|
Asid urik lebih punca gout
BERPANTANG makan, itu nasihat yang sering diberi kepada pesakit gout. Udang, sotong, ketam dan semua jenis makanan laut serta sesetengah 憇ayur sejuk |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by manstone5 at 16-10-2004 04:52 PM:
Asid urik lebih punca gout
BERPANTANG makan, itu nasihat yang sering diberi kepada pesakit gout. Udang, sotong, ketam dan semua jenis makanan laut serta sesetengah 憇ayur sejuk |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
kawan bapak aku ni whole life dia vegetarian.... dia ada heart problem.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jantung sihat hidup bahagia
JIKA terdapat satu organ dalam tubuh yang sentiasa sarat dengan kerja, ini adalah jantung.
Organ ini sentiasa berdegup setiap saat, tidak pernah berhenti seketika untuk rehat sehinggalah ke hujung nyawa anda. Jantung adalah organ yang berkuasa, bersaiz kira-kira sebesar genggaman anda dan bertanggungjawab mengepam darah ke seluruh tubuh.
Bagi orang dewasa yang sihat, tubuh mengandungi kira-kira lima liter darah yang beredar berulang kali ke seluruh tubuh. Darah bergerak dari jantung, masuk ke dalam arteri, kapilari, dan vena sebelum kembali ke jantung. Keseluruhan kitaran itu mengambil kira-kira 60 saat, ketika itu darah mengangkut oksigen dan nutrien ke semua sel dalam tubuh.
Apabila individu semakin berumur, banyak faktor boleh menjejaskan fungsi normal jantung seperti tekanan, tahap kolesterol darah yang meningkat dan saluran yang tersumbat (aterosklerosis) disebabkan oleh saluran darah yang rosak.
Penyakit jantung adalah satu daripada pembunuh utama lelaki dan wanita di negara ini.
Kegagalan jantung didefinisikan sebagai ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tubuh. Fungsi mengepam jantung terbahagi kepada dua fasa: pertama, keupayaan jantung untuk mengepam darah dengan aktif ke tubuh dan yang kedua, keupayaan jantung untuk berehat dengan betul supaya darah boleh kembali ke dalam jantung yang berkeadaan rehat. Fasa pertama dipanggil sistol; yang kedua dipanggil diastol.
Apabila jantung mula tidak berfungsi, kedua-dua fungsi ini biasanya menjadi tidak normal.
Dalam bukunya yang terlaris, Program for Reversing Heart Disease, penulisnya Dr Dean Ornish menawarkan bukti yang didokumenkan bahawa penyakit jantung boleh dihentikan, atau malah dikembalikan kesihatannya, dengan hanya menukar gaya hidup, diet, bersenam dan meditasi. Walaupun diet adalah penting, Dr Ornish menyebut bahawa tekanan dari segi emosi memainkan peranan penting dalam hampir semua penyakit, secara langsung atau tidak langsung. Tekanan dari segi emosi menjerut arteri dan menyumbatkan darah dengan lebih cepat, yang seterusnya boleh menyebabkan serangan jantung.
Menyedari risiko anda mendapat penyakit jantung adalah langkah pertama yang penting. Selain daripada umur dan sejarah keluarga, tekanan darah tinggi, diabetes, tabiat merokok, obesiti dan tidak menjalankan aktiviti dari segi fizikal akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
Bagi mengekalkan jantung yang sihat dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, adalah penting anda menukar gaya hidup anda dengan mengikuti diet yang betul (tinggi dalam serat tetapi rendah dalam makanan diproses dan minyak terhidrogen, kaya dengan minyak omega-3), menangani tekanan, berhenti merokok, kerap bersenam, dan memulakan hubungan kasih sayang dan peribadi yang menyenangkan dengan orang lain, kerana orang yang berasa sunyi dan murung lebih berkemungkinan untuk jatuh sakit dan mati awal.
