|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: BORAK SINI HABIS SINI
[Copy link]
|
|
Kes demam denggi di Ipoh meningkat lebih 300 peratus

IPOH: Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatatkan peningkatan 306.2 peratus atau 1,974 kes dari Januari hingga 25 Nov lepas, berbanding 486 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata satu kes kematian turut dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan.
"Kes demam denggi meningkat akibat faktor pergerakan orang ramai secara meluas menyebabkan risiko jangkitan demam denggi lebih tinggi dan cepat merebak.
"Faktor cuaca iaitu hujan yang berterusan juga menyebabkan peningkatan kepadatan nyamuk Aedes yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan November di sini semalam.
Rumaizi berkata lima lokaliti ‘hotspot’ kes demam denggi juga telah dikenal pasti di sekitar bandar raya Ipoh iaitu Kampung Tersusun Batu 8 dengan 46 kes, Taman Indah (22 kes), Kampung Tersusun Batu 6 (18 kes), Taman Pertama (15 kes) dan rumah pangsa Sri Kepayang dengan tujuh kes.
Mengulas lanjut, katanya kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan aktiviti pencegahan, kawalan dan promosi kesihatan berkaitan kesedaran denggi amat diperlukan bagi membendung peningkatan kes.
"Warga Ipoh juga diseru supaya terus mempertingkatkan langkah pencegahan dan kawalan demam denggi. Aktiviti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk secara berterusan diharap boleh mengurangkan kepadatan/densiti nyamuk Aedes agar berada pada tahap minimum pada setiap masa.
"Justeru, mereka dinasihatkan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk melakukan aktiviti pemeriksaan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan kediaman masing-masing pada setiap minggu," katanya.
Ditanya rungutan orang ramai mengenai tindakan MBI melaksanakan fogging atau semburan asap seawal 5 pagi sejak kebelakangan ini, Rumaizi berkata perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Pusat Kesihatan Daerah.
"Kita (MBI) mendapat nasihat daripada Pusat Kesihatan Daerah untuk melaksanakan (fogging), kita membantu sahaja," katanya. - BERNAMA
https://www.utusanborneo.com.my/ ... t-lebih-300-peratus |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Drama 'Gadis Kretek' lakonan Dian Sastrowardoyo tontonan ramai di 22 negara

