|
Dalam buletin utama semalam, sebanyak 138 buah sekolah baru akan dibuka tahun depan . Siapa yang kata cikgu adalah nothing tu, bersedialah menghadapi kenyataan yang sebenar.
Kita masih memerlukan lebih ramai guru. Guru sangat bererti untuk mendidik anak bangsa kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bajak_345 at 4-12-2004 07:53 AM:
Dalam buletin utama semalam, sebanyak 138 buah sekolah baru akan dibuka tahun depan . Siapa yang kata cikgu adalah nothing tu, bersedialah menghadapi kenyataan yang sebenar.
Kita masih memerluka ...
:setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
1)Bolehkah kita sebagai guru membuang guru yang tidak kita senangi ?
boleh
2)Adakah pengetua mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seorang guru?
boleh
3)Bolehkah kita sebagai guru menghasut org lain untuk memboikot rakan sejawatan walaupun kita tak sehaluan dengannya?
menghasut tak bleh.. tapi menyingkirkan beliau tu .. boleh
kan malaysia boleh.. ? kenape cikgu2 tak boleh?
di mana ade kemahuan di situ ada jalan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bajak_345 at 2004-12-4 07:53 AM:
Dalam buletin utama semalam, sebanyak 138 buah sekolah baru akan dibuka tahun depan . Siapa yang kata cikgu adalah nothing tu, bersedialah menghadapi kenyataan yang sebenar.
Kita masih memerluka ...
mmg la ... sekolah nak bukak mesti nak ade isi ... dan ini termasuk guru dan pelajar ... simple concept .. ade permintaan ngan ada tawaran ..
kita perlu guru ... tapi bukan guru2 yg kurang berkualiti .. banyak ilmu tapi tak pandai nak sampaikan ...
konsep guru di dalam alam pendidikan adalah sebagai mediator.. facilitator ...
bukan sahaja berilmu .. tetapi tahu bagaimana menyampaikan dengan berkesan dan kreatif.. sape kata perkara ni senang ... pandang mmg tugas guru ni sukar ... dan ini la sebenarnya berlaku... dah la sukar guru2 yg sedia ada ni bijak gile la pulak dalam bab menyenangkan diri sendiri. Ni la yg sebenarnya berlaku kat hampir kesemua guru2 seluruh malaysia. Tidak kurang la pulak yang rasa diorang pandai sangat mengajar .. pade hal hampeh. Pastu mendabik dada la pulak bila ada anak murid yg berjaya... padehal cuma paling kuat pun 5% je sumbangan guru berkenaan kepada kejayaan anak murid berkenaan.
Tidak kurang guru2 yg tersangat iklas mengajar ... kat sekolah ajar budak lebih kurang .. tetapi anak2 murid yg join kelas tuisen kat umah dia .. ajar bagai nak rak.
Isu ni takkan selesai punya la .. so takyah arr buang masa bincang isu ni .. baik korang bincang camna nak memperbaiki mutu pengajaran |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sibel at 5-12-2004 12:51 AM:
1)Bolehkah kita sebagai guru membuang guru yang tidak kita senangi ?
boleh
2)Adakah pengetua mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seorang guru?
boleh
3)Bolehkah kita sebagai guru menghasut o ...
Ini jawapan sebenar...
Semuanya tak boleh...pengetua pun tiada kuasa mutlak menyingkirkan guru apatah lagi guru-guru yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau hanya 5% sumbangan guru atas kejayaan pelajar, dah lama sekolah-sekolah di Malaysia ditutup sebab menghabiskan duit kerajaan membayar gaji guru dan membuka sekolah tapi sejarah telah membuktikan sekolah merupakan tempat mendidik insan.Terlalu ramai yang berjaya hasil didikan guru-guru.
Siapa yang boleh menyangkal sejarah? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bakawali at 2004-12-5 08:35 AM:
Ini jawapan sebenar...
