|
Berita Harian hari ni....
MENTUA PENTINGKAN BISNES
SAYA dan suami sudah berumah tangga selama empat tahun. Saya berumur 31 tahun manakala suami 32 tahun.
Suami saya baru bekerja sebagai pemandu treler setelah bertahun-tahun lamanya beliau bekerja secara kontrak sebagai pemandu lori kargo.
Sejak mula bekerja, beliau tidak mempunyai simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan Medisave. Ini amat membimbangkan saya.
Sebenarnya, bukan beliau tidak mahu mencari pekerjaan, tetapi ibu bapanya mempunyai bisnes katering majlia kahwin, dekor dan pelamin dan khidmat suami saya diperlukan.
Mentua saya telah menubuhkan bisnes itu tanpa menimbangkan soal pengangkutan barang-barang perniagaan mereka dan sebaliknya mengharapkan lori kargo yang dipandu suami.
Lori itu diamanahkan syarikat suami saya untuk beliau bawa pulang tetapi mentua yang mengambil kesempatan daripadanya. Sepatutnya mereka mempunyai rancangan lain seandainya suami saya dibuang kerja.
Semasa suami saya memberitahu ibu bapanya tentang pekerjaan barunya sebagai pemandu treler, suami saya dimarahi kerana ibu bapanya bimbang bisnes mereka lingkup ekoran tiada lagi lori kargo itu. Mereka enggan menyewa pengangkutan lain dengan alasan mahal.
Suami saya rasa sudah tiba masanya beliau mencari pekerjaan tetap kerana pekerjaan menjadi pemandu lori kargo itu tidak stabil, dan memandangkan saya seorang yang membayar ansuran bulanan rumah.
Gara-gara hendak sedapkan hati kedua-dua mentua, saya secara tidak langsung ikut terbabit. Ini kerana saya dipaksa suami supaya memandu lori kargonya sementara beliau memandu treler.
Ini bertujuan menutup mulut mentua saya dan saudara-maranya (mentua saya menghadapi masalah besar dengan adik-beradiknya gara-gara gaji katering).
Dengan penglihatan yang tidak jelas (saya rabun teruk), saya terpaksa menanggung risiko semasa memandu lori kargo itu.
Saya terpaksa menurut kata suami walaupun saya tahu saya sentiasa dalam bahaya semasa di jalan raya.
Saya amat kesal dan marah dengan sikap ego mentua saya. Kami rasakan seolah-olah kami telah diperalatkan demi kepentingan mereka sahaja.
Bayangkan juga, setiap kali kami merancang bercuti ke luar negara, kami harus memikirkan soal bisnes mentua saya itu dahulu. Aneh kan?
Apa harus saya lakukan untuk mengatasi masalah yang membelenggu kami ini?
Dilla |
|
|
|
|
|
|
|
KES BANTU SUAMI ROGOL ANAK
ISTERI KETIGA DIJANGKA AKUI SALAH
Oleh
Khalid Khamis
ISTERI ketiga lelaki yang melakukan sumbang mahram terhadap anak-anaknya dijangka membuat pengakuan bersalah terhadap tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya itu.
Wanita 41 tahun itu dikenakan enam tuduhan membantu suaminya merogol anak-anakya tetapi dia memohon agar tuduhan dikurangkan kepada satu saja. Namun, dalam sidang sebelum perbicaraan (PTC) yang singkat semalam, dia menerima tawaran pendakwa raya agar mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan.
Peguamnya, Encik Wee Pan Lee, meminta agar kes itu ditangguhkan untuk memberinya masa bagi menyiapkan hujah meminta dikenakan hukuman ringan. Isteri ketiga itu, bersama isteri pertama, 37 tahun, dan kedua, 38 tahun, dituduh bersubahat dengan memujuk anak perempuan mereka agar menyerahkan tubuh mereka kepada ayah mereka.
Isteri pertama dan kedua dibebaskan dengan ikat jamin $5,000 setiap seorang, manakala isteri ketiga $10,000.
