CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri

   Close [Copy link]
Post time 26-6-2011 02:32 AM | Show all posts
just utk remind,sy menulis hingga tamat malam ini,sy akan guna masa yang ada hanya malam ni untuk up ...
cik_es Post at 25/6/2011 22:39



    assalamualaikum..

selamat kembali ye cik ecah  walaupun sekejap je. saye dah booked kerusi paling depan neh..pop corn sume dah beli tapi simpan dalam peti ais dulu. semoga idea menulis mencurah-curah malam nie dan lancar seperti sebelum2nya. maklumlah dah sebulan berenti menulis tu.

saye dah pernah cakap dulu...pelik dan kagum cik ecah keje dalam line mcm nie tp masih mampu menulis lepas abes waktu keje. penat gila kannn....anyway, tentang masalah kesihatan tu..saya doakan semoga pulih cepat dan kembali bersemangat. take care okeh..

lepas subuh kang saye akan tercongok kat sini..insyaAllah...

macehhh jugak sudi luangkan masa update cerita supaya kami tak terkilan sbb tak dapat tau endingnya
..
lepas nie kami lega..cik ecah pun lega...semogalah kann...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2011 03:11 AM | Show all posts
takperlah cik es....kalau camgiter sok pagi jerlah ilah baca.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 03:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by cik_es at 26-6-2011 03:20

Aku kembali menulis,dengan lafaz Bismillah,aku memulakan semula sambungan pd siri yang dah lepas. Insya Allah aku cuba untuk menulis sehingga ke penamat cerita ni. Sewaktu aku menulis ni, jam baru menunjukkan 11.03 pm. Aku dah ambil keputusan untuk mengorbankan waktu tido aku malam ini, semata-mata kerana aku hargai sangat2 korang yang sanggup menunggu sambungan, aku rasa sedih sangat kalau aku masih buat orang tertunggu-tunggu dan mula bertanggapan negatif. Aku tak marah sesiapa,salah aku jugak sebab tak pernah paksa diri untuk buat sambungan,sebab bebanan kerja yang agak tak tertanggung dan masalah kesihatan jugak. Sebagaimana yang aku janjikan tadi,here we go..

Panggilan Telefon Misteri, episod terakhir.

Imbasan ..

"Nek..nenek 'pulang' ya?Jangan balik sini lagi,ni bukan tempat nenek. Nenek 'pulang' lah,sy tak apa-apa"
"Kau tak pulang ke?"
"Tak nek... ni dunia sy,tempat sy.. nenek pulang lah.."
"Nenek tau Freddie.. kau tak pernah pulang.. dan tak akan pulang"

Talian terputus..

Sambungan ..

Aku agak terpinga-pinga bila tengok Freddie mengalirkan air mata. Apa kes pulak nih, drama baru pulak ke. Dalam hati aku je lah cakap mcm tu, selepas Freddie ceritakan semuanya apa yang dibualkan dengan nenek misteri, hati aku sekali lagi rasa tersentuh. Ternyata nenek ini, dah jumpa Freddie yang dicari selama ni,cucu yang dirindu. Freddie seperti org hilang arah, beberapa kali aku tanya dia, tapi dia mcm tak fokus dah dengan apa yang aku cakap. Freddie request untuk berjumpa dengan aku,pada malam yang sama. Aku pulak, request untuk bawa Danny sama,at least tak lah aku dengan Freddie je, aku takut pulak kalau ada cerita tak elok pulak nanti, keluar malam2 dengan laki orang nih. Dengan orang bujang tak pe kot, hahaha.

Malam tu, selepas tutup kedai, aku tak balik rumah,tapi aku balik ke hostel. Tempat kerja aku ni memang ada provide hostel,tempat staff tinggal. Aku je yang tak tinggal kat hostel sebab rumah aku dengan tempat kerja pun tak la jauh sangat,dekat sangat pun tak jugak la. Aku ambik keputusan nak tinggal hostel malam tu, sebab aku takut nak tinggal sorang di rumah, abang aku outstation. Aku mcm dapat agak, kalau aku gi jumpa Freddie malam ni, aku takut kalau2 nenek tu muncul pulak kat mana2, nak mintak aku sampaikan pesan kat Freddie ke apa kan, tak berani lah aku k. Nampak je berani,tapi dalam hati aku ni asyik berdebar je bila teringat nenek tu yang dah beberapa kali muncul. Tak pasal2 kang accident lagi.