Semuanya tak boleh...pengetua pun tiada kuasa mutlak menyingkirkan guru apatah lagi guru-guru yang lain.
sebenarnya boleh bakawali ...
bila dikatakan singkir .. tidak sahaja bermakna ditamatkan perkhidmatan ... tetapi dijadikan bola dan ditendang ke sana ke mari ... ini adalah konsep singkir ... sehingga sama ada cikgu berkenaan berkelakuan baik atau menamatkan perkhidmatan sendiri ... sememangnya pengetua tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menamatkan perkhidmatan .. tetapi mempunyai kuasa membuat rekomendasi kepada jabatan untuk mengenakan tindakan tatatertib kepada penama berkenaan yang boleh membawa kepada penamatan khidmat berdasarkan alasan yang kuat ... tapi sayang kebanyakan yang mempunyai kemudahan ini tidak menggunakannya atas alasan kesian dan tidak ingin dituduh tidak berperikemanusiaan.
kalau tak jelas .. rujuk sendiri perintah am .. jangan asyik baca majalah mangga aje. Kalau jawapan ni merepek .. tak tau la .. ape jawapan yang betul. Jawapan cikgu aje yg betul kut. Maklum la cikgu .. dah sampai tahap menepati maasum |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sibel at 5-12-2004 11:03 AM:
sebenarnya boleh bakawali ...
bila dikatakan singkir .. tidak sahaja bermakna ditamatkan perkhidmatan ... tetapi dijadikan bola dan ditendang ke sana ke mari ... ini adalah konsep singkir . ...
Bagus lah kalau saudara/i dah baca perintah am ,dah pergi kursus induksi? Semasa kursus induksi saudara/i boleh dapat banyak lagi.
Pada pendapat saya, guru-guru ada tugas masing-masing ,buat apa nak menjaga tepi kain orang.Satu jari menuding pada org tiga jari balik pada diri sendiri.Guru-guru pun dah berikrar untuk menjalankan tugas yg diamanahkan, kalau ada yang tidak menunaikan janji , itu diri-sendiri yg jawab.
Guru-guru menepati tahap maasum tu saudara/i sendiri yang kata.Agaknya itulah yg bermain di fikiran saudara/i. |
|
|
|
|
|
|
|
Pesanan ikhlas kepada bakal-bakal guru...kalau nak jadi guru jangan simpan dendam pada orang lain . Tunjukkan contoh pada orang lain..lihatlah sendiri guru-guru atau rakan-rakan guru .Jarang kita berjumpa guru yang berdendam pada org lain atau mencari salah orang sahaja. Guru harus berpandangan positif. |
|
|
|
|
|
|
Jejaka-Romantis This user has been deleted
|
Originally posted by Bakawali at 2004-12-5 11:26 AM:
Pesanan ikhlas kepada bakal-bakal guru...kalau nak jadi guru jangan simpan dendam pada orang lain . Tunjukkan contoh pada orang lain..lihatlah sendiri guru-guru atau rakan-rakan guru .Jarang kita b ...
saya bersetuju: Rasulullah bersabda bermaksud: 揂pabila meninggal dunia seorang anak Adam (manusia) putuslah segala amalnya (tidak bertambah lagi kebaikan amalnya selama di dunia), melainkan dari tiga perkara. Pertama, sedekah jariah (wakaf); kedua, ilmu yang dimanfaatkan yang dikembangkannya, baik berupa dengan jalan mengajar atau susunan serta karangannya; dan ketiga, anak yang soleh yang mendoakannya." ..... |
|
|
|
|
|
|
eita This user has been deleted
|
ada yg kata hampir 70% budak kpli ni tak tahu ngajar......bagi keja asyik tolak.......berlagak kpd guru berpengalaman.....sedih haa org kata cam gitu.....betul ker?????korang ada pendapat???? bagi ler sokongan untuk bebudak kpli 2005 ni...yang sanggup tinggalkan pekerjaaan sekaranglah berusaha untuk menjadi warga pendidik yg berjaya.macam saya sendiri pernah menjadi guru sandaran selama setahun, dan sekarang kerja alhamdulillah.tetapi kalau dibandingkan nikmat menjadi guru walau gaji tak seberapa lebih bagus dari sekarang.bila bekas student call bagi tahu keputusan upsr mereka cemerlang n still contact bg tahu perkembangan study diaorg, saya rasa puas dengan hasil kerja saya.sbb itu saya mahu timba ilmu di maktab dan belajar dr guru2 berpengalaman supaya saya berupaya menjadi pendidik yg berkualiti utk melahirkan anak bangsa yg gemilang....mmg tidak dinafikan ada yg tak der keja baru sibuk nak jadi cikgu....saya sendiri pun mengakuinya sbb tu saya tak ambik pendidikan waktu di universiti dulu. kekadang kita tak tahu profession apa yg sesuai dgn kita sbb saya fikir saya ni tak pandai mengajar dan cepat marah sbb tu tak berani jd cikgu walau disokong keluarga.bila graduate tak der keja jadi cikgu sandaran setahun. mmg tak terasa sbb seronoknya di sekolah.dan sekarang dah hampir setahun sebagai pegawai teknologi tetapi kepuasan semasa di sekolah tak dapat saya nikmati di sini.saya mmg berharap pada keputusan kpli ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak.....ingatkan issue nih dah cool, nampaknya ada balik orang yang curahkan minyak.