Contohnya, Chow Kean Mun. Beliau melakukan pembedahan pintasan sebanyak tiga kali 23 tahun yang lalu dan hari ini pada usia 75 tahun, beliau adalah seorang yang sihat. Daripada seorang yang tidak berbuat apa-apa dan menghisap rokok terus-menerus pada umur 50-an, lelaki ini melakukan perubahan sepenuhnya dalam gaya hidup dan keperluan pemakanan beliau. Aktiviti harian beliau termasuklah berjalan cepat, berkebun, meluangkan masa dengan cucu, mengambil bahagian dalam aktiviti agama, bermain catur dan kadang-kadang minum bersama rakannya. Beliau juga banyak memakan makanan tambahan, pemakanan yang berasal daripada alam semula jadi dan ditanam secara organik.
Oleh kerana makanan yang diproses hari ini dipenuhi dengan bahan pewarna, perasa dan bahan pengawet yang tidak mempunyai banyak nilai pemakanan, maka makanan tambahan menjadi satu keperluan. Pengambilan antioksidan yang mencukupi seperti vitamin A, C dan E, karotenoid, cathechins dan CoQ10 boleh melindungi daripada kerosakan oksidatif.
Jika sebiji epal sehari boleh menjauhkan anda daripada doktor, gaya hidup sihat boleh menjadikan jantung anda sentiasa berdegup! |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
kat STREATS front page....
Purify to rid your colon of harmful waste.....worth reading... |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda buah pinggang rosak
APABILA anda menghidap diabetes, ia menandakan buah pinggang mula mengalami kerosakan (diabetic nefropatik). Pemantau buah pinggang berkala memberi peluang anda mengesan tanda awal kerosakan supaya langkah pencegahan boleh diambil bagi melambatkan komplikasi.
Antara cara memeriksa kerosakan buah pinggang ialah melalui ujian mikroalbumin. Biasanya, kehadiran albumin dalam air kencing adalah tanda awal kerosakan buah pinggang.
Albumin adalah sejenis protein dalam salur darah. Protein darah ini membantu sistem pertahanan daripada jangkitan, membekukan darah dan mengekalkan jumlah cecair yang beredar dalam badan.
Buah pinggang pula menapis keluar semua bahan kumuh daripada darah melalui rangkaian salur darah yang halus (kapilari). Bahan kumuh ini kemudian dikeluarkan melalui air kencing. Protein yang berguna seperti albumin tidak ditapis dan kekal dalam darah.
Namun apabila buah pinggang rosak, perkara sebaliknya berlaku; bahan kumuh kekal dalam salur darah dan albumin akan dibuang ke dalam air kencing.
Pada peringkat awal kerosakan, sedikit kuantiti albumin terlepas ke dalam air kencing dan ia dipanggil mikroalbuminuria.
Jika kerosakan buah pinggang bertambah dan kuantiti protein dalam air kencing meningkat, ia dipanggil makroalbuminuria atau proteinuria.
Kandungan albumin yang banyak menyebabkan air kencing berbuih dan badan menyimpan banyak air, lalu tangan, kaki, abdomen dan muka membengkak.
Namun, kemunculan simptom kerosakan buah pinggang mungkin mengambil masa bertahun-tahun.
Pemeriksaan melalui ujian biasa seperti urinalisis tidak boleh mengesan mikroalbuminuria. Justeru, ujian mikroalbumin sangat penting. Walaupun kerosakan buah pinggang tidak boleh dipulihkan, tetapi kerosakan seterusnya boleh dihalang.
Seseorang itu dikatakan mengalami mikroalbuminuria apabila air kencingnya mengandungi 30 hingga 150 miligram protein, mikroalbuminuria sederhana (500 hingga 1,000 miligram) dan ukuran melebihi 3,500 miligram menandakan masalah nefropatik.
Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kerosakan kekal yang memaksa pesakit menjalani dialisis atau pemindahan buah pinggang.
Mengawal paras gula dan tekanan darah boleh membantu menghalang kerosakan buah pinggang berlanjutan.
