|
Benjamin yg dok sebelah umah Alif tu kan? salah sorang crook jahanam |
|
|
|
|
|
|
|
ya..ben yang satu floor dgn Alif kat kondo tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih Nay..dapat tacang ![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
@NaylaArisha
|
|
|
|
|
|
|
|
habis dah?? ![](static/image/smiley/default/cry.gif)
mujur yang tembak es dah nyata bapak benjamin
bukan mr. X (bukan nama sebenar) ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mr.X..sampai ke sudah citer aku tak habis![](static/image/smiley/default/cry.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
EPILOG
Tiga tahun berlalu...........
NAYLA menatap keratan suratkhabar yang masih disimpannya dulu. Berita kematian Esmiranda itu sungguh tidak pernah terfikir olehnya. Ingatkan nota kaki yang diterimanya dulu adalah satu gurauan, nyata ia benar-benar berlaku. Esmiranda dijumpai mayatnya berlumuran darah , parah di dada akibat dua das tembakan. Hasil siasatan polis, Esmiranda ditembak oleh penembak senyap. Mungkin diupah oleh seseorang. Nafas dihela sebentar. Tidak mustahil perkara itu boleh berlaku kerana kerja seperti Esmiranda sentiasa dalam bahaya. Bila-bila masa nyawanya boleh melayang. Matanya dialih pada Esfina yang kini sudah pun bersekolah di sekolah antarabangsa Alice Smith School. Tersenyum manis melihat Esfina begitu sayangkan Amira Kenanga, anak perempuannya yang dilahirkan dua tahun yang lalu.
"Es..anak kau baik dalam jagaan aku dan maafkan aku..dia aku didik dalam Islam. Semoga dia menjadi seorang muslimah sejati dan sentiasa aku ingatkan dia tentang kau sebagai ibu kandung." Foto Esmiranda pula ditatap.
"Nay...Amira dah tidur?" Alif menegur melihatkan isterinya ralit menatap foto.
Nayla mendongak. "Ya bang..Amira dan Esfina dah tidur. Tu!" sambil menuding ke arah kedua anaknya yang saling berpelukan atas katil.
Alif menapak ke arah Nayla yang masih berada di meja solek. Ada sekeping keratan akhbar di atas meja solek. "Hmm...ni berita kematian Es kan?"
Nayla mengangguk lemah. "Ya.."
"Tak sangka selama ini mawar hitam adalah Esmiranda tapi Ipo ada beritahu abang pasal Muzafar yang bertemu secara senyap dengan Esmiranda. Muzafar, dah jadi abang ipar Amir. Mungkin Amir tahu apa yang berlaku sebenarnya. Abang syak..Muzafar terlibat sama." Jelas Alif pula, tangannya masih memegang keratan akhbar itu.
"Entahlah bang...mungkin juga. Apa yang pasti..Es dah meninggal. Kalau benar sekali pun Muzafar terlibat, tiada siapa yang boleh buktikan kerana Esmiranda sajalah yang tahu semua itu. Satu-satunya alibi yang ada." Ujar Nayla pula.
"Tapi..." Nayla terhenti sebentar.
"Tapi apa?"
"Ni...saya terima siang tadi. Tak ada pengirim. Dulu saya terima pasal Esmiranda akan dibunuh , nota tu dari California. Yang ni nampaknya dari Malaysia..tengok setem tu, dari Selangor." Nayla tunjuk sekeping nota kaki yang diterima siang tadi.
Alif membaca sepotong ayat pada sekeping kertas itu.
'Mawar hitam sebenar akan dibunuh>>>soon'
Alif mendongak melihat Nayla dengan muka berkerut. "Tahu siapa hantar?"
Nayla menggeleng.
"Dah beritahu polis?" Tanya Alif lagi.
"Macam mana nak beritahu polis, benda ni masih kabur.." Nayla mula bangun dan berdiri di sebelah suaminya.
"Hmm..Nay rasa siapa mawar hitam sebenar?"Alif pula berkerut kening. Pening dengan permainan pembunuh itu.
"Saya syak..Muzafar. Kalau benar dia mawar hitam sebenar, maknanya dia dalam bahaya.." Balas Nayla pula.
|
|
|
|
|
|
|
|
saja nak sambung..kononnya ada episod beratus![](static/image/smiley/default/titter.gif)
marah @NaylaArisha
dah dapat tacang..ada hati nak sambung![](static/image/smiley/default/KETUK.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
lopaih tu timbul watak baru lagik..
lopaih tu.. mr X timbul balik.. ![](static/image/smiley/default/laught16.gif)
anak adam ngan conan pulak sibuk jadi penyiasat kecil ![](static/image/smiley/default/rofl.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
baik aku wat citer bersiri kalu gitu...![](static/image/smiley/default/rofl.gif)
siap ada season lagi![](static/image/smiley/default/laught16.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
sudahlah...nanti muntah hijau pembaca baca citer aku ni![](static/image/smiley/default/sick0020.gif)
terus banned nama IPO dari BOD ni...
asyik2 nama IPO yang kuar..![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
alaaa... 3 bulan satu citer.. ok la tu... ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya tak la kut...
aku tengah karang novel seterusnya ni..nak publish
mungkin tajuk ..OH Tidak! Dia ke???
amacam boleh tak?![](static/image/smiley/default/tongue.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 29-3-2015 09:18 PM
HANI melambai mesra suaminya yang sudah menaiki kereta ke pejabat. Hari ini Muzafar akan ke luar negara dua hari. Ada kursus katanya. Entah kenapa hatinya merasa tidak sedap hati. Sejak malam tadi lagi dia dapat merasa yang ada sesuatu yang tidak kena. Muzafar kelihatan termenung saja sejak balik dari pejabat. Bila ditanya, sepatah yang dia jawab.