Suami mereka, 45 tahun, sedang menjalani hukuman penjara 32 tahun dan sebat maksimum 24 kali sejak April lalu kerana merogol lima anaknya antara Disember 2003 dan Jun 2005. Perbuatan itu dilakukan dalam biliknya di salah sebuah flat keluarga itu di Woodlands.
Lelaki yang pernah digelar 'ustaz' itu mempunyai 10 orang isteri, empat isteri sah dan enam lagi dinikahi secara mutaah. Dia mempunyai 33 anak lelaki dan 33 anak perempuan.
Kes tiga isterinya itu akan didengar lagi 7 Mac ini. |
|
|
|
|
|
|
|
KES BUNUH NONOI: AYAH TIRI DIBICARA MULAI 26 FEB
KES Nonoi, budak perempuan dua tahun yang mati dipercayai dibunuh oleh bapa tirinya, akan didengar di Mahkamah Tinggi mulai 26 Februari.
Pihak pendakwa raya dijangka mengemukakan 49 orang saksi dan 277 bukti dalam perbicaraan yang akan berlangsung selama 10 hari.
Mohammed Ali Johari, 30 tahun, seorang pekerja penghantaran, dituduh membunuh No noi antara 3 petang dengan 6 petang di flatnya di Pipit Road pada 1 Mac lalu.
Nonoi, atau nama sebenar Nur Asyura Mohamed Fauzi, dipercayai mati lemas akibat mukanya dibenam dalam air di flat itu.
Dalam sesi perbicaraan awal semalam, pihak pendakwa raya mengemukakan bukti bukti awal untuk memfailkan tuduhan rasmi terhadap tertuduh.
Pendakwa raya, Encik Tan Wee Soon dan Encik Christopher Ong, juga akan bergantung pada keterangan pakar patologi, penyiasatan polis, anggota keluarga tertuduh dan kenalannya dalam perbicaraan tersebut.
Mohammed Ali semalam kelihatan te nang di kandang tertuduh dengan tangan dan kakinya digari.
Keluarganya diberi masa untuk bertemunya selama 10 minit selepas sesi itu.
Antara mereka yang hadir semalam adalah isterinya yang juga ibu kandung Nonoi, Cik Mastura Kamsir, 22 tahun; dan ibu bapanya yang menjaga Nonoi, Encik Johari Mohd Yus, 59 tahun, dan Cik Fatimah Yusoff, 50 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iansuryani at 26-1-2007 08:30 AM
KES BANTU SUAMI ROGOL ANAK
ISTERI KETIGA DIJANGKA AKUI SALAH
Oleh
Khalid Khamis
ISTERI ketiga lelaki yang melakukan sumbang mahram terhadap anak-anaknya dijangka membuat pengakuan bersa ... berapa kali lah nak bicara.. gantung semua sudah lah :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iansuryani at 26-1-2007 08:30 AM
KES BUNUH NONOI: AYAH TIRI DIBICARA MULAI 26 FEB
KES Nonoi, budak perempuan dua tahun yang mati dipercayai dibunuh oleh bapa tirinya, akan didengar di Mahkamah Tinggi mulai 26 Februari.
Piha ...
tali gantung satu!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by miezarra_27 at 25-1-2007 05:14 PM
Berita Harian hari ni....
MENTUA PENTINGKAN BISNES
SAYA dan suami sudah berumah tangga selama empat tahun. Saya berumur 31 tahun manakala suami 32 tahun.
Suami saya baru bekerja sebagai pe ...
seram nye!!...
ni cerita betul ke cerita olok2... tak logik ada manusia2 cam gini |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iansuryani at 24-1-2007 08:31 AM
BEKAS KONSTABEL CISCO DIJEL KERANA CURI
Oleh
Khalid Khamis
SELEPAS menjalani beberapa sidang sebelum perbicaraan (PTC) dan hukuman ditangguhkan, tertuduh, seorang konstabel Cisco, berulang ...
ni yang mamat bila kena tahan tu dia cakap " watch out i am a policeman tu kan " |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iansuryani at 26-1-2007 08:30 AM
KES BUNUH NONOI: AYAH TIRI DIBICARA MULAI 26 FEB
KES Nonoi, budak perempuan dua tahun yang mati dipercayai dibunuh oleh bapa tirinya, akan didengar di Mahkamah Tinggi mulai 26 Februari.