Bukan dalam sektor pendidikan jer ada golongan camtu, mana2 bidang pekerjaan poon ada gak manusia yang perangai camtu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eita at 2004-12-14 08:34 AM:
ada yg kata hampir 70% budak kpli ni tak tahu ngajar......bagi keja asyik tolak.......berlagak kpd guru berpengalaman.....sedih haa org kata cam gitu.....betul ker?????korang ada pendapat???? bagi ...
tidak semua reti mengajar eita... kalo ko apply kpli.. good luck kat ko ... belajar dari cikgu2 yang lama ngan berpengalaman ni elok gak .. tinggal lagi hati2 arr ..bukan semua cikgu2 lama elok dan baik ilmu ngan pengalaman dier ...
bel bukan tak dapat jadi cikgu. Pak sedara bel pengarah negeri stakat nak jadi guru tak la any time tapi mudahla berbanding orang lain .. tinggal lagi bel sedar bel takde bakat dalam mengajar bebudak.. mengajar adalah sesuatu perkara yg mencabar .. dan tidak semua mampu melakukannya walaupun grad dari upsi atau maktab2 seluruh malaysia.. tapi kerjaya guru mmg menyeronokkan .. sebab kita diberi kuasa untuk membentuk dan melihat perkembangan hidup manusia. Daripada budak tu kecik .. hingga mampu memberi pendapat bernas dan bekerja untuk negara.
Ada guru2 yg diberi hidayah dan mendapat ilmu untuk menekel bebudak agar minat belajar dan minat mendalamkan ilmu... sayangnya tidak ramai guru yg ingin berkongsi pengalaman seperti itu .. sebaliknya sibuk kondem sana sini ... melancong sana sini atau berniaga avon ke cni sana sini...
ini adalah realiti komuniti guru masa kini... ada kesatuan tetapi tidak bersatu langsung.
katak kiut ni bukan menuang minyak kepada perbincangan sedia ada ...
[maaf di atas penggunaan ayat selepas ayat di atas. Ia tidak sepatutnya berlaku dan amat dikesail]
[ Last edited by sibel on 18-12-2004 at 12:48 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Iyerlah, awak tuh ada pakcik jadi pengarah negeri lah, boleh masuk ikut kabel lah kan...anytime nak jer, petik jari. Hebat! Hebat! Saya amat kagum dengan awak!
Lagi satu sibel, saya tak suka ayat terakhir awak tuh. Ini tempat untuk kita luahkan pendapat masing2, jangan nak buat kritikan kepada individu pulak! Walaupun idea awak dan saya berlainan, tapi nyata sekali saya tidak pernah menyerang awak secara individu. Kononnya profesional!
Awak yang tidak pernah menjadi guru ni, boleh pulak berlagak bijak pandai memberikan pendapat terhadap suatu profesion yang awak sendiri tidak tahu bagaimana keadaannya. Ada seorang kawan saya amat suka mengajar, amat sukakan kanak2....tapi kelemahannya, dia tidak pandai mengajar! Tiap kali habis kelas pasti dia menangis mengenangkan hal ini, sedangkan dia dah sedaya upaya berusaha untuk menjadi guru yang terbaik kepada anak2 murid2nya. Tapi kalau anak2 muridnya seperti awak, hanya pandai menghentam dan mengomel...memang malang lah nasib kawan saya tu.
Nasihat saya kepada awak, cuba dulu menjadi guru. Kemudian komenlah kalau nk komen pun. Jangan kutuk nasi yang dimasak tidak sedap, sedangkan awak belum pun makan lagi nasi tu. |
|
|
|
|
|
|
eita This user has been deleted
|
ye katak...may be gak perkara yg berlaku kat kawan awak tu berlaku kat cikgu2 sekarang......suka mengajar, ikhlas tapi cara tak kena dengan selera pelajar....inilah cabaran namanya....cikgu kena kreatif utk menarik minat pelajar..sebab tu gb saya dulu waktu saya jadi guru sandaran ajar pasal set iduksi.....pendekatan tuh bagus.....gb sekolah tuh mmg saya puji..kami 30 org guru sandaran diberi taklimat hampir setiap hujung minggu supaya kami ni faham etika perguruan,,bincang masalah,,,semua gb yg handle...sebab tu saya dah jatuh cinta dengan mengajar ni.....
dah ler tuh,,,,tak payah tuduh sesiapa..kat sini kita bagi pendapat masing2..saper yg makan cili dia terasa pedas............ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eita at 14-12-2004 08:34 AM:
ada yg kata hampir 70% budak kpli ni tak tahu ngajar......bagi keja asyik tolak.......berlagak kpd guru berpengalaman.....sedih haa org kata cam gitu.....betul ker?????korang ada pendapat???? bagi ...
