CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kubus

Petikan dari Akhbar online

[Copy link]
Post time 10-8-2006 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by que_sha at 10-8-2006 01:00 PM
Perompak hampa silap larikan mesin deposit cek

Oleh Abdul Muin Sapidin

KAKITANGAN keselamatan bank memeriksa peti mesin cek deposit yang cuba dirompak dengan menarik keluar menggunakan kender ...




sian , tak reti beza ka apa ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2006 01:11 PM | Show all posts

Reply #139 que_sha's post

padan muka....mest amatur nih....:pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 01:15 PM | Show all posts
Originally posted by Jelma at 10-8-2006 01:11 PM
padan muka....mest amatur nih....:pmuka:


taktik dah powerr dah...tp silap laa pulak mesin...kuang kuang kuang..:pmuka:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 01:21 PM | Show all posts
perompak tak baca..lagu ni la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 01:54 PM | Show all posts
hehehehehe..meluat tapi nak tempek gak
--------------------------------------------------------------
Siti Nurhaliza & Datuk K: Besar sangatkah mereka ini?   
Wed | Aug 09, 06 | 12:26:38 PM
Oleh Pekak Badak  ssalamualaikum
Sudahkah anda baca muka depan Harian Metro 3 Ogos 2006? Apa pendapat anda? Apa perasaan anda? Bagi saya artikel itu menghina Islam dan rumah Allah. Hebat sangatkah perkahwinan Siti dan Datuk K ini sehingga tiada Kadi yang layak menikahkan mereka ?

Dikatakan kadi-kadi itu takut diserang darah gemuruh dengan kehadiran puluhan wartawan media cetak dan elektronik yang ingin merakamkan majlis yang dianggap Wedding Of The Year itu. Sebenarnya kadi-kadi itu tidak mahu bersekongkol dengan majlis-majlis berbau maksiat seperti itu. Eloklah mereka tidak mengambil bahagian daripada kena soal di akhirat nanti.

Dikatakan lagi, dewan solat utama Masjid Wilayah Persekutuan akan ditutup antara 1 hingga 2 jam untuk majlis akad nikah. Orang ramai yang ingin solat sunat boleh buat di pekarangan mesjid saja. Apakah kejadahnya ni? Besar sangat mereka ini hingga orang ramai tidak dibenarkan masuk ke dewan solat utama. Apa yang pasti hari itu akan terjadi pergaulan lelaki perempuan yang berpakaian aneka fesyen serta menayangkan jambul rambut di hujung selendang. Masjid Wilayah Persekutuan akan jadi seperti JomHeboh pula. Aduhai.. tiada keinsafan langsung. Hormatilah rumah Allah. Lakukanlah dengan cara yang lebih berkat.

Saya berharap kakitangan dan bahagian sekuriti masjid akan mengambil tindakan terhadap orang ramai yang kurang sopan pada hari itu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 02:04 PM | Show all posts

Reply #145 alahai's post

dunia..dunia..
kiamat makin dekat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2006 03:17 PM | Show all posts
Originally posted by alahai at 10-8-2006 01:54 PM
hehehehehe..meluat tapi nak tempek gak
--------------------------------------------------------------
Siti Nurhaliza & Datuk K: Besar sangatkah mereka ini?   
Wed | Aug 09, 06 | 12:26:38  ...



kat tempat kak lahai akhbar tunjuk berita CT gak ka???
konpius..... :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 03:19 PM | Show all posts
Originally posted by jj at 10-8-2006 11:16 AM
uih...aku lak....
aku bukan polis.....!



bukan sama bab polis la....
siot jer, nak ngelat la tu!!

aku kata sama bab salahguna kosa tu..........
:geram: susah cakap ngan rentua nie...tak paham basa budak2....

pssst...jj, bukan dulu hang kata hang nie ala2 gerak khas ka??
gerak khas tu citer polis ka citer hantu?? :hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2006 04:43 PM | Show all posts
Originally posted by que_sha at 10-8-2006 01:00 PM
Perompak hampa silap larikan mesin deposit cek

Oleh Abdul Muin Sapidin

KAKITANGAN keselamatan bank memeriksa peti mesin cek deposit yang cuba dirompak dengan menarik keluar menggunakan kender ...



:lol begong btol perompak tu...camne la nak angkat mesin 300 kg tu..ish ish
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 12:07 PM | Show all posts
ANEH...




