|
Balas #1500 maxxsa\ catat
wah si Maxxa
dah pandai minum KOPI telebesyen erk |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by maxxsa at 12-2-2009 05:51 PM
x jadiklah berkenalan lebih2 sbb dah kawen
nanti org rumah marah
ok jer
kengkawan apa salah nyer |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1501 dilaOHdila's post
dah si Amad tu, asyik ngantuk aje
kena pekena kopi ilang sket ngantuk tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1502 manaya's post
no hal ah
nanti reramai kita serang kopitiam Bangi, hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by maxxsa at 12-2-2009 11:42 PM
no hal ah
nanti reramai kita serang kopitiam Bangi, hehe
kalau g minum kopitiam Bangi,....boleh saya promosi produk saya
makanan pantai timor...??
free jer utk forumer Bangi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1505 manaya's post
Ya
kawe teringin nak tengok makaney TAIK ITIK tu
camana rupanya erk |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dilaOHdila at 11-2-2009 03:56 PM
MIT
owner malay
dato'
Dato TASIR..? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by manaya at 13-2-2009 07:19 AM
kalau g minum kopitiam Bangi,....boleh saya promosi produk saya
makanan pantai timor...??
free jer utk forumer Bangi
salam semua...
free jer...moh kita serbu.......! |
|
|
|
|
|
|
|
set kan
tarikh;
masa;
tempat
saya bagi free jer,..x lah sampai kenyang
air kene bayar sendiri,.....hi hi hi |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1508 bromatt\ catat
joommmm....serbuuu...vrrooommmmmm..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1509 manaya's post
nak tau dulu, apo ko bondo makanan itew? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1508 bromatt's post
Pak Mat ni nak serbu kuih ke nak terkam tuan punyer kuih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1510 pinatbate's post
aik, Kak Pinat pon nak serbu gak
tak boley jadik ni
DOD kena set kan tarikh ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by maxxsa at 14-2-2009 04:39 PM
nak tau dulu, apo ko bondo makanan itew?
rahsia
saje wat surprise
favorite food |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1514 manaya\ catat
ni mesti nasi TUPE... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1515 pinatbate's post
nasik TUPE tu aper? nasik TUPAI ka? |
|
|
|
|
|
|
|
ni dari Utusan
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 06.htm&arc=hive
ARKIB : 06/02/2009
Pastikan dahulu kesahihan status halal di kopitiam
Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON
KOPITIAM atau kedai kopi yang menyediakan roti bakar berserta nasi lemak dan kuih-muih semakin popular di kalangan sesetengah penduduk Islam negara ini. Perniagaan yang dipelopori oleh masyarakat Cina ini dikatakan wujud di Tanah Melayu sejak 1938 lagi. Sehingga kini pelbagai jenama kopitiam muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, berikutan permintaan menggalakkan.
Sebagai individu Muslim, persoalan yang perlu diteliti sebelum sesuatu makanan atau minuman dimasukkan ke mulut ialah adalah ia halal di sisi syariat?
Kelihatannya dewasa ini tidak ramai yang mengambil berat persoalan itu. Mungkin yang penting bagi mereka ialah apa yang dimakan menepati selera dan mengenyangkan perut.
Namun jika ditinjau kaitan makanan dengan syariat, isunya bukan sekadar makanan dan minuman yang menyelerakan tetapi ia boleh menjadi penyebab seseorang dihumban ke neraka. Rasullulah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram maka neraka adalah tempat yang layak baginya.
Lebih daripada itu umat Islam diseru agar sentiasa memelihara diri dan keluarga daripada terjerumus ke dalam neraka. Sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarnya ialah manusia dan batu (berhala);
Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah al-Tahrim ; ayat 6)
Tindakan sesetengah pengusaha kopitiam menggaji pekerja Islam di premis mereka, adalah suatu usaha yang patut dipuji tetapi ia belum menjamin aspek halal yang dituntut dalam Islam. Mereka seharusnya lebih prihatin dengan keperluan umat Islam untuk mendapatkan makanan halal lagi suci.
