|
[V9.0 ]EMPIRE NEELOFA:*RUMUSAN PERJALANAN SEBULAN HAJJAH DILUAR NEGARA @POST #2
[Copy link]
|
|
MekConkey replied at 7-10-2019 02:10 AM
Kreatifnya tok riz!!!!! Tuah baju tok riz jugak hajah mng...hehehe
Tq tok riz....
Suka tengok rekaan baju tu, simple tapi elegant baju tu ada jiwa hajjah ghiteww |
|
|
|
|
|
|
|
Rapz replied at 7-10-2019 06:48 AM
Sambung....
Thank you rapz |
|
|
|
|
|
|
|
Tudia byknya hajjah!! Mcm kalah je bintang paling popular Malaysia ...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Throwback 23.8.2018
Today
|
|
|
|
|
|
|
|
PENGACARA popular Neelofa menerima anugerah Entrepreneur di Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco semalam.
Neelofa berkata, dia teruja dengan pengiktirafan itu kerana setiap pemenang dipilih oleh juri dan calon-calon setiap kategori datang daripada seluruh dunia.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini.
“Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa,” katanya.
Menurut Neelofa, sejak bergiat aktif dalam bisnes hijab yang diusahakan sejak 2014 dan keutamaannya terhadap fesyen sederhana (modest fashion) membuka peluang untuknya mengembara dan memperkenalkan Malaysia di persada dunia.
“Saya sendiri tidak sangka diberikan pengiktirafan sebegini. Bermula dengan perniagaan kasut secara kecil-kecilan di rumah membawa kepada kewujudan jenama Naelofar, pengiktirafan ini adalah titik tertinggi dalam kerjaya bisnes saya setakat ini.
“Sejujurnya, saya berasa sangat bertuah memandangkan bisnes hijab ini mampu menjadi platform saya memperkenalkan negara kita dan ‘modest fashion’ kepada orang luar,” katanya lagi.
Influencer Awards 2019 Monaco adalah penganjuran kedua selepas diadakan pada tahun lalu.
Anugerah ini direalisasikan Pauline Ducruet, anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza, Monte Carlo. Sebanyak 27 anugerah diserahkan pada majlis terbabit.
Antara pemenang pada majlis itu termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 1:43 PM
Thank you : MY Metro
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/504492/amp
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR 7 Okt. - Mogul fesyen tempatan, Neelofa berjaya merangkul kemas trofi anugerah Influencer Awards 2019 Monaco dalam kategori Usahawan atas pencapaiannya sepanjang tahun 2018 dalam majlis yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco semalam.
Teruja dengan pengiktirafan itu, Neelofa, 30, berkata, dia berasa bangga dan syukur menerima anugerah berkenaan memandangkan setiap penerima yang dipilih oleh juri dan calon-calon setiap kategori datang daripada seluruh dunia.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini.
“Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa,” kata pengacara dan pelakon popular ini.
Menurut Neelofa, bisnes hijab yang diusahakan sejak 2014 dan prioritinya terhadap fesyen sederhana berteraskan Islam telah membuka peluang untuknya mengembara dan memperkenalkan Malaysia ke persada dunia.
“Saya sendiri tidak sangka diberikan pengiktirafan sebegini rupa. Bermula dengan perniagaan kasut secara kecil-kecilan di rumah membawa kepada kewujudan jenama Naelofar, pengiktirafan ini merupakan titik tertinggi dalam karier bisnes saya setakat ini.
“Sejujurnya, saya berasa sangat bertuah memandangkan bisnes hijab ini mampu menjadi platform buat saya memperkenalkan negara kita dan fesyen sederhana kepada orang luar,” katanya.
Influencer Awards 2019 Monaco merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu.
Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters. - UTUSAN ONLINE
Thank you: Utusan
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/neelofa-usahawan-paling-berpengaruh-1.982211
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah banyak coverage patut la ada yg panas |
|
|
|
|
|
|
|
Cicisweets replied at 7-10-2019 07:49 AM
Wah banyak coverage patut la ada yg panas
Terbakor macam duduk atas bara api |
|
|
|
|
|
|
|
Bintang pemenang big stage pun kalah mek
|
|
|
|
|
|
|
|
memasing punya meroyan ,gigih cari salah org
|
|
|
|
|
|
|
|
TAHNIAH!
Pelakon, hos dan usahawan popular, Neelofa berjaya menggondol Anugerah Influencer 2019 (IAM 2019) dalam kategori Usahawan di Monaco, pada lewat petang Ahad.
Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor dipilih untuk menerima anugerah itu kerana pencapaiannya sepanjang tahun 2018.
Beliau memaklumkan perkara itu menerusi muat naik foto perkongsian di Instagram berserta trofi yang dimenanginya pada IAM2019.
"RECOGNITION. Thank you again for the nomination and this award, @influencerawardsmonaco.
"This goes to all of you who have been supporting and inspiring this girl since day one. Definitely one of the most significant highlights of 2019. #InfluencerAwardsMonaco #IAM2019," tulis Neelofa di akaun Instagramnya.
IAM 2019 yang memasuki tahun kedua penganjurannya itu diasaskan oleh Pauline Ducruet, anak sulung Puteri Stéphanie dari Monaco dan individu lain termasuk Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Anugerah yang mendapat jolokan ‘Anugerah Oscar bagi dunia digital’ itu diadakan di La Salle des Etoiles di Monaco.
Lebih 100 influencer media sosial seluruh dunia dijemput, bukan sahaja kalangan influencer fesyen, malah mereka yang dikenali ramai dalam bidang keusahawanan, penjenamaan dan selebriti.
Antara nama yang pernah memenangi anugerah berkenaan di penganjuran pertama adalah penulis blog Perancis, Caroline Receveur dan jurusolek Kim Kardashian, Mario Dedivanovic.
BACA: Neelofa tercalon dalam anugerah Influencer Awards 2019 Monaco
Thank you :Astro Awani
https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-hiburan/neelofa-menang-anugerah-influencer-2019-di-monaco-219389%3famp=1
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa susah simbah je ngan air
|
|
|
|
|
|
|
|
Cicisweets replied at 7-10-2019 08:05 AM
memasing punya meroyan ,gigih cari salah org
Tu la pasal orang takda kena mengena pun terheret sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Rapz replied at 7-10-2019 08:05 AM
Apa susah simbah je ngan air
Hujan lebat kat luar tak bisa memadamkan api kejelesan pada kejayaan hajjah. Panas terasa macam dalam neraka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|