SYAFITRI menerima perhatian rapi di sebuah hospital di Jakarta semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 12:23 PM | Show all posts
Dakwa diculik bantu bayar hutang kekasih

IPOH 10 Ogos
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 12:24 PM | Show all posts

Reply #150 que_sha's post

leh survive ke baby tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 04:38 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by que_sha at 11-8-2006 12:23 PM
Dakwa diculik bantu bayar hutang kekasih

IPOH 10 Ogos
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 08:16 PM | Show all posts

Reply #151 que_sha's post

sayang punya pasal...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 05:52 AM | Show all posts
Akhirnya 'Ali Setan' temui hidayah   
Thu | Aug 10, 06 | 01:33:00 PM
Oleh Anis Nazri  "Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran.  Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat.  Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa)"AZMIL MUSTAFA (bekas Pelakon Filem 'Ali Setan').  

BERSEMUKA bekas pelakon 'Ali Setan', Haji Mohd Azmil Dato' Mustapha, bagai tidak percaya bahawa watak nakal dalam filem tersebut telah berubah sama sekali. Berjubah putih, berjanggut, riak wajahnya cukup menggambarkan ketenangan dikecapinya. Berbual dengannya seolah-olah mendengar ceramah, yang kini menjadi rutin hariannya.  Ikuti temu bual wartawan Harakah, ANIS NAZRI dengan Azmil, di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini.  

HARAKAH : Bila mula berubah dan berhenti berlakon?

AZMIL: Saya berhenti berlakon tahun 1998. Tapi baru-baru ini, saya berlakon filem Puteri Gunung Ledang (PGL) kerana ditawarkan oleh Tiara Jacquelina. Lagipun watak yang diberikan sebagai seorang pendakwah. Itupun saya berat nak terima. Saya bagi 10 syarat yang remeh supaya saya tidak berkata tidak. Nak dijadikan cerita, mereka terima syarat saya, jadi saya tiada pilihan. Sedangkan saya rasa, orang lain tak akan setuju syarat-syarat saya itu. Saya buat kajian tentang watak itu. Memang dia pendakwah serta banyak mengislamkan orang di Nusantara.

Apa pendorong kepada perubahan?

Semuanya kerana Allah. Ia jadi sekelip mata.  Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak.  Main bola sepak ni, 90 minit.  Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi.  Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0.  Saya juga macam itu, dalam sekelip mata berubah. Saya bermula dengan memuji Allah.  Saya puji dengan ikhlas walaupun waktu itu saya jahil.  Saya masih ingat, tahun 1979. Kebetulan masa itu saya masih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV.  Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran.  Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat.  Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa).  Wow!  Allah is 'great'! Macam-macam la keluar dari mulut saya.  Akhirnya, ia menjadi amalan saya.  Setiap malam saya mesti tengok siaran tu.  Kalau keluar malam pun, saya akan bergegas balik sebab nak kejar siaran itu.

Apa reaksi rakan-rakan ketika itu?

Kawan-kawan saya terkejut. Tapi waktu itu saya belum berubah sepenuhnya.  Jadi kawan-kawan selalu perli saya.  Macam-macam la mereka kata...kepala senget, nak tengok Quran.  Lebih kurang gitulah (ketawa).  Lepas pada itu, saya jumpa seorang ustaz dan diajar cara untuk bertaubat.  Saya buat taubat nasuha.  Saya dalami agama, belajar sembahyang. Saya memang tak tahu lansung sembahyang ni. Baca Quran merangkak-rangkak. Baca Fatihah pun, buka buku lagi...itupun tulisan rumi. Tapi saya istiqamah. Lama-lama ia makin meningkat. Saya ingat lagi dulu saya baca surah Yassin ambil masa dua jam. Lepas solat Subuh, saya mula baca. Apabila habis sedar-sedar dah pukul 8.30 pagi. Gara-gara baca merangkak la ni. Umur dekat 30 tahun, baru saya hafal al-Fatihah. Alhamdulillah, sekarang dah okey.

Masih membaca?

Sekarang masih membaca. Saya penuhi masa dengan membaca al-Quran. Saya dah tingalkan dunia seronok-seronok ni.  Saya dah banyak buang masa waktu muda dulu.
Saya suka berseronok, jadi saya nak tebus semuanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 05:54 AM | Show all posts
Berubah secara drastik, atau 'slowly'?

Dulu saya belajar di negara orang kafir, hidup mengikut budaya kafir.  Apabila saya dah mendekati Allah, baru saya tahu apa yang saya buat selama ni salah. Sebab tu saya tinggal terus, bukan 'slowly'. Saya tak boleh 'slowly'.  Kalau 'slowly', saya tak tahu saya sempat atau tidak.  Kita tak tahu bila kita mati.  Apabila dah timbul kesedaran, buang terus zaman lampau kita, jangan ada rasa cinta pada kehidupan lama kita yang sesat.

