CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tehbunga

Temerloh[Bndr IKAN PATIN] : Pembangunan & Kemajuan

[Copy link]
Post time 16-1-2015 08:54 AM | Show all posts
cintan66 replied at 16-1-2015 08:08 AM
goner keadaan temerloh skrg ni dida....dah molek belaka semer kedai2
stesen minyak yg ampuh dek b ...

kedai makan kat lurah semantan ter buka blaka dah..

yg ttp lagi stesen minyak petronas lurah semantan..

kdai2.. ada yg ttp lagi sbb still buat clearance..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2015 10:04 PM | Show all posts
Edited by cintan66 at 16-1-2015 10:07 PM



TEMERLOH – Pengusaha produk kraf tangan terkemuka negara Inakraf menganggarkan kerugian mencecah RM300,000 apabila bengkel yang terletak di Kampung Bangau Tanjung di sini rosak teruk dilanda banjir besar baru-baru ini.

Pengarah dan Pengurus Pentadbirannya, Abd Muhaimin Hasbollah berkata, jumlah kerugian tersebut berdasarkan perkiraan sebanyak 19 mesin utama bernilai RM250,000 dalam kerja pertukangan dan kraf tangan ditenggelami air dua meter lebih lima hari semasa banjir bermula 27 Disember lalu.

Menurutnya, beberapa mesin mudah alih bernilai RM50,000 juga turut rosak dalam kejadian tersebut yang dianggap satu sejarah kerana kawasan bengkel itu tidak pernah ditenggelami banjir besar sebelum ini.

“Kami tidak sempat menyelamatkan mesin-mesin dan peralatan serta barang-barang milik pelanggan kerana semasa kejadian kami berada di Plaza Angsana Johor Bahru mengikuti pameran bermula 18 hingga 31 Disember lalu.

“Beberapa pekerja yang berada di kawasan bengkel juga tidak sempat menyelamatkan harta syarikat kerana kawasan ini sudah terkepung dan ada dalam kalangan pekerja yang terpaksa menyelamatkan keluarga kerana rumah mereka turut tenggelam,” katanya di sini semalam.

Abd Muhaimin berkata, sebuah van dan mesin pemotong kayu bernilai RM21,000 yang baharu dibeli turut tenggelam dalam banjir baru-baru ini.

Bagaimanapun Abd Muhaimin bernasib baik kerana kebanyakan tempahan pelanggan sudah dihantar kepada pembeli beberapa hari sebelum banjir besar tersebut.

“Kami anggarkan kerugian barangan pelanggan hanya sekitar RM10,000 dan berharap para pelanggan faham kami terpaksa mengambil sedikit masa untuk menyiapkan tempahan mereka selepas ini,” katanya.

Abd Muhaimin berkata, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia bersedia membantunya untuk membaiki kerosakan beberapa mesin yang masih boleh digunakan selepas tenggelam dalam banjir besar itu.

Menurutnya, banyak juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertungkus lumus membantu Inakraf membersihkan kawasan bengkel selepas teruk dilanda banjir.

“Kami juga alu-alukan mana-mana pihak yang sudi membantu untuk membersihkan bengkel kerana kami jangkakan perlu mengambil masa selama satu bulan untuk membersihkan bengkel sebelum boleh beroperasi seperti biasa,” katanya.

pasca banjir ..inakraf yg kat kg koi
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 10:06 PM | Show all posts
runaway_dida replied at 16-1-2015 08:54 AM
kedai makan kat lurah semantan ter buka blaka dah..

yg ttp lagi stesen minyak petronas lurah se ...

amik masa nak pulih sepenuhnya
byk kerugian banjir kali ni

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
cintan66 replied at 16-1-2015 10:06 PM
amik masa nak pulih sepenuhnya
byk kerugian banjir kali ni

sokong tu kaka..
sgt byk...
so mungkin rumah yg kna bnjir.. gerai2 mpt.. waive sewa sebulan..
tu blm lg kerosakn yg pbt kna tanggung...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
cintan66 replied at 16-1-2015 10:04 PM
TEMERLOH – Pengusaha produk kraf tangan terkemuka negara Inakraf menganggarkan kerugian menceca ...

