|
RIANZ PARADISE VOL. 65 - VOTE LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 3-3-2009 09:25 AM
salam,
bz nye kak ena
ai MC lagi kat rumah. just nak bg tau u all...
mungkin xde rezeki dan Tuhan itu Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi.. saya disahkan mengandung kandungan luar ra ...
Wish u a speedy recovery dear |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by joenjohana at 3-3-2009 09:29 AM
wsalam kak
semoga akak tabah dan sabar menghadapi ujian ini
anggap saja bukan rezeki akak n Allah lebih menyayanginya
Alhamdulillah...akak xde apa2
akak masih muda, masih byk peluan ...
tq JJ, alhamdulillah, akak kuat & tabah menerimanya. semlm sblm g hospital, singgah ke pusara arwah bonda ku, mungkin ketabahan arwah menambahkan kekuatan dlm diri, alhamdulillah...
tq again. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by prop at 3-3-2009 09:38 AM
Wish u a speedy recovery dear
tq sis.
oleh krn x critical, esok saya dh start kerja. cuma kena avoid kerja berat2 lah maybe for about a month at least. makcik2 saya pon dah pesan 'berbakul2 ' nasihat dan panduan utk berpantang gugur nih... lain rupanya pantang gugur berbanding pantang bersalin.
kalau u all ada tips or panduan, silalah share ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 3-3-2009 09:47 AM
tq sis.
oleh krn x critical, esok saya dh start kerja. cuma kena avoid kerja berat2 lah maybe for about a month at least. makcik2 saya pon dah pesan 'berbakul2 ' nasihat dan panduan utk b ...
HD tak perlu undergo D&C ya?
take good care |
|
|
|
|
|
|
|
sambil2 rehat kat rumah nih... ai tgh rangka xtvt utk family trip ktorg ke Langkawi penghujung April nih.
kalau u all ada cadangan tempat menarik, tempat makan2 yg reasonable n sedap2.. silalah suggest.
dlm list saya skrg nih:
A: Jalan-Jalan
~ Underwater World
~ Langkawi Wildlife Park
~ Galeria Perdana
~ Eagle Square
~ Explore Island
B: Makan-makan
~ Mangrove Village, Padang Matsirat
~ Ikan Bakar @ Kedawang
~ Laksa Power
~ Tom Yam @ Wan Thai
~ Cendul Pulut
C: Shopping
~ Langkawi Mall
~ Pasar Malam
~ Duty Free Complex - Choc etc |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by prop at 3-3-2009 09:55 AM
HD tak perlu undergo D&C ya?
take good care
kak, doc dah check, rahim saya sihat & stabil. xde sisa2 ketulan etc.. bleeding also almost kering dah. sbb ectopic pregnancy kan.. janin tuh almost melekat kat tiub fallopio saya.. tp x jadi.. tuh yg dia gugur sendiri.
insya Allah xde pa per.. byk kali gak saya tanya dgn doc tuh semlm, "are u sure i dun nd to undergo d DnC or any surgery?" ehehe.. sampai terbeliak mata saya sbb doc ckp x yah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 3-3-2009 09:25 AM
salam,
bz nye kak ena
ai MC lagi kat rumah. just nak bg tau u all...
mungkin xde rezeki dan Tuhan itu Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi.. saya disahkan mengandung kandungan luar ra ...
So sorry CT; alhamdulillah CT sihat. Rehat banyak2, let your body heal fully ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 3-3-2009 09:55 AM
sambil2 rehat kat rumah nih... ai tgh rangka xtvt utk family trip ktorg ke Langkawi penghujung April nih.
kalau u all ada cadangan tempat menarik, tempat makan2 yg reasonable n sedap2.. silal ...
Ko tanya Bling2 dia sure sexpert pasal Langkawi tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 3-3-2009 10:02 AM
kak, doc dah check, rahim saya sihat & stabil. xde sisa2 ketulan etc.. bleeding also almost kering dah. sbb ectopic pregnancy kan.. janin tuh almost melekat kat tiub fallopio saya.. tp x jadi ...
Nanti CT pi berurut ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 3-3-2009 09:25 AM
salam,
bz nye kak ena
ai MC lagi kat rumah. just nak bg tau u all...
mungkin xde rezeki dan Tuhan itu Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi.. saya disahkan mengandung kandungan luar ra ...
sorry to hear about that kak....Alhamdulillah akak xde pape...blm ade rezeki lg...InsyaAllah Tuhan akan beri lain masa k...yg penting jaga kesihatan...pantang betul2 k...