Hubungan dengan rakan-rakan hiburan?

Saya berhenti terus, tak keluar langsung. Putus hubungan dengan kawan-kawan dalam dunia hiburan. 'Member' baik pun saya tak jumpa atau hubungi. Kalau jumpa setahun sekali waktu raya pun dah cukup baik. Kadang-kadang tak jumpa pun sebab bagi saya, kalau saya masih terus bersama dengan mereka tak mustahil saya akan kembali semula. Jadi saya ambil keputusan tinggal semuanya.

Dah berani keluar berjumpa orang?

Sekarang dah berani. Dulu memang langsung tak keluar sebab takut terpengaruh.  Pengaruh syaitan ni kuat.  Setakat ni, pengaruh jahat selalu menang berbanding pengaruh baik.

Perkembangan terkini setelah meninggalkan dunia lakonan?

Sejak setahun kebelakangan ini saya banyak menerima jemputan untuk berceramah, dan lebih kerap dua, tiga bulan kebelakangan ini. Saya tidak membuat sebarang pekerjaan lain kerana sudah tak sempat.

Selain berceramah?

Saya sedang membuat perancangan untuk ke Syria, menuntut ilmu. Sebelum itu, saya buat solat hajat untuk memilih mana-mana destinasi. Kemudian saya diilhamkan untuk ke Syria dan Yaman. Jadi, saya pilih Yaman. Kebetulan saya berjumpa dengan seorang ustaz yang mengatakan kita kena buat istikharah jika mempunyai pilihan. Jadi saya pun buat istikharah, dapat petunjuk ke Syria. Empat kali istikharah, masih diilhamkan Syria. Jadi, saya buat keputusan ke Syria. Dua tahun lepas saya berpeluang ke Syria, dapat rasa satu ikatan istimewa berada di sana. Balik dari sana, saya ditawarkan membuat rumah anak yatim, yang mengambil masa setahun untuk ditubuhkan. Tapi akhirnya saya tarik diri kerana cara saya dan rakan kongsi berbeza, kerana dia berasal dari England dan tak izinkan saya berceramah. Jadi, saya ambil keputusan tarik diri daripada bergaduh.

Pernah bisnes sebelum ni?

Macam-macam bisnes saya buat.  Rugi juta-juta. Pertama, mungkin Allah tak izinkan.  Saya juga muhasabah diri.  Yang saya ingat, saya pernah kata...kalau ada duit, saya buat segalanya. Saya jual barang keperluan agama, seperti tasbih, sejadah, buku-buku agama, kaligrafi Arab. Tapi saya tak sebut 'kalau Allah izinkan...' Agaknya sebab itulah bisnes saya tak berjaya.  Adalah hikmahnya dan setakat ni saya nampak rezeki saya pada ceramah.

Perasaan setelah meninggalkan dunia hiburan dan berkecimpung dalam dakwah?

Ketenangan yang saya rasa tak dapat nak diceritakan.  Tak boleh nak nilai. Tak boleh nak dibandingkan dengan duit yang dulunya saya pegang juta-juta.  Duit boleh habis, tapi ketenangan yang saya rasa sekarang, saya tak mahu jual biarpun orang bayar berjuta-juta. Saya juga rasa satu perkembangan yang sangat baik bagi saya ialah apabila saya berceramah ni, ilmu saya bertambah. Saya membaca, tanya ustaz-ustaz kerana saya bukan latar belakang agama. Jadi, saya lebih mengenali Allah sejak berceramah ni.
Alhamdulillah, sambutan orang terhadap ceramah saya pun bagus. Maklumlah, 'setan' datang ceramah. Kalau ulama ceramah, tak ramai datang. Tarikan setan memang kuat (ketawa).

Topik apa yang selalu disebut ketika berceramah?

Kalau berceramah, saya lebih suka mengingatkan diri saya dan umat Islam lain supaya membangunkan semula Islam, kerana hari ini pemikiran dan seluruh kehidupan kita dijajah oleh orang kafir. Islam tiada sempadan, hanya orang kafir yang meletakkan sempadan dan jajahan, dan kemudiannya kita ikut. Orang kafir dah kuasai minda kita, kehidupan kita, hingga orang Islam hari ini melakukan perkara yang menjauhi diri daripada Allah. Tetapi semuanya dalam keadaan tidak sedar kerana sudah biasa ikut hukum orang kafir hingga tak rasa besalah langgar perintah Allah. Hukum Allah ni kena ikut setiap masa, bukan dalam solat semata-mata.  Kadang tu, dalam solat je ikut Allah, lepas solat ikut balik cara kafir.  Itu kesedaran yang perlu ditimbulkan untuk umat Islam.

