|
Ning Baizura sepi sendirian
Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
NING BAIZURA
Wajah tersenyum manja, memberi pesona. Hati meronta tiada siapa yang tahu. Tahun 2007 sudah seminggu kita jejaki, bermakna kembaranya semakin bertambah jauh.
Tahun 2007, Ning bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-32, sudah agak dewasa bagi seorang wanita.
Menjejaki tahun baru ini Ning mengakui hatinya sunyi dan sepi. Ya, benar kita melihat dia sebagai penyanyi mapan yang mempunyai karier paling bagus di tahapnya, Ning mengakui jauh di dalam sanubarinya, dia sering kali berasa kekosongan.
Hidup dikelilingi wang ringgit, tersohor dan ternama, tetapi selagi alam solo belum ditamatkan, sejujurnya dia mengakui bagaikan ada kekurangan dalam kehidupannya sendiri.
Lalu siapa yang berani mengatakan, apa dikisahkan kalau artis tak kahwin, duit banyak semua ada, hidup tentu ceria bahagia.
憭Sibuk macam mana sekalipun pada penghujung hari kita pulang ke rumah juga. Jadi, bila keseorangan kita akan selalu terfikir, alangkah baiknya kalau di saat-saat ini kita ada keluarga sendiri. Ada anak, ada suami, tentu seronok sebab hidup sudah jadi lengkap,拻 katanya memulakan bicara.
Kepada Pancaindera Ning mengakui bahawa hatinya begitu menggebu-gebu untuk mencinta dan dicintai oleh seorang lelaki bernama suami pada tahun baru ini. Tetapi apakan daya, segalanya belum boleh terjawab dalam waktu terdekat.
Saat ini belum ada mana-mana lelaki yang bertakhta di hatinya, jauh sekali merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama. Fitrah kejadian wanita juga, tidak memungkinkan dia untuk bersikap 憄erigi mencari timba |
|