CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kecu_dua

NadiaHaswani FC -NADIA 19th BIRTHDAY BESH CONCERT 3 MAY 09

[Copy link]
Post time 2-10-2009 10:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2009 01:04 PM | Show all posts
banyaknye gambar nadia ... best nye
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 11:54 PM | Show all posts
banyaknye gambar nadia ... best nye
nalia Post at 2-10-2009 13:04


hello nalia
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2009 10:24 PM | Show all posts
http://www.nadiafc.com/images/DSC01658i.jpg
srisaujana Post at 2-10-2009 10:07



dgn ketur (xtau nk eja cane alat basuh tgn tu ) pun adek sempat posing

tp menten cun
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 01:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 01:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2009 11:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 07:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 11-10-2009 17:41

7 Artis Bernaung Dengan Dream MusiC





KUALA LUMPUR, 6 OKTOBER 2009:  Syarikat rakaman tempatan dan penyanyi belum lagi berkubur. Walaupun penerbitan album masih lagi gawat, edaran album secara single mahupun dalam pelbagai bentuk tetap diusahakan oleh mereka yang terbabit. Ini amat penting bagi meneruskan kesinambungan dunia hiburan.


Salah satu label tempatan yang menyambung usaha ini adalah Dream Music Sdn Bhd, anak syarikat Dream Chorus Sdn Bhd.  Mereka nyata berani menanggung risiko dengan mengambil beberapa artis untuk bernaung di bawah pengurusan mereka.


Mereka adalah Sheila Abdul, Nadia AF6, Aishah AF7, Claudia AF7, Rina, Am dan kumpulan dari Singapura, Revalina.

Ketika majlis pelancaran sekali gus sambutan rumah terbuka Aidilfitri di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur semalam,
Dream Chorus telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu gundu.com.my selain memperkenalkan artis naungan mereka.


Selain 7 artis baru tersebut, Dream Music yang memulakan beroperasi pada awal 2009 juga memiliki 8 artis digital (penyanyi download dari Internet) iaitu Silvergun, Superman, Fadzly Izat, Diary, Bite Me Butterfly, News at 11, Maleena, O-Two Band dan Tika Lama.


"Kami yakin artis yang bernaung dengan kami punya masa depan yang cerah. Kalau kita tidak percayakan mereka, siapa lagi? Justeru, kami akan sentiasa membantu mereka," kata Julius Ng selaku Pengarah Dream Music.


Sementara itu, sempena kemunculan kumpulan Dream, sebuah konsert dipanggil KL Live Centre akan dianjurkan pada 5 Disember 2009. Konsert ini memberi peluang artis terbabit menghiburkan peminat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2009 10:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 7-10-2009 22:23

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 10:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 09:46 AM | Show all posts
`KITA SAMA..’
Author: Nadia  //  Category: Nadia                07 OCTOBER 2009

“semalam sekali lagi kau lupa janji,

tiga kupatri tapi lima yang realiti,

kau buatku tertunggu bagai boneka,

tapi tak mengapa kerna kita sama”



halooo uolsss smueee…haaa..lyric dah siap,lagu dah settle,press cnference pun dah lepas n rite now just nk tunggu uols plak support this song..pasai pc plak,alhmdulillh,smuenye okeh aje..nadia pform dua lagu,for sure la lagu baru nadia tuh kan n satu lagi lagu,penampilan khas drp papa dengan guitar nyee…lagu ape..??? haaaa…lagu medley `tanpa kekasihku’ ngan lagu `bersabarlah sayang’..dream music a.k.a family baru nadia nihhh consists of ramai gak laaa adik beladik baru,antaranyeeee aisyah,claudia,rina,sheila abdul n revalina..wat mse nihh leyh aaa kenai2 anje ngan drang kannnn..hope sesangat single nadia kali nihh leyh dterima olehh uolsss smueee..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 07:04 PM | Show all posts
full song boleh dengar kat blog nadia...enjoy..harap you all suka dan sealulah request kat radio
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 09:39 PM | Show all posts
`MALAYSIA GALA NITE 09 AT AMSTERDAM’

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 11:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 12-10-2009 00:33

Nadia AF6 'rock' di Amsterdam lepas Raya
mStar Online                       Isnin September 21, 2009


Nadia AF6 ketika ditemui semasa 'Kempen Jom Balik Kampung bersama Munchy's Di Suria FM', Jumaat lalu. -



REZEKI alumni Akademi Fantasia 6 (AF6), Nadia atau Nadia Haswani Hasnan, 19, nampaknya melimpah ruah selepas menyertai program realiti hiburan itu.