Sampai je hostel, aku mandi dan bersiap-siap ala kadar. Danny akan jemput aku untuk jumpa dengan Freddie. Kenny pun ada sekali, tanpa pengetahuan aku, rupanya Danny yang ajak Kenny sekali memandangkan Kenny ni kiranya mcm watak tambahan yang mungkin akan membantu la,hehe. Kitorang berjumpa tak jauh gak dari hostel tempat aku tinggal. Tak memilih tempat sangat pun,bukan nak makan betul,lebih kepada nak diskas dan sembang lebih je nanti.

Perbincangan kami bermula dengan penerangan lengkap daripada Freddie,dia cerita balik perbualan dengan nenek misteri tu. Menurut cerita Freddie, suara nenek dalam telefon tu, bukan suara nenek dia. Suara nenek dia, tak macam tu pun, nampak sangat nenek tu memang orang lain, itu yang Freddie yakin sangat. Jangankan kata persamaan, malah sikit pun suara nenek tu takde persamaan dengan suara nenek dia yang dah meninggal beberapa tahun yang lalu. Tapi, yang buat dia musykil sangat, cara nenek misteri tu bercakap, lenggok suara (intonasi/cara bercakap) memang betul2 serupa dengan mendiang nenek dia. Bila ditanya tentang hal jam yang tertinggal tu pun, nenek tu selamba je jawab dengan betul. Freddie nak kepastian, sama ada nenek kepada Kenny ni yang call atau pun mungkin orang tua yang lain.

Mengikut cerita Kenny pulak, memang nenek dia selalu bertanyakan tentang bila nak balik, dah makan ke tak,dan soalan-soalan yang serupa jugak mcm yg pernah Danny dengar. Sebab tu Kenny yakin, memang nenek dia yang call,cuma dia tak pasti macamana nenek tu kebetulan pulak boleh call pejabat Danny sedangkan Danny takde kaitan pun dengan Freddie. Kalau nenek tu call restoren kitorang je takpe jugak, at least nampak la ada kaitan sebab nombor tu pernah Freddie pakai.

Freddie mula bertanya pendapat aku tentang kepercayaan aku sebagai orang Islam.

"Aishah, erm..kalau dlm agama awak kan,orang mati boleh hidup balik tak?" soal Freddie.
"Kalau dalam kepercayaan sy sebagai orang Islam, orang yang dah mati,takkan kembali" aku jawab,dengan berhati-hati sebab perbincangan mengenai pegangan agama,aku risau kalau aku mengguris perasaan sesiapa pulak.
Tak boleh blah pulak bila Kenny tiba2 tau gelak sakan. Rupanya perkataan "takkan kembali" tu mcm lucu bagi dia,puitis sangat.

"Alaaa...cakap je lah orang dah mati takkan hidup balik.Ni,takkan kembali pulak. Sastera gila! Hahahaha!" Entah apa yang lawak,aku pun tak tau,tapi aku senyum2 je lah. Ni bukan kali pertama tau aku kena tegur pasal bahasa,pernah beberapa kali gak. Mungkin minat aku yang lebih terarah kepada menulis, buatkan aku kadangkalanya,pakai ayat yang tak direct to the point gitu,hehe.

Danny menyampuk dengan memberi sikit penerangan."Kalau dalam agama Islam,hidup selepas mati tu adalah waktu hari kita dibangkitkan,penentu syurga dan neraka. Tapi,bukan dengan cara hidup semula dan merasuk tubuh orang lain. Kalau dalam Islam, bila terjadi benda mcm ni, ianya lebih kepada gangguan syaitan,untuk sesatkan manusia. Biasala mereka tu penuh dengan tipu helah untuk buat kita bergaduh,tak sefahaman dan mcm2 lagi lah" terang Danny.

"Erm... tapi .. kalau dalam kepercayaan sy, roh orang yang mati dalam keadaan dia tak tenang,atau masih ada tugas yang masih dia belum selesaikan,dia akan kembali ke dunia nyata,untuk "hint" orang yang masih hidup,tentang keinginan dia.Maaf,tapi...itu yang sy percaya" jelas Freddie pulak. Kenny angguk,tanda setuju.

"Sy tau kita ada agama dan kepercayaan yang berbeza. Sy hormat agama dan kepercayaan awak,sy pasti semua yang berlaku pasti ada sebab,ada punca kenapa benda tu berlaku" ulas Danny pulak, dan masing2 angguk tanda setuju.