Pesakit mungkin perlu mengambil ubat mengawal tekanan darah yang boleh membantu buah pinggang berfungsi dengan baik seperti perencat enzim pengubah-angiotensin (ACE).
Diet juga perlu berubah. Sesetengah orang boleh mendapat manfaat besar dengan mengurangkan pengambilan protein, sodium dan fosfat. Namun, lebih baik dapatkan nasihat pakar pemakanan terlebih dulu sebelum merancang diet anda.
Banyak cara boleh digunakan untuk menguji kehadiran mikroalbumin dan air kencing perlu diuji dalam masa 24 jam bagi mendapatkan keputusan tepat.
Ia boleh dilakukan dengan mengambil sampel air kencing selama dua pagi berturut-turut atau secara rawak.
Kertas mengandungi bahan kimia khas akan digunakan, ia bertukar warna sebaik dicelup ke dalam sampel yang mengandungi banyak protein.
Oleh kerana kandungan albumin boleh berbeza, anda memerlukan dua atau tiga ujian dalam tempoh beberapa bulan untuk mengesahkan sama ada anda benar-benar menghadapi masalah mikroalbuminuria.
Kekerapan ujian juga berbeza antara individu. Secara umum, anda perlu menjalani salah satu, iaitu pemeriksaan pendahuluan untuk diabetes jenis 2 atau pemeriksaan dalam tempoh lima tahun selepas diganosis diabetes jenis 1 dan sekurang-kurangnya setahun sekali selepas pemeriksaan pertama.
Anda perlu menjalani pemeriksaan lebih kerap jika air kencing disahkan mengandungi protein atau mengalami masalah kerosakan salur darah dalam mana-mana organ seperti jantung atau mata.
Berbincang dengan doktor mengenainya dan kekerapan pemeriksaan ini boleh berubah mengikut taraf kesihatan anda.
Walaupun diabetes adalah punca biasa bagi mikroalbuminuria, ia bukan satu kemestian. Masalah kebocoran protein dalam air kencing juga boleh disebabkan tekanan darah tinggi, jangkitan dan gangguan sistem imun.
Malah, bersenam dalam tempoh 24 jam ujian dijalankan dan kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan gejala kebocoran protein. Justeru, anda perlu menjalani ujian tambahan untuk mendapatkan keputusan sebenar.
Lebih penting, pastikan anda mengamalkan pemakanan seimbang dan minum banyak air masak, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, untuk mengkumuhkan semua bahan toksik dari badan.
[ Last edited by manstone5 on 3-11-2004 at 03:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Diet serat bantu sistem hadam
RAMADAN ini adalah bulan terbaik untuk 憁emperbaiki |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi tanda sakit jantung
Secara ringkasnya, kematian mengejut ditakrifkan sebagai kematian yang berlaku dalam lingkungan sejam selepas mangsa berasa sakit dada, susah bernafas atau mengalami debaran.
Sebahagian besar mangsa yang mati mengejut cuma dapat diselamatkan melalui kaedah bantuan pernafasan kecemasan atau resusitasi kardio-pulmonari atau CPR. Kaedah ini akan dibincang secara terperinci dalam satu daripada siri akan datang.
Lemah Jantung
Keadaan ini berlaku apabila sebahagian besar otot-otot jantung tidak mengepam mengikut kekuatan biasa. Tanda-tanda lemah jantung ialah susah bernafas apabila menjalankan aktiviti.
Kadangkala mangsa mengalami bengkak kaki. Pun begitu, perlu diingat, bukan semua kesusahan bernafas sewaktu menjalankan aktiviti berpunca daripada lemah jantung. Orang yang tidak pernah bersenam juga sering berhadapan dengan masalah sukar bernafas apabila melakukan kegiatan aktif.
Debaran
Pesakit jantung juga kerap mengalami masalah debaran jantung tidak menentu disebabkan oleh penyakit jantung koronari yang dihidapi. Ini boleh dirasai sendiri pesakit tetapi biasanya tidak dianggap sebagai tanda awal penyakit jantung.