Vokal 'rock' penyanyi kecil molek ini kini diiktiraf dari dalam dan luar negara.

Nadia memberitahu, dia bakal melontarkan vokal rocknya di Amsterdam, Belanda dari 9 November hingga 17 November ini atas jemputan Kedutaan Malaysia di situ.

"Saya akan membuat persembahan untuk para diplomat dan masyarakat tempatan di Amsterdam. Kebanyakan lagu yang akan saya bawakan adalah bahasa Inggeris.

"Saya juga akan mendendangkan lagu-lagu Melayu untuk memperkenalkan Malaysia," kata Nadia ketika ditemui semasa 'Kempen Jom Balik Kampung bersama Munchy's Di Suria FM', Jumaat lalu.

Nadia merupakan antara artis jemputan seperti Nubhan, Fazli Zainal dan Farawahida yang memeriahkan upacara penyerahan tiket percuma bas, duit raya bernilai RM50 serta cenderahati sumbangan Munchy's dan Suria FM kepada 99 pendengar setia Suria FM.

Mereka berlepas ke Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Bharu tepat pada pukul 10 pagi.


Para pemenang 'Kempen Jom Balik Kampung bersama Munchy's Di Suria FM' bersama pihak penganjur - Munchy's dan Suria FM, Jumaat lalu.

Ketua Pegawai Operasi Suria FM Engku Emran berkata kempen itu adalah kali kedua diadakan selepas sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada tahun lalu.

Menurut Nadia yang merupakan penggemar genre muzik rock dan lagu rancak, dia sedang berlatih mengawal vokalnya dalam iklim dan cuaca yang jauh berbeza di negara di bawah paras air laut - Belanda.

"Vokal adalah berlainan dalam cuaca yang berbeza. Oleh itu, saya perli pastikan saya melontarkan suara terbaik untuk rakyat Belanda nanti," katanya.

Tambah Nadia, lawatan sambil membuat persembahan kali ini merupakan lawatan keduanya ke negara yang terkenal dengan bunga tulip yang berwarna-warni dan mekar berkembang.

"Alhmadulillah, nampaknya para peminat saya di Amsterdam berpuas hati dengan persembahan saya tahun lalu. Saya berjanji akan memberikan persembahan terbaik saya nanti," kata Nadia yang ingin berduet dengan Hattan kerana melihat penyanyi itu sebagai ikon rock unggul.

Ditanya bagaimana dia boleh mendapat tawaran sedemikian daripada Kedutaan Malaysia di Amsterdam, Nadia menjelaskan, ia bermula daripada pembabitannya dalam AF6 tahun lalu.

"Lepas itu, seorang kenalan yang bekerja di Kedutaan tersebut menjemput saya untuk memberikan persembahan," jelas Nadia sejujurnya.

Sebelum melantunkan suara rock di luar negara, Nadia akan terlebih dahulu terlibat dalam satu konsert Astro berbentuk teater muzikal pada bulan Oktober ini.

"Saya akan berlakon sebagai salah seorang pelajar. Macam-macam lagu akan saya bawakan. Saya telah berlatih sebelum bulan Ramadan lagi.

"Saya berhenti sementara pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini sebelum meneruskan latihan selepas Hari Raya ini," kata Nadia yang bakal mengeluarkan single keempatnya berjudul 'Kita Sama' selepas raya nanti.

Single 'Kita Sama' membariskan komposer, Amir dan lirik oleh Nadia AF6.

Selain pandai mengalunkan suara lunaknya, Nadia turut merupakan pelakon dan pengacara. Nadia ialah pelakon komedi Radio Televisyen Malaysia (RTM), 'Angguk-Angguk, Geleng-Geleng' bagi musim ketiga di samping mengacarakan program Rakan Muda Seni Budaya.

Sesibuk manapun, Nadia turut meluangkan masa membantu keluarganya berniaga biskut dan popia di Bazar Ramadan Setiawangsa.


Nadia melantunkan vokal rocknya di Amsterdam, Belanda dari 9 November hingga 17 November ini atas jemputan Kedutaan Malaysia di situ.


Adakah Nadia yang pernah memenangi pertandingan Karaoke Alam Sentral, La Lacos Pub, All Star Corner dan Kelab Orange ini pandai memasak?

Gurau Nadia, dia tidak tahu memasak tetapi tahu membuat popia yang sedap belaka. "Saya hanya ambil pesanan makanan dan minuman... Ada juga peminat yang mengenali saya," katanya.