inakraf..pej kite byk membeli..mengorder
rasa mcm pembekal jek pd com iolls..

kesian dorg....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 10:43 PM | Show all posts
runaway_dida replied at 17-1-2015 12:42 AM
sokong tu kaka..
sgt byk...
so mungkin rumah yg kna bnjir.. gerai2 mpt.. waive sewa sebulan..

nasib baik ada pengkecualian ya
kalau tak sesok napas memikir byk benda nak byr

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2015 10:46 PM | Show all posts
cintan66 replied at 17-1-2015 10:43 PM
nasib baik ada pengkecualian ya
kalau tak sesok napas memikir byk benda nak byr

yg rekod baik xpe kaka
ni yg ada tertunggak banyak tu masalah..
nnt die buat isu banjir tu alasan xnk byr lg..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2015 01:42 PM | Show all posts
runaway_dida replied at 17-1-2015 10:46 PM
yg rekod baik xpe kaka
ni yg ada tertunggak banyak tu masalah..
nnt die buat isu banjir tu alasa ...

yg tertunggak byk tu jenis liat membayor ler
kena tegas dgn makhluk jenis ni
bank pun blh kerugian asik berlembut tak bertempat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2015 03:29 PM | Show all posts
cintan66 replied at 18-1-2015 01:42 PM
yg tertunggak byk tu jenis liat membayor ler
kena tegas dgn makhluk jenis ni
bank pun blh kerugi ...

dah tgas kaka
kalo dtg pej tu mcm2 drama blh tgk
kdg2 byr 2-3x pastu buat perangai lme blik..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2015 05:01 PM | Show all posts
runaway_dida replied at 18-1-2015 03:29 PM
dah tgas kaka
kalo dtg pej tu mcm2 drama blh tgk
kdg2 byr 2-3x pastu buat perangai lme blik..

drama airmata, drama buat muka kesian
masing2 handal berlakon
pekerja juga pening pala

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2015 08:18 PM | Show all posts
cintan66 replied at 18-1-2015 05:01 PM
drama airmata, drama buat muka kesian
masing2 handal berlakon
pekerja juga pening pala

pening kaka..
xlarat nk layan orang mcm ni...
kdg2 xdpt nk ckp ape2.. dorg je nk ckp
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 08:56 AM | Show all posts
Edited by cintan66 at 20-1-2015 08:57 AM

Citer Pasca banjir lagi
Pondok agama rosak teruk



SEBERANG TEMERLOH - Madrasah Ad Diniah Al-Ismailliah yang baharu dibuka tidak sampai tiga tahun lenyap dari pandangan pada 31 Disember lalu apabila banjir besar menenggelamkan pusat pengajian agama berkonsepkan pondok itu setinggi lebih lima meter.

Madrasah yang diasaskan Mohamad Yani Che Mat dibina dalam perkampungan masyarakat Kelantan di Kampung Paya Jauh di sini, hanya tinggal tingkat atas masjid dan beberapa struktur tinggi yang lain serta menenggelamkan hampir semua 136 pondok yang menjadi kediaman pelajarnya.

Mohamad Yani ketika ditemui berkata, akibat banjir besar yang melanda itu, proses pembelajaran agama seramai 150 pelajarnya tergendala seketika apabila masing-masing terpaksa membantu membersihkan persekitaran pusat pengajian seluas 1.2 hektar itu.

Menurutnya, kejadian banjir besar itu adalah yang pertama terjadi sejak madrasah itu dibuka di atas tanah yang dibeli hasil sumbangan ramai.

“Beberapa hari sebelum banjir, kami arahkan para pelajar pulang ke kampung masing-masing kerana bimbang mereka terperangkap di sini.

“Apabila air banjir semakin besar, kami yang tinggal di sini tidak sempat menyelamatkan barang-barang berharga dan terpaksa menyelamatkan diri dahulu,” katanya sewaktu ditemui di madrasah tersebut semalam.