Masing-masing ada teori yang pelbagai. Freddie tetap dengan pendirian dia, dia percaya, nenek Kenny sekarang adalah nenek dia,yang hidup di dalam tubuh nenek Kenny. Freddie nekad nak berhubung sendiri dengan ayah Kenny untuk bincang hal ni dengan lebih serius, ternyata nenek Kenny tu bukan nyanyuk seperti yang disangka,sebaliknya roh nenek Freddie yang menetap dalam tubuh itu. Ini yang Freddie percaya.

Lepas beberapa hari,aku dapat tau Freddie masih gagal dapatkan kebenaran daripada ayah Kenny,untuk berjumpa dengan nenek tu. Dengan alasan, ayah Kenny tak suka kehadiran orang luar,dia tak percaya dengan apa alasan sekalipun. Protect sungguh ni.

Dipendekkan cerita, pada satu hari ni, nenek Kenny jatuh sakit. Terbaring lemah atas katil dan asyik sebut nak jumpa Freddie sebelum dia 'pergi'. Kenny berusaha pujuk ayah dia, bagilah peluang pada Freddie untuk tunjukkan keikhlasan dia,lagipun Freddie kelihatan seperti orang baik2 je. Kenny sanggup tanggung semuanya kalau ada perkara buruk berlaku pada nenek dia. Ayah Kenny pun bengang gila lah, ye la, si Kenny tu masih muda lagi,tapi pandai-pandai pulak nak ajar ayahnya itu dan ini, hingga lah pada 1 hari tu,diorang bertengkar sehingga Kenny keluar dari rumah,sebab Kenny berkecil hati dengan kata-kata ayah dia. Aku tak sure pulak ayah dia dah cakap apa kat dia, yang pasti, Kenny merajuk la gitu, biasa lah hati muda kan.. asal terasa je dengan parents, mula la lari dari rumah.

Since Kenny dah tak balik ke rumah, ayah dia pun sama tak contact dah. Kenny ni tinggal umah member,entah kat mana ntah,aku tak sure tapi apa yang pasti,Kenny ni sebenarnya tunggu ayah dia call,pujuk lah konon,tapi nan hadoooo... Hahaha.. Kenny ni anak manja jugak sebenarnya,sebab tu bila Kenny dah mula pandai lawan cakap dengan ayah dia, ayah dia beranggapan kitorang ni la yang hasut dia jadik mcm tu. Dekat sebulan lebih jugak la Kenny tinggal kat umah member dia & waktu tu dia kerja part time kat kedai fotostat,sementara tunggu ayah dia pujuk la kengkonon,ape da... Aku geli hati jugak sebab Kenny sms aku,asyik ngadu pasal ayah dia tak pujuk pon,woah.. Haha.. aku gelak sakan la sebab kantoi masa tu dia memang anak manja pun,obvious ok!

Sebulan lebih mcm tu, ayah Kenny tiba2 call. Kenny jawab la jugak, ye lah kan duk tertunggu org pujuk, takkan lah orang dah call,wat dek je kan.. sepantas kilat je jawab fon dengan harapan ayah dia akan cakap "Kenny,ayah mtk maaf..pulang la ke rumah ya".. Tapi sebaliknya pulak berlaku bila ayah Kenny call Kenny hanya semata-mata nak suruh Kenny bawa Freddie,aku dan Danny ke rumah,ada hal penting. Dalam perjalanan nak ke rumah Kenny tu, kitorang gelak sakan lah jugak sebab dengar cerita Kenny yang mengaku tunggu dirinya dipujuk,haha.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 03:18 AM | Show all posts
Setibanya kami ke rumah Kenny, ayah Kenny dah tunggu dah dengan keadaan yang tak berapa terurus dan kelihatan mcm tak cukup tido. Perasaan kesian terbit pulak dalam hati aku, sebab bagi aku, Kenny tak sepatutnya lari dari rumah dengan keadaan ayah dia yang tengah risau jaga nenek tu sakit. Kenny teragak-agak nak masuk, dia nak tunggu dalam kereta je,tapi aku yang paksa dia turun gak.

"Buang eh sikit ego tu,ayah awk dah tua..bincang la elok2. Mungkin dia panggil kita ni,nak bincang. Hati awk jangan lah keras sangat ok" sempat lagi aku advice dia,dengan nada serius, kang dia tak amik serius pulak sebab aku dengan Kenny selalu cakap main2 je,tak pernah nak serius bagai. Tapi mujurlah hari tu, Kenny mendengar kata. Bila dia salam ayah dia, ayah dia terus pelok, memang tak dijangka. Sebak,sbab aku tau ayah dia marah dia sebelum ni sebab dia sayang.

