|
[Tempatan]
Sultan Pahang YDPA ke-16, Timbalan Sultan Perak, UPDATED #81
[Copy link]
|
|
Nope..kami tak dak sultan... hahaha..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Sultan Pahang sbgai YDPA yang baharu
Juga buat rakyat Pahang khusus nya
|
|
|
|
|
|
|
|
kuchenta_81 replied at 24-1-2019 02:50 PM
Mesti raja-raja dah saling whatsapp before gi istana ni
kau undi aku tauuuu
hihihi,
tgelak kita sengsorang
hissshhh,
undi rahsia |
|
|
|
|
|
|
|
TQ chuols.
lebiu.
mak bz sangat nihari dan esok nyah oiii.
tq sbb tolong update ngan berita.
meh hug golek2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Pahang sah YDP Agong baharu
Firdaus Azil, Astro Awani | Diterbitkan pada Januari 24, 2019 15:21 MYT
Facebook Twitter Email Google whatsapp icon
Pelantikan itu diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.
KUALA LUMPUR : Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in, telah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-16.
Pelantikan itu diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.
Terdahulu, Raja-Raja Melayu telah mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara pagi ini, bagi membincang dan memperkenankan pengganti kepada Sultan Muhammad V, yang meletakkan jawatan sebagai YDP Agong pada 6 Januari lepas.
"Saya memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja dalam Mesyuaratnya ke 251 (Khas), bersetuju mengisytiharkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in, Sultan Pahang Darul Makmur, telah dipilih menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, selama tempoh lima tahun, mulai 31 Januari 2019.
"Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisyhtiharkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan, telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima tahun, mulai 31 Januari 2019," katanya dalam kenyataan itu.
Syed Danial berkata, menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, keputusan Majlis Raja-Raja telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen, dan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap takde la banyak anugerah dato sepanjang 5 tahun ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pintar, prihatin jadikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin disegani
Bernama | Diterbitkan pada Januari 24, 2019 16:04 MYT
Pintar, prihatin jadikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin disegani
Kepintaran yang dimiliki baginda itu diterjemahkan dengan jelas pada setiap titah dengan menyentuh segenap aspek merangkumi isu global, pentadbiran kerajaan mahupun kehidupan rakyat.
KUALA LUMPUR: Kecemerlangan akademik dan lantang melontarkan pandangan menjadikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja yang berintelektual tinggi dan disegani.
Sultan Nazrin, 62, yang mempunyai kelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan secara lantang akan menegur pihak pentadbir sekiranya terdapat perkara yang tidak betul terutama yang melibatkan kesejahteraan rakyat.
Diputerakan pada 27 Nov 1956, di Georgetown, Pulau Pinang, baginda juga mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat selain Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England.
Kepintaran yang dimiliki baginda itu diterjemahkan dengan jelas pada setiap titah dengan menyentuh segenap aspek merangkumi isu global, pentadbiran kerajaan mahupun kehidupan rakyat.
Antara yang diingati pastinya teguran baginda terhadap pemimpin yang tidak amanah dan berintegriti hingga mengakibatkan ummah berada dalam sengsara semasa sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018 di Putrajaya.
Sultan Nazrin dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35 pada 29 Mei 2014, manakala istiadat pertabalan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 6 Mei 2015.
Putera sulung Almarhum Sultan Azlan bersama Tuanku Bainun yang merupakan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) diangkat menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan ayahanda baginda pada 28 Mei 2014.
Sultan Nazrin dilantik sebagai Canselor Universiti Malaya 16 Julai 2014 selain merupakan Canselor Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar selepas ia dinaik taraf daripada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah pada 2016.
Sultan Nazrin diijabkabulkan dengan Tuanku Zara Salim,46, pada 17 Mei 2007 dan pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah,11, serta seorang puteri Raja Nazira Safya,7.
Pada 13 Dis 2016, Sultan Nazrin dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Pada 2 Nov lalu, baginda selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong menandatangani pengisytiharan menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong bila penyandang Sultan Muhammad V beristirahat menjalani rawatan.
Di sebalik ketegasan baginda, Sultan Nazrin amat prihatin dan mudah tersentuh dengan kesusahan rakyat antaranya kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pada 17 Dis lalu dalam rusuhan di tapak kuil Seafield, Subang Jaya, November lepas.
Perkara itu jelas apabila baginda sebak dan menitiskan air mata ketika bertitah pada Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Ahli-ahli Majlis Agama Islam, Hakim Mahkamah dan Pendaftar Mahkamah Syariah Pulau Pinang.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah ber-memanda menteri tun det
dan timbalan nya yang dikagumi, disegani, berkarisma
tak ke akan lebih jadik baik?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Abdullah bijak santuni rakyat
Bernama | Diterbitkan pada Januari 24, 2019 16:07 MYT
Sultan Abdullah merupakan cahaya mata keempat dan putera sulung kepada Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad itu diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dekat sini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lasak, adil dan berjiwa rakyat menggambarkan keperibadian Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini.