Banyak menerima jemputan, selain PAS?

Saya dapat jemputan daipada RTM, buat rakaman dengan Pahang FM.  Juga buat untuk jabatan agama Islam.  Saya tidak mengehadkan kerana saya buat kerana Allah Taala, jadi tiada kompromi tentang itu. Bagi saya, memasuki pilihan raya ni satu kompromi, bagi sayalah. Kalau nak kuasa, minta pada Allah. Bukan minta pada sistem yang disediakan orang kafir. Bagi sayalah...(ketawa).Pilihan raya itu sistem orang kafir yang kita ikut.  Lagi pun, jelas berlaku dalam negara yang amalkan politik, apabila parti Islam menang, mereka tetap tidak dapat berkuasa.  Perkara ini berlaku di Algeria, Maghribi, Turki, Lubnan, Palestin.  Hamas memang pun masih tak boleh berkuasa.  Sistem orang kafir ni tak akan bagi Islam ambil kuasa.

Pernah terima tentangan sejak berdakwah?

Apabila saya bercakap agak lantang, ada orang yang labelkan saya ekstrim. Pernah suatu ketika dulu, mikrofon masjid ditutup apabila saya bercakap lantang. Ini orang-orang yang taat pada perlembagaan negara berbanding perlembagaan Allah. Perlembagaan itu perlembagaan kafir Lord Reid. Saya pegang kukuh, taat pada pemerintah selagi dia tidak melanggar hukum Allah.  Kalau dah langgar, tak perlu lagi kita taat padanya

Cenderung pada politik?

Saya tidak bercakap atas dasar politik.  Saya bercakp atas dasar Allah, ke jalan Allah.  Bagi saya, Umno, PAS, KeADILan ni macam satu pasukan bola sepak. Umno sebagai Manchester United, PAS Chelsea, ADIL Liverpool.  Padangnya sama...stadium.  Pengadil sama, SPR. Sebab itu, saya pilih bercakap atas dasar agama semata-mata.

Bagaimana melihat umat Islam hari ini?

Saya sedih sebenarnya melihat orang Islam bergaduh, atau berselisih pandangan sesama Islam. Soal kecil pasal wajib baca qunut, ada yang kata sunat, tangan perlu letak di perut, wajar letak di dada.  Benda-benda macam itu. Kita sesama Islam pertikai...tapi dalam masa sama biarkan saja orang kafir buat sesuka hati. Sedangkan merekalah (kafir) yang perlu kita musuhi.  Kita ni terlalu banyak kelemahan.  Dari segi kehidupan. Begitu juga bahasa.  Dulu kita guna bahasa Arab sebagai bahasa sandaran seperti ilmu, khabar, akhlak, warta, Isnin, Selasa.  Sekarang dah jadi integrasi, dominasi, automobil...semua ni dari bahasa Inggeris. Kita jadi makin jauh dengan Allah.  Ada orang baca Quran, bertajwid, berlagu tapi tak tahu makna.  Apa semuanya tu?  Kita tak boleh ambil Islam ni secebis sana, secebis sini.  Kena ambil seluruhnya.

Soal keluarga. Menjadi bapa tunggal. Kisah di sebaliknya?

Saya berkahwin dua kali.  Pertama, bercerai kerana tak boleh terima saya sebagai hak masyarakat.  Jadi artis ni, kita jadi hak orang ramai. Jadi, dia tak boleh terima keadaan itu.  Bertahan lima tahun saja.  Ada anak perempuan seorang, dah umur 21 tahun.  Saya jarang jumpa anak saya tu, sebab mak dia tak bagi jumpa.  Tak apalah, saya reda.  Kuasa Allah, dia masuk UiTM, dekat la untuk saya jumpa.  

Dia tak nak duduk sekali?