Mohamad Yani berkata, selepas air surut terlalu ramai sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu membersihkan persekitaran pondok untuk memastikan ia kembali beroperasi.

Beliau berkata, akibat banjir besar kali ini sebanyak 31 pondok yang menjadi kediaman para pelajar rosak teruk dan dihanyutkan air ke kawasan lain hingga terpaksa dibina semula.

Menurutnya, keperluan utama bantuan sekarang ialah bahan binaan seperti simen, kayu, batu dan lain-lain dan ianya sudah tentu tidak mampu dibeli sekiranya tidak ada sumbangan daripada orang ramai.

“Ada yang bagi sumbangan tilam dan bantal, keperluan utama sekarang ialah peralatan pembelajaran pelajar seperti perabot dan lain-lain,” katanya.

Mohamad Yani berkata, projek pembinaan asrama perempuan bernilai RM1.2 juta di tapak pondok di situ juga tergendala akibat banjir hujung tahun lalu.

Menurutnya, kepada pihak yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan wang bantuan mereka melalui akaun Bank Islam atas nama Madrasah Ad Diniah al-Ismailliah 06028010061558 atau berhubung dengannya di nombor 019-9882608.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 11:38 AM | Show all posts
Membantu menangani banjir


BANJIR yang melanda baru-baru ini, terutamanya di Pantai Timur Semenanjung, khususnya di Kelantan, iaitu antara yang paling buruk dalam sejarah, seharusnya mengajar kita tentang banyak perkara.

Secara keseluruhannya, kerajaan pusat telah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik. Walaupun, tak perlulah mendakwa sebagai yang terbaik di dunia! Kelemahan memang ada. Tetapi, umumnya, ia baik.

Kerajaan dapat melaksanakannya dengan baik kerana wujudnya “Arahan No. 20”, iaitu Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, yang menjadi prosedur operasi standard bagi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Arahan No. 20 ialah satu mekanisme pengurusan bencana, contohnya banjir, secara menyeluruh yang meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian. Ia menjelaskan peranan dan tanggungjawab agensi kerajaan, badan berkanun, swasta dan badan-badan masyarakat sivil (CSO) dalam pengurusan bencana.

Di peringkat kebangsaan, ia dipengerusikan seorang menteri, iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim. Di negeri, ia dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri/Ketua Setiausaha Wilayah Persekutuan, dan di daerah oleh pegawai daerah/datuk bandar.

Saya punya pengalaman peribadi dengan banjir. Pertama, ketika berumur 10 tahun, iaitu pada tahun 1971, saya sekeluarga berpindah selama dua minggu ke sebuah sekolah akibat banjir besar di Temerloh (iaitu yang terbesar selepas banjir 1926) dan di seluruh negara.

Kedua, pengalaman sebagai Ahli Parlimen Temerloh (2008-2013) membantu menangani masalah banjir di sana. Selama lima tahun itu, saya tidak mengambil cuti pada musim tengkujuh. Saya bersyukur kerana sepanjang tempoh itu, Temerloh tidak dilanda banjir besar.

Dan ketiga, membantu mangsa banjir di Temerloh baru-baru ini. Ia disalurkan terutamanya melalui dua CSO, iaitu Angkatan Bahaman dan Akademi Belia.

Saya berterima kasih pada Yayasan Hasanah (Khazanah) dan pelbagai badan lain yang menyalurkan bantuan-bantuan melalui kedua-dua CSO tersebut semasa dan selepas banjir.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya banjir besar begini. Menurut Prof Dr Azizan Abu Samah, tiga faktor utama ialah kejadian bulan baru, solstis musim sejuk dan tiupan angin kencang. Mungkin ada faktor-faktor lain lagi. Tapi, pastinya bukan kerana Kelantan tidak melaksanakan hudud!

