|
Kedah akan lantik pegawai daerah wanita
ALOR STAR: Kedah akan melantik pegawai daerah wanita pada tahun depan, kali pertama dalam sejarah 80 tahun Pegawai Tadbir Kedah (KCS).
Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ada KCS wanita yang sudah mencapai kelayakan untuk dipertimbangkan ke jawatan berkenaan tahun depan.
"Kedah akan mempunyai seorang pegawai daerah wanita pada 2007, pertama kali dalam sejarah 80 tahun KCS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Awam 2006 anjuran Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang Universiti Utara Malaysia di sini, semalam.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan siapa calonnya dan daerah mana yang bakal menerima pegawai daerah wanita itu.
Difahamkan, lima daripada KCS akan bersara pada tahun depan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Syed Unan Masyri Syed Abdullah dan Pegawai Daerah Kulim, Shariff Hat. Kedah mempunyai 143 KCS.
Berikutan itu, akan berlaku rombakan KCS pada tahun depan yang akan turut menyaksikan perubahan kepada jawatan pegawai daerah sedia ada.
Antara KCS kanan wanita dan dikatakan calon pilihan ialah Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Barni Md Noor; Timbalan Pengarah I Pejabat Tanah dan Galian Kedah, Khatijah Ibrahim dan Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi, Sepiah Isa.
Mengenai keseimbangan pegawai wanita dan lelaki dalam pentadbiran awam, Menteri Besar berkata kemajuan pegawai wanita dalam kerjayanya tidak boleh dihalang dan mereka akan dilantik memegang jawatan penting berdasarkan kelayakan. |
|
|
|
|
|
|
find7707 This user has been deleted
|
Tak maaf sampai mati
Oleh Nasharuddin Muhammad dan Isma Jamil
KANGAR: 揔ami sekeluarga tetap tak akan maafkannya sampai mati walaupun selepas dia menerima hukuman.
揚erbuatannya terlalu kejam kerana bukan saja bunuh anak kami, malah memperlakukan arwah seperti bangkai. Sudahlah dibunuh, arwah kemudian dicampakkan dalam keadaan bogel, |
|
|
|
|
|
|
|
tak dak sapa komen berita hat aku paste....
nampak sangat baca cam cam tu jaaa.... kui kui kui |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jj at 13-12-2006 03:35 AM
Panglima Tengku Gagah Perkasa jj (sahabat bermain sukan polo berkuda Sultan Terengganu)
...
len kali bold cam ni...... hehehe |
|
|
|
|
|
|
find7707 This user has been deleted
|
Reply #1464 gambiaq's post
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by jj at 13-12-2006 03:32 AM
Berangkat pulang
KUALA LUMPUR 12 Dis. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gambiaq at 13-12-2006 11:38 AM
len kali bold cam ni...... hehehe
saja aku malas bold... nak tengok tahap ketelitian hampa...
mau kata cerita artis...baca sepatah sepatah...
sanggup ngadap pc...sakit mata2 perabih page yang beribu ribu...!! |
|
|
|
|
|
|
|
Arni nafi tipu isteri Awie
Oleh Baharom Bakar
KUALA TERENGGANU: Bekas isteri penyanyi dan pelakon terkenal, Awie atau Ahmad Azhar Othman, Arni Nazira Anuar menafikan tuduhan bekas suaminya yang mendakwa dia melarikan dua anak perempuan mereka dengan menipu isteri barunya, Rozana Misbun, 27, kelmarin.
揟uduhan Awie mengatakan saya menipu Rozana dengan mengatakan dia (Awie) mengizinkan saya membawa Aleeya Antasha, 6, dan Aleefa Antasha, 3, tidak betul.
揝ebaliknya, saya kagum dengan sifat keibuan dimiliki Rozana apabila dia sendiri membenarkan saya membawa dua anak saya selepas tidak tahan melihat mereka menangis dan meraung untuk mengikut saya, |
|
|
|
|
|
|
|
dua kenyataan yg di bold di atas menunjukkan salah sorang cakap BOHONG!!! sapa dia?? Arni ka or Rozana yg menipu???? |
|
|
|
|
|
|
find7707 This user has been deleted
|
Reply #1468 kubus's post
mcm mana tu??? kesian kat budak2 tu je... mesti tak pernah berpisah ngan mak dia. |
|
|
|
|
|
|
find7707 This user has been deleted
|
Reply #1469 kubus's post
kita tengok je lah... tapi aku tetap tak suka kat awie..
dia buat baik pun, aku rasa mcm dia salah ja... :lol |
|
|
|
|
|
|
find7707 This user has been deleted
|
Ni kat Kg aku ni... Sampai dogiang tiang telepon.