Piha ...
ala...topik nonoi dah kena basuh ngan admin la......................
takpe takpe bleh bukak topik baru |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 26-1-2007 10:20 AM
seram nye!!...
ni cerita betul ke cerita olok2... tak logik ada manusia2 cam gini
Ni salah satu kisah betul yang berlaku di kalangan masyarakat Melayu di Sgp...
Penyakit mengambil kesempatan atas orang lain demi kepentingan sendiri..
Kes pijak kepala orang...
Cekek darah punya orang...:ketuk:
macam2 la..yang sewaktu dengan nyer... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by miezarra_27 at 26-1-2007 10:41 AM
Ni salah satu kisah betul yang berlaku di kalangan masyarakat Melayu di Sgp...
Penyakit mengambil kesempatan atas orang lain demi kepentingan sendiri..
Kes pijak kepala orang...
Cekek d ...
aku paham kalo setakat kawan, strangers biasa la...
taruk pasir kat periuk nasik orang, hasut menghasut , fitnah , buat cerita, pecah amanah, tipu duit
tapi ni kan, anak menantu, takkan ngan family sendiri pun nak abuse just untuk keuntungan sendiri pe..
tapi aku not surprise...aku know someone, mak bapak dia joli gi holiday, pakai kredit kad anak..
now anak dia hutang bank ribu2.... just pasal mak bapak gi holiday joli |
|
|
|
|
|
|
|
RAJA SATE TUTUP KEDAI
Singapore Satay Club terpaksa pindah sebab pusat beli-belah akan dibangun semula susuli tukar milik
Oleh
Fadilah A.majid
SATAY Club di Sembawang Shopping Centre yang boleh disifatkan sebagai 'tugu' cinta usahawan sate, Encik Mohamed Raffi Bashir, dan isteri beliau, Cik Jalilah Surip, terpaksa ditutup tidak lama lagi.
Encik Raffi, yang lebih dikenali sebagai Raja Sate Sembawang, berkata beliau dan ramai lagi penyewa di pusat membeli-belah itu telah diberi notis dua bulan untuk berpindah ke tempat lain pada awal Mac ini.
Difahamkan pusat itu, yang dimiliki oleh pemaju hartanah CapitaLand, akan dibangunkan semula.
'Kami tiada pilihan lain selain menutup perniagaan ini.
'Dalam masa yang singkat ini, sukar untuk mendapatkan tempat yang sesuai bagi memindahkan Satay Club ini,' ujar beliau kepada Ekoniaga.
Baru tahun lalu syarikatnya membelanjakan lebih $70,000 untuk mengubah suai Satay Club tersebut.
Menurutnya, CapitaLand menawarkan beliau tempat di tingkat tiga pusat membeli-belah itu selepas ia diubah suai tetapi pada kadar sewa enam kali lebih tinggi daripada yang dikenakan sekarang.
'Pada kadar sewa baru itu, kami sedar sukar untuk meneruskan perniagaan kami kerana ia bermakna penjualan harus bertambah enam kali ganda juga. Selain itu, kami perlu mengeluarkan $1.5 juta lagi untuk mengubah suai tempat tersebut,' ujarnya lagi.
Pada masa ini, beliau membayar $11,000 bagi sewa bulanan di Satay Club yang bersebelahan pusat membeli-belah itu.
Namun, difahamkan, beliau perlu membayar lebih $60,000 sebulan bagi memindahkan niaganya di tingkat tiga bangunan kompleks baru tersebut pada harga $7 satu kaki persegi (psf) bagi kawasan seluas 9,000 kaki persegi.
'Kami hampa kerana tidak dapat meneruskan perniagaan di situ setelah enam tahun menjalankan niaga di sana.
'Kami telah lalui masa-masa sukar pada awal perniagaan dan ia baru menunjukkan kemantapan dan kami kini terpaksa menutupnya pula,' ujar beliau lagi.
