|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: AUTUMN IN MY HEART
[Copy link]
|
|
Selamat malam Nona nk tido dah
|
|
|
|
|
|
|
|
Siti Khadijah buat muka, badan?
Siti Khadijah buat rawatan wajah menggunakan teknologi terkini demi kelihatan lebih cantik. - NSTP/Genes Gulitah
KUALA LUMPUR: Ada perubahan ketara dari segi susuk tubuh dan wajah pelakon yang semakin meningkat, Siti Khadijah Halim berbanding penampilannya sebelum ini. Selain masih kekal dengan sikap ceria, pelakon Siti Khadijah Halim juga kelihatan langsing dan wajahnya juga semakin meruncing, sekali gus menyerlahkan kecantikan sisi wanita Melayu yang ada pada dirinya.
Bertemu Siti Khadijah pada majlis sidang media dan tayangan drama bersiri terbitan VIU berjudul From Saga With Love 2, soalan itulah yang diajukan kepada si empunya diri, baru-baru ini. Mengulas perubahan berlaku, tanpa berselindung gadis berusia 27 tahun itu mengakui dia memang melakukan sesuatu pada tubuh dan wajahnya. "Sejujurnya, saya memang tak suka melihat wajah saya dalam drama From Saga With Love musim pertama kerana wajah sedikit tembam. "Saya sedar tak memiliki standard kecantikan dimahukan penonton di Malaysia. Keadaan ini juga membuatkan saya rasa tak selamat. "Disebabkan itu, saya terdetik mahu membuat rawatan wajah menggunakan teknologi terkini. Secara kebetulan, saya mendapat tajaan pusat penjagaan kulit dan kecantikan membuatkan penampilan saya hari ini berbeza," katanya kepada BH Online.
Untuk mendapat bentuk tubuh diidamkan, pemenang Pelakon Wanita Komedi Terbaik, Asian Academy Creative Awards 2024 itu mengakui, selain menjaga pemakanan, dia juga gemar beriadah. "Saya nak kurus dan untuk itu, saya mengamalkan diet dengan menjaga pemakanan dan banyak makan sayur. Lagipun, sayur bagus untuk penghadaman. "Saya juga aktif jogging dan buat pilates, cuma saya tak muat naik dalam media sosial. Sekarang, berat badan saya 52 kilogram (kg) berbanding 55 kg sebelum ini. "Dulu, saya jadual makan saya tidak teratur dan tak sempat nak bersenam kerana sibuk bekerja," cerita anak jati Kuala Lumpur ini. Dalam perkembangan lain, pelakon drama Wanita Syurga itu mengakui dia seorang yang membosankan berikutan tidak mempunyai cerita sensasi untuk dijual kepada media. Katanya, bukan berkecil hati, sebaliknya beranggapan sedemikian kerana sering menjadi pilihan terakhir untuk ditemubual. "Kalau berlakon, saya selalu berasakan pelakon lain lebih popular daripada saya. "Bukan nak merendah diri, tetapi biasanya kalau ada sidang media, sayalah pelakon paling akhir ditemubual. Mungkin kerana jawapan yang saya berikan membosankan," luahnya.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/10/1314284/siti-khadijah-buat-muka-badan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Bukan nak merendah diri, tetapi biasanya kalau ada sidang media, sayalah pelakon paling akhir ditemubual. Mungkin kerana jawapan yang saya berikan membosankan," luahnya.
menganjing reporter ke |
|
|
|
|
|
|
|
selamat malam mamanoni
jumpa esok
|
|
|
|
|
|
|
|
terlelap ke?
micro sleep?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pekerjaan yang ramai orang tak suka, tapi lelaki ini berjaya raih pendapatan RM142k sebulan |
|
|
|
|
|
|
|
Pekerjaan yang ramai orang tak suka, tapi lelaki ini berjaya raih pendapatan RM142k sebulan.