Bermula daripada kopi yang disajikan sehinggalah kepada aspek kebersihan pinggan mangkuk perlu selari dengan kehendak syariat. Begitu juga barangan seperti mee, daging salai, rempah-ratus dan lain-lain yang diimport daripada negara luar seperti Taiwan, Hong Kong dan China yang turut diragui sama ada halal ataupun tidak.
Lebih membimbangkan lagi apabila logo 'Halal' Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tiruan digunakan dengan meluas semata-mata untuk melariskan barangan dan mengelabui mata pengguna Islam yang tidak prihatin.
Pengusaha kopitiam seharusnya mendapatkan pengiktirafan sijil halal daripada Jakim mahupun Majlis Agama Islam Negeri, sebagai usaha menarik lebih ramai pelanggan Islam ke premis mereka. Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan serius memandangkan di sesetengah kopitiam, 70 peratus pengunjung adalah penganut Islam.
Orang Islam pula perlu lebih sensitif terhadap isu halal kerana ia boleh memberi kesan kepada peribadi dan keimanan seseorang.
Kajian oleh majalah The Halal Journal berkaitan kesedaran masyarakat Islam terhadap produk halal di beberapa negara Eropah, Asia Barat dan Asia Tenggara yang berakhir pada 2007 menunjukkan, 94 hingga 98 peratus responden bersetuju untuk membeli hanya produk berasaskan daging yang halal.
Sementara itu, hanya 40 hingga 64 peratus responden bersetuju makanan yang telah siap diproses seperti roti dan lain-lain mestilah berstatus halal.
Statistik ini jelas menunjukkan, kesedaran umat Islam terhadap produk makanan halal yang telah diproses masih ditahap sederhana. Sehubungan itu, pihak yang bertanggungjawab seperti Jakim dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia melipatgandakan lagi usaha mempromosi produk halal kepada seluruh masyarakat Islam agar kewajipan umat Islam mendapatkan makanan yang halal dapat dipenuhi.
Selain itu, ia juga berupaya membangkitkan sensitiviti umat Islam untuk lebih prihatin mencari yang halal sahaja.
Pihak berwajib juga diharap dapat memperbanyakkan lagi aktiviti penguatkuasaan ke atas logo halal agar pihak yang tidak bertanggungjawab dibawa ke pengadilan.
Kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan meraih keuntungan lumayan daripada trend lepak di kopitiam tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam.
PENULIS ialah Pensyarah Kanan
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
UiTM Kampus Bandaraya, Johor Bahru. |
|
|
|
|
|
|
|
ARKIB : 23/12/2008
Keluarkan juga sijil 'tidak halal'
Oleh KHAIRUDDIN MOHD. ZAIN
BARU-baru ini penulis menerima e-mel yang amat merisaukan. Merisaukan kerana e-mel tersebut menyatakan mengenai kemungkinan banyak rangkaian 'kopitiam' di negara ini menjual barangan makanan yang tidak halal. Kerisauan juga kepada penulis - kerana di kalangan rakan-rakan, budaya 'berkopitiam' sudah menjadi sangat norma di dalam hidup masyarakat kita.
Mungkin ramai yang berkata - apakah kemungkinan tidak halal sekiranya kita hanya minum kopi susu dengan roti bakar. Namun, halal adalah satu konsep yang lebih luas daripada itu. Ia melibatkan penggunaan apa jua bahan yang boleh menghilangkan kesucian barangan makanan yang akhirnya menjadi 'darah daging' kita. Isu yang sedemikian fundamental bukannya boleh dipandang sebelah mata.
Penulis menganggap wujud keperluan mendesak agar premis makanan menjalani proses pensijilan halal yang nyata dan telus. Jangan kita menganggap semua pengguna adalah kalangan mereka yang sangat 'savvy' dan gemar ber-sms saat mahu menjamu hidangan.
Adalah menjadi tabiat biasa orang kita, jika tidak mempunyai tanda halal - perkara kedua yang kita lihat adalah 'kakitangan' premis makanan tersebut. Jika melihat wajah tampan anak muda Melayu ataupun wajah manis anak gadis Melayu bertudung 'sangkut' - kita pun buat sijil halal sendiri. 'Halal la tu'. Semua yang hidang makanan bertudung elok', kata rakan kita. Namun, keadaannya belum tentu menjadi sedemikian.