Ada beberapa cara yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko diserang penyakit jantung seperti:
Jauhi tabiat merokok. Jika dapat, berhenti merokok dan elakkan berada dalam persekitaran yang dipenuhi asap rokok.
Makan makanan berkhasiat. Pastikan makanan yang diambil kurang kolesterol dan lemak. Selain itu, kurangkan juga kuantiti garam dalam makanan dan jika boleh kawal pengambilan karbohidrat supaya anda boleh mengekalkan berat badan ideal.
Lakukan kegiatan fizikal secara berterusan. Dalam kata mudah, amalkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan 30 minit setiap sesi. Ia bukan saja dapat mengekalkan berat badan tetapi secara tidak langsung boleh mengelakkan masalah kegemukan.
Jika anda menghidapi masalah tekanan darah tinggi, kawal tekanan darah anda dengan mengurangkan berat badan dan pengambilan garam dalam makanan. Jika perlu, patuhi peraturan perubatan.
Jika anda pesakit kencing manis, tahap kesihatan anda boleh dikawal dengan memastikan berat badan anda berada dalam julat berat badan unggul, kurangkan pengambilan karbohidrat dan sentiasa bergerak cergas (bersenam). Pastikan juga anda mematuhi jadual pengambilan ubat.
Jenis penyakit injap jantung
Penyakit jantung yang paling kerap ditemui dan dihidapi kebanyakan penduduk negara ini membabitkan masalah injap jantung selain penyakit koronari dan penyakit jantung kongenital.
Secara ringkasnya, jantung kita boleh dibahagikan kepada empat bilik. Darah yang berada dalam jantung akan dipam dari satu bilik ke bilik lain dan dari ventrikel ke arteri pulmonari (PA) atau aorta melalui injap.
Injap ini bertugas mengendalikan arah pengaliran darah. Tugasnya sama seperti pintu, kerana apabila terbuka, darah akan mengalir melaluinya dan apabila tertutup, tiada darah yang boleh mengalir dari bilik-bilik berkenaan.
Untuk menjalankan tugas ini, jantung kita mempunyai empat injap penting iaitu injap trikuspid (antara atrium kanan dan ventrikel kanan), injap pulmonari (antara ventrikel kanan dan arteri pulmonari), injap mitral (antara atrium kiri dan ventrikel kiri) serta aorta iaitu antara ventrikel kiri dan aorta.
Ada tiga jenis masalah injap yang mungkin berlaku iaitu kesempitan (stenosis), regurgitasi (pengaliran balik darah pada arah bertentangan arah normal) dan stenosis serta regurgitasi.
Stenosis adalah kerosakan pada injap menyebabkan injap ketat dan susah terbuka. Dalam keadaan ini, pengaliran darah menjadi susah. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan tekanan dalam bilik yang mengepam darah melalui injap berkenaan.
Misalnya bagi penyakit mitral; stenosis akan menyebabkan tekanan dalam atrium kiri, saluran darah paru-paru dan ventrikel kanan akan meningkat sehingga boleh mendatangkan masalah kepada pesakit.
Manakala masalah ketidakupayaan injap akan menyebabkan regurgitasi iaitu aliran balik darah pada arah bertentangan arah biasa. Keadaan ini boleh berlaku apabila injap mengalami kerosakan.
Injap yang rosak ini akan terbuka tetapi tidak boleh tertutup dengan kemas sebagaimana keadaan normal. Contohnya dalam ketidakupayaan aorta, darah dari ventrikal kiri yang sepatutnya dipam masuk ke aorta akan mengalir balik ke dalam ventrikal kiri. Keadaan aliran balik ini akan menyebabkan ventrikal kiri mengembang.