Encik Raffi telah menyewa tempat itu menerusi pemilik lama kawasan itu sejak enam tahun lalu.
Beliau dan isterinya telah berkecimpung dalam dunia sate sejak dua dekad lalu. Beliau bermula hanya dengan gerai kecil di sebuah kedai kopi di Yishun dalam 1984.
Selain menjual sate menerusi kilang satenya, Jalilah's Sate Solo, beliau juga membuka dua lagi syarikat yang mengendali gerai air dan makanan Barat di situ, di bawah syarikat Global Food Management dan sebuah lagi syarikat Royal Halal pula mengendalikan gerai makanan Cina dan India di Satay Club itu.
Beliau akui bahawa perniagaan di kawasan itu ada turun naiknya. Namun, secara keseluruhan, ia masih menguntungkan kerana para pelanggan di kawasan itu sudah kenal dengan jenama Singapore Satay Club.
Diminta mengulas, jurucakap CapitaLand mengesahkan ia telah memberikan notis kepada para penyewa di kawasan itu pada Disember lalu bagi membangunkan semula pusat membeli-belah itu.
CapitaLand, menerusi anak syarikatnya, CapitaMall Trust (CMT) telah membeli pusat membeli-belah Sembawang itu pada harga $78 juta bagi tempoh sewa 999 tahun, tahun lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by miezarra_27 at 26-1-2007 11:09 AM
RAJA SATE TUTUP KEDAI
Singapore Satay Club terpaksa pindah sebab pusat beli-belah akan dibangun semula susuli tukar milik
Oleh
Fadilah A.majid
SATAY Club di Sembawang Shopping Centre y ...
kesian lak eh...sampai 6 kali ganda sewa naik.. |
|
|
|
|
|
|
|
PELIK AL-IRSYAD MINTA DERMA, MUHAMMADIYAH BERI RESIT
PADA malam 17 Januari lalu, saya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa menjadi wakil Madrasah Al-Irsyad dan bertujuan memungut derma bagi madrasah itu.
Dengan ikhlas saya bersetuju dan beliau berjanji akan menghantar seorang wakil untuk membuat pungutan pada esoknya. Saya sempat bertanya dari manakah beliau mendapat nombor telefon saya, lalu dijawabnya daripada 'pusat data'.
Esoknya, wakil yang dijanjikan datang untuk memungut derma tetapi yang memeranjatkan adalah resit yang diberi adalah daripada Persatuan Muhammadiyah Singapura.
Saya rasa seolah-olah tertipu. Isteri saya menyatakan bahawa temannya mengalami perkara serupa.
Persoalan saya adalah pertama, apakah benar Madrasah Al-Irsyad mewakilkan Persatuan Muhammadiyah untuk membuat pungutan itu?
Kedua, manakah sumber 'pusat data' itu dan kenapa data seperti itu boleh dipindahkan daripada satu pihak kepada yang lain?
Ini adalah kerana saya juga ada menerima panggilan serupa, iaitu dengan tujuan serupa, tetapi daripada beberapa persatuan lain.
Saya benar-benar berharap ada pihak dapat menjelaskan perkara yang mengelirukan ini.
Muhammad Nasir Jayani
dah naik bosan dgn panggilan sebegini...
selagi tak kasi, selagi tu dia telefon..
bukan aku lokek, tapi almost hari thursday & friday dorang call..
kalau kita cakap tak nak derma, caller hempas telefon.. jalan lah lu |
|
|
|
|
|
|
|
Forum : 27 Januari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
REAKSI PERIHAL LAPORAN KES JENAYAH DI JOHOR
LAPORAN MEDIA SEIMBANG, TIADA YANG TERSIRAT
SAYA ingin perbetulkan teguran Encik Mohamed Mansor Abdul Rahman, Presiden Asian Watch, berkaitan suratnya bertajuk Badan: Warga S'pura boleh elak jenayah di Malaysia (BH, 20 Januari) dari perspektif seorang pembaca tiga akhbar setempat.
Terdapat tiga perkara dalam surat beliau.
Pertama, surat itu menggambarkan akhbar-akhbar di Singapura sengaja melaporkan mangsa jenayah melibatkan warga Singapura di Johor dengan tujuan mengelirukan warga Singapura.
