|
[Tempatan]
Kemalangan di Jambatan Pulau Pinang: Kereta tercampak ke dalam laut. #3, Operas
[Copy link]
|
|
kereta putih tu smpi skarg belum dpt lagi eyh... dah dua hari la arini kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis suka racing ni ramai yg menyumpah..kadang terkejut tetiba melulu sebelah kiri jalan...dah kena sumpah... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 20-1-2019 06:29 PM
Tolong hukum gantung india tu sampai mati.......patut ada undang2 hukuman mati bagi pemandu yg menye ...
Agree!!! Ni tidak... senyap jer lepas tu....victims mcm tak dpt pembelaan yg wajar.. |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 21-1-2019 09:14 AM
Sungguh tau. Aii is kagum tengok LORI SAMPAH MBPP merempit Di lane kanan
Dari keta neo .tukaq ke ...
Bnyk kes kalo nk cerita. Dulu2 ada ah soo bw kancil dgn selamba bdknya memotong iols dgn laju dari sblh kiri yg lbrnya muat2 motosikal. iols drive 4wd time. Ah soo pun hati kering. Cane tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
vios ringan weiii...jgn la bwk laju2...
tak trkawal... |
|
|
|
|
|
|
|
diorang berlumba kan.. so, padan muka la terhumban dalam lautan asmara tu |
|
|
|
|
|
|
|
Cyempaka replied at 20-1-2019 09:39 PM
Kalau tengok fb yang bawak vios tu dia fren dengan budak cina bawak mazda tu. Jadi adakah derang ten ...
Oh yeke..umur pn ala2 sebaya ek? |
|
|
|
|
|
|
|
TRAGEDI NAFSU MEMECUT, POLIS BUKA KERTAS SIASATAN
Polis melakukan siasatan menyeluruh termasuk dakwaan kemungkinan dua kenderaan yang kemalangan di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang di sini, semalam, disyaki berlumba.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih terjunam ke dalam laut selepas berlanggar dengan kereta Toyota Vios yang terbabas ke lorong kanan menghala ke Seberang Prai, Usaha mencari kenderaan itu masih diteruskan dan turut menggunakan khidmat empat penyelam daripada Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, sehingga jam 6 petang, kenderaan dan pemandunya masih belum ditemui.
"Pencarian masih diteruskan dan kami menggunakan khidmat empat penyelam daripada Pasukan Polis Marin (PPM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk mengesan mangsa.
"Sekiranya kenderaan ini berjaya ditemui, pihak berkuasa jambatan akan membantu menarik keluar kenderaan menggunakan kren," katanya.
Kami juga mengesahkan rakaman kemalangan itu yang tular sejak pagi ini.
Smentara itu, laporan orang hilang yang dibuat seorang bapa membolehkan identiti pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) putih yang terlibat dalam nahas itu.
Bacaan lanjut : Harian Metro, halaman 6 |
|
|
|
|
|
|
|
mujur yg bawak motor tu tak terbabit sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 21-1-2019 10:29 AM
TRAGEDI NAFSU MEMECUT, POLIS BUKA KERTAS SIASATAN
Polis melakukan siasatan menyeluruh termasuk da ...
Kelajuan 2 kereta tu sama ja bila tengok video tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kemanalah kereta tu dihanyutkan yer. Sampai sekarang tak jumpa lagi kan. |
|
|
|
|
|
|
|
haah kan...i pun nampak macam dieorg tgh berlumba...dlm fb pun kata diorg tgh berlumba...klu btul mmg mendapatlah...patutnya dua2 terjun laut...nasib tak kene kereta lain @ abg motor tepi tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis percaya Toyota Vios dan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai semalam sehingga menyebabkan SUV itu terhumban ke dalam laut dipandu dalam kelajuan maksimum.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, ia berikutan mereka tidak dapat mengawal kenderaan masing-masing sehingga berlaku kemalangan teruk dan menyebabkan sebuah daripadanya terhumban ke dalam laut.
Bagaimanapun, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada dua kenderaan berkenaan sedang berlumba ketika kemalangan tersebut seperti dakwaan orang ramai berdasarkan rakaman kamera video ‘dash cam’ milik seorang pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian.
“Saya minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kemalangan tersebut diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kami,” katanya hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
mawar_mustika replied at 21-1-2019 10:39 AM
haah kan...i pun nampak macam dieorg tgh berlumba...dlm fb pun kata diorg tgh berlumba...klu btul ...
Screenshot la letak sini
Acik takde fb ig twider segala
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis akan merekodkan keterangan pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, dekat sini, sehingga menyebabkan sebuah lagi kereta terhumban ke dalam laut awal pagi semalam, dalam masa terdekat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata ketika ini lelaki berusia 21 tahun itu masih dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
“Sama ada lelaki itu akan ditahan atau sebaliknya bergantung pada siasatan yang polis jalankan. Beri ruang kepada polis lengkapkan siasatan,” katanya kepada BERNAMA, di sini hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti tunggu buletin 1.30.. harap2 ada perkembangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam kes ni, bersyukur betul adanya 'dash cam'
so kurang sikit la nak pusing fakta oleh si driver vios |
|
|
|
|
|
|
|
Sinar Harian
Insiden Jambatan P.Pinang: Pemandu kereta Toyota Vios positif ganja: Polis - Bernama
11:40 AM · Jan 21, 2019 · |
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu Toyota Vios positif ganja
Oleh Hadzlihady Hassan
[email protected]
GEORGETOWN: Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, semalam, didapati positif ganja.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata keputusan itu diketahui selepas ujian saringan awal dilakukan terhadapnya.
Menurutnya, polis juga sudah mengambil sampel darah mangsa untuk mengetahui kandungan alkohol dalam badannya.
“Pemandu Toyota Vios berkenaan kini masih mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta kerana mengalami kecederaan di kepala, kaki dan tangan.
“Sebelum ini, dia dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan dibenarkan pulang namun pengsan ketika berada di rumah dan dikejarkan ke hospital swasta,” katanya.
Dalam kejadian jam 2.45 pagi semalam, dua kenderaan masing-masing Toyota Vios hitam dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) putih terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menuju ke Perai.
Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun dan bekerja sebagai pendandan rambut cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut manakala SUV putih itu pula berpusing beberapa kali sebelum terjunam dalam laut.
Identiti pemandu SUV itu dikenal pasti sebagai Moey Yun Peng, 20, selepas bapanya membuat laporan polis jam 5 petang, semalam kerana anaknya yang juga penuntut sebuah kolej swasta itu masih tidak pulang.
Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata, pemandu Toyota Vios dan SUV itu adalah rakan sejak di bangku sekolah dan mereka dalam perjalanan pulang selepas menyambut parti hari jadi di sebuah kelab di Lebuh, Chulia, Georgetown.
“Mereka berdua bersama lima lagi rakan baru selesai menyambut hari jadi dan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di seberang. Lima lagi rakan mereka pula tinggal di bahagian pulau,” katanya.
Menurutnya, polis juga sedang menyiasat sama ada mereka berlumba atau sebaliknya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|