Bagi menyambut bulan Syawal ini, Nadia akan beraya di kampung halamannya di Taiping dan Ipoh, Perak.

"Hari Raya pertama, saya akan beraya di Taiping manakala pada Hari Raya kedua pula saya akan beraya di Ipoh, Perak," ujarnya yang mempunyai laman web kelab penyokong Nadia di alamat
www.nadia-haswani.com/blog.

Menyedari umurnya baru mencecah 19 tahun, Nadia ingin menyambung pelajarannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang penyiaran, penulisan skrip dan pengarahan.

"Saya sedar karier artis ada hadnya. Lantaran itu, saya ingin cuba bidang baru seperti penyiaran, penulisan skrip dan pengarahan filem.

"Bila dah bersara nanti, saya ingin bekerja di belakang tabir pula," jelas Nadia secara optimistik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 01:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 12-10-2009 00:35

Nadia AF6 belajar dari kesilapan lalu
mStar Online                    Rabu Oktober 7, 2009





PRINSIP hidup penyanyi Nadia AF6 ini ialah tidak pernah lari daripada melakukan sesuatu kerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh demi meraih kejayaan dalam industri nyanyian.

Nadia mula dikenali sejak menyertai dan mendapat tempat kelima dalam program realiti Akademi Fantasia (AF) musim keenam.

Baginya, pergilah sejauh mana pun, dalam menjaga tingkah lakunya, pemilik nama sebenar Nadia Haswani Hasnan cuba ‘menjadi’ dirinya sendiri.

Bagaimanapun, kata Nadia, sukar untuk membuat orang lain menyukai dan mengikut rentaknya kerana sekali-sekala dia perlu juga mengambil kira pendapat orang lain seperti peminatnya yang ditubuhkan melalui Nadia Fan Club (FC).

Nadia akui setelah mencapai tahap ‘dikenali’ selepas bergelar artis sejak dua tahun lalu, ada orang yang dengki atau tidak berpuas hati dengannya.

“Saya tidak sempurna. Dalam pengurusan saya melalui syarikat saya, Nadia Cribs Entertainment Sdn. Bhd. pun ada membuat kesilapan seperti susunan jadual yang tidak betul dan sebagainya.

“Tetapi saya tak ambil semua ini sebagai penghalang sebaliknya sebagai pembakar semangat dengan sokongan syarikat dan keluarga.

“Peminat saya ibarat satu putaran ‘kitar semula’ kerana dikalangan mereka akan ada yang hilang jika saya berdiam diri.

“Kalau saya kembali dalam karier seni ini, mereka akan sentiasa berada bersama dengan saya. Jadi, itu yang saya belajar selama bergelar artis ini,” ujarnya yang turut menceburi dunia lakonan, pengacaraan dan penulisan skrip serta lirik.

Sepanjang dua tahun ini, Nadia telah bergelar ikon untuk seni budaya Rakan Muda dan dari situ dia menjadi jurucakap atau pengacara dalam mengendalikan program yang dianjurkan oleh kelab itu. Dia juga menulis skrip sendiri untuk mengacara program itu.



Selain itu, Nadia telah menulis lirik untuk single keempatnya, ‘Kita Sama’.

Penyanyi yang pernah digosip bercinta dengan penyanyi Riz AF6 ini juga telah berlakon sitkom ‘Angguk-Angguk, Geleng-Geleng’ untuk RTM yang akan memasuki pengambaran musim ketiga pada Disember depan.

Selain itu, nyanyian bukan sahaja telah membawa penyanyi lagu ‘Kalut’, ‘Histeria’ dan ‘Dia, Aku dan Kamu’ ini ke luar negara, malah dia juga berpeluang berduet dengan band Indonesia, Red Peanut.

Paling boleh dibanggakan, Nadia yang telah menubuhkan syarikatnya sendiri, Nadia Cribs Entertainment Sdn. Bhd. sejak Julai 2008 ini pernah membuat persembahan di hadapan diplomat dan masyarakat tempatan di Amsterdam, Belanda pada 8 Disember 2008.

Tahun ini, buat kali keduanya Nadia akan terbang ke sana lagi untuk membuat persembahan pada 9 hingga 17 November ini.

“Ini merupakan penghargaan dan peluang yang besar untuk saya. Alhamdulillah, persembahan saya pada tahun lalu mendapat penerimaan yang positif oleh pihak Kedutaan Besar Amsterdam.

