CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata

 Close [Copy link]
 Author| Post time 8-4-2011 08:56 PM | Show all posts
Saya diam bukan bisu
diam dengan mata bulat terbuka
melihat memerhati meneliti
tajam menyerap warna
apa sudah jadi?
dengan pentas opera kehidupan
makin berbelit jalan cerita
menimbulkan resah khalayak
sehebat mana pelakonnya
bila dimamah waktu
meniti masa
yang benar pasti tersurat
maka akan terjerut
di tali sandiwara sendiri
mengubur moral diri
memacak nesan sebelum ajalnya.

~Goldkey, 8/4/11, 20.42 pm~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2011 10:55 PM | Show all posts
Melawak
buat orang ketawa terbahak
tapi hati awak
macam mana pulak?
boleh gelak?
tak retak?
tak menyentak?
bukan menempelak
cuma hati sendiri perlu diletak
ditempat yang layak
untuk melawak.

~Goldkey, 8/4/11, 22.49 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2011 07:27 PM | Show all posts
Sore ini
dalam kelam pandangan
ternampak kelibat bayang-bayang silam
seakan mengejar laju dalam ruang masa
menerjah ke pintu akal
menerawang ke lorong-lorong ingatan
lalu layar igauan memutar mainkan
kisah jerih perit suka duka
tawa ria bersulam deraian air mata
yang membangkitkan keazaman
mengejar impian
berdiri sama tinggi
dengan idola kampunganku
yang berada di puncak menara kejayaan.

~Goldkey, 9/4/11, 19.20 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2011 11:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 03:37 PM | Show all posts
Budu

Tak asing bagiku
semua orang pun tahu
makanan dari pantai timur itu
dicicah dengan ulam membangkit selera makanku
genuak, jering, petai jadi regu budu
ulam-ulaman petua awet muda jangan diragu
cubalah kalau nak tahu
pekena sekali nak selalu
hu hu hu.

~Goldkey, 10/4/11, 15.33 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 04:24 PM | Show all posts


Anakku

Kian remaja kamu
kamu sentiasa dalam bola mataku
keletahmu jadi penawar lelahku
tak penah rasa jemu
mendidikmu
dari dua jari besar tapak kakimu
hingga kini kamu mampu
berdiri sendiri sebaya usiamu
moga kamu direstu
dalam perjalanan hidupmu.

Goldkey, 10/4/11, 16.16 pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-4-2011 07:23 PM | Show all posts
Apa pun yang kita bicarakan
apa pun yang kita luahkan
apa pun yang kita dambakan
sedarlah kawan
hari hari yang pergi
malam yang berganti siang
siang yang berganti malam
memberi tanda
masa dan waktu untuk bersama
kian mengecut
amatlah rugi
jika baki masa ini
disia-siakan dengan sengketa
dipisah-pisahkan dengan rajuk gila
kerana selepas ajal tiba kita belum tentu bahagia.

~Goldkey, 10/4/11, 19.19 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2011 08:56 PM | Show all posts
Jika malam mampu berbicara
akan dibisikan kata kecewa
kepada alim ulama
kerana ramai sunggup manusia
leka dan alpa dengan urusan dunia
melupakan ajaran agama
berpeleseran jantan betina
tak takut dosa.

Ya Rahman Ya Rahim
kurniakan cahaya ketaqwaan
kepada seluruh insan
agar kembali kepada syariat-Mu Tuhan
meninggalkan segala larangan
mengamalkan segala suruhan
moga nanti dijauhkan dari siksaan
dilindungi dari malapetaka balasan
yang telah Engkau janjikan.

~Goldkey, 10/4/11, 20.47 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2011 10:41 PM | Show all posts
Cinta besi karat

Cinta besi menyakit hati
hilang segala besi
kerana dicuri
ini kerja konon cari rezeki
hak orang tak dipeduli
janji dapat sesuap nasi
cinta besi karat menjadi-jadi
trend masa kini
cari duit buat joli
sana sini.

~Goldkey, 10/4/11, 22.20 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2011 09:26 PM | Show all posts
Dalam cinta
kepastian membening kesetiaan
kesetiaan permata impian
dalam sebuah hubungan
kesamaran membuncah resah
hilang keyakinan
pada jalinan persahabatan
yang tak disirami kata kesungguhan.

Goldkey, 11/4/11, 21.21 pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2011 09:46 PM | Show all posts
Bila upaya dah tak kaya
bila lemah dah naik lemak
tandanya usia dimamah masa
sedarlah tenaga tidak lagi memihak
badan kena jaga
moga bertahan untuk anak-anak
amalkan gaya hidup sihat
kawal pemakanan jangan main rembat
penyakit pun tak melekat
hidup selamat.