Pekerjaan yang kurang diminati oleh orang ramai, tetapi lelaki ini berjaya meraih pendapatan RM142,000 sebulan. Dalam beberapa dekad yang lalu, pandangan masyarakat Korea Selatan terhadap pekerjaan, terutamanya dalam industri pembersihan, telah mengalami perubahan yang menarik.
Dahulu, aktiviti membasuh daki dianggap perkara biasa dan dihargai, namun kini semakin kurang orang yang berminat untuk terlibat dalam pekerjaan ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Fenomena ini telah menyebabkan ketidakseimbangan antara permintaan dan bekalan untuk kerja membasuh daki. Kim Sang Seob, seorang tukang cuci daki dari Korea Selatan, telah menjadi perintis dalam industri ini sejak tahun 1989. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Vellfire at 23-10-2024 08:07 AM
Pekerjaan yang ramai orang tak suka, tapi lelaki ini berjaya raih pendapatan RM142k sebulan.
Pekerjaan yang kurang diminati oleh orang ramai, tetapi lelaki ini berjaya meraih pendapatan RM142,000 sebulan. Dalam beberapa dekad yang lalu, pandangan masyarakat Korea Selatan terhadap pekerjaan, terutamanya dalam industri pembersihan, telah mengalami perubahan yang menarik.
Dahulu, aktiviti membasuh daki dianggap perkara biasa dan dihargai, namun kini semakin kurang orang yang berminat untuk terlibat dalam pekerjaan ini.
Pekerjaan yang ramai orang tak suka, tapi lelaki ini berjaya raih pendapatan RM142k sebulan
Fenomena ini telah menyebabkan ketidakseimbangan antara permintaan dan bekalan untuk kerja membasuh daki. Kim Sang Seob, seorang tukang cuci daki dari Korea Selatan, telah menjadi perintis dalam industri ini sejak tahun 1989.
Bonivita
Bagi Kim, pekerjaannya bukan sekadar membersihkan badan, tetapi dianggap sebagai satu seni. Pendekatan uniknya terhadap kerja ini telah memberinya gelaran ‘Master of Scrubbing’, dan popularitinya semakin berkembang.
Walaupun tradisi penjagaan kulit di Korea Selatan sering dilakukan di spa atau institusi khas, yang menyebabkan penurunan dalam permintaan untuk pekerjaan mencuci daki, Kim telah memanfaatkan situasi ini untuk mencipta perniagaan sendiri.
Menurut laporan Koreaboo, daripada pendapatan awal AS$3,000 sebulan ketika dia berusia 20 tahun, Kim kini mengendalikan syarikat dengan lapan pekerja tukang cuci daki, dengan potensi keuntungan sehingga AS$30,000 sebulan.
Reaksi masyarakat terhadap perniagaan Kim adalah sangat positif, dan ramai anak muda mula berminat untuk mengikuti jejaknya setelah melihat kejayaan yang dikecapinya.
https://sarangburung.net/pekerja ... tan-rm142k-sebulan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pertandingan Memancing Terbuka Selangor tawar hadiah RM60,000
Pertandingan Memancing Terbuka Selangor di Pantai Tanjung Harapan, Klang pada Sabtu ini. (Gambar kecil: Izham)
PETALING JAYA – Hadiah wang tunai hampir RM60,000 menanti pemenang Pertandingan Memancing Terbuka Selangor di Pantai Tanjung Harapan, Klang pada Sabtu ini. Pertandingan tersebut anjuran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta menawarkan hadiah wang tunai RM20,000 untuk juara, naib juara menerima RM4,000 dan ketiga RM2,000. Bagi pemenang keempat menerima RM1,000, kelima (RM800), keenam hingga ke-10 (RM500) dan ke-11 hingga 20 (RM400), manakala ke-21 hingga 150 menerima RM150 serta pelbagai hadiah lagi kepada pemenang untuk tempat seterusnya. Jurucakap pertandingan, Md. Zali Kasran berkata, idea penganjuran acara itu dicetuskan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemajuan Infrastruktur, Pemodenan Pertanian & Perladangan, Keterjaminan Makanan & Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim. Katanya, acara ini akan bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Acara ini akan memberi kelebihan kepada pemancing berasal dari Selangor dan pemastautin tetap di negeri ini. “Ini berikutan, tambahan hadiah sebanyak RM6,000 akan diberikan kepada rakyat negeri Selangor jika mereka berjaya menduduki tempat pertama hingga ketiga.
