CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gadis

Masalah jenayah

[Copy link]
Post time 14-9-2004 01:07 PM | Show all posts
Edisi Utara: 2 bakal guru dicekup
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
[email protected]

GEORGETOWN: Dua bakal guru dari sebuah maktab perguruan di Seberang Prai Tengah (SPT), ditahan ketika berdua-duaan dalam sebuah bilik hotel, dalam operasi mencegah maksiat, di sini, awal pagi kelmarin.
Operasi dilakukan kira-kira jam 2.15 pagi itu membabitkan empat pegawai penguat kuasa, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) diketuai Pegawai Penguat kuasa, Ruhaya Abd Rahman.

Serbuan dilakukan di sebuah hotel murah di Jalan Tanjong Tokong hasil maklumat orang ramai.

Ketua Unit Penguatkuasa Jaipp, Faizal Ibrahim berkata, selepas beberapa minit pintu diketuk ia pintu dibuka seorang lelaki yang ketika itu hanya berkain pelikat dan bersinglet.

Menurutnya, ketika pemeriksaan , lelaki berkenaan pada mulanya mendakwa tinggal seorang diri dalam bilik di situ tetapi akhirnya terpaksa mengaku dia tinggal bersama seorang wanita.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut, lelaki berusia 24 tahun itu dari Teluk Intan, Perak berada dalam bilik berkenaan bersama pasangannya berusia 22 tahun berasal dari Alor Star, Kedah.

揔etika pemeriksaan dibuat, kedua-duanya mengaku penuntut sebuah maktab perguruan di Seberang Prai Tengah.

揝ebelum itu, wanita berkenaan yang panik cuba bertindak bersembunyi di luar koridor bilik sebelum diarahkan masuk kembali ke bilik berkenaan untuk disoal siasat.

揌asil soal siasat ke atas kedua-duanya gagal membuktikan mereka mempunyai hubungan suami isteri dan mahram,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2004 06:22 PM | Show all posts
Oit Neizee ko lak tukang paste kat sini.......aku ingat takde penyampai lelaki
rupanya ada........
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 12:57 AM | Show all posts
aku tolong gadis jer.tapi aku cari yang ader sebut perak jer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2004 10:13 AM | Show all posts
bagus neezie.... sama2 kita perihatin terhadap kes2 sebegini yg tak boleh dipandang ringan.... bagus.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 12:04 PM | Show all posts
Originally posted by Gadis at 16-9-2004 10:13 AM:
bagus neezie.... sama2 kita perihatin terhadap kes2 sebegini yg tak boleh dipandang ringan.... bagus.....

sayang2 takde ker?:cak:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2004 08:34 AM | Show all posts
50 remaja Skinhead berparang balas dendam


KUALA LUMPUR: Sekumpulan 30 hingga 50 remaja termasuk yang berpakaian ala `Skinhead
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2004 12:37 PM | Show all posts
amok beramai-ramai
Reply

Use magic Report

freedomm This user has been deleted
Post time 25-9-2004 04:50 PM | Show all posts
tumpang lalu leh tak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2004 04:03 PM | Show all posts
laaa... ingatkan nak report kes jenayah tadi....
eehhehee... lalu jangan tak lalu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2004 09:17 AM | Show all posts
Mahkamah Sesyen: Lelaki didakwa tanam gadis dituduh rogol pula


SHAH ALAM: Lelaki yang didakwa membunuh seorang gadis yang mayatnya ditanam dalam lubang bersimen di Banting, Februari lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, di sini, semalam, atas dakwaan merogol seorang lagi mangsa berumur 17 tahun.
Kher Then Heng yang sebelum ini didakwa di Mahkamah Tinggi atas kesalahan membunuh See Sheau Fang, 18, pada 28 Februari 2004, dihadapkan dengan tuduhan merogol mangsa yang kini berusia 22 tahun di sebuah pondok di ladang kelapa sawit di Bukit Kemandol, Jalan Kebun, Klang pada 8 September 1999.

Kher dan dua yang lain dipercayai bergilir merogol mangsa. Bagi tuduhan itu, Kher didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor N Krishnan Moorthy.

Hakim Nor Afizah Hanum Mokhtar menetapkan 19 hingga 23 September tahun depan untuk perbicaraan selepas tertuduh mengaku tidak bersalah.

Pada Ogos lalu, Kher menghadapi tuduhan bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 8 Mac lalu, See yang dilaporkan diculik pada 26 Februari lalu ditemui ditanam dalam lubang konkrit di perkarangan sebuah rumah teres di Jalan Wira 24, Taman Perwira, Banting.

Mayatnya ditemui reput dan berbau dengan dibungkus dalam plastik hitam di dalam lubang sedalam kira-kira 1.6 meter di pekarangan rumah yang didiami tiga lelaki berusia antara lewat 20-an hingga awal 40-an.

Berikutan penemuan mayat itu, polis menahan lima lelaki, termasuk dua beradik terbabit yang dikatakan dilihat kali terakhir bersama mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2004 02:37 PM | Show all posts
Edisi Selatan: Guru Agama hadapi pertuduhan...
Rogol, cabul

Oleh Efindi Badarudin
[email protected]

MANGSA BUDAK PEREMPUAN 10 TAHUN
JOHOR BAHRU: Seorang guru agama yang menjadi Pengetua Pusat Pendidikan Agama Singapura dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol dan mencabul kehormatan seorang budak perempuan berusia 10 tahun di rumahnya, April lalu.

