|
so far tak nah dgr lah coffee can cause sakit dada..tp it might increase ur allertness or urine output(slalu kencing).... |
|
|
|
|
|
|
|
Heartburn le tu. Yg aku tau kopi menggalak pengeluaran asid perut. Bila asid dah naik ke atas, blh sbb kan sakit dada |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 aku leh jek telan kopi nescafe nihh..skang neh takleh..mcm ko jugaj jdk sempit jek salur pernafasan aku...tp aku ada asthma..maybe aku alah ngan kopi... |
|
|
|
|
|
|
|
suka minum kopi tgkt ali 5 in 1 jenama power roots mix ngn milo. bole wat perut kenyang. |
|
|
|
|
|
|
|
aku langsung x bleh bau nescafe..terus pening n rs nk muntah...adoiii angin abis 1 badan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #129 nuralisa\ catat
boleh dapat kencing berdarah ker... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Pandora at 3-6-2008 12:40
fresh brew coffee ok skit caffein je kot
tp kopi local ni macm2 ada marjerin, kacang kuda, gula, habuk kayu papan tempurung semua msk...
pakcik aku ada kilang kopi... isk isk
bior betik........selama ni aku dgr local coffe campur kacang hijau bakar jer.....
heeeeeeeee...takut ah nak consume local coffee nie...
ak suke nescaffe 3-in-1..yg mild tu..pek kuning.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anginutara at 16-3-2009 15:20
minuman nescafe ni memang tak bagus sebab sifat dia acidic. Kalau nak minum sekali sekala okayla kot.
ermmm..mane uols tau nie? betul ker......?
sbb iols nye lutut selalu sakit2..bile iols urut reflexology...de masseur cakap banyak uric acid..... ade kaitan ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cursebreaker at 17-5-2009 21:59
ermmm..mane uols tau nie? betul ker......?
sbb iols nye lutut selalu sakit2..bile iols urut reflexology...de masseur cakap banyak uric acid..... ade kaitan ker?
nk jadi gout laa tu...uric asid ni jd kalu mkn byk seafood kann.. |
|
|
|
|
|
|
|
sy suka minum kopi 3 in 1. tiap2 pagi mesti pekena secawan.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka gak 3+1 ni tp sejak darah aku naik dah border "darah-tinggi" so aku amalkan plak kopi habatussawda.
sblm tahap gula lak naik.... kopi hbsawda ni adjust sndri la gula nya = "kurang manis". kalu 3+1 dah mixed xdpt adjust kafein pun tinggi.
skg rasa lebih sihat, gula ok, tekanan darah pun dah ok. tade kafein lg.... tu yg tertulis kat botol la.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya x bleh minum kopi or nescaffe..
klu minum misti sakit kepala.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku konpius la pasal kopi/teh/nescafe ni..ada kata x bagus, ada kata bagus..mane satu ni?
bagi aku, kalo minum kopi semua2 ni, nnt kencing mesti bau..
minum skali skala ok la kot..
p/s: suke coffee bean je |
|
|
|
|
|
|
|
Minum kopi awet muda
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Biji kopi mengandungi bahan antoksidas
yang mampu meneutralkan radikal bebas.
KOPI sememangnya sudah sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia. Tidak kira pagi, tengah hari, petang atau malam, secawan kopi panas yang segar beraroma memberi nikmat dan kepuasan yang tidak terhingga kepada penggemarnya.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Nestle, orang Melayu adalah peminum terbesar kopi di Malaysia.
Selain memberi nikmat dan kepuasan, ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa kopi juga mengandungi bahan antioksidas yang dapat meneutralkan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan.
Presiden Makanan Functional di Fakulti Sains Makanan dan Nutrisi, Universiti Leeds, United Kingdom, Profesor Gary Williamson berkata, tubuh manusia terdedah kepada zarah yang dikenali sebagai radikal bebas.
Radikal bebas terbit daripada beberapa punca seperti asap kenderaan, daripada asap, pancaran matahari (UV), tekanan hidup, tabiat merokok dan sebagainya.
Ia akan membuatkan sel-sel kulit rosak dan kurang keanjalan sehingga kulit nampak berkedut, kusam dan pelbagai masalah.
"Bagaimanapun radikal bebas sebenar boleh diuraikan dengan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi bahan antioksidas atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil polyphenols.
"Selain biji kopi, bahan ini juga terkandung dalam tumbuhan seperti buah-buahan, sayuran, bijirin dan kekacang," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kajian saintifik turut merujuk kepada polyphenols sebagai elemen penambah jangka hayat sebagai sumber kesihatan serta antioksidas yang tinggi.