MB malu, kecewa banyak kes curi kabel di Kedah
Oleh: OPAT RATTANACHOT
KUALA MUDA 14 Dis. |
|
|
|
|
|
|
|
buat la legumana pun... Awie tetap rock vocalist paling hebat di Malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
ABPBH 2006: Saingan sengit bermula
CANTIK: Izwan (kanan) dan artis wanita sibuk melihat barangan tajaan Habib.
DUA HERO: Awie dan Rosyam turut tersenarai dalam Top 5.
Nama selebriti tersenarai dalam Top 5 miliki kekuatan peminat sendiri
KEMUNCULAN beberapa nama baru dalam sebahagian pencalonan menerusi 16 kategori yang dipertandingkan pada peringkat akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 bakal memberi saingan kepada nama popular sedia ada termasuk yang pernah mengungguli acara berprestij itu sebelum ini.
Meneliti senarai Top 5 ABPBH 2006 ketika diumumkan pada sidang media di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, kelmarin menyaksikan nama besar terus bertahan dalam senarai mengikut kategori masing-masing biarpun pada masa sama, kemunculan calon yang buat pertama kali tersenarai mampu menggugat undian peminat kepada muka lama.
Paling ketara, kategori Penyampai Radio Lelaki Popular yang pernah dikuasai Halim Othman memperlihatkan dua nama yang mengukuhkan stesen radio Hot FM iaitu Faizal Ismail dan Khairul Ikhwan membolosi benteng yang selama ini kukuh dipertahankan penyampai Era. Kategori itu juga membariskan dua calon lain iaitu pasangan Pagi Di Era, Khairil Rashid dan Kieran.
Nama baru dalam dunia penyampaian radio, Sharifah Aleya mula menguatkan kedudukannya apabila berjaya tersenarai dalam Top 5 Penyampai Radio Wanita Popular. Persoalannya, apakah penyampai wanita Hot FM itu mampu melunturkan populariti Linda Onn yang kebal mempertahankan trofi sejak diperkenalkan lima tahun lalu?
Turut bersaing ialah Abby Fana, Fara Fauzana dan Nana yang semakin selesa kerana ia bukan pertama kali mereka dicalonkan dalam kategori itu. Bintang realiti, Nikki dan Zahid yang berkolaborasi menerusi lagu duet, Caramu turut menempatkan diri dalam senarai Top 5 kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular menyaingi satu lagi gandingan baru, Jamal Abdillah dan penerima trofi Bintang Paling Popular ABPBH 2005, Mawi.
Tiga kali mempertahankan trofi Artis Komedi Wanita Popular, apakah ABPBH 2006 akan sekali lagi menyaksikan ia menjadi milik Sheila Rusly? Atau, Sheila berdepan pecahan undian kerana namanya turut tersenarai dalam kategori lain iaitu Pelakon TV Wanita Popular.
Sheila menghadapi tentangan daripada saingan tradisinya seperti Raja Azura dan Adibah Noor, serta dua calon baru, Sharifah Shahira dan Aliza Abdullah (Enot).
Acara kemuncak di Genting Highlands dijadualkan 4 Februari ini pastinya turut bertumpu kepada Kategori Pelakon TV Lelaki Popular apabila sekali lagi menyenaraikan calon yang sudah beberapa kali terpilih ke Top 5 iaitu Rosyam Nor, Zed Zaidi dan Ako Mustapha. Mereka akan dicabar dua wajah yang kian mendapat tempat di hati peminat - Arash Mohamad dan Fahrin Ahmad.
Paling menarik kategori Penyanyi Lelaki Popular apabila pemenang tahun lalu, Mawi, sekali lagi dicalonkan bersama nama gah dalam industri hiburan seperti Amy Search, Awie dan sifunya, M Nasir. Selain mereka, turut membolosi senarai Top 5 ialah pemenang musim keempat Akademi Fantasia, Faizal.