“Selama beberapa hari di sana, saya akan berjalan-jalan, praktis nyanyian dan mengambil gambar di London untuk koleksi peribadi.

“Saya juga akan merakamkan percutian ini sebelum dan semasa membuat persembahan ketika berada bersama ibu dan salah seorang krew fan club saya.

“Selepas itu saya akan letakkan gambar dan rakaman video itu di dalam laman blog saya di
www.nadia-haswani.com.my/blog sekadar untuk berkongsi pengalaman dengan peminat,” ceritanya mengenai aktiviti yang segalanya mendapat tanggungan kedutaan itu.

Belum masa untuk pakai kasut tumit tinggi

Setiap gadis pasti inginkan gaya yang menarik dan feminin namun Nadia memikirkan masa untuk bergaya sakan dengan memakai kasut tinggi belum tiba lagi.

Sesuai dengan usianya yang baru mencecah 19 tahun, Nadia selesa bergaya ala-ala ‘happy go lucky’ dengan mengenakan ‘sneakers’, seluar tiga suku, baju t dan ‘vest’.

“Saya rasa belum masanya untuk pakai ‘high heels’ dan bergaya seperti ‘ladies’ tetapi suatu hari nanti saya akan ke situ juga. Sekarang ‘gila-gila’ dulu.

“Saya tak nak hipokrit kerana saya memang selesa seperti ini walau ke mana sekalipun tetapi apabila ada ‘show’, saya perlu juga sesuaikan dengan majlis..,” beritahunya sambil tersenyum manis.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2009 01:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 10-10-2009 01:23

Nadia AF6 Selesa Imej Rock
Credit 2 mangga Online           Jumaat, 09 Oktober 2009




Nadia mahu tampil berbeza

Jika ramai wanita idamkan rambut yang lurus dan panjang mengurai, namun berbeza dengan bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim 6 ini. Nadia Haswani Binti Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Nadia AF lebih suka mengekalkan rambut big curly bersesuaian dengan imej rock yang dibawa. Dan imej itulah yang membezakan Nadia daripada penyanyi wanita yang sedia ada.


"Ramai juga yang suruh Nadia tukar imej, ada yang suruh luruskan rambut namun Nadia selesa dengan imej sekarang. Rambut Nadia memang lurus sebelum ini, cuma untuk album terbaru, Nadia pergi ke salon untuk cantikkan lagi curl rambut ni," ujar penyanyi genit ini.

Terus Berjuang

Bukan mudah untuk memastikan nama terus kukuh dan diingati  dalam industri hiburan ini. Jika tersilap langkah, mungkin membawa padah sehingga menjatuhkan karier yang sekian lama dibina. Namun bagi penyanyi bersuara husky ini, beliau lebih senang untuk menguruskan sendiri karier seninya daripada peringkat awal sehingga akhir.

"Nadia struggle untuk dikenali selepas keluar daripada AF. Buat masa sekarang, Nadia lebih selesa bergerak sendiri. Tak dinafikan memang sukar bila tak ada tempat bergantung tapi bila hasilnya positif, ia membawa kepuasan kepada diri.



Gaya sesuai dengan imej muzik.
"Nadia sedia tanggung risiko terhadap segala tindakan yang diambil. Bukan apa, jika kita tahu menguruskan karier daripada peringkat perbincangan sehinggalah ke tahap akhir, mudah untuk membawa diri pada masa akan datang. Namun Nadia tetap perlukan kabel yang kuat untuk terus bertahan," katanya yang kini muncul dengan single terbaru, Kita Sama, ciptaan Ameer dan lirik oleh Nadia sendiri.

Anak seni ini kini mula mengembangkan bakat apabila turut berlakon dalam sitkom Angguk-Angguk Geleng-Geleng terbitan RTM yang sudahpun masuk musim ketiga.

"Memang Nadia minat berlakon, namun nyanyian adalah perkara utama," ujarnya yang akan muncul dalam Konsert Gempak Desa Astro bersama artis popular lain.

Nadia kini bernaung di bawah Dream Music Sdn Bhd yang turut membariskan artis seperti Shiela Abdul, Claudia dan Aisyah (AF 7), Rina dan Revalina (Singapura).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2009 08:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 10-10-2009 08:21

URTV meriahkan Monsoon Cup 2009

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
[email protected]
10 Oktober 2009


BOB AF2 (dari kiri), Hafiz Hamidun, Huzz, Wan Hisham, Nadia, Zurzaliza, Aizat, Lan dan Ameng Spring pada majlis pelancaran konsert Kick-off Monsoon Cup 2009 di Bangi, baru-baru ini.


