|
Post Last Edit by Goldkey at 27-3-2011 12:38
![](http://4.bp.blogspot.com/-Jj85vY_HrEE/TY6m-EFPVwI/AAAAAAAAEnk/e5TkdYCFtaQ/s400/IMG_2250.JPG)
Air mengalir
Pada usia mudamu
begitu hebat engkau menghakis
mendalam aluran
memamah dasaran
membentuk lurah V
jeram juga air terjun
lubang periuk juga lubuk pusar
begitu rakus kamu
mengukir muka bumi
jadi tali berarus tak putus
menuju ke muara
mencari delta hijau yang damai.
~Goldkey, 27/3/11, 10.51 am~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://1.bp.blogspot.com/-q7znfFm3qio/TY7nyv4Ws1I/AAAAAAAAEoM/OoWIUJGkbIE/s400/IMG_2199.JPG)
Ketenangan
Rasa ketenangan
menyerap dari alam
mengubati guris-guris di hati
bertaut kembali
mengusir duka
ke cenuram berpusara
lenyap bersama pusar air mata.
~Goldkey, 27/3/11, 15.21 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://2.bp.blogspot.com/-clzodRj3KLM/TY7zJb78NsI/AAAAAAAAEoU/K09Vi3qZJ2Q/s400/IMG_2086.JPG)
Dingin yang melemaskan
di penjara rindu
ciptaan jiwa yang kesepian
menanti tibanya suara kepastian
bersama angin seberang
melewati masa-masa silam
yang dirantai pengharapan
mendambakan kebahagiaan
bersama yang ditahtakan.
~Goldkey, 27/3/11, 16.16 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Akulah Ulat
Aku ulat
bukan pengkhianat
bukan penjahat
hidupku membawa rahmat
kepada makhluk aku berkhidmat
seperti mana yang diamanat
pentadbir alam pemberi rahm.
~Goldkey, 27/3/11, 17.20 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://4.bp.blogspot.com/-B0HoZFT6aSg/TY8azPRi8vI/AAAAAAAAEpE/uDAMlHSbKe8/s400/IMG_2094.JPG)
Aku seekor kuda
hidupku tak seindah hidupmu insan
namun kusyukuri anugerah Ilahi
ditakdirkan hidupku kuat berlari
menjadi teman kepada yang sudi
menghargai ciptaan Tuhan tak seperti
kita sama jua makhluk di bumi
ada amanah dipertanggungi
redhalah insani
moga jadi makhluk dirahmati
sebelum nyawa pergi tak kembali.
~Goldkey, 27/3/11, 18.27 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://2.bp.blogspot.com/-5JqKVzSvnvM/TZBj8aKSqCI/AAAAAAAAEqA/QRMuJOmpHj0/s400/IMG_2253.JPG)
Usah lari dari masalah
teruskan berjuang sampai sudah
jangan cepat mengalah
tempuhi dengan tabah
InsyaAllah masalah akan belah
yang tinggal pengalaman indah
jadikan kita gagah
tidak alah
atasi kerenah
dengan megah.
Goldkey, 28/3/11, 18.31 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://1.bp.blogspot.com/-qg9jLzz6ox0/TZCVYZXp03I/AAAAAAAAEqI/k5HL_b-QcDk/s400/IMG_2044.JPG)
Hati yang ditoreh sembilu nista
akan bernanah duka
membajai pucuk dendam
menyubur rimbunan sengketa
merosakkan tali persaudaraan
terlerai ikatan persahabatan
menjerumuskan insan
ke lembah kebinasaan
tinggal dalam api kemarahan
yang membakar jiwa dan perasaan
mengepulkan asap dan debu kemusnahan.
~Goldkey, 28/3/11, 21.52 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://2.bp.blogspot.com/-KeTVLiGhhp4/TZHKCSd1AbI/AAAAAAAAErU/6yYMQLOzsGw/s400/IMG_1652%2B%25282%2529.JPG)
Senja ini
hati berbisik lirih
katanya tak ingin bersuara
menyata yang menyesak dada jiwa
biar saja resah itu pergi bersama hela nafas
pergi jangan kembali biarpun hati kian lelah.
Senja ini
hati kian lelah
lelah menanti penghujung episod duka
dipadamkan cahaya lentera pemulanya
biar gelita asalkan hati bercahaya pelangi
dalam diamnya yang penuh pengharapan.
Senja ini
kala malam menghambat langit jingga
kaku dan kelu lidah
diam termanggu
menatap gelita malam
menelan rakus cahaya mentari.
~Goldkey, 29/3/11, 19.34 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://4.bp.blogspot.com/-WedJxKdSCgU/TZHhIB68uXI/AAAAAAAAEro/fQtTmXh0Pqk/s400/IMG_1069.JPG)
Dakilah walau tujuh gunung
renangilah walau tujuh lautan
panjatlah walau tujuh puncak
redahilah walau tujuh lembah
jika di sana
ada sebuah kejayaan
ada cahaya kegemilangan
yang diredha Tuhan.