Persoalannya, apakah kesetiaan peminat Mawi akan terus bersamanya selepas melalui pelbagai episod yang menggugat kepercayaan penyokongnya? Lalu dia dihukum dengan mengetepikan peluang untuk penyanyi berkenaan menggenggam kembali trofi itu. Sukar diramalkan kerana semua nama yang bertanding mempunyai kelompok peminat yang cukup kebal.
ABPBH 2006 juga menjadi medan untuk menguji kekuatan populariti Ina Naim apabila namanya dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular. Andai sebelum ini, Ina dikatakan membina nama atas tiket simpati kerana peristiwa putus tunang dengan Mawi, ABPBH 2006 barangkali menyediakan ruang terbaik kepada artis baru itu untuk menangkis dakwaan yang dilemparkan kepadanya.
Ina menghadapi saingan daripada tiga bintang realiti iaitu Amylea, Marsha dan Leez serta penyanyi hitam manis, Farawahida yang memuncak namanya lewat lagu Tanpamu.
Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun, pada sidang media berkata, pelbagai hadiah menarik turut menanti pembaca Berita Harian/Berita Minggu yang membuat pilihan tepat menerusi undian dalam borang pencalonan akhir ABPBH 2006.
Hadir sama, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) yang juga penaung ABP-BH 2006, Datuk Manja Ismail; Perunding Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Habib Jewels, Nadia Aziz serta Pengurus Kanan Pemasaran Naza Kia, Zuraidah Abdul Rahim.
Hishamuddin berkata, sebagai penghargaan kepada pembaca, BHSB dengan kerjasama Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) menganjurkan siri promosi jelajah ABPBH 2006 di tujuh lokasi terpilih.
Turut hadir, Naib Presiden Kanan Jualan & Pemasaran POTGH, Ricky Yip; Ketua Pegawai Eksekutif Lira Calzoleria & Apparel Sdn Bhd, Puteri Intan Zuraidah Abdul Rahman; Pengurus Rancangan Radio Era, Rostam Said dan Pengarang Hiburan Berita Harian yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2006, Hanizam Abdullah.
Hishamuddin berkata, sebagai penghargaan kepada pembaca, BHSB dengan kerjasama Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) menganjurkan siri promosi jelajah ABP-BH 2006 di tujuh lokasi terpilih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1473 JalakLenteng's post
Jalak hg tengok dak citer Awie Records kat Astro Ria?? best jugak layan citer tuh... |
|
|
|
|
|
|
find7707 This user has been deleted
|
Reply #1474 kubus's post
hua hua hua hua.... ina tersenarai... adeiiii ... semoga berjaya. :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kubus at 15-12-2006 10:23
Jalak hg tengok dak citer Awie Records kat Astro Ria?? best jugak layan citer tuh...
Aku tengok sekali ja... bosan la aku rasa... aku tengok hat episod datin tu... |
|
|
|
|
|
|
find7707 This user has been deleted
|
Reply #1477 JalakLenteng's post
aku pun bosan... mungkin sebab aku tak minat awie kot |
|
|
|
|
|
|
|
aku lawak gelak sampai keraih perut..ish..pelik aihh..
lawak part mamat tuh kena letrik..kekkeek ngan hat terapit jari tuh.. |
|
|
|
|
|
|
find7707 This user has been deleted
|
Rebah uji Diana Naim sebagai penyanyi
Oleh: WANDA IDRIS
PENUH perasaan...Diana Naim sewaktu merakamkan lagu Rebah.
HAMPIR dua bulan berkurung dalam studio rakaman, Nordiana Naim bersyukur pembikinan album debutnya telah pun selesai pada minggu lalu.
Menggunakan judul Duhai Hati, album itu merupakan sebuah album mini yang mengandungi enam lagu.
Mengapa enam lagu?
Menurut Nordiana yang mesra dipanggil Ina, album itu lebih merupakan satu pengenalan bagi dirinya sebagai penyanyi.
揗alah dengan lahirnya album itu, saya juga mahu dikenali sebagai Diana Naim, bukan lagi Ina seperti selalu, |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|