BAKAL berlangsung di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu dari 2 hingga 6 Disember ini, Monsoon Cup 2009 pastinya berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan.

Bukan hanya 'menghidangkan' saingan sengit 12 pelayar bertaraf antarabangsa yang bertanding, pengunjung Monsoon Cup turut berpeluang menemui barisan artis popular menerusi sebuah konsert yang akan diadakan pada 1 Disember.

Bermula pukul 8.30 malam di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, konsert dinamakan Kick-off Monsoon Cup 2009 itu dianjurkan bersama majalah URTV, terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB).

Antara barisan artis yang akan menjayakan Kick-off Monsoon Cup adalah Dayang Nurfaezah, Aizat, Dafi, Adam, Ramlah Ram, Jay Jay dan Tomok.

Menariknya, konsert tersebut akan dimulakan dengan memperkenalkan 12 pelayar terlibat yang mana, Monsoon Cup merupakan destinasi terakhir bagi sirkit World Match Racing Tour.

Sebagai destinasi akhir, ia bukan hanya menjadi penentu kepada siapa juara Monsoon Cup 2009 tetapi juga juara dunia untuk World Match Racing Tour.

Menurut Pengarang URTV, Huzz, pada tahun lalu, Monsoon Cup dimeriahkan dengan acara sampingan seperti Pertandingan Mewarna Kawan yang dianjurkan majalah Kawan.

Namun, jelasnya, bagi tahun ini, pihak penganjur Monsoon Cup berminat untuk menjalin kerjasama dengan URTV bagi penganjuran konsert.

"Ini merupakan kerjasama kedua Utusan Karya bersama Monsoon Cup.

"Kami di URTV berperanan untuk mendapatkan artis serta publisiti.

"Sememangnya kami cukup teruja kerana penganjur telah menjemput URTV untuk sama-sama memeriahkan Monsoon Cup 2009,'' katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran konsert Kick-off Monsoon Cup 2009 Bersama URTV di Kompleks Sri Utusan, Bangi, baru-baru ini.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Monsoon Cup, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

Hadir sama, Pengurus Besar Operasi UKSB, Zurzaliza Bajuri serta barisan artis-artis yang bakal menghangatkan Kick-off Monsoon Cup 2009.

Kata Huzz, selain Kick-off Monsoon Cup 2009, konsert mini juga akan diadakan di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa mulai 2 hingga 4 Disember.

Berlangsung di sebelah petang, ia menampilkan artis seperti Bob AF2, Alya, Wana (My Star LG), Azlan & The Typewriter, Hafiz Hamidun, Suhaimi (In-Team), Hijjaz, Hujan, Nadia AF6 dan Ameng (Spring).

Untuk Kick-off Monsoon Cup 2009 dan konsert mini berkenaan, Fara Fauzana dan Iqram Dinzly bakal bertindak selaku pengacara konsert.

"Untuk di Dataran Shahbandar, saya dimaklumkan ia mampu memuatkan 30,000 orang penonton.

"Justeru, saya mengharapkan agar orang ramai akan dapat sama memeriahkan lagi konsert tersebut.

"Begitu juga dengan konsert mini yang turut sama dianjurkan,'' jelasnya.

Sambutan 40 tahun URTV

Sementara itu, jelas Huzz, kehadiran URTV selaku penganjur bersama konsert Kick-off Monsoon Cup 2009 dijangka akan dapat menguatkan lagi jenama URTV sebagai majalah hiburan popular tanah air.

Ia juga, katanya, dilihat mampu meningkatkan jumlah jualan dan pembaca URTV.

"Kehadiran URTV di acara Monsoon Cup juga dilihat penting memandangkan URTV bakal menyambut ulang tahun ke-40, tahun depan.

"Secara tidak langsung, Kick-off Monsoon Cup dijadikan platform untuk menguar-uarkan sambutan 40 tahun URTV,'' katanya.

Menurutnya, selain Monsoon Cup, URTV turut berminat untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak untuk bersama menganjurkan apa jua konsert.

"Jika ada permintaan, URTV berminat untuk bekerjasama,'' tambahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 05:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 11-10-2009 22:54

Portal GUNDU Gundu.com.my Support Indie Bands
GUNDU.COM.MY BRINGS LOCAL INDIE BANDS TO GUNDU GIG LIVE IN KL!
Gundu.com.my as a Stage To Fame                              October10th, 2009



Most of our underground indie bands or youngsters began writing songs simply because they can’t help themselves. They simply fell in love with the creative process and they got “hooked”, forever. It wasn’t long, however, before we began to realize that in addition to the creative payback they received each time, there just might also be an opportunity for financial payback. But on the “flip side” of those success stories lurks the darker possibility of gifted, but penniless talents who become the victims of the industry and nearly starve to death despite their many undiscovered songs.




