengundi masih perlu menggunakan setem dan penghantaran pos untuk serahkan borang undian
SELAMA ini mereka tidak berpeluang untuk menerokai bangunan tersergam indah yang terletak di antara Daya Bumi dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu. Kalau adapun hanyalah atas urusan biasa seperti mengirim surat, membeli setem atau membayar bil.
Namun, pada Jumaat lalu, pintu terbuka luas buat lima calon akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008) iaitu Liyana Jasmay, Aizat, Lisa Surihani, Nubhan dan Fizo Omar apabila mereka diberi kesempatan bukan saja mendapat maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan tetapi juga melihat khazanah menarik yang tersimpan di bangunan Pejabat Pos Besar Malaysia.
Peluang itu tiba apabila mereka diundang untuk memeriahkan sidang media mengumumkan kerjasama antara Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) untuk acara ABPBH2008 yang acara kemuncaknya berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, 12 April depan.
Pada majlis itu, Pos Malaysia turut memperkenalkan peti surat khas yang akan diletakkan di pejabat pos besar seluruh negara bagi kemudahan peminat menghantar borang pencalonan, memberi penajaan sebanyak RM150,000 serta mengumumkan untuk mengabadikan semua wajah pemenang ABPBH2008 untuk setiap kategori di dalam setem khas.
Perkara itu diumumkan sendiri, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), Datuk Abu Huraira Abu Yazid. Pengarang Kumpulan BHSB, Datuk Manja Ismail menerima replika cek penajaan itu bagi pihak BHSB. Hadir sama, Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH2008, Hanizam Abdullah.
| DARI kiri Fizo, Nubhan, Liyana, Lisa dan Aizat melihat setem keluaran pertama di bilik filateli di bangunan Pejabat Pos Besar Malaysia.
| Pastinya berita mengenai pengumuman mengenai wajah pemenang yang menghiasi setem khas itulah yang paling menarik minat mereka. Bukan calang-calang orang berpeluang mendapat keistimewaan itu.
Justeru, usaha Pos Malaysia membuktikan betapa usaha serta bakat anak seni dihargai dan diberikan pengiktirafan sewajarnya.
Walaupun pada dasarnya Pos Malaysia dan dunia hiburan bukanlah sesuatu yang sinonim namun apabila dilihat peranan mereka terutama ketika pengundian berlangsung, tak dapat dinafikan kedua-duanya saling berkaitan.
Koleksi buat peminat
| LIMA finalis ABPBH2008 bergaya di depan bangunan Pejabat Pos Besar. | SEBAGAI salah seorang calon akhir, Liyana Jasmay atau lebih akrab disapa Nana teruja dengan pengiktirafan yang diumumkan Pos Malaysia itu.
揃ukan semua orang berpeluang mengabadikan wajah mereka di atas setem. Apabila Pos Malaysia bersedia memberikan peluang itu kepada semua pemenang ABPBH, saya adalah antara orang yang seronok.
揟ak kisahlah kalau bukan saya yang menang tetapi sekurang-kurangnya ia menunjukkan mereka cuba memartabatkan golongan artis dengan cara mereka sendiri, |
|
|
|
|
|
|
|
sekom............................ |
|
|
|
|
|
|
|
waalaikumsalam..........
hee..heee..banyak laks gambar Nubh kat BH hari ni... |
|
|
|
|
|
|
|
dtg melapor diri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adik_belle at 10-3-2009 09:21
haah laa..
Menambahkan ke "tensen" an aku............sebab aritu banyak kredit aku terbang:@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
cepat rembat..........ada borang kat dalam tu. Wakakakkakaa...itu lagik penting |
|
|
|
|
|
|
|
raso cam dari start dia keluar af sampai sekarang ni.....
paper asyik promote dia jer...kan??????
lebih2 lagi sekarang ni............ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1474 ednamod06's post
Hai adik manis...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|