|
Hikayat Nabi belah bulan..ade bukti arkeologi!
[Copy link]
|
|
Reply #44 goldraja's post
Aku dapat pun dari buku pelajaran tauhid sekolah agama aku dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #46 alphawolf's post
Aku dapat pun dari buku pelajaran tauhid sekolah agama aku dulu...
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum...
Rasenye memang mcm 2 kot..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chocolate_bun at 14-10-2007 01:52 PM
rupa nya malam sebelum tu, puteri raja telah bermimpi.. di datangi sorang lelaki yg mengajar nya mengucap.. jika dia memeluk agama muhd, Allah akan mengembalikan anggota dia yg cacat tu.. puteri setuju.. tiba tiba bila dia bangun, benar lah tangan & kaki dia sudah ada.. dan dia tidak buta..
hehehe..mengingatkan aku sebuah cerita dalam kitab Sejarah Melayu. cerita macam mana Raja Melaka : Raja Kecil Besar masuk islam..melalui mimpi jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #50 HangPC2's post
loh, Raja Tengah ke? bukan Raja Kecil Besar.. aiseh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #41 goldraja's post
rasanya tulang sbb dalam tulang ada sum2..manusia yg mati-------------yg lain akan reput kecuali tulang...gigi pun tak reput....dan ini melibatkan tulang...tapi biosel nieh pun mungkin berasal dari tulang sendirik...hawa sendri dicipta dari TULANG RUSUK ADAM...jd biosel manusia tuh adalah tulang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #52 remizati's post
|
|
|
|
|
|
|
Kerala dengan kedudukannya yang stategik di pantai Barat India menggalakkan pengaruh yang berterusan dari negeri Arab dan Barat. Pantai Malabar telah ada hubungan perdagangan Negara Timur Tengah dan Greece dari zaman dahulu lagi. Kodungallur yang pada masa itu dikenali sebagai Muziris merupakan pelabuhan utama Malabar ketika itu. Oleh yang demikian tidaklah menghairankan kalau dikatakan bahawa Islam telah dibawa ke situ oleh pedagang Arab pada masa hayat Nabi Muhammad SAW lagi.
Ahli sejarah masih belum bersependapat tentang masa sebenar Agama Islam mula sampai ke tanah Malabar. Walau bagaimanapun ramai diantara mereka telah menerima legenda Cheraman Perumal sebagai sebahagian dari sejarah.
Perumal adalah pemerintah dinasti Chera .Terdapat perbezaan pendapat samada mereka dipilih oleh ketua kerajaan-kerajaan lain, dipilih oleh Orang Brahmin, atau oleh wakil Raja-raja Chola atau Pandiya. Mereka mulanya dipilih untuk 12 tahun tetapi kemudiannya untuk masa yang lebih lama.
Cheraman Perumal adalah pemerintah terakhir kerajaan Chera. Setelah itu ianya berpecah dan diperintah secara berasingan. Ini dikatakan telah berlaku antara kurun ke 7 dan 9 atau kurun ke 12 mengikut cerita yang lain.
Raja Ceraman Perumal telah menerima sepucuk surat dari Rasulullah SAW pada tahun Masehi 628, yang menjemput beliau memeluk agama Islam. Raja tersebut kemudian telah mengembara ke Mekah dan memeluk agama Islam di hadapan Rasulullah SAW sendiri. Nama Islam beliau ialah Tajuddin. Beliau merupakan orang Malabari pertama yang memeluk agama Islam.
Menurut Sheikh Zainuddin Al Malbari, Cheraman telah membahagikan negerinya ke 12 bahagian sebelum berlepas ke Mekah.
Beliau dikatakan telah meninggal dunia pada tahun 10 hijrah di Shakar Mukhalla di Yaman semasa dalam perjalanan pulang
Sources : http://e-malabari.net/historym113.shtml
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 11-4-2010 12:02
BILA BULAN MUNCUL
OLEH ASAL TURABIY
Namanya Raja Chakrawati Farmas. Sebenarnya ini kisah tradisi lama dari daerah Malabar, India. Cerita ini juga ada ditulis dalam hadith yang diriwayatkan dari sahabat Nabi, antaranya dari Abu Said al Khudri. Satu malam Raja Chakrawati telah menyaksikan peristiwa bulan terbelah, malam ketika Nabi membelah bulan. Raja sendiri telah lama belajar dari kitab-kitab bahawa seorang Nabi akan diutuskan dari Semenanjung Arab. Menyaksikan kejadian yang ajaib ini, Raja Chakrawati tahu yang masanya telah tiba. Segera Raja menyerahkan takhta kerajaan kepada anaknya dan menyediakan peralatan belayar untuk pergi menemui Rasulullah. Sepanjang perjalanan Raja Chakrawati telah berhenti di Koylandi, kemudian di Dharmapatnam dan berhenti di situ selama 3 hari. Kemudian barulah Raja meneruskan perjalanan ke Shahr Muqalla. Raja masuk Islam di tangan Rasulullah sendiri. Setelah mendapat hidayah, Raja berhasrat untuk berdakwah di negerinya. Rupanya, Allah lebih sayang pada pencinta kebenaran ini. Sebelum sampai di Malabar, Raja Chakrawati mangkat di pelabuhan Zafar di Yaman, di mana batu nisan Raja India masih lagi dilawati orang sejak berkurun zaman.
Sources : http://bravopro67.blogspot.com/2007/04/bila-bulan-muncul.html
|
|
|
|
|
|
|
|
ada bukti arkeologi kerr takde bukti kerr... hamba tetap percaya yang Rasulullah pernah membelah bulan.... kerana ianya ada diceritakan di dalam Al-Quran.... |
|
|
|
|
|
|
|
heran jugak..macam mana amerika boleh ke bulan tahun 1969 sedangkan PC 286SX baru dicipta tahun 1988.
masa tu mana ada computer yg canggih pon |
|
|
|
|
|
|
|
ilmu DIA Maha Luas..tak terjangkau akal hambaNya yg daif mcm kita2 ni..tiada yg benar melainkan yg benar2 belaka kisah bulan terbelah dua..sbg hambaNya aku menerima kejadian itu sbg salah satu lambang KekuasaanNya yg Maha Gagah..amin |
|
|
|
|
|
|
|
Pertama sekali aku kurang setuju tajuk thread nih lah
"HIKAYAT" nabi membelah bulan
maksud hikayat neh macam lebeh kurang mitos.. cerita yg ditokok tambah saje...
padahal kejadian kisah ini kita yakin pekara benar2 terjadi. |
|
|
|
|
|
|
|
urmm..
orang kapir taw islam tu benar..
tp membutakan mate... |
|
|
|
|
|
|
| |
|