|
dioarang punya pendinding diri la x cukup kuat lagi. amal ibadat mcm solat & bacaan Quran x mantap lagi sbb tu masih kena kacau.
refer paper berita harian ari ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #140 ReLyZa\ catat
'Dos ubat' tak cukup - Harun
KUALA LUMPUR - Tokoh agama, Datuk Harun Din (gambar) menyamakan kejadian histeria yang masih melanda pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, Kuantan umpama penghidap selesema.
"Ia sama juga individu yang menghidap selesema, dia makan ubat tapi dia masih lagi selesema.
"Saya percaya, ia berterusan hingga kini kerana 'dos' bacaan al-Quran dan Yasin masih belum cukup, begitu juga amalan keagamaan mereka," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Insiden yang dikaitkan dengan makhluk halus itu menjadikan suasana sesi persekolahan di situ tidak keruan kerana hari demi hari episod serangan dilihat semakin agresif.
Harun sendiri melihat fenomena itu sebagai ganjil kerana kes yang bermula seorang cepat merebak kepada ramai diserang serentak.
Ketika ditanya sama ada ia bakal berpanjangan, kata beliau:
"Tidak.. tapi apabila dikatakan bakal berulang, ia akan berulang... tapi ia tak selama-lamanya.
"Ia (histeria) boleh diatasi tapi tidak semudah yang dijangka. Sama seperti pesakit kronik, rawatannya tak mudah atau sembuh sekelip mata." |
|
|
|
|
|
|
|
Dos Ubat tu baca sendiri2 ke? atau Ustaz ni yg tolong bacakan |
|
|
|
|
|
|
|
yang penting diri sendiri kena kuat. kalo setakat harapkan ustaz yg buat, yang tolon baca quran dan doakan kesannya x sama dengan buat sendiri.
ustaz tu setakat boleh tolong jek. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo tuan nyer badan pun tak nak bantu diri sendiri...susah gak kan kan |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #146 ReLyZa\ catat
tuan punya badan dah x sedar, mcmn nak tolong diri sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #147 tangopapa's post
maknanyer...b4 dis mmg tak bape amalkan arr tuh..tu senang dirasuk tu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #148 ReLyZa\ catat
owh....ingatkan masa kena rasuk tu, bukan amalan tu liza, tp semangat dia....mcmn nak cakap ekk... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #149 tangopapa's post
erk...
kalo dah amalan kukuh..insyaALLAh menda2 tu payah nak ganggu kan kan |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #150 ReLyZa\ catat
mungkin jugak.....tgk atas orang, ade setengah orang amalan dia kukuh tp semangat dia lemah, ade org amalan dia lemah tp semangat dia kukuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #150 ReLyZa\ catat
mungkin jugak.....tgk atas orang, ade setengah orang amalan dia kukuh tp semangat dia lemah, ade org amalan dia lemah tp semangat dia kukuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat cuti awal
PUTRAJAYA - Kementerian Pelajaran memberi kebenaran cuti lebih awal selama seminggu mulai hari ini kepada 35 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, Kuantan yang terlibat dengan kejadian histeria.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimud- din Mohd. Dom berkata, cuti khas tersebut akan bersambung terus dengan cuti perte- ngahan penggal kedua minggu depan dan semua pelajar itu hanya akan kembali bersekolah pada 25 Ogos ini.
"Kita beri cuti dua minggu ini bagi membolehkan para pelajar terlibat berehat dan memulihkan semangat mereka," katanya di sini petang semalam.
Jelas Aminuddin, langkah segera itu diambil bagi memastikan ia tidak mengganggu proses pembelajaran pelajar lain kerana kejadian histeria itu berlaku hampir setiap hari di sekolah berkenaan.
"Kejadian histeria ini mula dikesan pada 13 Mei lalu dan bilangan pelajar yang terlibat pada sesuatu masa adalah sehingga 10 orang dan yang paling ramai ialah pada 21 Julai lalu iaitu seramai 21 orang," ujarnya.
Aminuddin menambah, pada pagi semalam juga beliau telah mengadakan mesyuarat dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican.
"Beliau (Ismail) memaklumkan bahawa telah diberi rawatan dan sesi kaunseling. Sebilangannya menunjukkan empat simptom iaitu kemurungan, histeria, panik dan psikosis," jelasnya.
Sementara itu di Kuantan, warga sekolah itu terus dibelenggu kejadian histeria. Pagi semalam 11 pelajar perempuan tiba-tiba meraung dipercayai diserang histeria sebaik sahaja ayat Kursi dibacakan sebelum perhimpunan pagi Isnin bersurai.
Kejadian misteri itu menyebabkan majlis perhimpunan 826 pelajar yang bermula kira- kira pukul 8 pagi itu bertukar kecoh apabila semua mangsa kemudian turut bertindak agresif sebelum rebah ke tanah.
Ada antaranya terpaksa diikat pada pengusung selepas dimasukkan ke dalam dua buah ambulans yang tiba kira-kira 10 minit kemudian.
DUA pelajar SMK Tanjung Lumpur yang diserang histeria dibawa pulang oleh ibu bapa masing-masing sebaik sahaja menerima rawatan di HTAA, Kuantan semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
utk yg belum kena tu, kena slalu beringat la. jangan takut sangat & jangan plak suka cakap besar. sesetengah tu yang kena histeria tu mula2 bukan sebab kena rasuk, cuma dia rasa takut sangat. bila macam tu lagi mudah benda tuh nak masuk dalam badan.
kalau rasa mudah lemah semangat, jangan dok dekat ngan org yang sakit tu, kalo boleh jangan dengar citer2 yang berkait. baik dok berzikir & baca surah2 pendek esp ayat kursi. sentiasa baca ayat kursi & 3 qul, insyaAllah semangat tu akan jadi kuat. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #154 durrah\ catat
harap2 budak2 tu online kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
masih tak settle kes neh??? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #156 ReLyZa\ catat
belum lagi....sekarang dah hari2 kena. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #157 tangopapa's post
sungguh mengganas ekkk
hrm...
moga depa blh bersabar la |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #158 ReLyZa\ catat
koi tgh dok korek citer2 paranormal kat pahang ni....aok tolong le koi ekk |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|