Kedua, akhbar di Singapura seolah-olah menyalahkan pihak berkuasa di Malaysia.
Ketiga, beliau juga menegur 'kecuaian' warga Singapura kerana 'memberi peluang' untuk penjenayah mengambil peluang bertindak.
LAPORAN JENAYAH
Sebagai pembaca, saya dapati akhbar-akhbar Singapura melaporkan kisah jenayah di pelosok dunia, bukan hanya di Johor atau di Malaysia.
Pendedahan begini akan membuka minda pembaca sebagai cabaran menghadapi liku-liku hidup.
Secara peribadi, saya mendapati laporan di akhbar Singapura seimbang dan objektif dan tiada andaian atau cuba menyalahkan mana-mana pihak jika berlaku insiden melibatkan warga Singapura di Malaysia.
Dalam surat yang sama Encik Mohamed Mansor ada menekankan supaya warga Singapura berhati-hati semasa berada di seberang tambak.
Namun bukankah itu juga peranan media massa Singapura - menasihati dan menjaga keselamatan setiap warga Singapura dengan menyiarkan laporan jenayah itu?
Ini supaya orang ramai dapat menjadikannya sebagai satu iktibar.
Kalau laporan itu mengenai mangsa yang datang dari Singapura, tujuan dan motifnya adalah sama, seperti nasihat Encik Mohamed Mansor.
Sebagai pembaca, saya tidak pernah keliru malah saya sering berwaspada sama ada di Singapura, Malaysia atau di rantau lain.
KECUAIAN PELAWAT WARGA SINGAPURA
Mungkin terdapat kecuaian pelawat Singapura. Mungkin juga penjenayah di seberang tambak tidak menyasarkan aktiviti jenayahnya terhadap pelawat warga Singapura.
Tetapi bagaimana pula pelawat yang berkenderaan ke seberang tambak? Mereka meletak kereta di tempat yang betul dan ada kalanya di khalayak ramai.
Tetapi malangnya mereka pulang ke Singapura tanpa kenderaan mereka. Apakah ini juga berpunca daripada ke cuaian mereka?
Mungkin ada baiknya jika laporan mengenai isu-isu di atas didapatkan melalui pembacaan akhbar Singapura, supaya teguran yang kononnya laporan akhbar Singapura tidak betul, tidak akan timbul.
Sebagai pembaca The Straits Times, Berita Harian dan Business Times, secara peribadi, saya tidak pernah dikelirukan kerana semua laporan akhbar Singapura berbentuk objektif dan tidak ada 'udang di sebalik batu', seperti yang tersirat dalam surat Encik Mohamed Mansor.
Saya percaya begitu juga dengan warga negara Singapura lain. Sebagai bukti, masih ramai warga Singapura melawat sanak saudara dan sahabat handai di seberang tambak.
Tidak kurang yang melancong dan bercuti di Malaysia semasa musim cuti persekolahan di Singapura.
Sapii Haji Kasamin
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Forum : 27 Januari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
AKUR KES JENAYAH, AZAM ATASI MASALAH
SAYA merujuk kepada surat Presiden Asia Watch berkaitan laporan media massa Singapura.
Saya warga Malaysia yang menetap di Singapura sebagai penduduk tetap dan berasa malu dengan kes-kes jenayah yang sering berlaku di Johor Bahru.
Tidak seperti Asia Watch, saya akur dan terima hakikat kes-kes jenayah yang dilaporkan di media massa.
Malah, saya berpendapat bilangan yang disiarkan itu hanya segelintir daripada jumlah sebenar.
Saya yakin banyak kes-kes rompakan yang membabitkan warga Singapura tidak dilaporkan di akhbar kerana mangsa malu dan tidak kuasa membuang masa.
Untuk pengetahuan umum, saya sendiri menjadi mangsa rompakan di Johor sebanyak dua kali.
Kes pertama, beg saya dipotong dengan pisau tanpa disedari semasa berada di kawasan membeli-belah, dan kes kedua semasa saya dalam kereta Singapura dengan penyamun merampas barang saya setelah kononnya berlaku kemalangan.