Ayah Kenny tak cakap apa2 lagi pada kitorang waktu tu, cuma dia bagi isyarat suruh masuk. Kenny pun masuk diikuti dengan kami bertiga yang lain. Kami semua duduk di bahagian ruang tamu.

Ayah Kenny kelihatan berat nak memulakan bicara,mungkin sebab sebelum ni dia jugaklah yang pernah melarang kami jejak lagi ke rumah dia,tapi sekarang... Ayah Kenny mula bercerita tentang masalah yang dia hadapi. Rupa-rupanya nenek Kenny masih lagi belum kebah dari sakit, siang malam asyik meracau benda yang bukan-bukan, dan nama Freddie lah yang paling kerap disebut. Sejak akhir-akhir ni,keadaan makin serius bila nenek Kenny dah mula mengugut untuk bunuh diri selagi tak dapat jumpa Freddie. Pernah satu ketika dulu, nenek Kenny ada cubaan untuk bunuh diri, minum nail polish,cecair yang selalu orang pompuan pakai untuk kilatkan kuku. Tapi disebabkan kuantiti tu sikit je,tak beri kesan besar cuma muntah dan sakit perut je. Sejak dari hari tu, ayah Kenny sangat berhati-hati,tak nak cuai sikitpun sebab risau kalau2 orang tua tu cari cara lain pulak nak bunuh diri.

Atas sebab tak tahan dengan desakan, akhirnya ayah Kenny bersetuju untuk bawa Freddie jumpa nenek tu,pada waktu tu jugak,tak nak tangguh2. Ayah Kenny mintak bantuan Kenny untuk tolong siapkan nenek dia apa yang patut dulu,sebelum Freddie dibawa masuk ke dalam. Waktu tu perasaan aku berdebar-debar,aku nervous sangat fikir apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku.

Akhirnya saat yang Freddie tunggu selama ni,tertunai jugak. Aku dan Danny turut sama berada di bilik tu.

Waktu Freddie melangkah masuk, nenek tu bukan mengadap dia,tapi mengadap ke arah sebelah tingkap yang lagi satu. Nenek tu termenung jauh di situ,sikitpun tak hirau kitorang yang dah masuk ke bilik dia.

Kenny cuba cakap dengan neneknya (dalam bahasa Hakka yg aku translate balik,mengikut cerita Danny yang cerita balik apa dorang cakap,aku sorang je tak faham Hakka di situ,bosan)

"Nek...Kawan2 Kenny datang nak jenguk nenek" nenek tiada respon.
"Nek,cari Freddie kan? Tu Freddie nek...dia dah dtg" kata Kenny. Punnn...takde respon.

"Nenek.." Freddie memanggil,ada getaran pada suaranya,seolah-olah menahan tangis.
Spontan,nenek menoleh perlahan. Terus bangun dari kerusi rodanya, berusaha nak berdiri tapi tak berapa nak mampu.
Bila melihat keadaan nenek yang dah uzur, Freddie terus pergi dekat pada nenek tu. Freddie pegang bahu nenek tu, bagi isyarat suruh duduk je,tak perlu berdiri.

Nenek ni terus rentap tangan Freddie,lama dia tenung Freddie. Lama kelamaan, airmata nenek mula mengalir,bibir dia bergerak-gerak mcm nak cakap,tp oleh kerana dia terlalu sebak,suara tu tak keluar.

Freddie peluk nenek. Nenek pun sama,balas pelukan nenek. Tangisan nenek yang cukup pilu,aku menangis sama. Rasa sebak sangat. Freddie dan nenek tu tiada hubungan langsung tapi,seolah-olah mereka kenal antara satu sama lain.

"Freddie... Freddie.. Freddie..." ulang nenek tu berulang kali sambil tangan kirinya memeluk pinggang Freddie, wajah Freddie dibeleknya puas2.

"Kenapa lama kau tak pulang .. Nenek rindu. Kau kerja ni tak boleh balik rumah ke sekejap2 jumpa nenek? Kenapa buat nenek mcm ni? Dah makan ke?" Soalan nenek yang bertalu-talu,Freddie bertambah sebak.

"Nek, ini Freddie.." kata Freddie dalam tangis.
"Nenek tau...ini Freddie cucu nenek..kenapa lama sgt tinggalkan nenek"
"Nek,Freddie mtk ampun. Freddie banyak dosa menipu nenek,sampai nenek begitu setia tunggu sy pulang."
"Nenek tetap tunggu kamu Freddie,nenek tak pernah lupa."