“Tambahan hadiah ialah RM3,000 untuk juara, kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000. Hadiah ini adalah sebagai galakan kepada rakyat Selangor keluar beriadah,” katanya. Yuran penyertaan RM90 untuk satu joran, manakala bagi peserta kelainan upaya (OKU) adalah sebanyak RM60. Pertanyaan dan pendaftaran boleh berhubung dengan penganjur di talian 012-2141401 atau 012-6823479. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/22/pertandingan-memancing-terbuka-selangor-tawar-hadiah-rm60000/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dewan Rakyat: Lebih 4.3 juta kenderaan melalui 2 pintu sempadan Johor-Singapura
GAMBAR HIASAN
KUALA LUMPUR – Lebih 4.3 juta kenderaan dicatatkan memasuki Malaysia melalui dua pintu sempadan Johor-Singapura dengan caj jalan (RC) sebanyak RM87,944,580.00 dikutip sehingga September tahun ini. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, secara purata 16,107 kenderaan memasuki Malaysia dari Singapura, setiap hari. “Setiap hari dianggarkan 89,818 perjalanan dilakukan pelbagai kenderaan yang merentasi sempadan Johor-Singapura melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) Bangunan Sultan Ismail (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), bagi tempoh sama. “Purata harian jumlah perjalanan kenderaan adalah kereta (31,194), motosikal (53,000) , komersial bas (3,531) dan komersial lori (2,093),” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata demikian ketia menjawab pertanyaan Tan Hong Pin (PH- Bakri) berhubung jumlah kenderaan yang merentas sempadan Johor-Singapura secara purata setiap hari mengikut pecahan jenis kenderaan dan antara jumlah itu, berapa jumlah kenderaan Singapura dan hasil kutipan RC dipungut. Tambahnya, jumlah kutipan RC sepanjang 2023 adalah lebib RM91 juta, dengan tahun ini Malaysia akan melihat peningkatan jumlah kenderaan daripada Singapura yang memasuki Johor.
“Sudah tentu jumlah kutipan RC akan melebihi RM100 juta, anggaran saya pada tahun ini. “Keseluruhan hasil kerajaan dimasukkan ke dalam akaun hasil disatukan, namun begitu daripada jumlah ini setiap RM20 yang dikutip kerajaan Persekutuan, RM5 dikembalikan kepada kerajaan Johor,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/22/dewan-rakyat-lebih-4-3-juta-kenderaan-melalui-2-pintu-sempadan-johor-singapura/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penjawat awam tak tandatangan SSPA tetap dilayan seperti biasa, tiada layanan dua darjat - KPPA |
|
|
|
|
|
|
|
Culik kucing Ang Mo Kio: Lelaki mengaku dera, buang kucing dari tingkat atas HDB |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih setahun lapan bulan, seorang lelaki mendera lima ekor kucing, membunuh dua daripadanya, mencederakan seekor lagi dan memerangkap dua lagi dalam “keadaan yang menyesakkan”.
Barrie Lin Pengli, 32 tahun, mengaku bersalah pada Selasa (15 Oktober) atas tiga pertuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan di bawah Akta Haiwan dan Burung, dengan dua pertuduhan lagi akan diambil kira. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Vellfire at 23-10-2024 08:07 AM
Kamera merakam perbuatan Lin yang membuang bangkai kucing. - Foto DOKUMEN MAHKAMAH
Lebih setahun lapan bulan, seorang lelaki mendera lima ekor kucing, membunuh dua daripadanya, mencederakan seekor lagi dan memerangkap dua lagi dalam “keadaan yang menyesakkan”.
