CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cguct1970

SEMBANG ORANG MUO (2)

[Copy link]
Post time 14-12-2007 09:58 AM | Show all posts
Aseela...tu bukan ucapanlah...mandai jer ko.kalo tak silap aku tu semua bagus untuk pasangan yang baru berkahwin..lagi2 untuk pengantin perempuan yang akan menempuah alam baru.bacaan untuk mak pengantin perempuan tu lagi bagus..ade ke patut ko kata lawak!tak patuttt!!!! bende tu semua kalo ko baca dan dengar dengan betul..tangkap leleh tak hengat tau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2007 10:37 AM | Show all posts
kod, apa cite banjir ari ni....

muhyidin yasin semalam p melawat pagoh ngan kampung jawa.

pastu kat tv3 malam tadi tunjuk gambo keta kebal kat bukit kepong dah tinggal separuh. umah akak tak tau le apa jadi. barang dah ditinggikan sampai atas kepala. pastu, semua adik beradik balik le umah masing2 sebab orang tua kat mekah.
akak sedih la kod. taun lepas akak dah abis beribu belikan mak perabot baru. kalau jahanam lagi, tak tau le nak nolong macamana taun ni. dah le cikgu takde bonus.

semalam tanya paman akak, dia kata umah kat jalan beso dah sampai lantai. kalau macam tu umah akak kompem dah lepas tingkap sebab umah akak kat bahagian belakang, lebih rendah.

musim banjir ni kod tau tak sapa yang seronok...kalau kat kampung akak golongan yang paling seronok bila banjir adalah ketua kampung ngan ajk banjir.

ni akak nak lepaskan geram ni....

bantuan sampai banyak, tapi yang sampai pada mangsa tak seberapa. kalau ngo anta dalam sekotak dua, jawabnya masuk stor pusat pemindahan tu. tak diagihkan pun, alasannya kalau diagihkan tak cukup, tak adil kalau semua tak dapat. last2 sapa dapat???

orang datang rumah dua tiga kali tengok banyak mana kerosakan rumah. akhirnya hampeh...sesen pun tak dapat walaupun bahagian dapur rumah wak selamat ( my fader) dah terlopong coz dinding dah dibawa air banjir.

bantuan kebun rosak pun macam tu. pendek kata, bantuan kerajaan dalam bentuk benda ni wak selamat langsung tak dapat. kalau sadin memang banyak, boleh buka kedai sadin lagi.

lagi sedih...PAS  bagi sebuah rumah rm500. wak selamat dapat 150 je. orang pas tu sendiri datang jumpa mangsa, tanya berapa dapat duit. wak selamat pun cakap terus terang aje la. kemana duit tu???

pas banjir mak akak kata datang bantuan pinggan mangkuk dua kontena. tapi orang kampung tak dapat pun sebab dah balik umah masing-masing. depa kata susah nak agih sebab semua orang dah balik umah masing2. sapa yang dapat???

wak selamat dan orang2 tua macam dia malas nak cakap banyak. nanti orang kata makan pun orang dah bagi, banyak cakap plak.

cuma yang bagusnya...
anak2 kampung yang dah berjaya, ada firma, ada kilang, pegang jawatan besa, depalah yang banyak bantu. memang banyak dapat bantuan daripada orang perseorangan. selain makanan, wak selamat dapat selimut punya le banyak, baju seken n baru pun ada, dapur masak, tikar, toto dll.

memangla kita kena bersyukur dengan apa yang ada. akak ngan adik beradik dah ganti semua barang yang musnah taun lepas kat umah wak selamat tu. bukan harap sangat bantuan. tapi...lihatlah...di mana keadilan...ada golongan yang menderita dan ada golongan yang menangguk di air keruh

ni saja nak lepaskan geram aje ni....

dalam pada orang merenung nasib malang menanggung kerugian yang banyak, ada golongan yang menanti-nanti ketibaan banjir. sedih sangat akak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 11:19 AM | Show all posts
ermm anak aku bakal mendapat mak baru... hehehehheheh
ni hah mak dia


ok ke tak ok? kekekekeek
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 11:21 AM | Show all posts