Dalam kes ketiga, iaitu stenosis dan regurgitasi yang membabitkan kedua-dua jenis kerosakan injap juga boleh berlaku. Misalnya mitral stenosis dan ketidakupayaan injap. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaki perlu dijaga sepanjang masa
JIKA kaki boleh berkata-kata, agaknya apa yang akan diluahkannya setiap kali anda memakai kasut? Gembira, mengeluh atau mungkin juga kaki akan menjerit sakit apabila 慸ipaksa |
|
|
|
|
|
|
|
Amal urus kencing manis
LIHAT di sekeliling kita, berapa ramai agaknya sahabat yang menghidap kencing manis atau diabetes kerana jumlah pesakit yang ada kini menjangkau 807,000 orang - melangkaui jumlah jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi 2025.
Ini adalah hakikat yang menakutkan. Kementerian Kesihatan menganggarkan antara lapan hingga 12 peratus populasi dewasa negara ini menghidapi kencing manis yang membawa banyak kerugian: kepada diri, ekonomi keluarga dan negara - semuanya gara-gara makanan.
Setiap pesakit berdepan risiko kematian yang biasanya hasil komplikasi kesihatan yang berkait rapat dengan masalah penyakit salur darah, serangan jantung, kegagalan jantung dan buah pinggang serta strok.
Kematian berpunca daripada sikap pesakit yang tidak mahu mengamalkan penjagaan kesihatan, belajar mengurus dan mengawal penyakit mereka dengan baik.
Malah, doktor dan pengamal perubatan juga bertanggungjawab mengingat serta memberi kefahaman kepada pesakit kepentingan mengawal keadaan penyakit mereka dengan mengawal pemakanan, menjaga berat badan, mengambil ubat atau insulin dan lebih penting sentiasa mengawasi paras glukosa darah.
Diabetes boleh dibahagikan kepada dua iaitu Diabetes Mellitus bergantung kepada insulin (diabetes juvana atau Jenis 1) dan Diabetes Mellitus tidak bergantung kepada insulin (Jenis 2).
Diabetes Jenis 1 biasanya dihidapi ketika kanak-kanak, manakala diabetes jenis dua (yang semakin bertambah bilangannya di seluruh dunia) mula menyerang selepas usia 45 tahun.
Menurut Dr Tina Kader dari Jabatan Perubatan, Hospital Besar Sir Mortimer B Davis, berdasarkan perangkaan 1995, peningkatan jumlah pesakit diabetes Jenis 2 di seluruh dunia sangat membimbangkan, dengan India menunjukkan angka paling tinggi (19.4 juta) diikuti China (16 juta) dan Amerika Syarikat (13.9 juta).
Kefahaman
Katanya, angka dicatatkan itu boleh dianggap seperti bucu bongkah ais di lautan kerana dijangka masih ramai pesakit tidak menjalani pemeriksaan dan perkara sama dipercayai berlaku di seluruh dunia, terutama di kalangan warga tua melebihi 65 tahun.
Justeru itu, pengamal perubatan seharusnya peka dan memberi perhatian kepada pesakit berisiko tinggi seperti individu berumur melebihi 40 tahun, ada pertalian rapat dengan pesakit diabetes, menghidap penyakit seperti sistem pembuluh darah, tekanan darah tinggi, dyslipidemia, gemuk, ukur lilit pinggang yang besar, sindrom polisistik ovari serta penyakit schizofrenia.
Malah, individu sindrom metabolik yang memiliki lima ciri-ciri berikut perlu sentiasa berwaspada kerana mereka ada kecenderungan untuk mendapat diabetes Jenis 2:
Ukur lilit pinggang melebihi 102 sentimeter (40 inci, bagi lelaki) dan 80 sentimeter (35 inci bagi perempuan).
Tahap glukosa dalam darah melebihi 6.1 mmol/liter.
Tekanan darah melebihi 130/85 mm Hg.
Paras kolesterol HDL kurang daripada 1.0 mmol/liter (lelaki) dan 1.3 mmol/liter (wanita).
Paras trigliserol (TG) melebihi 1.7 mmol/liter juga ada kecenderungan mendapat diabetes.