Penulis suka mencadangkan, bagi premis yang enggan mendapatkan sijil halal, suatu undang-undang diwujudkan untuk pihak berwajib meletakkan tanda 'tidak halal' di hadapan premis sedemikian. Sekarang ini, takrif tidak halal pun boleh dipersendakan dengan pelbagai perkataan dan takrifan serba mencurigakan seperti 'no-pork', 'no-lard' dan sebagainya. Apakah tidak ada babi menjadikan produk itu halal?
Perkara sama pernah diperkatakan tentang status halal hotel di bandar raya kita. Perkara ini pernah disentuh di Dewan Rakyat. Jawapan mudah dan setengah masak yang boleh diberikan adalah 'periksa portal kita'. Berapa ramai kalangan rakyat Islam yang sanggup bersusah payah mencari portal dan sebagainya. Di kebanyakan kampung - 'portal' boleh disalah anggap sebagai ubat demam untuk budak-budak. Betapalah kita dalam minda yang dikatakan sangat bertamadun dan 'hadhari' - mungkin sudah terlalu mengambil mudah dengan soal halal dan haram ini.
Penulis ingin menggesa pihak berwajib menjadi lebih bertanggungjawab dan pro-aktif dalam menjayakan program pensijilan halal ini. Jangan ambil mudah dan pandang sebelah mata. Kegagalan kita bertindak secara bersungguh dalam perkara yang sefundamental ini membuatkan masyarakat lebih terjerumus ke suatu budaya penggunaan yang semberono dan membuta tuli.
Kita selalu melaungkan bagaimana kita bersungguh mahu menjadi 'hab halal' dan sebagainya, tetapi apa yang berlaku dalam konteks budaya konsumerisme biasa - ia tidak pernah diberikan perhatian yang serius. Sesuai dengan penyelesaian 'periksa portal kita', penulis sudahpun cuba untuk mencari maklumat mengenai portal tersebut.
Apabila melayari direktori halal yang disediakan di laman sesawang www.halal.gov.my/ direktory/index - dan cuba mencari kategori premis makanan 'kopitiam' halal - yang dinyatakan hanyalah satu jenama kopitiam, Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. yang berpusat di Kepong. Yang merata di seluruh negara kita ini, apa statusnya? Pseudo-halal? Lebih kurang halal? Mungkin halal? Separa-halal? Agaknya halal? Tiga suku halal?
Penulis sedar, wujud kalangan usahawan Melayu sendiri yang sudahpun memulakan francais kopitiam di sana sini. Namun, dengan pensijilan halal yang bersifat menyeluruh dan tidak separuh masak - ia akan mampu menjamin usaha niaga yang lebih menguntungkan. Kerajaan perlu bersikap pro-aktif dan benar-benar turun ke bawah dalam memastikan perkara yang se-asas konsep halal ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Sebab itulah, sekiranya diwujudkan juga lambang rasmi 'tidak halal', khususnya melibatkan premis makanan - yang 'pudar status' seperti kopitiam, ia menjadikan masyarakat Islam lebih berhati-hati. Benar, tanggungjawab akhirnya adalah terletak di bahu pengguna - tetapi tidak ada salahnya jika kita mengambil pendekatan yang lebih mencegah dan menyatakan keseriusan kerajaan dalam menjayakan konsep halal.
Masyarakat bukan Islam, bukan Melayu - tidaklah perlu melompat dan marah-marah dengan pendekatan ini. Tidak perlu berdemonstrasi pun dalam menyatakan ketidaksetujuan. Konsep halal adalah sangat teras (core) dalam kehidupan masyarakat Islam.
Kita jangan terlalu berbangga dengan standard halal yang diiktiraf di seluruh dunia sekiranya kita sendiri gagal melaksanakan penguatkuasaan yang menyeluruh di halaman kita sendiri. Sememangnya, mendengar kewujudan 'Standard Malaysia: Berkenaan Makanan Halal' (MS1500;2004) kita akan menjadi masyarakat yang serba tenang hati dan yakin. Namun, apakah pelaksanaannya berlaku seperti yang kita inginkan?