Have a good rest |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetmm at 3-3-2009 10:10 AM
So sorry CT; alhamdulillah CT sihat. Rehat banyak2, let your body heal fully ye.
its ok sis, thanks for d wishes & doa.. kalau ikutkan, mcm2 dah terfikir.. "bersediakah aku nyawa sampai sini?" alhamdulillah, Tuhan masih berikan peluang utk saya bersama-sama anak, suami, keluarga dan rakan2 yg baik hati mcm u all....
i never know bout ectopic pregnancy is very life threatening.. until i experienced it myself. ada yg kes lebih critical, kena potong tiub or kena buang terus uterus incase janin luar rahim tuh pecah. bila pecah tuh yg boleh membahayakan nyawa ibu yg mengandungkannya. saya amat bersyukur nyawa masih d kandung badan.
kalau dulu saya appreciate my life & ppl around me.. now its even more & more... yg paling penting, kena sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t. berikan pd kita.. saya nih x lah perfect org nya.. tp kita sama2 lah berusaha ke arah nak menyempurnakan kewajipan kita pada Nya... ye lah, kita tak tahu ajal maut bila akan menjemput kita kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 3-3-2009 09:55 AM
sambil2 rehat kat rumah nih... ai tgh rangka xtvt utk family trip ktorg ke Langkawi penghujung April nih.
kalau u all ada cadangan tempat menarik, tempat makan2 yg reasonable n sedap2.. silal ...
kene seru k.bling ni
she knows better |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetmm at 3-3-2009 10:16 AM
Nanti CT pi berurut ke?
insya Allah, pergi.. mak mertua adik lelaki saya boleh mengurut org bersalin, gugur dan sewaktu dgnnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sidang tergempar DUN di bawah pokok
Mar 3, 09 9:00am
Perak menjadi tumpuan kali ini ekoran keputusan Speaker, V Sivakumar untuk meneruskan juga sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ.
10.25am Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.
10.23am Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.
10.18am Speaker DUN memulakan bicara dengan meminta semua yang memerhatikan perjalanan sidang itu diam sebagai tanda hormat.
10.15am Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut - yang menempatkan dewan itu - ditutup.
Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk menteri besar mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.
Sidang bersejarah DUN dibuka dengan bacaan doa, sambil diperhatikan kira-kira 300 penyokong.
10.01am Nizar dan para wakil rakyat Pakatan - yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Mereka bergerak ke tempat letak kereta, kira-kira 50 meter dari pintu masuk tersebut, untuk mesyuarat ringkas.
Speaker DUN V Sivakumar turut kelihatan.
Kumpulan kira-kira 200 penyokong Pakatan tidak berganjak.
9.45am Ketua polis Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk.
Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut.
Lebih kurang 200 orang, kebanyakannya penyokong Pakatan, berkumpul.
9.35am Sekumpulan 30 orang cuba menghalang laluan menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan rombongan wakil rakyatnya ke pintu masuk utama.
Tiada campur tangan polis dan Nizar bersama rombongannya melepasi sekatan tersebut.
9.30am menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyatnya tiba di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan.
9.21am Polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri. Wakil rakyat Pakatan dijangka cuba masuk ke dalam bangunan untuk ke Dewan Undangan Negeri melalui pintu tersebut.
9.20am Orang ramai pelbagai kaum yang berhimpun di bangunan sekretariat semakin bertambah dan kini mencecah 100 orang.
9.15am Wakil-wakil rakyat Pakatan yang sebelum ini berhimpun di sebuah hotel berhampiran, kini dalam perjalanan ke bangunan sekretariat.
9.10am Peguam kedua belah pihak berada di bangunan mahkamah.
9am Kira-kira 40 anggota FRU ditempatkan di pintu belakang bangunan sekretariat. Ada antara anggota tersebut bersenjatakan rifel dan pelancar gas pemedih mata.
8.50pm: Kira-kira 50 orang berhimpun di pintu belakang bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. "Tiada sebarang tanda akan berlaku apa-apa," kata wartawan Malaysiakini, Andrew Ong.
8.30am: Polis mengadakan sekatan jalanraya sejak semalam di sepanjang jalan utama menuju ke bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. Kenderaan tidak dibenarkan melaluinya.
Lebih 100 anggota polis berkawal di bangunan sekretariat kerajaan negeri. Ramai wartawan berkumpul di situ untuk membuat liputan.
8.15am: Pintu Utama bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak di Ipoh ditutup, dan tiada sesiapapun di benarkan masuk ke bangunan itu. Ramai anggota polis diletakkan berkawal di bangunan berkenaan.
Polis juga menutup jalan belakang ke bangunan berkenaan. Trak-trak Unit Simpanan Persekutuan (FRUM) dan trak meriam air kelihatan di situ.
Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkeflil Abdullah memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan berhimpun di bangunan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat merancang untuk berhimpun di pintu masuk bangunan sekretariat kerajaan negeri sebelum jam 10 pagi sebelum masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di dalam bangunan tersebut untuk mengadakan sidang tergempar DUN.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Zambry Abdul Kadir memfailkan saman terhadap Speaker V Sivakumar yang dijangka didengar jam 9 pagi di Mahkama Tinggi Ipoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hanee at 3-3-2009 10:19 AM
sorry to hear about that kak....Alhamdulillah akak xde pape...blm ade rezeki lg...InsyaAllah Tuhan akan beri lain masa k...yg penting jaga kesihatan...pantang betul2 k...
Have a good rest
tq Hanee.. insya Allah i will.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetmm at 3-3-2009 10:35 AM
Sidang tergempar DUN di bawah pokok
Mar 3, 09 9:00am
Perak menjadi tumpuan kali ini ekoran keputusan Speaker, V Sivakumar untuk meneruskan juga sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) ha ...
bila ler nak selesai
i prefer buat jer reelection negeri Perak... kita tgk rakyat pilih siapa... kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|