Aku bingung,aku tak percaya kejadian seumpama ini boleh berlaku,di depan mata aku sendiri.
Di saat tu,aku harap semua ni hanyalah mimpi sebab hakikat ni,terlalu sukar untuk aku terima. Ini semua mustahil kalau difkir dari logik akal. Aku dan Danny berpandangan sama sendiri,aku menggeleng kepala,tanda tak percaya. Mustahil.

Freddie terus bercerita dengan neneknya.

"Nek .. sy dah berkahwin nek. Sy dah ada anak sorang,isteri sy tgh pregnant lagi,anak kedua. Sy dah sembuh dari luka lama sy nek,sy dah buang Joana dari kenangan hidup sy. Sy dah mulakan hidup baru,nenek tak suka?" kata Freddie.

"Nenek suka,apa yang buat kamu gembira,nenek suka" nenek senyum walaupun airmata nya masih lagi membasahi pipi.

"Nenek,dengar sini..Nenek mesti pulang ke tempat asal nenek,nenek bukan hidup di tmpt ini." Freddie beremosi seketika.

"Nek..sy tahu nenek takut sy tak dpt terima kenyataan nenek pergi,sy terima nek. Kalau ini lah yg Tuhan takdirkan buat sy,sy terima nek. Sy tahu nenek berat nak pergi,nenek risaukan sy.Nenek pulanglah,sy izinkan.. sy janji,sy redha nek.." nenek masih merenung mata Freddie.

"Nenek,sy anggap nenek mcm mama.Tmpt sy bergantung.Bila nenek tak ada,sy seperti hilang pegangan. Percaya lah nek,walaupun nenek pergi,sy janji sy jaga diri sy..sy janji sy makan ikut waktu..sy janji sy tak sepahkan tuala basah atas lantai dan tak buang rokok dalam tandas,nenek tak suka semua tu kan?" nenek ketawa.

"Nenek..pulang ya?" Freddie kedengaran semakin sayu.

"Pulang ya?" ulang Freddie. Nenek langsung tak menjawab,kecuali menarik Freddie ke dalam pelukannya dan mencium pipinya bertalu-talu. Nenek mengadu matanya amat mengantuk,dan nenek tertidur di dalam pelukan Freddie.

Untuk pengetahuan semua, selepas kejadian itu, nenek Kenny kembali normal seperti biasa dan tak lagi nyanyuk. Nenek tu dah mula kembali seperti dirinya yang asal,bukan lagi berpewatakan seperti nenek Freddie. Freddie percaya bahawa roh neneknya pergi dengan keadaan tidak tenang,dan kini telah pun pulang ke "dunia" asalnya.

Sehingga kini,kesemua watak di dalam cerita ni,masih hidup. Termasuk nenek Kenny yang kini yang masih lagi sihat dan kadangkala mengikuti kelas tarian tai-chi untuk warga emas. Nenek Kenny sedikitpun tak mengenali Freddie lagi,setelah disuruh "pulang" oleh Freddie. Malah nenek tu tak ingat pun dengan Freddie, seolah-olah mereka langsung tak pernah berjumpa sebelumnya,

Sampailah sekarang, aku masih tak tahu apa sebenarnya berlaku,aku alaminya sendiri dan pelbagai peristiwa berlaku di hadapan mata sendiri. Jika ada yang bertanya bagaimana ini berlaku,aku tiada jawapan yang boleh diberikan yang sesuai dengan logik akal. Ianya kekal misteri hingga ke hari ini.

Aku tak nafikan, aku masih lagi menunggu panggilan telefon dari nenek ni,bukan kerana aku tak redha dia pergi, tapi hanya kerana aku rindu.

Ya,aku rindu.

TAMAT.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 03:56 AM | Show all posts
Finally. Aku silent reader untuk topik Cik Es ni. Untuk apa yang telah terjadi sampai gaduh2 kat sini aku rasa takyah la nak besar2kan bagai sampai bermaki makian. Semua dah tamat pun setelah tamatnya cita ni.