Saya cuma nak beri pendapat sikit sahaja.
Guru-guru yang menolak tugas tu, kita tengok dulu apakah tugas yang dia tolak.
Kadang-kadang guru diberi tugas bukan akademik terlalu byk,bertindan-tindan sehingga terpaksa mengorbankan masa mengajar,sebab tu dia tolak.Kalau terlalu byk tugas,persediaan mengajar pun tak menentu.
Jadi berhati-hati bila menerima tanggungjawab.Guru yang bijak adalah guru yang pandai mengambil kesempatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eita at 2004-12-16 08:54 AM:
ye katak...may be gak perkara yg berlaku kat kawan awak tu berlaku kat cikgu2 sekarang......suka mengajar, ikhlas tapi cara tak kena dengan selera pelajar....inilah cabaran namanya....cikgu kena kr ...
Melampaunya sekolah ada sampai 30 guru sandaran. Memang patutlah GB awak tuh kena amik inisiatif sebab too much bebudak muda yang tak tau pasal P&P. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bakawali at 2004-12-16 11:34 AM:
Saya cuma nak beri pendapat sikit sahaja.
Guru-guru yang menolak tugas tu, kita tengok dulu apakah tugas yang dia tolak.
Kadang-kadang guru diberi tugas bukan akademik terlalu byk,berti ...
Setuju jugak dengan pendapat Bakawali, sebagai pekerja tidak mengira sektor mana pon kita kena bijak dalam pengambilan sesuatu tugasan tuh. Sebab manusia nih ada gak jenis suka tolak kerja kat orang lain utk buat. Sekali kita amik, hoh selama2nya lah kena buat kerja tuh. Dah jadi kena tindas lak.
So, kita takdelah lembu yang menerima ditarik hidungnya....menerima setiap tugasan bulat2 jer.
Tapi aku pon stuju gak, banyak gak cikgu2 yang susah sikit nak buat tugasan luar yang kena tinggalkan famili di hujung minggu. Cam pegi camping ker, tapi menda nih takdelah terjadi pada lepasan KPLI jer, lulusan lain pon ada gak.
One more, memang ada cikgu2 KPLI nih yang selalu tolak kerja bukan hapa.... tapi antara hakikat kita kena terima, ada antara dorang yang tak pernah ada working experience, so takut2 bila orang bagi responsibilty utk handle something. Ini biasanya terjadi kalau individu itu memang jenis tak aktif dari sekolah lagi. Jadi pada pandangan saya, jgn ler bg jawatan ketua terus.....guru2 lama kena lah ajar sikit2, just pegang AJK jer ke dulu. Baru diaorg boleh tgk camne guru lama buat kerja. Lama2 nanti dorang konfiden ler nk buat kerja. Insya Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by katak_kiut at 2004-12-16 12:45:
Melampaunya sekolah ada sampai 30 guru sandaran. Memang patutlah GB awak tuh kena amik inisiatif sebab too much bebudak muda yang tak tau pasal P&.
Hihihi... :bgrin:
Ex GB aku suka GSTT apatah lagi yg anak2 dara tuh!
Dia byk tendang cikgu lama and prefer GSTT.
Bkn apa sbb usually GSTT nih org2 baru dan muda2 so tak byk melawan dan tak byk tau hal sekolah.
Org yg byk melawan dan byk tau hal sekolah, dia tendang ke sekolah lain... cam aku nih!