We won’t let those talents and creative ideas wash down the sink. How can we help to monetize these valuable assets? Dream Chorus Sdn Bhd is proud to present Gundu.com.my, the First Malaysian User Generated Content (UGC) portal, which caters to all talents who desires to initiate their creativities and contents for public recognition and ascend the STAGE TO FAME.

In conjunction with the premier of Gundu.com.my, Dream Chorus Sdn Bhd will be organizing a Gundu GIG this coming 5th December 2009 at KL Live Centre, Kuala Lumpur. This is our first mini concert exclusively to showcase and highlight Gundu born artistes and Dream Music indie bands to the industry.

Along with the tagline “STAGE TO FAME”, the Gundu GIG will feature 5 indie bands. To spice up the arena, one of Malaysia’s hottest bands will be slated to perform alongside. Primarily a platform for these indie bands to showcase their wealth of talent, the Gundu GIG is also to entice and encourage for other local indie bands to sign up with Gundu.com.my.

Unlike YouTube, Gundu.com.my allows registered users to generate income through uploaded digital contents. The demand for such mobile entertainment especially Ring Back Tone (RBT) has been driven by the increasingly heightened lifestyles of consumers, and together with the desire to personalize, Gundu.com.my is enabling these contents to be converted into Ring Back Tone (RBT) as this is recognized as an important accessory for their mobile devices to differentiate from their peers.

In addition to uploading of audio contents, the features and technology of the website also includes Membership Management, Video Management and Photo Management. People can see first-hand accounts of our current local audio tracks, search for video clips, photos and also drop some thoughts and comments.

“We provide Gundu.com.my as a platform for individual, independent and unsigned artistes, especially local contents, to share and expose their creativity and talent within the global market.  We empower them to sign up as content provider for digital content, and potentially to be a Gundu born artiste. Each song will be allocated a CMT code which will be posted in Gundu.com.my for viewer’s choice, “said Datuk Mohd Fauzi, Managing Director of Dream Chorus Sdn. Bhd.

“Furthermore, customers can also download content of their favorite indie bands at only RM3.50 per month and we believe that we can monetize throughout this. Some may seem very ordinary, some a little offbeat - but every one of our ideas to make money can be developed into Gundu.com.my, “he added.

Dream Chorus Sdn Bhd has struck numerous partnership deals with more than 60 local content providers, including indie and mainstream. As the Master Content Provider of RBT or better known as Call Me Tones (CMT) service for Celcom (M) Berhad, Dream Chorus has over 1 Million CMT subscribers and targeting to achieve 2 Million CMT subscribers by end of 2009.

The advent of digital content has changed the scene of the music industry. Looking at the current market, entertainment on the go is increasingly part of the lifestyle of mobile phone users. Apart from the function and responsibility of the record label to promote and foster the music and the careers of its artistes (A&R), Dream Music Sdn Bhd, a subsidiary of Dream Chorus Sdn Bhd is responsible to generate income and exposure for indie music via Ring Back Tones to all Telcos, including Celcom, Maxis, Digi and U-Mobile.

Located at Mont Kiara, Dream Music began operations in early 2009. Dream Music markets and distributes its extensive range of Digital Products such as Ring Back Tones, True Tones, Wallpapers, Full audio or video songs and many more. Until now, eight Gundu born artistes has been signed up for their digital right. They are Silvergun Superman, Fadzly Izat, Diary, Bite Me Butterfly, News at 11, Maleena, O-Two Band and Tika Lama.

Other than digital artiste, these are the line ups artistes for Dream Music. The budding stars are Sheila Abdul, Nadia (AF 6), Claudia and Aishah (AF 7), Arm, Rina and Revalina (group from Singapore).

“As mobile entertainment becoming hugely popular, we have not neglected these talented youths. We are constantly looking out for new and innovative platforms for them to shine in this industry. For instance, digital and mobile platforms is a new business opportunities. We actively sign and promote a few songs from an artiste as a ringtone or ring back tone to monitor public reaction. If the response is promising, we will proceed to record full albums,” Mr. Julius Ng, Director of Dream Music Sdn Bhd explains of Dream Music’s digital music strategy.