Barrie Lin Pengli, 32 tahun, mengaku bersalah pada Selasa (15 Oktober) atas tiga pertuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan di bawah Akta Haiwan dan Burung, dengan dua pertuduhan lagi akan diambil kira.
Pihak pendakwaan memohon penjara dua tahun ke atas Lin, menyifatkan ini salah satu kes kekejaman haiwan paling teruk di Singapura, lapor laman CNA.
Mahkamah mendengar bahawa Lin, seorang warga Singapura, mula mendera kucing menjelang akhir 2019.
Setiap kali dia berasa kecewa atau “dibelenggu masalah dengan hidupnya”, dia akan pergi berjalan-jalan berhampiran taman perumahan Ang Mo Kio, di mana dia tahu terdapat lebih banyak kucing masyarakat dan ada “pilihan untuk mencederakan kucing” apabila dia berasa marah.
Dia akan memandu ke sana untuk berjalan-jalan, mencari mangsa (kucing).
Lin pada mulanya menendang kucing-kucing yang dijumpai. Kemudian dia mula menculik haiwan itu pula dengan meletakkannya dalam beg kalis air kecil yang menyukarkan kucing untuk bernafas. Setiap kali, dia menculik satu hingga tiga ekor. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Vellfire at 23-10-2024 08:09 AM
Culik kucing Ang Mo Kio: Lelaki mengaku dera, buang kucing dari tingkat atas HDB
Lebih setahun lapan bulan, seorang lelaki mendera lima ekor kucing, membunuh dua daripadanya, mencederakan seekor lagi dan memerangkap dua lagi dalam “keadaan yang menyesakkan”.
Barrie Lin Pengli, 32 tahun, mengaku bersalah pada Selasa (15 Oktober) atas tiga pertuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan di bawah Akta Haiwan dan Burung, dengan dua pertuduhan lagi akan diambil kira.
Pihak pendakwaan memohon penjara dua tahun ke atas Lin, menyifatkan ini salah satu kes kekejaman haiwan paling teruk di Singapura, lapor laman CNA.
Mahkamah mendengar bahawa Lin, seorang warga Singapura, mula mendera kucing menjelang akhir 2019.
Setiap kali dia berasa kecewa atau “dibelenggu masalah dengan hidupnya”, dia akan pergi berjalan-jalan berhampiran taman perumahan Ang Mo Kio, di mana dia tahu terdapat lebih banyak kucing masyarakat dan ada “pilihan untuk mencederakan kucing” apabila dia berasa marah.
Dia akan memandu ke sana untuk berjalan-jalan, mencari mangsa (kucing).
Lin pada mulanya menendang kucing-kucing yang dijumpai. Kemudian dia mula menculik haiwan itu pula dengan meletakkannya dalam beg kalis air kecil yang menyukarkan kucing untuk bernafas. Setiap kali, dia menculik satu hingga tiga ekor.
Selepas memerangkap kucing di dalam beg, Lin akan memasukkannya ke dalam keretanya.
Dia membebaskan kucing-kucing itu di tempat lain atau membunuhnya dengan melemparkan dari tingkat tinggi blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
Mahkamah mendengar bahawa Lin mendera kucing antara 2019 dan 2020 untuk menangani “kesakitan emosinya”. Dia berasa “teruja, seronok dan bersalah” semasa penderaan itu, dan “rasa lega” selepas itu, kata pendakwa raya.
Pada kira-kira jam 3.30 pagi pada 21 Apr 2020, Lin menangkap seekor kucing hitam putih di Blok 572, Ang Mo Kio Avenue 3.
Kamera merakamnya memegang kucing dari bahagian lehernya dan menaiki lif.
Dia menuju ke tingkat 12 di mana dia menjuntaikan kucing di luar koridor, mengetahui kucing takut ketinggian, sebelum melepaskan kucing itu dan menyebabkan kematiannya.
Bangkai itu tidak ditemui kerana Lin telah membuangnya ke dalam tong sampah.
Pada 15 Mei 2020, sekali lagi pada kira-kira 3.30 pagi, Lin menemui seekor kucing berwarna gelap di kolong blok 645, Ang Mo Kio Avenue 6. Kamera polis merakamnya memegang kucing itu di dalam lif.