Hihihi... :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eita at 2004-12-16 08:54 AM:
ye katak...may be gak perkara yg berlaku kat kawan awak tu berlaku kat cikgu2 sekarang......suka mengajar, ikhlas tapi cara tak kena dengan selera pelajar....inilah cabaran namanya....cikgu kena kr ...
sbb tu saya kata ... nak jadi guru .. kena ade bakat mengajar ... tak ade bakat .. jadi la macam burung kakak tua ... nada plak selaras aje .. tak ade puncak .. mendatar memanjang ...
katak kiut kawan awak .. kalau suka bebudak pun ... kalau tak ade bakat mengajar tak leh nak gi mana ... semua orang nak jadi lawyer ngan engineer .. tak pun doktor .. tapi tak semua berkemampuan untuk menjadi ape yg diingini .. agak2 tak leh nak jadi tu .. tuka bidang aje ... mungkin kaunseling kanak2 merupakan profesion yg sesuai ngan kawan awak tu ...
tak perlu nak ade phd nak tau kaca dan permata ... cuma perlu info yg cukup ngan logical thinking yg baik ...
level manusia ade beberapa ....
1. tengok aje .. dah faham .. ok tak ok
2. tengok aje .. kurang sket faham .. kene tengok beberapa kali
3. tengok aje .. tak faham2 ... tengok beberapa kali pun tak faham... kene gak buat baru faham ...
4. tengok aje .. tak faham.. buat pun tak faham ... ni la dipanggil bengap ..
saya tak nak kata apa .. ade otak guna la untuk berfikir. Dan saya tak kata saya pandai ... it doesnt take an educator to be an education minister ...
;)
satu lagi yg tak best cikgu2 ni ... perangai rebellious ... ade gak yg jadi kaki penentang ... tak ingat fungsi asas tak ingat langsung objektif menjadi guru ...
kene ingat ... guru adalah kakitangan kerajaan .. motto kakitangan kerajaan adalah "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"
Walau apa tugasan yg diberi .. jangan la menolak .. sebab ada hikmah dan tujuannya... dan sangat2 tidak setuju .. guru yg bijak adalah guru yang pandai mengambil kesempatan (sbb tu ramai guru ambik kesempatan malas2 mengajar kat sekolah pastu suuh bebudak tu ambik tuisen kat dia .. pastu baru ajar elok2 kat umah). Agak2 tak boleh menurut perintah .. berenti je jadi guru yg dibiayai kerajaan pastu join sekolah2 swasta (itu pun kalau korang layak). Orang yg memberi tugasan selalunya adalah orang atasan ... dan di dalam sekolah .. selalunya adalah guru besar atau pengetua.. mereka yg dilantik mengetuai satu unit kecil seperti itu adalah orang2 yg berpengalaman ... jangan ingat tua. Tua tua padi berisi ... muda2 awak masih ringan dan mentah ... dan saya percaya guru2 besar menerima perlantikan dengan rasa berat dan bertanggungjawab
kalau awak terasa dianiaya .. berdoalah .. sesungguhnya doa orang2 teraniaya selalunya makbul... itu pun kalau awak tak tau la tang doa orang teraniaya tu selalu makbul .. tinggal lagi lambat atau cepat.
Guru yang bijak adalah guru yang..
1. mempunyai ilmu tinggi dalam subjek yg diajarnya
2. berkebolehan menganalisa masalah pelajar secara am dan menangani dengan kaedah terpantas dan tepat
3. membahagikan masa antara keluarga, tugasan dan pelajar secara optima
siapa kata tugas guru sebenar-benar guru adalah mudah?
tetapi kita yg menjadikan ia mudah .. kerana membiarkan diri kita cuma berpegang dengan apa yang telah diletakkan atau digarispanduankan ...
dan tidak berfungsi di luar kebiasaan ...
errr katak kiut hehehe ... susah la kita cam ni ...
nak komen pasal kenaikan tol .. awak bukan pakar ekonomi .. tak de phd pun
nak komen pasal le kemerosotan prestasi bola sepak negara .. nak kata awak ade sijil jurulatih kebangsaan pun .. tak de gak ...
nak komen pasal lingkaran mmr2 ... awak tak ade sijil civil engine ..
pendek kata susah la nak komen ape2 .. sebab bagi awak .. nak komen ke ape ke kene jadi dan merasai dulu .. baru berhak nak komen ke .. nak beri pandangan ke .. ini adelah ape yg saya rasa berdasarkan penggunaan perkataan di dalam post yg lepas2 ... hmmm ... ape nak jadi labu... terjun le ngan labu2 skali .. tapi jangan bawak bebudak tu ... biar diorang yg muda sentiasa bebas melontarkan idea dan pandangan ... agar pemikiran menjadi lebih kritis dan mampu berdaya saing
[ Last edited by sibel on 18-12-2004 at 12:42 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|