PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan, Azmi Abu Kassim dilantik Pengarah JKDNKA Bukit Aman
[size=14.399999618530273px]KUALA LUMPUR 14 August 2015. Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. NSTP/Sairien Nafis
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Disember ini. Dalam satu kenyataan, PDRM memaklumkan, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim dilantik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman. Setiausaha Polis Malaysia PDRM, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata, pertukaran turut membabitkan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/ Peperiksaan/ Kompetensi) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar. Mohd Marzukhi bertukar sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP). Turut bertukar, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan / Pencegahan / Kepolisan Am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali. Beliau bertukar ke jawatan Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan / Operasi) JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP. Asisten Komisioner (ACP) Ketua Inspektorat Kejuruteraan Pasukan Gerakan Udara (PGU) JKDNKA Bukit Aman, ACP, Che Bokhari Mohamad @ Ab Hamid bertukar ke jawatan Timbalan Komander (Kejuruteraan) PGU JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
"Sementara itu, Ketua Operasi Penerbangan PGU JKDNKA Bukit Aman, ACP Zaman Shah Omar bertukar ke SAC Gerakan Bahagian Gerakan JKDNA Bukit Aman," katanya. Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) (Kepolisan Am / Strategik / Siasatan) JKDNKA Bukit Aman, ACP Shamsol Kassim bertukar ke jawatan Komander PPM JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC. "Turut bertukar ialah Pegawai Turus E3A1, Cawangan Khas Bukit Aman, ACP Goh Saw Khim ke jawatan Ketua Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC. "ACP Urus Setia Cawangan Khas Bukit Aman, ACP Gurcharan Singh Udham Singh pula bertukar ke jawatan Penolong Pengarah E9, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC," katanya. Penolong Pengarah Narkotik (Risikan / Perhubungan Antarabangsa) JSJN Bukit Aman, ACP Mohd Zaki Ashar bertukar ke jawatan Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan / Pencegahan / Kepolisan am) JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC. Kamaruzaman berkata, Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat / Persatuan / Syarikat) Jabatan Siasatan Komersial (JSJK) Bukit Aman, ACP Muhamad Tarmizi Awang bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah dengan memangku SAC. "Ketua JSJK Sarawak, Superintendan Maria Anak Rasid kekal dengan jawatan sekarang dan memangku pangkat ACP. "Ketua Inspektorat Kejuruteraan Mekanikal PGU JKDNKA Bukit Aman, Superintendan Sibie Anak Ribot bertukar ke jawatan ACP Ketua Inspektorat Kejuruteraan dengan memangku pangkat ACP," katanya.
Katanya, Superintendan E3A3/A Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Mat Zailani Budin bertukar ke jawatan Pegawai Turus E3A1 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP. Superintendan PPM JKDNKA Bukit Aman, Superintendan AG Matyassin Ag Ahmad bertukar ke jawatan Timbalan Komander PPM (Kejuruteraan) JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP. "Turut bertukar adalah Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Kontinjen Perlis, Superintendan Megat Ayob ke jawatan Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kontinjen Pahang dengan memangku pangkat ACP," katanya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan pula bertukar ke jawatan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Kontinjen Kedah dengan memangku pangkat ACP. Superintendan E8A2/A Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Sufian Ali bertukar ke jawatan Penolong Pengarah E8B Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.
"Superintendan Siasatan JSJK Selangor, Superintendan Izwan Abd Karim bertukar ke jawatan Timbalan Ketua JSJK (Siasatan/Perundangan) Selangor dengan memangku pangkat ACP. "Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee kekal di jawatan sekarang dengan memangku pangkat ACP.
"Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Melaka, Superintendan Aniesa Hanum Ahamad bertukar ke jawatan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Melaka dengan memangku pangkat ACP," katanya. Beliau berkata, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak pula kekal di jawatan sekarang dengan memangku pangkat ACP.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1325614/pdrm-umum-pertukaran-21-pegawai-kanan-azmi-abu-kassim-dilantik
|