~Goldkey, 29/3/11, 20.18 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://3.bp.blogspot.com/-nhJX252xMzI/TZHiJSD2ZHI/AAAAAAAAErw/StJ0uI-1Adk/s400/IMG_2051.JPG)
Keceriaan
ketenangan
Kebahagiaan
KUNCInya
ada pada hati.
Alangkah malangnya
jika hidup ini dipenuhi
hal-hal yang tidak mengembirakan
KERANA
"di sana" kita belum tentu bahagia.
Hanya
doa dan amalan kebaikan
yang mampu kita bekalkan
bersama iringan doa
anak-anak yang soleh.
~Goldkey, 29/3/11, 20.50 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](http://3.bp.blogspot.com/-yPkT9C9KIbs/TZR4K1ihlUI/AAAAAAAAEsg/s8pXooDzUAQ/s400/IMG_2483.JPG)
KHS
1 April 2011
genap 92 tahun usia
banyak sudah sejarah ditempa
nakhodamu silih berganti
sejarah demi sejarah tercipta
namamu megah dipersada
jadi kebanggaan seluruh warga.
Pada usia ini
setiap langkah diperhati
langkah bermaruah jadi jati diri
menempat diri dalam institusi disegani
membina modal insan dibangga pertiwi
wargamu punya paduan hati
membina empayar tersendiri.
Ramai tokoh bermula di sini
menempa kejayaan diri
setanding tokoh-tokoh dihormati
kembalilah membantu kemari
untuk generasi modenisasi
mewarisi kecemerlangan tradisi
zaman berzaman telah diketahui.
~Goldkey, 31/3/11, 20.38 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bila alam tak lagi mesra
Alam juga ada batasannya
usah leka dan alpa
berpada-pada mengecah alam semesta
alam akan tunjuk bicara
bila manusia melampaui batasannya
hujan asid melanda
jerebu kian melata
sungai sarat bahan kimia
udara semakin berbisa
ribut dan taufan menggila
tsunami meragut nyawa
bumi bergempa
valcano memuntah isinya
manusia tak berdosa jadi mangsa
atas tangan-tangan yang lupa
sesedap rasa mengubah dunia.
~Goldkey, 3/4/11, 11.57 am~ |
|
|
|
|
|
|
|
Kemenjadian
Kemenjadian insan
bila patuh kepada suruhan
meninggalkan segala larangan
menyempurnakan segala suruhan
diberkati Tuhan
mendapat kurniaan nur keimanan
berbahagialah insan
rahmat dan restu yang berpanjangan
menuju hari akhiran.
~Goldkey, 3/4/11, 12.04 tgh~ |
|
|
|
|
|
|
|
Jujur
Si hitam yang jujur
jadilah sepertinya
tidak pernah mendusta
yang dizahirkan pada tampuknya
itulah isinya
jujur pada kata
jujur di hati.
~Goldkey, 3/4/11, 21.33 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Aku
Aku di sini
bukan untuk menyakiti
dan lagi
jika ada yang benci
tidak jadi daki
aku datang menitip kata puisi
berpesan-pesan pada diri
jua pada yang sudi
perjalanan ini tidak abadi
aku mencari keredhai Ilahi
dirahmati dalam hidup sedetik ini
mengharapkan kurniaan firdausi
di sana yang belum pasti.
~Goldkey, 3/4/11, 21.41 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Saat aku kehilanganmu
terasa goyah biduk pelayaranku
aku jadi takut dilambung gelombang kehidupan
aku jadi takut hilang arah perjalanan
kerana bagiku
kamu umpama tiang layar
yang tegak berdiri
menyokong
kala layarku ditiup angin
membawa bidukku rentasi masa
kekal teroleng-oleng
di puncak lambungan alunan arus
namun pesananmu
tinggalkan aku kekuatan
menempuh
meredah
apa jua
terima kasih bonda.!!!
~Goldkey, 5/4/11, 21.10 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Kerana apakah derai air matamu?
kerana sebuah cinta
kerana sebuah derita
kerana sebuah penyesalan atas dosa
kerana rasa takut akan janji-janji balasan yang Esa
atau hanya kerana sebuah lakonan semata
mencari simpati pada mata yang lemah leka
gagal mengesani sandiwara air mata.
~Goldkey, 5/4/11, 21.40 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tidak marah
jauh sekali merajuk
cuma hati tidak lagi ingin bersuara
biar hatiku jadi bisu
biar hati dipagari segugus pendam
kelak nantinya ia berguguran
jatuh ke perdu ketenangan
jiwa aku jadi kebas
nurani aku jadi beku
pada sebuah cerita yang sama
yang diulang-ulang tabirkan
pada layar tak berbingkai
yang zahirnya tak pernah kelihatan.
~Goldkey, 5/4/11, 22.10 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tidak tahu
bahan bakar apa menunggu
khabarnya ada yang terbakar
memang aku terbakar dek bahang mentari
mungkin esok hatiku akan terbakar
dengan berita yang jadi bahan bakar
moga bahan bakar ini mesra dengan hati
jika sudah ditakdirkan
aku terima
aku redha
ketetapan-Mu terbaik untuk kami.
~Goldkey, 6/4/11, 22.55 pm~ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|