Pensyarah Sekolah Perubatan Standford, Dr Alexander Saunders, berkata kegagalan pesakit mengawal kandungan glukos dalam darah mereka boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan.
Bagaimanapun, komplikasi ini boleh dielakkan dengan memantau paras glukos melalui perubahan corak pemakanan, bersenam, kawalan emosi supaya tidak mengalami tekanan, trauma serta bekalan insulin.
揅abaran yang dihadapi pengamal perubatan ialah memantau pesakit mengawal paras glukos mereka kerana kebanyakannya tinggal jauh. Sepatutnya pesakit perlu bertanggungjawab ke atas kesihatan diri, |
|
|
|
|
|
|
|
MYOPHIA
NATIONAL MYOPIA PREVENTION PROGRAMME
Look around you. Do you notice that quite a number of us are myopic? Singapore has one of the highest rates of myopia in the world and this is of concern as more students are getting myopic at a younger age. A recent report by the Singapore Eye Research Institute indicates that, on average, myopia progresses by about 80 degrees each year in Singapore抯 lower primary school children |
|
|
|
|
|
|
|
MARI BERSENAM!!
Straight Leg Obliques
Starting Position: Lie on your back and raise your legs straight into the air.
Rotate your legs keeping them straight to the side and the then return to the starting position. Repeat to the other side. |
|
|
|
|
|
|
|
Crunch
1. Start position: Lie back onto floor or bench with knees bent and hands behind head. Keep elbows back and out of sight. Head should be in a neutral position with a space between chin and chest.
2. Leading with the chin and chest towards the ceiling, contract the abdominal and raise shoulders off floor or bench.
3. Return to start position.
Remember to keep head and back in a neutral position. Hyperextension or flexion of either may cause injury. |
|
|
|
|
|
|
|
Straight Arm Pushup Hold
Starting Position: Start the movement in a pushup position.
Extend your arms into a pushup.
Hold that position for the prescribed number of seconds. |
|
|
|
|
|
|
|
Pushup Superman w/ Alternating Arms
Starting Position: Start the movement in a plank position. Holding that position raise your right arm and left leg off of the ground.
Return to the starting position and repeat with the other arm and leg. Hold each lift for 1-2 seconds. |
|
|
|
|
|
|
|
Belly Blaster
1. Start in a plank position with your elbows and forearms on the ground, your body parallel to the floor and up on your toes.
2. Make sure your belly button is drawn in toward your spine and raise your hips up into the air and hold for a 1 second count.
3. Return to the starting and repeat for the prescribed number of repetitions. |
|
|
|
|
|
|
|
Situp Hold
1. Start position: Lie back onto floor or bench with knees bent and hands behind head. Keep elbows back and out of sight. Head should be in a neutral position with a space between chin and chest.
2. Leading with the chin and chest towards the ceiling, contract the abdominal and raise shoulders off floor or bench. Now hold for prescribed number of seconds.
3. Return to start position.
4. Remember to keep head and back in a neutral position. Hyperextension or flexion of either may cause injury. |
|
|
|
|
|
|
|
Lying Side Crunch
1) Lie with back on floor or bench with knees bent.
2) Start position: Let your knees fall to the right so that your hips are somewhat rotated.
3) Leading with the chin and left shoulder, contract abdominal muscles and raise left shoulder off floor or bench towards left knee.
4) Return to start position. Repeat with other side.
5) Remember to keep head and neck in neutral position throughout movement. Do not twist excessively - elbow does not need to touch knee. |
|
|
|
|
|
|
|
Double Crunch
1. Lie back onto floor or bench with knees bent and hands behind head. Keep elbows back and out of sight. Head should be in a neutral position with a space between chin and chest.
2. Start position: Hands behind head and knees bent at 90 degrees.
3. Leading with the chin and chest towards the ceiling, contract the abdominals and raise shoulders off floor or bench. During the crunch, also bring knees towards chest.
4. Return to start position.
5. Remember to keep head and back in a neutral position. Hyperextension or flexion of either may cause injury. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|