"Antioksidas ini juga mengurangkan kesan penuaan serta risiko penyakit kronik," jelas beliau.
Akan tetapi persoalan yang sering timbul dalam fikiran ialah kuantiti yang patut diambil untuk mencapai tahap kesihatan optimum.
Justeru Williamson berkata, tidak salah jika seseorang misalnya meminum lima hingga enam cawan kopi dalam sehari.
"Secawan kopi mengandungi dua kali ganda bahan antioksidas yang terdapat di dalam minuman koko, jadi minum kopi adalah cara yang paling mudah bagi seseorang untuk mendapat perlindungan dari bahan radikal bebas, sekali gus melindungi diri dari pelbagai serangan penyakit kronik," tambah beliau.
Tidak kira apa jenis kopi yang diminum, antioksidas tetap diperolehi sama ada dalam kopi campuran mahupun kopi yang telah dinyahkafein.
Pada majlis yang sama, Dr. Elke Gerhard-Rieben dari Nestle Switzerland turut menerangkan tentang inovasi kopi sebagai minuman yang mudah dan berkhasiat. |
|
|
|
|
|
|
|
STANDARD REPLY TO CHAIN LETTER ON NESCAFE AND COFFEE-MATE
Tuan/Puan ,
Terima kasih kerana menghubungi Nestlé and membawa perkara ini kepada perhatian kami. Kami ingin mengesahkan bahawa semua produk Nestlé, termasuk kopi segera NESCAFE®, kopi pracampur NESCAFE® 3-in-1 dan krimer kopi COFFEE-MATE® adalah selamat untuk dimakan. Sebagai pengilang yang bertanggungjawab, Nestle memastikan semua produknya adalah berkualiti tinggi and mematuhi secara ketat semua peraturan dari Malaysian Food Regulations.
Kebimbangan yang timbul mengenai pengambilan kopi selalunya merujuk kepada kandungan kafein dalam kopi. Kajian saintifk yang terkini menunjukkan bahawa pengambilan kopi oleh orang dewasa yang sihat, sehingga 300-400 mg sehari (kira-kira 3-4 cawan), adalah selamat dan tidak membawa apa-apa kesan negatif terhadap kesihatan.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan minuman kopi sebagai sebahagian dari pemakanan yang seimbang tidak berkaitan dengan masalah kardiovaskular, termasuk penyakit atheroskerotik, miokardial infaksi, ketidakseragam denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
Walau bagaimanapun , kepada mereka yang sensitif kepada kafein, mereka akan mengalami keadaan seperti gangguan tidur atau sakit kepala. Kesemua ini tidak membawa kepada kesan jangka masa yang panjang.
Tiada sebarang bukti saintifk yang menunjukkan bahawa kopi memberi kesan negatif terhdap kesihatan buah pinggang. Sebaliknya, pengambilan kopi adalah setara dengan minuman yang lain di mana ia meningkatkan pengambilan air.
Sebaliknya, kajian saintifik terkini menunjukkan bahawa dengan pengambilan kopi secara sederhana akan memanfaatkan kesihatan. Pengambilan secara sederhana akan meningkatkan kecergasan (“alertness” ). Kopi juga merupakan salah satu sumber anti-oksidan dalam diet. Anti-oksidan dapat melindungi sel–sel badan daripada dimusnahkan oleh radikal bebas. Untuk maklumat lanjut, ando boleh melayari laman web Persatuan Kopi Antarabangsa www.positivelycoffee.org dan laman web Pusat Maklumat Sains Kopi www.cosic.org
Berkaitan dengan krimer kopi COFFEE-MATE®, kami ingin mengesahkan bahawa minyak kepala sawit yang digunakan dalam krimer kopi COFFEE-MATE® adalah melalui proses hidrogenasi sepenuhnya. Maka, ia mengandungi asid lemak trans (TFA) dalam jumlah yang amat rendah.
Akhir sekali, adalah penting untuk mengamalkan diet yang seimbang dan cara hidup yang sihat bagi memperolehi kesihatan secara menyeluruh.
Sila sampaikan mesej ini kepada ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang boleh bermanfaat daripada informasi ini. Sekiranya anda memerlukan sebarang penjelasan lanjut, sila hubungi Khidmat Pengguna Nestlé di 1 800 88 3433. |
|
|
|
|
|
|
|
dpt dr emel penjelasan nih... |
|
|
|
|
|
|
|
saya x bleh minum kopi or nescaffe..
klu minum misti sakit kepala..
fewwit Post at 18-5-2009 11:43
TH pun sama plus naik jerawat lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|