Gambar Facebook Netflix
Oleh Wong Chun Wai
KUALA LUMPUR: Pelakon dan model Indonesia Dian Sastrowardoyo mencipta sejarah tersendiri apabila siri drama hebat lakonannya yang disiarkan menerusi penstriman video Netflix bertajuk “Gadis Kretek” menduduki tempat pertama dalam senarai tontonan ramai di 22 negara.
Dalam melahirkan rasa terkejut, artis itu memberi contoh siri berkenaan sedang ditonton di Argentina, Peru, Brazil, Puerto Rico dan Romania.
"Semua negara ini belum pernah saya kunjungi,'' katanya sambil menambah bahawa cara orang ramai menonton filem kini sebenarnya telah berubah sepenuhnya.
Beliau bersyukur kerana peminatnya di Malaysia, Singapura dan Brunei, telah banyak memberikan sokongan penuh kepada siri drama berkenaan.
Dian juga melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu bahawa terdapat penonton Malaysia yang memilih untuk beralih kepada audio bahasa Jawa, semata-mata untuk mendapatkan keaslian siri ini, yang berlatarkan tahun 1960-an di Indonesia.
Beliau petah bertutur dalam bahasa Inggeris, dan kadang kala beralih ke Bahasa Indonesia dalam temu bual dengan Datuk Seri Wong Chun Wai menerusi siaran webnya "RealChunWai'' di YouTube dan Facebook. Rancangan selama 35 minit itu akan disiarkan pada 1 Dis mulai pukul 9 pagi.
Dian berkata beliau mengambil masa yang panjang, dan bekerja keras untuk mempersiapkan watak Dasiyah.
Dasiyah ialah watak wanita bersemangat kental, yang keluarganya memiliki kilang rokok kretek berskala kecil di bandar M.
Walaupun sangat berbakat dalam kerjanya, dengan keupayaannya mencipta pelbagai produk baharu, beliau mendapati dirinya didiskriminasi dalam industri yang didominasi lelaki, walaupun kilang itu dimiliki oleh bapanya.
Bapanya bersedia untuk mengahwinkannya dengan ahli perniagaan lain, yang juga terlibat dalam perniagaan kretek, sebaliknya Dasiyah menyukai Soeraja, seorang pekerja biasa. Ini membawa kepada implikasi yang serius, tetapi cinta suci sememangnya kekal abadi.
Untuk benar-benar menghayati watak itu, Dian menyelami watak wanita berkenan dengan melakukan beberapa pengorbanan tersendiri.
“Sebaik sahaja suami dan anak-anak saya pergi bekerja dan sekolah, saya elak daripada menonton TV, lupakan hubungan media sosial, tinggalkan kehidupan sosial, dan saya habiskan berjam-jam mendengar muzik gamelan dan klasik Indonesia,” katanya.
Dian yang turut mencipta nama untuk wataknya sebagai Kartini, srikandi pejuang pembebasan Indonesia berkata, persiapan yang sama diberikan beliau bagi watak Dasiyah.
“Saya berusaha dengan gigih untuk berjalan seperti wanita Jawa yang dihormati, anggun, dengan perawakan tertentu. Boleh dikatakan saya belajar untuk meluncur dengan sempurna,” katanya dan menambah beliau menghabiskan masa berbulan-bulan untuk belajar berjalan dengan perlahan.
Menariknya, Dian berkata suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan, Maulana Indraguna Sutowo, tidak mahu menonton siri drama itu, tetapi enggan menyatakan sebabnya.
Dian yang sentiasa mengutamakan keluarga berkata, beliau tidak akan bergambar swafoto apabila meluangkan masa bersama keluarga, kerana menurutnya jika dia bersetuju untuk swafoto biarpun sekali, ia akan membuka pintu kepada permintaan ramai peminat untuk berebut-rebut berswafoto dengannya. - BERNAMA
https://www.utusanborneo.com.my/ ... -ramai-di-22-negara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kannn
kalau duk remeh2 je mama skip la
bosan je
nk tgk yg best2 je kan
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdullillah
sampai hari ni lom ada masalah
harap sampai bila2 pn mcm tu jugak la
|
|
|
|
|
|
|
|
hari ni seharian x hujan
alhamdullillah
mama pn ada apoiment doc tadi
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg betul
yg plastik nmpk real kan
|
|
|
|
|
|
|
|
standard ke mahal syg rasa
|
|
|
|
|
|
|
|
mama pn x hengat yg mana 1
|
|
|
|
|
|
|
|
tgh plan la ni tari
semua dh nk settle
moga dipermudahkan
x de la grand sgt
biasa2 je
|
|
|
|
|
|
|
|
Kul 7am dah gerak nak ambik anak bungsu yeayyy |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan perjalanan pergi balik |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti saya drvg dan adik perempuan temankan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Vellfire at 1-12-2023 09:37 PM
Gajah ‘paling sedih di dunia’ mati selepas hidup sunyi lebih 40 tahun

MALI menghabiskan empat dekad bersendirian di Zoo Manila.-AGENSI
MANILA: Seekor gajah yang digelar aktivis sebagai ‘paling sedih’ di dunia disahkan mati di zoo Filipina selepas menghabiskan lebih 40 tahun tinggal bersendirian di dalam kandang.
Ramai memberikan penghormatan kepada Mali, yang menjadi tarikan di Zoo Manila selama empat dekad dan sangat disayangi pengunjung.
Tetapi kesunyian yang menyelubungi satu-satunya gajah di negara itu menjadi kebimbangan yang sudah lama disuarakan aktivis hak haiwan.
Seorang daripada mereka ialah lagenda rock, Sir Paul McCartney, yang meminta pihak berkuasa memindahkan Mali ke tempat perlindungan gajah.
Kematian Mali pada hari Selasa diumumkan dalam video Facebook oleh Datuk Bandar Manila, Honey Lacuna, yang berkata lawatan ke zoo untuk melihat haiwan itu adalah antara kenangan paling menggembirakan ketika zaman kanak-kanaknya.
Ketua Doktor Haiwan, Dr. Heinrich Patrick Pena-Domingo Jumaat lalu berkata, gajah Asia itu dilihat sentiasa menggosok belalainya ke dinding yang menunjukkan dia dalam kesakitan.
“Menjelang awal Selasa, Mali berbaring di sisinya dan semakin sukar bernafas.
“Doktor haiwan memberikan antihistamin dan vitamin tetapi dia mati lewat petang itu,” katanya.
Pena-Domingo berkata, bedah siasat mendapati Mali menghidap kanser di beberapa organnya serta penyumbatan di aortanya.
Mali atau nama penuhnya Vishwa Ma’ali dihadiahkan kepada bekas wanita pertama Filipina, Imelda Marcos oleh kerajaan Sri Lanka pada tahun 1981, ketika berusia 11 bulan.
Zoo Manila juga menjadi rumah kepada seekor lagi gajah, Shiva yang tiba pada tahun 1977 namun mati pada 1990, menyebabkan Mali menjadi satu-satunya gajah di zoo berkenaan sejak itu.-AGENSI
https://www.utusan.com.my/luar-n ... nyi-lebih-40-tahun/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|