Reply #142 cikguhani's post

kundang ulu kat kg melayu mmg naik air tp kg pt tepi lum lagi...klu diikut mmg sakit ati kak!...ada ke ketua kg mintak rm100 dr duit bantuan pd mangsa banjir..ada org repot polis..haa..terketar2 takut..makan lg rasuah bebyk..penghulu gersik sampai kena tumbuk ngan org kampung pasal lewat bg bantuan  pastu pilih kasih..mana kg yg dia suka dpt laa...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 11:25 AM | Show all posts

Reply #143 muor76's post

ko nk  kawen lg ngan pelakon ni ke???
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 11:34 AM | Show all posts
Sosilawati mahu jadi usahawan contoh


MUAR: 揝ebagai anak Johor, saya bersyukur dan berterima kasih kerana dipilih untuk menerima pengiktirafan ini,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2007 11:34 AM | Show all posts

Reply #145 kodoklawa's post

kekekekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 11:52 AM | Show all posts

Balas #143 muor76\ catat

melampo ko muo...kesian kat mak anak nko tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2007 12:30 PM | Show all posts
kod, kat paka tak banjir ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 12:50 PM | Show all posts

Reply #142 cikguhani's post

aku paham apa yg cikgu hani cakap tu.. sebabnya masa mak aku duduk kat penempatan banjir taun lepas, benda yg sama jugak lah jadi... bekalan makanan byk sampai, semua masuk stor, sampai nak kebulur org yg duduk kat situ.. last2 diaorg bengang.. adik aku & budak2 muda yg lain masuk je stor tu mlm2, angkut barang bahagikan kat semua org yg ada kat pusat pemindahan tu..

bantuan duit pun berapa byk jelah yg dpt.. kalau nak compare dgn kerosakan rumah memang tak berbaloi pun.. lepas banjir taun lepas tu kitaorg spend dekat RM9K betulkan rumah..

mintak2 jgn le kena banjir kg aku taun ni.. kalau tak buat sakit hati je karang, bukan pasal duit sgt, tapi menengok perangai org2 yg menangguk di air keruh tu..

kod, aku dengar gak pasal org repot polis pasal ketua kg tu dr bapak aku.. haaa padan muka diaorg.. buat la lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 01:15 PM | Show all posts

Reply #149 cikguhani's post

paka x banjir kak...yg banjir kaw.pendalaman aje...arini x ujan tp redup aje..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 03:12 PM | Show all posts
Rumah orang tua aku di Muor, banjir paras buku lali jer. Alhamdulillah. Harap-harap tak naik tinggi....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 03:57 PM | Show all posts
kalau kat kampung ngan kisah banjir, kat penang ni lain plak kisahnya...

tiap2 ari bila kuar, asyik jam, roadblock..jam..roadblock...apa yang dirancang selalu tak menjadi.

sebabnya roadblock...mat sabu kena tangkap kat batu kawan minggu lepas. jam kat highway ngan balai polis jawi. pastu ada perhimpunan peguam ahad lepas. jam berkilometer kat juru. dua ari lepas jam lagi kat mahkamah jawi coz mat sabu kena bicara...

tak tau la apa nak jadi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2007 10:07 PM | Show all posts

Reply #141 vitagen's post

Yaa..vita..betul tu. Untuk pengetahuan aseela...program tu dinamakan Program Keluarga Sakinah...
memang dijawibkan untuk dijalankan di negeri Johor ni..
telah dimulakan lebih kurang % tahun yang lalu...
Ianya majlis berupa penyerahan emak bapak kepada pengantin dan suami...
pesanan mak bapak kepada anak dan menantu...
cubalah tengok tempat lain...rasanya memang tak ada....
memang bahasanya agak puitis....tapi kalau kita dengar dan hayati..memang sebak...
tak sedar..menitis air mata kita sama....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2007 10:42 PM | Show all posts

BANJIR DATANG LAGI....