Sebenarnya, sebahagian daripada faktornya ialah bikinan manusia. Contohnya, pembalakan berlebih-lebihan dan haram; pembangunan fizikal yang mengganggu keseimbangan alam, seperti menarah bukit; pembinaan bangunan tanpa sistem perparitan yang mencukupi; dan penimbusan kawasan-kawasan takungan air.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah meminta universiti-universiti dan semua pemegang taruh untuk mencadangkan penambahbaikan terhadap dasar dan mekanisme pengurusan banjir yang sedia ada.

Sebagai langkah awal, MKN telah mengadakan post mortem pertamanya minggu lalu. Di samping agensi-agensi kerajaan, mesyuarat itu turut melibatkan beberapa CSO ternama.

Diharapkan, dalam mesyuarat akan datang, MKN akan mengundang juga CSO lain, atau, sesebuah CSO yang telah sedia dijemput, contohnya ASLI, didelegasikan untuk mendapatkan maklum balas daripada CSO yang lain itu. Ini penting kerana peranan pelbagai jenis SCO amat penting dan pandangannya tidak boleh dipinggirkan.

Antara penambahbaikan yang perlu ialah: koordinasi lebih sistematik oleh MKN; elakkan gangguan politik terhadap kerja-kerja substantif; elakkan janji-janji bantuan yang tidak praktikal; sediakan peralatan dari awal kerana banjir dapat diramal; tiada lagi dasar-dasar dan aktiviti-aktiviti yang menjadi faktor bikinan manusia; dan penguatkuasaan undang-undang.

Tetapi, apa yang lebih penting ialah tindakan jangka masa panjang, iaitu pendekatan baru dalam pengurusan air, contohnya, meluaskan ruang sungai dan menambah saliran tambahan.

Ia memerlukan perubahan paradigma, iaitu daripada “melawan air” kepada “hidup dengan air”.


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 12:07 PM | Show all posts
hidup dgn air...koi terfikir buat rumah rakit cam dulu dida
air naik je tarik rumah tambat ke pokok
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 06:57 PM | Show all posts
cintan66 replied at 21-1-2015 12:07 PM
hidup dgn air...koi terfikir buat rumah rakit cam dulu dida
air naik je tarik rumah tambat ke pokok

haha rumoh rakit
nak membuang g tgh sungai..
pastu rasa ade je ikan kat bawah tgh makan bendasing yg dibuang
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 08:31 PM | Show all posts
runaway_dida replied at 21-1-2015 06:57 PM
haha rumoh rakit
nak membuang g tgh sungai..
pastu rasa ade je ikan kat bawah tgh makan bendasin ...

hahah....tahun 80an dulu jamban kat sungai....air masih jernih
boleh nampak ikan berebut2 makan bendasing

skrg air keruh ...bapak segala ikan pun tak nampak dah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 10:42 PM | Show all posts
cintan66 replied at 21-1-2015 08:31 PM
hahah....tahun 80an dulu jamban kat sungai....air masih jernih
boleh nampak ikan berebut2 makan b ...

takut nnt tibe2 keluar buaya
ha mau hilang montot nnt..
skrg rumah kena buat cm rumah dulu..
tinggi..
bwh rmah buat parking keta..

tp kalo org tua.. naik rumah xturun2 dah tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 07:40 AM | Show all posts
runaway_dida replied at 21-1-2015 10:42 PM
takut nnt tibe2 keluar buaya
ha mau hilang montot nnt..
skrg rumah kena buat cm rumah dulu..

mana rumah yg kawasan rendah tepi sungai tu harus lah bertiang tinggi
teringat jugak dulu-dulu ada rumah kayu yg blh diusung/dialihkan dari satu tapak ke tapak lain

skrg tak jumpa dah....terrer org dulu2 bertukang rumah

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 08:31 PM | Show all posts
mungkin kena buat rumah atas pokok lak
lepas ni kaka
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 12:29 PM | Show all posts
runaway_dida replied at 23-1-2015 08:31 PM
mungkin kena buat rumah atas pokok lak
lepas ni kaka

baguih gak idea aok ni....kat tapak pekan sari tu pokok yg besar gedabak tu blh ler cuba dia buat rumah yek

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.063876 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list