Goldkey, 21.30 pm, 11/4/11.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2011 11:00 PM | Show all posts
Plastik realiti

Kehidupan kini
di ambang realiti
hanya bersifat plastik mengaburi
lihatlah lakonan insan sungguh ngeri
berlagak baik ala menteri
tapi sebenarnya penyanggak licik sekali
memperdaya mangsa tanpa mempeduli
asalkan kantung penuh berisi
boleh joli sana sini
atas kesengsaraan bangsa sendiri.

Goldkey, 11/4/11, 22.56 pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2011 02:22 PM | Show all posts


Kasihku kasihmu

Kasihku kasihmu
menyatu padu sejak dulu
moga  kekal begitu
suci dalam ikatan yang satu
syukur kepada-Mu
mengurniakan kasih jitu
di antara kami hamba-Mu.

~Goldkey, 12/4/11, 14.15 pm~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2011 09:19 PM | Show all posts
Laut kasihmu yang beralun selembut sutera
membawa bayu sedingin salju ke kamar jiwa
menghangatkan gelojak asmara
naluri kelakianku digoda
pada asyiknya bicara kata cinta
yang engkau bisikkan ke telinga
dengan lirih nan manja
aduhh!!! bagai di syurga dunia.

~Goldkey, 12/4/11, 21.10~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2011 11:16 PM | Show all posts
Guano senyap belako
nok kato male Jumaat
baru male rabu
kije berat ko blako pete tadi?
ambo po nak masuk tido
saing-saing tak sir joget tange male ni
sunyi sepi tak memberahi
puisi jadi mati terenti.

~Goldkey, 12/4/11, 23.12 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2011 06:27 PM | Show all posts
Rentak tarian yang kau tarikan
tidak senada dengan lagu yang kau nyayikan
usah kesal andai tiada hati yang sudi mendengar
kau gula-gula mereka dengan kata-kata hambar
kau kenyangkan mereka dengan janji manis
namun kau tidak sedar mereka luka terhiris
kerana sepuluh yang kau katakan
sepuluhlah yang kau dustakan
ingatlah kawan
takkan mampu kamu hidup dalam kepuraan-puraan
binasalah mereka yang melampaui batas
kembalilah mentaati Yang di Atas.

~Goldkey, 14/4/11, 18.25 pm~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2011 07:19 PM | Show all posts
Apabila malam mengintai dari ufuk timur
senja kian tersipu di ufuk barat
melambai dari kejauhan
seakan ingin bersembunyi di balik kaki langit
tak ingin melihat adegan di ranjang malam
kelam malam kian menyaluti
menukar warna-warna lembaran insan
ada kupu-kupu malam berterbangan
memperdaya pandangan insan bernafsu binatang
membawa pulang ke sarang-sarang hitam
tak mempeduli catatan amalan
hingga muncul siang yang malu menatap ragam.

~Goldkey, 16/4/11, 19.12 pm~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2011 07:54 AM | Show all posts
Pagi yang hening
titis embun berkilau bening
di hujung reranting
kicau burung meninggi nyaring
sahut menyahut seiring
mencari rezeki bersama pengiring
demi sebuah kehidupan yang bersaing
yang kuat mampu bertanding
yang lemah jadi terasing
lumrah kehidupan dah tak asing
melepaskan diri masing-masing
usah bising-bising
usah melenting
semua makhluk ambil pusing
keutamaan pada diri sendiri yang penting

~Goldkey, 17/4/11, 7.52 am~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2011 08:24 AM | Show all posts
Betul

Kita sering kali merasakan kita saja yang betul
ada betul?
jika perasaan merasakan kita saja sentiasa betul
sudah tiba masanya kita perlu diperbetul
kerana mana mungkin kita sentiasa betul
ambil kira pandangan orang lain yang mungkin betul
kitalah yang perlu menilai betul-betul
jangan menolaknya sebelum didapati tidak betul
barulah tindakan kita dianggap betul
bukan awal-awal lagi melabelkan idea orang tak betul
itu tidak betul
yang tak betul kena diperbetul
perkara yang tak betul
jika diamalkan perlu dihentikan agar jadi betul
jika kita memilih yang betul kita di landasan yang betul
diredhai Ilahi itu baru betul.

~Goldkey, 17/4/11, 8.14 am~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2011 09:12 AM | Show all posts
Bila mata menerawang

Apabila mata menerawang
apakah yang dipandang?
sebelum ke seberang
sesekali lihat ke dalam sarang
sesekali lihat ke dalam diri
gali dan cari yang tak nampak diperhati
jangan cuba tutup dengan iri
bongkar segala isi
jika membarah perlu dikimoterapi
sucikan diri dari penyakit hati
hendaknya damai sanubari
bersih rohani
disukai Ilahi
beruntung ke alam abadi.

~Goldkey, 17/4/11, 9.09 am~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.061920 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list