Petang tadi..memang sengaja aku meluang masa dan tenaga...
meninjau kawasan yang dikatakan banjir...
tujuanku untuk melihat dan menilai dengan mata kepala sendiri ..
bermula dengan pagoh...semuanya elok..kering...
lepas tu menghala ke lenga...Gombang ok...Masih selamat sekolah Cikgu Nava..
Liang batu ok...kering..air sungai memang dah penuh...


lepas tu menghala terus ke Lenga...kat pekan..ada satu dua rumah yang rendah saja
digenangi air..tengok tentera dah 2/3 trak berkampung kat balai lenga..

kami beralih ke Kg. Sungai Berani...air mmg dah naik kat jalan masuk..
Tengok penduduk mengharung air paras pinggang...anak2 teringin merasa air banjir..
aku benarkan selama 5 minit sahaja...

kemudian kami menghala ke arah bulit kepong...
memang amukan air banjir telah mula membadai...
ladang sawit telah bertukar gelanggang..
haruan, kepar dan patung menjadikan ia taman permainan...

dikiri kanan kulihat orang2 sedang asyik menebarkan jaring...
untung rugi mencari rezeki...mana tau mengena....
kemudian kami mula terpegun...rumah2 banglo di tepi jalan..
telah ditengelami air separas tingkap..
anak2ku mula bersuara...kesian...habis rumah...
yang nampak cuma kuali astro yang masih tercacang....
beberapa rumah telah membina rakit..dan mengisi dengan barangan
berharga/elektrik dan ditutup dengan kanvas...
dipusat pemindahan balai raya kg(?)....mereka bersesak2 berhimpit...

kami sampai di Balai Polis Bukit Kepong....
semua terdiam...anda nilaikan sendiri...

     

semua anak2 turun...teringin bermain air banjir...aku benarkan  


Hasrat kami untuk menuju ke Labis x kesampaian...
kerana menurut polis yang bertugas keadaan tidak mengizinkan
dan merbahaya untuk kenderaan ringan seperti kereta kami...

sepanjang perjalanan pulang , sekali lagi anak2 terpegun..
air sudah mula melempah ke atas jalan raya di kawasan lenga..
sedangkan 1/2 jam yang lalu ianya kering...
Hajat hati nak jenguk ke pancor..tapi apakan daya..
tuntutan tugas suamiku lebih diutamakan..
menurut maklumat terkini..Air telah mula naik dikawasan Balai Pancor sedalam 1 kaki...
Kepada semua mangsa banjir dan cgu hani..sabarlahhh...hanya itu yang mampu ku katakan...
ujian Allah itu ada hikmahnya kan ? Kalau x, kita x tau bagaimanakah sikap manusia
yang sering mendabik dada mengatakan dialah orang penting dalam kampung itu...






[ Last edited by  cguct1970 at 14-12-2007 10:48 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 02:45 AM | Show all posts
Originally posted by cguct1970 at 14-12-2007 10:42 PM
menurut maklumat terkini..Air telah mula naik dikawasan Balai Pancor sedalam 1 kaki...


What?? Kesian org Panchor... Balai tu baru cat tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2007 07:15 AM | Show all posts

Reply #155 cguct1970's post

terima kasih to akak sbb bg info...nasib baik air banjir  x sampai ke kg ku..cuma kat pekan aje..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2007 01:13 PM | Show all posts

Reply #157 kodoklawa's post

sama2 syg...Mlm tadi abangku pergi ke kundang ulu kerana ada jemputan kawin...
seluruh pekan kundang telah ditenggami air....
ada bahagian jalan yang tidak boleh dilalui kenderaan ringan..
SMKTAA pun dah dinaiki air...taun lepas kawan cakap teruk kena...
barang2 dalam sekolah banyak yang musnah..
budak2 ramai yang amek kesempatan memain air/berenang kat padang sekolah...
dah jadi macam kolam renang....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 06:56 PM | Show all posts

Reply #154 cguct1970's post

masa anak buah kawin aritu..oooo..bapak dia yg nangis lelebih...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 07:39 PM | Show all posts

Reply #158 cguct1970's post

sekolah SIL sy..penat lelah thn lepas x ilang dah banjir lg....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.267056 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list