"Ah..mungkin dia ada masalah kat pejabat.." Hani tidak mahu bersangka buruk.
Dia menapak masuk ke dalam rumah semula. Mengemas rumah yang agak tidak terurus. Baru minggu lepas dia dan Muzafar baru pulang dari California. Entah mimpi apa Muzafar tiba-tiba ingin ke sana. Katanya banyak kenangan manis di sana. Dia hanya ikut saja. Usai mengemas di ruang tamu, Hani mengemas pula bilik tidur.
"Eh..apa ni?" Satu nota kaki terjatuh dari celah mukasurat buku yang disusun di atas rak.
Hani membongkok mengambil nota kaki itu.
'Aku tahu siapa kau sebenarnya. Giliran kau pula ke neraka'
Hampir terlepas nota kaki itu dari tangan Hani. Sejak bila nota kaki itu diterima Muzafar? Siapa yang hantar? Perkara itu sudah tiga tahun berlalu. Bermakna ada yang belum berpuas hati dan masih menaruh dendam.
"Mungkinkah...ayah Ben? Ya Allah..." Hani terduduk. Baru dia teringat, dulu kes kematian Benjamin, datuk Mokhtar sudah bawa kes itu ke mahkamah tinggi tapi masih tiada apa-apa perkembangan. Apakah lelaki itu yang menghantar nota kaki itu?
"Muz..." Hani meraup muka. Dia segera hubungi Muzafar. Tidak berjawab. Kunci keretanya dicapai dari atas meja solek dan bergegas dia menuju ke pejabat Muzafar.
"Hani! Nak ke mana tu?" Puan Zawiah yang sedang menyiram pokok bunga terpinga-pinga melihat Hani sudah kelam kabut menaiki kereta. Tampak jelas wajah Hani seperti cemas dan panik.
SAMPAI di ruang kawasan tempat letak kereta di satu bangunan, Hani terkocoh-kocoh keluar dari perut kereta. Melilau dia mencari kereta Muzafar di kawasan parkir itu. Tidak banyak kereta diparkir di situ. Lega bila melihat kereta Toyota Camry Hitam milik Muzafar tersadai di situ. Dia meneruskan langkah ke ruang pejabat pula dan bertanyakan suaminya dari perempuan penyambut tetamu di kaunter pertanyaan. Lega. Muzafar ada di bilik pejabat. Tidak jadi dia masuk ke situ. nanti apa pula kata Muzafar, dia bukan Queen Control!
Hani menapak semula ke keretanya. Walaupun Muzafar masih berada di pejabat, dia harus berhati-hati. Nota kaki yang dibaca tadi tidak boleh dianggap remeh. Dia tahu apa yang Datuk Mokhtar mampu lakukan. Enjin dihidupkan. Hani kembali menoleh ke arah bangunan pejabat Muzafar.
"Eh..tu Muz." Enjin dimatikan semula. Kelihatan Muzafar sudah menapak ke kereta.
Hani segera mengejar Muzafar. Laju saja kakinya melangkah ke arah Muzafar. Muzafar dilihat sudah membuka pintu kereta dan masuk ke dalam kereta. Hani semakin laju langkahnya. "Abang! Tunggu!!"
Muzafar yang masih berada di dalam kereta tidak mendengar laungan Hani. Hani berlari sedikit ke kereta Muzafar. Namun langkahnya terhenti dan serentak itu satu letupan kuat terjadi sehingga memaksa Hani mengundur dari terkena serpihan dari letupan itu. Terpelanting dia di atas jalan bertar itu. Habuk dan sisa api kecil bertaburan di udara. Perlahan Hani bangun.
"Abang!!!!!!!!!!!!"
Hani meraung. Kereta Toyota Camry milik Muzafar sudah hangus terbakar. Orang ramai sudah mula mengerumuni tempat itu. Ada yang cuba menyimbah dengan air dan ada yang menelefon seseorang. Terduduk Hani di situ. Meraung dan menangis.
DATUK MOKHTAR senyum sebaik selesai membaca teks mesej yang diterima tadi. Kini segalanya sudah berakhir. Dia tersenyum puas.
baru tamat..............................................sepenuhnya......................![](static/image/smiley/default/victory.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
ai like that title ![](static/image/smiley/onion/thumb.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
memang itu endingnya..
yang happy ending...malas nak fikir..![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|