“The move seems to appeal to Malaysian music lovers. Music from local acts such as Hujan and Aizat are perfect examples of the new business module. Hujan recorded more than 40,000 downloads even before their album was completed. Aizat managed over one million downloads from only one song. Coupled with an efficient marketing and promotions campaign, this is proof enough of a winning strategy,” he added.

In the near future, a website called Dream Mobile will be commence its service to the public by offering an online platform for mobile entertainment applications trades such as music, video, mobile games, wallpapers, graphics and icons. Dream Mobile will also carry all Gundu.com.my and Dream Music contents.



Fans are welcome to throng the KL Live Centre on 5th December 2009 to get close, and rock the arena with their favorite Indie Bands in the prestigious GUNDU GIG.

For more details, please visit
www.gundu.com.my.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2009 05:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 12-10-2009 00:40

Gambar Selebriti di Pelancaran Portal Gundu
10 Oktober 2009                                               


Pada 5 Oktober 2009 lalu, sebuah portal muzik yang baru yang diberi nama GUNDU telah diadakan di Restoran Seri Melayu, No. 1 Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Mengikut orang kuat Dream Chorus, Gundu dalam bahasa Melayu bermaksud benda yang dilempar atau dilantun. Tapi bila Budiey check dalam kamus kat internet, Gundu ada 3 makna mengikut bahasa.

1.  Based mainly on South Indian/Dravidian origin, it represents a fat or corpulent person - proud owners of love handles and usually, double chins.
2.  A bomb (Tamil, India)
3.  Javanese or indian origin from the word gundol, meaning bald. in singapore and malaysia “gundu” means idiot or silly.
4.  A Hindi word for the hole in one’s arse. Usually has connotations of anal sex and homosexuality.
When two men are locked in a prison cell for a number of years without female porn, then gundu is bound to happen.
Haha… tak kisah la apa pun apa makna tersirat dalam kata GUNDU ni, tapi yang penting, korang masuklah sendiri dan tengok portal baru ni.

Majlis yang berlangsung jam 5 petang dan dianjurkan oleh Dream Chorus itu dihadiri oleh ramai selebriti yang rata-ratanya, Budiey tengok adalah bintang Akademi Fantasia seperti Aishah, Claudia, Rini dan ramai lagi. Mereka adalah artis di bawah Dream Music yang juga mengambil penyanyi seperti Sheila Abdul, Arm, Rina dan Revalina iaitu sebuah grup dari Singapura.






Kini, pembaca yang ada bakat buat atau compose lagu, bolehlah menghantar karya korang di
www.gundu.com.my. Budiey rasa portal ini memang bermanfaat buat semua pencipta lagu dan artis yang masih berjinak-jinak dan masih dalam peringkat bawah tanah untuk buat duit.


Korang boleh daftar dan seterusnya upload sendiri lagu anda di portal ini. Sekiranya, lagu anda itu disahkan keasliannya, anda akan buat persetujuan dan satu perjanjian di mana korang akan dapat revenue share sekiranya ada jualan untuk lagu yang anda upload itu.

Pada 5 Disember 2009 ini, peminat boleh datang ke KL Live Centre untuk enjoy dan nikmati muzik hebat dari indieband dan juga artis terlibat dalam show GUNDU GIG.


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 09:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by srisaujana at 12-10-2009 09:34

Nadia ke-2
Ahad 11 oktober 2009
[email protected]




Pun begitu, semangat juang pemilik nama penuh Nadia Haswani Hasnan ini tetap tinggi. Gadis kecil molek yang petah berinteraksi ini berkongsi pelbagai cerita dan perancangan masa depannya bagi terus mengusung statusnya selaku anak seni.

Tidak mudah melatah dan jauh untuk merasa putus asa akan nasibnya selepas pembubaran mengejut Maestro Records & Talent Management, Nadia terpaksa mencatur langkahnya tanpa menoleh ke belakang lagi.

Gadis yang pernah tampil meyakinkan sepanjang program realiti nombor satu negara itu bagaimanapun gagal meraih tumpuan peminat seperti mana sokongan yang diberi ketika menyertai AF.

Menurutnya yang sebelum ini muncul dengan single Histeria dan Kalut Lagi Mengarut, mungkin segala sokongan penonton dan pujian pengkritik hampir setiap minggu hingga ke malam akhir adalah satu elemen suntikan buatnya untuk lebih yakin akan bakat semula jadi dimilikinya.

Bahkan, segala jeritan penyokong dan sorakan tenaga pengajar ketika itu tidak sesekali menjadikannya lupa untuk terus berusaha.