Tertuduh Norhisham Abd Rauf, 34, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan berkenaan dan minta dibicarakan.

Mengikut fakta kes, Norhisham didakwa merogol mangsanya pada 28 Ogos lalu dan mencabul kehormatan budak perempuan sama pada 4 April lalu di rumahnya di Taman Timur, Gelang Patah.

Norhisham didakwa melakukan kesalahan rogol itu dalam sebuah bilik di rumah berkenaan antara jam 10 malam dan 6 pagi.

Bagi kesalahan mencabul kehormatan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di rumah dan bilik sama antara jam 11 malam dan 8 pagi.

Tertuduh yang sudah berumah tangga berpakaian baju kemeja-T berwarna merah dan berseluar panjang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Kalawan Singh di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin manakala tertuduh diwakili peguam bela, Hussin Othman.

Bagi tuduhan merogol, Norhisham didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Manakala bagi tuduhan mencabul kehormatan pula, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Kalawan meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM15,000 bagi dua pertuduhan itu tetapi Othman merayu supaya ikat jamin dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan tertuduh diikat jamin isterinya.

Muhammad Jamil kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes berkenaan akan disebut semula pada 10 Januari depan selepas pendakwa memperoleh keputusan ujian kimia.

Tertuduh dibebaskan selepas membayar wang jaminan selepas tamat prosiding mahkamah semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2004 02:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2004 02:47 PM | Show all posts
nampak muka macam baik jer... tak sangka
Guru Agama pun boleh hilang akal kerana mengikutkan nafsu..
nauzubbillah.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2004 05:27 PM | Show all posts
Biasalah manusia pun ada nafsu gak....kalau tak tau cara nak kawal
Macam ni lah jadinya.........
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2004 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by Zudiex at 8-10-2004 05:27 PM:
Biasalah manusia pun ada nafsu gak....kalau tak tau cara nak kawal
Macam ni lah jadinya.........

ko bleh kawal tak zud?:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2004 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by neeziee at 8-10-2004 05:30 PM:

ko bleh kawal tak zud?:hmm:


Insya Allah boleh.......
Kenapa ko takleh kawal ke.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2004 08:13 AM | Show all posts
Nenek mati dibakar ahli keluarga


KUALA KANGSAR: Seorang nenek berusia 75 tahun terbunuh selepas dipercayai dibakar seorang ahli keluarga terdekatnya di rumahnya di Kampung Stor, Padang Rengas, Jumaat lalu.



Kejadian yang menimpa Tom Ismain dipercayai berlaku pada kira-kira jam 1.45 petang Jumaat tetapi mangsa yang terbakar hampir 45 peratus terutama di leher dan dada, meninggal dunia di rumahnya pada kira-kira jam 3 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Zakaria Pagan, berkata kejadian itu berlaku ketika suaminya tiada di rumah kerana menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan.

揔ejadian disedari seorang anak mangsa yang tinggal bersebelahan selepas mendengar jeritan ibunya meminta tolong dari pangkin di depan rumahnya ketika hendak menunaikan solat Zuhur.

揝etiba anak mangsa di tempat kejadian, dia mendapati ibunya cedera teruk akibat kebakaran itu,
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2004 08:14 AM | Show all posts
Originally posted by Zudiex at 8-10-2004 05:33 PM:


Insya Allah boleh.......
Kenapa ko takleh kawal ke.....

nafsu makan takleh nak kawal la:bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2004 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by neeziee at 11-10-2004 08:14 AM:

nafsu makan takleh nak kawal la:bgrin:









:cak:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2004 03:09 PM | Show all posts
Edisi Timur: Pelajar dirogol lapan lelaki


KOTA BHARU: Seorang pelajar berumur 15 tahun yang menerima pelawaan seorang lelaki untuk menghantarnya pulang ke rumah selepas bersiar-siar, berakhir dengan mangsa dirogol secara bergilir-gilir oleh lapan lelaki di dalam semak di Bachok, kelmarin.
Kejadian rogol itu berlaku kira-kira jam 11 malam, selepas mangsa dari Bachok pergi ke pasar raya di sini, dengan menaiki bas seorang diri.

Ketika berada di pasar raya berkenaan, mangsa berjumpa dengan seorang lelaki berusia awal 20-an yang mengajaknya keluar bersiar-siar di bandar ini dengan menunggang motosikal.

Sebaik selesai bersiar, lelaki terbabit dikatakan mahu menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Bachok, tetapi sebaliknya pelajar itu dibawa ke satu kawasan semak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Pemangku Superintendan Shafie Ismail, berkata ketika tiba di kawasan itu mangsa mendapati tujuh lelaki sudah menunggu di kawasan berkenaan.

Menurutnya, ketika itu, mangsa cuba melarikan diri, tetapi dihalang lelaki terbabit sebelum dia dirogol bergilir-gilir.

揇ifahamkan selepas itu mangsa keluar sekali lagi bersama lelaki terbabit dengan menunggang motosikal,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.272799 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list