|
Copy Paste FB Muhamad Na’im Ab Razak
Kes bayi dibekukan selama dua minggu sebenarnya menimbulkan pelbagai pertanyaan kepada saya. Tapi, rasa seram nak menulis panjang-panjang kerana netizen semua sudah emosi. Semua benda dipertikaikan sampai letak jenazah dalam peti sejuk di bilik mayat pun dikecam.
Ini cuma sekadar pandangan saya lah.
1. Tanggungjawab ibu-bapa adalah memastikan kandungan isteri dan kesihatan ibu selamat. Patutnya dari awal mengandung dah buat buku pink dan lakukan temujanji antenatal. “Cyclop syndrome” boleh didiagnos secara awal sewaktu dalam kandungan.
2. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, hospital kerajaan yang percuma hanya terdapat di seberang jalan sahaja berbanding klinik yang viral tersebut. Kenapa mesti ke hospital swasta jika tidak mampu, yang semua orang maklum; kos rawatan memang tinggi.
3. Hospital dah jalankan tanggungjawab mereka; terima kes kecemasan dengan tiada rekod antenatal. Dalam keadaan nak bersalin, ia disambut dengan baik. Ibu selamat. Bayi dilahirkan tetapi meninggal berpunca dari masalah kecacatan kongenital yang mempunyai peratusan hidup yang rendah.
4. Keluarga juga harus laksanakan tanggungjawab mereka. Mereka mesti buat bayaran terhadap bil rawatan hospital. Tidak ada istilah culas mahu lepas dari bayaran. Soal ehsan dan kasihan tak sepatutnya dimainkan isu kerana kita memang sedia maklum bahawa hospital swasta bukan badan kebajikan. Mereka perlukan duit bayaran untuk memastikan hospital berfungsi dan staf dapat gaji.
5. Kenapa mesti tunggu dua minggu baru nak minta bantuan mengeluarkan bayi? Masyarakat Malaysia kita ni ramai yang boleh bantu. Kejadian juga berlaku di Negeri yang ramai orang kaya. Kalau dari awal bantuan diminta, pasti ada yang membantu. Setakat bil tak sampai RM3000 tu, sekejap ja NGO boleh tolong. Kita sebagai rakyat pun patut malu ia berlaku di Malaysia sebab kita pun tak tunaikan tanggungjawab terhadap saudara seagama.
6. Apa pula tujuan pengurus mayat nak rakam video mandikan bayi dalam keadaan separuh bogel dan tunjuk kepada umum? Mana etika profesional pengurusan mayat. Tak kan mandikan mayat pun perlu jaja cerita dalam media sosial.
7. Pihak hospital swasta juga kurang profesional dengan menerbitkan memo menggunakan bahasa tunggang-langgang, penggunaan jargon pasar perubatan, dan mendedahkan maklumat pesakit. Patut buat laporan polis dan keluarkan kenyataan ringkas ja.
8. Dah apa ke jadah netizen nak pertikaikan penggunaan peti mayat? Sampai soal apa SOP penggunaan, suhu berapa. Kawan-kawan, tujuan peti mayat memang untuk memastikan mayat tidak rosak terutamanya kes yang lambat dituntut. Kalau untuk sementara, yang mana jenazah dituntut tak sampai sehari, memang lah suhu yang diguna antara 2-4 darjah selsius. Tapi kalau untuk jenazah yang disimpan berhari-hari, suhunya diturunkan sehingga -20 hingga -30 darjah selsius. Orang yang biasa uruskan jenazah dari hospital pun tahu. Lepas jenazah yang disimpan lama dikeluarkan, kena tunggu dulu supaya sedikit ‘lembut’ sebelum dimandikan. Logik akal, tak kan nak simpan jenazah di tepi dinding sehingga membusuk.
Banyak lagi persoalan timbul dalam kepala saya sebenarnya tapi saya malas biarkan benda-benda begini kacau pemikiran. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan menjadi punca ibu-bapanya dimasukkan ke dalam syurga. |
|