“Awalnya saya sedikit terkilan kerana sokongan yang diberi kepada saya hanya ketika di akademi dan terhenti sebaik ia tamat. Mungkin ketika itu saya masih baru dan sangat teruja.

“Malah mereka tidak menilai saya berdasarkan sebarang kekurangan pada penampilan, fizikal atau rupa saya, sebaliknya penjurian dilakukan semata-mata pada bakat dan kekuatan vokal.

“Namun realitinya di dunia hiburan sebenar, vokal saya tidak cukup untuk menyelit masuk dalam senarai yang ‘diterima’ kerana masih banyak yang perlu saya belajar untuk sebaris dengan penyanyi sedia ada,” katanya yang beruntung mempunyai keluarga dan teman rapat yang masih menyuntik semangat.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak boleh berputus asa atau berterusan tidak bermotivasi kerana keputusan untuk berdiri sebagai anak seni adalah pilihannya sendiri.
Sekali melangkah masuk, pengunduran atau berpatah balik tidak akan berlaku padanya.

Bagi anak kelahiran Kuala Lumpur ini yang juga menguruskan syarikatnya, Nadia Cribs Entertainment, meskipun namanya masih tidak sekukuh teman seperjuangan lain, perjalanan kariernya perlu diteruskan.

Lantaran itu penyanyi yang turut mengusahakan perniagaan makanan bersama keluarga di Medan Selera Wangsa Maju ini sibuk memasang strategi bagi memperkenalkan diri buat kali kedua.

“Sekarang saya merangka jadual promosi untuk melancar single terbaru ciptaan komposer muda, Amir berjudul Kita Sama selain mencuri peluang untuk tampil di media.

“Kita Sama begitu dekat dengan saya memandangkan saya yang menulis lirik. Penghasilan ini mengikut cita rasa serta identiti saya dan saya berharap lagu ini memberi impak positif kepada pendengar.

“Sebetulnya saya tidak pernah menyedari saya mampu menulis lirik kerana selama ini saya hanya menumpukan pada muzik. Namun saya ada koleksi puisi yang saya coret melalui ekspresi serta pengalaman sendiri.

“Jadi apabila syarikat Dream Music yang bertanggungjawab memasarkan single ini memberi peluang kepada saya untuk mencuba membuat lirik, saya tidak teragak-agak,” katanya.

Selain itu gadis kelahiran Kuala Lumpur ini juga sibuk dengan persediaan untuk beraksi di pentas teater muzikal bersama teman AF yang lain sempena Gempak Astro pada 17 Oktober ini di Kluang, Johor.

Baginya, ia satu platform baik untuk mengadakan persembahan dan bertemu peminat dengan lebih dekat selain berpeluang berkumpul bersama teman yang lain.

“Saya turut menerima jemputan mengadakan persembahan buat kali kedua di kedutaan Malaysia di Amsterdam pada November depan. Alhamdulillah kerana mereka masih berminat untuk menjemput saya dan kali ini saya gigih membuat latihan persembahan lebih menarik selain mencuba membawa sebuah lagu dialek Belanda seperti mana yang mereka inginkan,” katanya.

Kesempatan bergelumang dalam dunia seni tidak dihadkan pada bidang nyanyian semata-mata, sebaliknya anak sulung daripada dua beradik ini turut aktif dalam dunia lakon.

Malah, siri komedi popular lakonannya bersama Khatijah Tan, Sabri Yunus, Imuda dan Ebby Yus iaitu Angguk Angguk Geleng Geleng di TV2 kini bersambung musim ketiga. Komitmen serta kesungguhan Nadia membuatkan pihak produksi yakin dan percaya untuk terus melamarnya.

Terbaru, gadis periang yang gemar bergurau ini dilantik sebagai Ikon Seni dan Kebudayaan bagi program Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Satu lagi pencapaian yang mampu dibanggakan bagi pendatang baru sepertinya.

“Kepercayaan diberi Rakan Muda adalah sesuatu yang berharga buat saya dalam usaha mendekatkan golongan remaja kepada elemen muzik dalam bentuk positif.

“Pastinya peluang ini tidak akan saya persiakan. Saya akan membantu dan turut serta dalam apa jua aktiviti serta perancangan pihak Rakan Muda dalam mewujudkan suasana harmoni dan sihat di kalangan remaja daripada perspektif muzik,” katanya yang juga akan mengacarakan sebuah program berbentuk majalah untuk Rakan Muda tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.263735 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list