Apepun thanks Cik Es sebab update.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 03:57 AM | Show all posts
Sedihnye.. sebak rasa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2011 04:00 AM | Show all posts
freddie peluk nenek, nenek pun sama balas pelukkan nenek.. ecah silap taip rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 05:08 AM | Show all posts
finally selepas sekian lama aku tunggu, habis gak cerita ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2011 05:32 AM | Show all posts
Dah tamat yee? Canteeekkkkk...!
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 07:28 AM | Show all posts
lega aku...selama ni aku tahan je nak komen memandangkan takmo menyemakkan benang ni..thanks to ecah...sgt2
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 07:42 AM | Show all posts
akhirnya tamat jugak cerita cik es ni. lama dah tunggu

Mula2 tu takde orang angkat,aku mula cakap dalam hati, hahhh ni confirm lah nombor restoren kitorang nih, sebab telefon tu kat bahagian dalam,kalau orang nak angkat,ambik masa pulak sebab barang bersepah, ko nak masuk ke dalam tu lagi satu hal. Waktu aku tengah tunggu tu, aku dah nak letak fon dah pun sebab dah 2 kali call takde sapa angkat, baruuuu je nak letak, tiba2 ada orang angkat. Aku pun confident la ingatkan partner aku, rupa-rupanya ....

"Hallloooo...ya.... halllooo..."

Meremang bulu roma aku tiba-tiba waktu tu, sebab suara orang yang angkat telefon tu, adalah orang yang sama call restoren semalam, ala yang nenek tua tu. Aku tak cakap apa-apa, terus letak fon sebab bingung, kenapa plak aku call nombor restoren,tapi nenek tua tu yang angkat? Mcmana dia boleh ada kat situ? Ke aku salah nombor?

Atas rasa ingin tahu yang membuak sangat, aku call handphone aku punya partner tu, nasib baiklah dia angkat. Dia bgtau lah memang ada dengar telefon restoren tu bunyik tadi 2 kali, kali kedua dia nak angkat tapi tak sempat. Aku suruh la dia missed call aku guna nombor restoren,konon nak senang save. Padahal aku sebenarnya nak make sure, adakah nombor yang aku call tadi, betul2 nombor restoren atau sebaliknya. Kot2 aku terdail rumah orang tua ke apa.

Partner aku pun missed call, SAH memang nombor yang sama. Aku dah mula rasa pelik, perkara ni mengganggu aku sampai ke malam.


persoalan ni lum terjawab lagi rasanya. sorilah kalau dah terjawab tp sy terlepas pandang. pelik gak macam mana nenek tu boleh jawab nombor tepon restoren? kalau betul2 hantu, mungkin ada logiknya. nak tau sangat ni hehe kot2 dah terungkai...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 07:49 AM | Show all posts
terima kasih cik es
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2011 08:34 AM | Show all posts
akhirnya tamat jugak cerita cik es ni. lama dah tunggu



persoalan ni lum terjawab lagi rasa ...
amirezu Post at 26-6-2011 07:42


sy tiada jwpn...kekal misteri hingga hari ini. maaf..byk part dlm cerita ni mmg tak logik tapi itulah yg kita katakan misteri..salam..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 08:45 AM | Show all posts
fuh..abis gak citer ni akhirnnyee
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 08:48 AM | Show all posts
TQ cik es sebab penantian kitorg selama nie menunggu cik es menghabiskan cite nie berbaloi..mula-mula rasa nk give up gak tapi pikirkn dh sronok baca citer nie takkanlah taknak tau penghujungnyer..sabarkan jelah hati ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 08:54 AM | Show all posts
tamat jua akhirnya...terima kasih cik_es...

sedih sangat bace kisah nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2011 09:02 AM | Show all posts
fuh.. abes pon cite ni. thanks cik ecah.. rasa lega ckit ati. nak cerita kat orang pon, da xde masalah. sblm ni, bleh citer separuh je. orang yg dengar pon, rasa curious ape endingnyer. hehehe..

Jaga kesihatan elok2 ye ecah
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 09:23 AM | Show all posts
cik_es ngan danny plak apa cerita ? ker ader cerita yg aku terlps pandang?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 09:25 AM | Show all posts
sy tiada jwpn...kekal misteri hingga hari ini. maaf..byk part dlm cerita ni mmg tak logik tapi i ...
cik_es Post at 26-6-2011 08:34



    wow, cik_es, gigih aku baca citer ni sampai habih lepas dapat info dari thread sunan.

siyesly, ko sangat2 lucky dapat merasa pengalaman camni kan?
ingat senang nak dapat pengalaman ni.
ko antara insan terpilih.

harap2 makin bertambah iman kita yang allah tu maha berkuasa menjadikan sesuatu yang dia kehendaki.


congratz aisyah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 09:27 AM | Show all posts
dalam hati ni membuak-buak nak tau kesudahan citer ko dengan danny.

danny ni nampak sweet gitu, cara dia proposed, auwwwww.... i loike~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.122465 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list