Sultan Abdullah sinonim dengan sifat sopan dalam menyantuni rakyat, suatu nilai yang diwarisi daripada ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar.
Keprihatinan Sultan Abdullah dapat dilihat dengan jelas bila mana setiap kali mendengar rakyat ditimpa bencana, baginda dan isteri Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan segera mencemar duli untuk bertanya khabar, memberi kata-kata semangat dan mengurniakan sumbangan peribadi.
Malah Sultan Abdullah yang memasuki usia 60 tahun pada tahun ini, seringkali 'tidak menang tangan' terutama ketika berlaku bencana banjir kerana baginda sebolehnya mahu memastikan semua daerah terlibat tidak terlepas daripada perhatian baginda.
BACA: Sultan Pahang sah YDP Agong baharu
Sultan Abdullah juga merupakan figura yang tidak asing dalam sukan tanah air terutama bola sepak kerana selain handal beraksi di padang, aspek kepimpinan Seri Paduka dalam sukan tersebut cukup terserlah.
Pada masa ini, Sultan Abdullah merupakan Anggota Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan Anggota Jawatankuasa Eksekutif FIFA selain pernah menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Minat mendalam terhadap sukan bukan hanya dizahirkan dalam bola sepak, namun juga diperlihatkan dalam sukan hoki dan polo, yang mana baginda pernah menerajui pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polio Club, England selain mengambil bahagian pertandingan antaranya di Singapura, Amerika Syarikat, Argentina, Sepanyol, Belgium dan Manila, Filipina.
Sultan Abdullah merupakan cahaya mata keempat dan putera sulung kepada Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad itu diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dekat sini.
Baginda menerima pendidikan awal prasekolah di Sekolah Clifford, Kuala Lipis pada 1965, sebelum menyambung persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan (1966-1969) dan Sekolah Rendah Kebangsaan St Thomas, Kuantan serta pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan St Thomas (1970-1974).
Sultan Abdullah terkenal dengan disiplin yang tinggi hasil didikan di The Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom (UK) selama setahun bermula 1978, yang mana komitmen baginda membolehkan baginda dilantik sebagai Leftenan Muda, Royal Military Academy, Sandhurst, England dengan menerima pentauliahan oleh Queen Elizabeth II pada tahun 1980.
Baginda yang merupakan Kapten bagi pasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia, dan pada 1 Mei 1999 telah dilantik menjadi Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah, dan menjadi Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 Jun 2000 serta menjadi Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 April 2004.
Dari aspek kepimpinan negeri, daya kepimpinan baginda 'diuji' buat kali pertama apabila dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada 28 April 1979 untuk tempoh lima tahun selepas ayahanda baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-VII sebelum sekali lagi dilantik pada 28 Dis 2016.
Sultan Abdullah mendirikan rumahtangga dengan rumahtangga dengan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, 59, pada 6 Mac 1986.
Baginda memiliki sembilan orang cahaya mata. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 24-1-2019 04:55 PM
Amboi alang3 cuti panjang terus lah khen so yg amik AL hari tu kira public la ye?
Untuk hari jadi ydpa. Tak kira hari keputeraan bila pun, tetap sambut Sabtu minggu pertama bulan jun |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 24-1-2019 06:43 PM
Sultan Abdullah bijak santuni rakyat
Bernama | Diterbitkan pada Januari 24, 2019 16:07 MYT
Adakah Permaisuri Agong maseh rajin mencemar duli membekap diri di forum Cari apabila singgahsana Istana Negara sudah dinaiki? |
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak tabal nie..i tunggu kjaan umum cuti je...haha... |
|
|
|
|
|
|
|
serious permaisuri layan forum cari?
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 24-1-2019 07:01 PM
serious permaisuri layan forum cari?
Yes. Kakak Oren rajin bergaduh dengan dia di board kenamaan. Dulu la. |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 24-1-2019 06:41 PM
Pintar, prihatin jadikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin disegani
Bernama | Diterb ...
Patek berase bangge sebagai rakyat Perak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-1-2019 07:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sultan Johor ucap tahniah kepada Sultan Pahang
Oleh Junita Mat Rasid
[email protected]
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Ucapan berkenaan dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, di sini hari ini.
“Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Al-Sultan Abdullah ibni Sultan Hj Ahmad Shah atas pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke XVI,” titah Sultan Ibrahim.
Sultan Pahang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019.
Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.
Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 berkuat kuasa 6 Januari lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016.
Mesyuarat terbabit turut memilih Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
power la resume sultan perak.phdnye bukan calang.memg bijak, sesuai jd leader |
|
|
|
|
|
|
|
Daulat Tuanku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah sultan perak di ats lantikan sbg tydpa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|