Dia mencampak kucing itu dari tingkat lapan. Apabila dia pergi ke tingkat bawah untuk memeriksa kucing itu, dia mendapati kucing itu masih hidup dan menghentak lehernya dengan kakinya untuk membunuh kucing itu.
Kamera polis merakam Lin membuang bangkai kucing itu, dan kemudiannya ia diambil dan dibedah siasat oleh doktor haiwan Lembaga Taman Negara (NParks).
Kucing itu didapati mati setelah mengalami pelbagai kecederaan termasuk patah tulang rusuk, dan kejadian traumatik luaran.
Polis menerima laporan saksi pada 15 Mei 2020 bahawa ada orang telah membuang kucing dari Blok 645, Ang Mo Kio Avenue 6.
Polis mengenal pasti Lin selepas menjalankan siasatan. Dia ditahan polis pada hari sama mereka menerima laporan saksi.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin stesen dan menerima rawatan psikologi antara Disember 2020 dan Jun 2021.
Pendakwa memohon penjara 24 bulan ke atas Lin, menyifatkan tindakan “kekejaman yang disengajakan” itu pada tahap bahaya yang ketara serta terdapat kepentingan awam yang kuat dalam memastikan haiwan tidak didera.
Lin akan kembali ke mahkamah pada November untuk dijatuhkan hukuman.
https://www.beritaharian.sg/sing ... agroup-beritaharian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pengarah Mbits Digital tuntut baki hutang lebih RM10 juta
Kemala Alang (kiri) dan Saraleana (tengah) ketika hadir perbicaraan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi KL baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Pemegang saham dan Pengarah Mbits Digital Sdn. Bhd. (Mbits Digital) Saraleana Nattaya Azmi memfailkan saman terhadap Techna-X kerana didakwa gagal melunaskan pembelian baki saham berjumlah RM10,451,998.10. Peguam, Kemala Alang berkata, anak guamnya itu telah membuat pindaan pernyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau berkata, menerusi pernyataan itu, Saraleana bersetuju untuk menjual 10 juta saham iaitu 25 peratus modal saham Mbits Digital kepada Techna-X Berhad dengan harga RM12.5 juta pada 10 Februari 2021. “Namun, sehingga kini, Techna-X hanya membayar RM2,048,001.90 meninggalkan baki RM10,451,998.10 yang masih belum dijelaskan. “Semua urusan antara Techna-X dan Saraleana diuruskan oleh Datuk Jared Lim iaitu menantu kepada seorang tokoh perniagaan yang telah disytiharkan muflis. “Walaupun pada Jun 2022 saham tersebut telah didaftarkan atas nama Techna-X, bayaran penuh masih belum diterima oleh Saraleana,” katanya dalam satu kenyataan menerusi firma guaman, Balasingam & Co di sini baru-baru ini. Saraleana memiliki 30 juta saham biasa bersamaan dengan 75 peratus saham terbitan Mbits Digital. Mengulas lanjut, Kemala menambah, Techna-X juga berjanji untuk menyelesaikan baki RM8.75 juta sebelum 31 Disember 2022 namun jumlah sebenar yang masih perlu dibayar ialah RM10,451,998.10. Selain itu, katanya, Techna-X menyatakan mereka telah memperolehi pembiayaan kewangan daripada TAP Sdn. Bhd. (Tremendous Asia Partners) untuk membantu melangsaikan sebahagian daripada baki bayaran. “Tetapi wang tersebut masih tidak dibayar kepada Saraleana. Tanpa pengetahuan dan kebenaran Saraleana, Techna-X kemudian menjual saham tersebut kepada Debut Supreme Capital Sdn Bhd. Oleh itu, Saraleana kini menuntut baki RM10,451,998.10 daripada Techna-X,” katanya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/10/20/pengarah-mbits-digital-tuntut-baki-hutang-lebih-rm10-juta/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugak org giler mcm ni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|