Dalam perkara ini, pencegahan dan tindakan berkesan adalah faktor utama yang dapat menangani kes rompakan di Johor Bahru.
Saya ingin berikan beberapa usulan:
1. Satu pencegahan paling berkesan adalah warga Singapura berhenti memasuki Johor selagi jalan raya negeri itu masih berleluasa dengan penyamun atau selagi kerajaan Johor tidak memberi respons tegas untuk menangani masalah penyamun. 2. Semua lampu jalan raya asas dan utama di Johor perlu dihidupkan supaya keadaan lebih terang dan mengurangkan kemungkinan menjadi mangsa jenayah. Kadangkala ada tiang lampu tetapi lampunya tidak menyala. 3. Terlalu ramai anggota polis meronda di kawasan bandar Johor Bahru sahaja, tetapi kurang di kawasan pinggiran bandar. Sebaiknya, rondaan diluaskan ke kawasan pinggiran bandar supaya penyamun dapat mengambil kesempatan akan ketiadaan polis. Adakan pondok polis di setiap pusat beli-belah utama. Tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia dan saya berharap segigih mana pihak kerajaan mahu menambat hati pelancong untuk datang ke Malaysia, begitulah juga dengan tekad untuk menangani masalah jenayah di situ.
Jika tidak, saya khuatir kes-kes jenayah akan berleluasa dan akan mencemar nama baik negara dan memberi kesan buruk khususnya kepada industri pelancongan dan runcit Johor.
Mungkin Asian Watch dapat melakukan kajian sebelum membentangkan alasan defensif yang hanya menjatuhkan maruah dan imej Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia yang bermastautin di Singapura, kami cukup peka dengan kemajuan Malaysia dan mengharapkan kemajuan yang lebih pesat di kawasan selatan supaya sapat sama-sama makmur bersama Singapura.
Sharifah Sehah Syed Hamid
|
| |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 27-1-2007 12:04 PM
dah naik bosan dgn panggilan sebegini...
selagi tak kasi, selagi tu dia telefon..
bukan aku lokek, tapi almost hari thursday & friday dorang call..
kalau kita cakap tak nak derma, caller hempas telefon.. jalan lah lu
selalunya bila dorang tipon, dorang akan cakap utk pertubuhan mana dorang punggut derma....so..
lain kali kalau terima panggilan begitu, cakap alhamdulillaah la cik tipon, kami tengah sesak na sekarang, harap2 cik dapat la bantu kami apa yg boleh. Kalau nak lebih berkesan, tangkap feeling, pastu nangis esak2 cakap baby saya dah brapa hari tak makan....
for every $10 yg dorang collect.....yg sampai pada pertubuhan atau masjid lebih kurang $ 6 jer...yg lebih tu utk wang pentadbiran...komisen org yg punggut, belanja percetakan
...and don't be surprise kalau hari ni dorang tipon....besok dorang driving dtg collect... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fatz at 27-1-2007 01:59 PM
selalunya bila dorang tipon, dorang akan cakap utk pertubuhan mana dorang punggut derma....so..
lain kali kalau terima panggilan begitu, cakap alhamdulillaah la cik tipon, kami tengah sesak n ...
sama dialog laki aku.. kalau dorang tefon cakap kita pun nak register nama sebagai orang yg memerlukan...
yg selalu tefon:
persatuan sembawang
persatuan bedok
muhammadiyah
muslim kidney foundation |
|
|
|
|
|
|
|
Source : The Brunei Times
Who's got a gig at Hard Rock?
Shafiyi Azahari
BANDAR SERI BEGAWAN
28-Jan-07
SIX young Bruneians who call themselves D'Madley will have their first overseas gig today in a five-day music festival in Singapore.
And this is not an ordinary jamming session for the young band from Kuala Belait. They will be sharing the stage with nine other bands from Southeast Asia that Hard Rock Cafe{aac} Singapore selected for the festival called Asean Rocks.