'Makanan Halal: Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan' (MS1500: 2004) adalah konsep yang sangat holistik dan menyeluruh. Justeru, adalah elok dan penting bagi premis makanan yang wujud di seluruh pelosok kota dan kampung, satu strategi pensijilan halal yang menyeluruh dilaksanakan. Yang halal, mesti mendapat 'advantage' daripada status kesuciannya; dan yang tidak halal - tidak sepatutnya mendapat kelebihan daripada sikap kita yang malas untuk 'periksa portal kita'.
Memang benar, penulis hanya menulis dengan e-mel yang sangat spekulatif sifatnya. Namun begitu, ia akan amat melegakan sekiranya kalangan pengusaha sendiri turut bersungguh mendapatkan pensijilan halal yang diiktiraf. Penyelesaian 'periksa portal kita' juga tidak menjanjikan sesuatu yang sangat menjanjikan sensitiviti masyarakat Islam. Hanya satu jenama yang halal - daripada begitu banyak jenama yang ada, waima mungkin di hadapan rumah kita sendiri.
Penyelesaian
Penyelesaian status halal tidak boleh lagi bersifat spekulatif. Elok juga rasanya, daripada bergantung kepada 'portal kita', pihak media mengambil peranan dalam menyediakan kolum kecil menyatakan premis makanan yang halal ataupun tidak. Kita dalam era yang serba telus dan terbuka - maka apalah salahnya untuk kita juga menjadi telus dan terbuka dengan status halal di negara kita sendiri.
Penulis percaya, dengan kaedah pensijilan halal yang menyeluruh dalam penyediaan makanan - kita mampu melengkapkan sikap dan status 'hab halal' yang kita cita-citakan. Ketidaktegasan, sikap sambil lewa, tidak bersungguh kita dalam mengendalikan status halal ini akan menyebabkan rakyat mencemuh dengan perkataan yang kita sendiri tidak gemar.
Pensijilan halal - boleh diangkat sebagai uslub dakwah yang sangat mengesankan. Sikap kita yang mengambil kira tentang konsep 'kesucian' akan menjadikan masyarakat lebih hormat dan menghargai keseriusan kita. Pemilik premis makanan yang tidak mempunyai sijil halal - tidak lagi mampu tersenyum untuk menerima kunjungan masyarakat Islam yang tidak sempat 'periksa portal kita' sebelum melayani tamu di premis yang tidak halal.
Sudah tiba masanya, komuniti pengguna kalangan umat Islam mendapat sedikit 'ketenangan fikiran' dengan kewujudan logo 'tidak halal' kepada premis yang gagal mengemukakan/sengaja tidak mahu mendapatkan sijil halal. Kita perlu melaksanakan usaha ini jika tidak mahu sijil halal menjadi suatu lambang yang dimomokkan oleh kelompok peniaga yang gemar mengambil kesempatan.
Budaya berkopitiam ini sudah menjadi resam di kalangan masyarakat kita. Dengan persekitaran yang sangat menarik, suasana yang bersih dan tenteram - sememangnyalah ia mampu menarik perhatian umum. Namun, dalam suasana yang sebersih dan setenteram itu, wujud keperluan yang mendesak agar status halalnya dinyatakan secara telus.
Kita sekurang-kurangnya wajar berasa bangga kerana e-mel asal yang penulis peroleh berlegar di kalangan eksekutif muda yang menjawat jawatan di syarikat ternama. Wujud kecenderungan di kalangan anak muda kita sendiri untuk bersikap serius dengan konsep halal dan kesucian. Trend ini sangat positif dan mampu membudayakan amalan konsumerisme yang bijaksana. Zaman ini, kita tidak boleh menjadi pengguna pasif dan ikut suka.
Jom kita ke kopitiam. Namun jika kita mengambil pendekatan 'periksa portal kita' - kita hanya mampu berkopitiam secara halal di Kepong. Jauh sedikit, tapi itulah yang dicadangkan oleh 'portal' kita.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1223&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm&arc=hive
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1517 t@t's post
itu lah [email protected] dah ragu-ragu dok leh masuk WCOK ni...jom pekena kat Oldtimers Kopitiam yang x jauh dari tempat WCOK ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|