Their band manager, Encik Wahab, said the band's participation in the festival, which celebrates the 40th anniversary of the Association of Southeast Asian Nations, is a welcome development for Bruneian musical talent.
"Brunei has an immense pool of talented people which is not discovered, it's hidden. We need to bring them (out for the public to appreciate and nurture) tremendous interest from people in their 20s," Wahab told The Brunei Times.
"Wahab informed us three days after the audition that we were selected out of the nine best bands in Brunei," said Steve, the group's keyboardist and male vocalist.
Drummer Ewan said they were surprised at their selection as they had not expected such an opportunity would come their way.
They all said that they received support and words of congratulations from friends and family.
"Alhamdulillah, they all gave a lot of support to us all and told us to do our best and congratulated us for the selection," lead guitarist Pojee said.
They said it was also a big responsibility to represent Brunei and performing among established groups and singers in the region.
D'Madley will perform cover songs and will be given a time slot of 45 minutes to play 10 songs.
While band members are glad to be given the opportunity to perform outside Brunei and at a venue, Hard Rock Cafe{aac}, frequented by pop and rock music lovers, they are aware of their struggle in the local market.
"Anyone of us here would like any other songs from abroad, but why not (patronise) local musicians?" Steve asked.
Ewan added that Bruneian pop music groups always have to fend off criticisms from locals.
Their manager, Encik Wahab, said the band is registered under Dream Catcher Music Workshop, a music company based in Kuala Belait which aims to develop local talent.
Other members of the band are sisters Liza and Kyona, vocalists, and Adek who plays bass guitar.
"One of the objectives of the company is to develop musical talent in Brunei and it also (provides) a good opportunity to see how they can further develop, together with well established artists," Wahab said.
Singapore's Ministry of Foreign Affairs is organising the event together with Hard Rock Cafe{aac} Singapore.
The music workshop's manager, Linda Wahab, said that band members have skills in musical instrument which is already "incredible", and this would be much more improved if there was support from Bruneians.
A representative from Kristal FM, deejay Faris, said that the radio station and Hard Rock Cafe{aac} Singapore have jointly undertaken projects.
"I'm happy for them, they have been practising ever since (their selection). A representative from Hard Rock Cafe{aac} Singapore was here to see for themselves who they wished to select," Faris said.
Twice a week, band members rehearse for two hours in preparation for the festival.
Other bands that will perform at the festival include Bamboo from Manila, Wicked Aura and Electrico, both from Singapore. The event is also as a stage for raising awareness about the region's musical talent. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapore Minister Visits Seameo Voctech Centre
By P Marilyn
Bandar Seri Begawan - Singapore's Minister of Education, Mr Tharman Shanmugaratnam, also Council President of SEAMEO, yesterday made an official visit to the SEAMEO Voctech Regional Centre in Gadong.
On hand to welcome him was the Director of SEAMEO Voctech Regional Centre, Mr. Mohamad Abu Bakar.
In his welcoming remarks, the Director spoke of the roles and activities carried out by SEAMEO Voctech Regional Centre in training Southeast Asian lecturers, teachers and administrators in the field of vocational and technical education and training (VTET) as well as conducting research and consultancy and disseminating information on VTET to SEAMEO Centres and other institutions within and outside the region.
"Since 1991 up to December 2006, SEAMEO Voctech has trained 10,984 participants, including Singaporean teachers and VTET staff," said the Director.
"Our recent research project consists of the Skills Recognition Arrangement for Indo-China countries. At present, we are coordinating with the Governing Board Members, regarding a research network project with a funding support from the Netherlands Government. The total amount of the grant is more than 500,000 US dollars.
"This three-year project from January 2007 to December 2009 will also be geared towards capacity-building programmes benefiting Southeast Asian participants and beefing up the centre's ICT infrastructure," added the Director.
During his visit, Mr Tharman Shanmugaratnam also spearheaded the launching of ICT Accredited Training Programmes followed by the officiating of SEAMEO Voctech's Information and Communications Technology, Creativity and Innovation Centre.
Also present at yesterday's event was Singapore High Commissioner to Brunei, Mr Joseph K H Koh. -- Courtesy of Borneo Bulletin |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|