Ada sekali nak duduk dengan saya.  Saya tak kisah, tapi saya bagi syarat.  Suruh pakai tudung, sembahyang. Sehari lepas itu, dia balik semula ke rumah mak dia. Tak tahan agaknya (ketawa). Ada kawan-kawan kata saya keras.  Saya terpaksa keras sebab kalau tak keras, ia boleh merosakkan semua yang saya dah mulakan.  Saya tak sanggup nak ambil risiko tersebut.  Orang sekarang lebih sayang harta daripada keluarga.  Tak berani nak tegur anak.  Sayang tak bertempat. Anak-anak semua bawah jagaan saya. Dulu saya bagi anak-anak ke rumah mak mereka.  Tapi masalah sekarang, apabila balik dari rumah mak mereka, anak saya dah tak pakai tudung.  Tanya pasal sembahyang, adalah buat sekali sembahyang.  Saya fikir tak boleh jadi macam ni.  Jadi, sekarang dah tak pergi lagi ke rumah mak mereka.  Saya izinkan mereka jumpa di 'club house', di kawasan rumah ni saja. Mujur waktu bercerai dulu saya letak syarat-syarat supaya jaga syarak kalau nak terus berhubung dengan anak-anak.  Jadi saya ada hak untuk menyekat.

Perancangan masa depan?

Pertama saya nak belajar bahasa Arab di Syria, sebab ada satu tempat tu berjaya mengajar orang kafir berbahasa Arab dalam masa tiga bulan.  Saya dah cuba kat sini, tapi tak menjadi.  Yelah, dalam kelas cakap Arab, keluar kelas cakap Melayu balik.  Mana nak jadi.  Saya cadang lepas raya, itupun bergantung kepada kewangan.  Mungkin setahun di sana dan saya akan bawa anak-anak saya semua ke sana.  Kenapa? Sebab saya nak bantu mereka mendapat pendidikan yang lebih baik dan lebih awal daripada saya.  Saya nak mudahkan mereka.  Tak mahu mereka jadi macam saya.

Mungkin mahu menamatkan zaman duda?

Saya rasa perlu kerana dah tak cukup masa nak tumpu pada keluarga berbanding dulu.  Saya dah banyak keluar sekarang, kasihan pada anak-anak selalu ditinggalkan. Tapi calon tak ada lagi...(ketawa)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2006 05:58 AM | Show all posts
RUPA-RUPANYA...DATUK K TAK BAHAGIA SELAMA INI...MASIH MENCARI BAHAGIA


Semoga Datuk K temui bahagia?
KUALA LUMPUR 12 Ogos ? Tengku Zawiyah Tengku Izham (kiri) berharap bekas suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa bertemu kebahagiaan yang dicari-cari selama ini apabila membuat keputusan untuk mengahwini penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin.

Menurutnya, beliau redha dengan ketentuan takdir bahawa perkahwinan yang dibina selama lebih 20 tahun bersama ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Datuk K itu sudah berakhir.

?aya terima qadak dan qadar Allah dan berharap semoga beliau bertemu dengan kebahagiaan yang dicari-cari selama ini,? katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Tengku Zawiyah, 43, juga bersyukur kerana perkara yang membabitkan pembahagian harta sepencarian dengan Khalid berjaya diselesaikan semalam.

Melalui tuntutan itu, Khalid, 47, menyerahkan dua buah rumah berkembar dan sebuah banglo empat tingkat yang kesemuanya mencecah hampir RM9 juta kepada bekas isterinya itu.

Turut dipersetujui dalam perbincangan harta sepencarian dengan bekas isterinya itu ialah, Khalid perlu menyediakan peruntukan tambahan yang meliputi kos percutian tahunan, perbelanjaan bulanan, insurans, kos perubatan serta kos penyelenggaraan dan keperluan rumah.

?pa yang penting, kami dapat menyelesaikan hal berkenaan dengan baik. Kami juga bersetuju bersama-sama menggalas tanggungjawab membesarkan anakanak dengan sepenuh kasih sayang,? katanya.

Bercakap tentang kehidupannya selepas ini, kerabat diraja Kedah itu berkata, dia akan memberi sepenuh tumpuan kepada empat anak lelakinya.

?ang penting bagi saya ialah perasaan anak-anak dan kehidupan mereka selepas ini.

?oa saya semoga mereka tidak tertekan dengan apa juga perkara yang telah berlaku dan mampu memberi tumpuan kepada pelajaran,? katanya.

Pasangan yang berkahwin pada 24 Disember 1985 di Sungai Petani, Kedah dikurniakan empat orang anak, Mohd. Anas, 19 (sedang belajar di Melbourne, Australia); Mohd. Adib, 16; Mohd. Ashraf, 14, dan Mohd. Azif, 8.

Mengenai majlis gilang-gemilang perkahwinan Khalid dan Siti Nurhaliza 21 Ogos ini, beliau enggan mengulas lanjut.

Tengku Zawiyah bersama dua anaknya kecuali Mohd. Ashraf dijangka berangkat ke Molbourne dua hari sebelum majlis perkahwinan itu untuk bercuti bersama anak sulungnya di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 06:00 AM | Show all posts
?ni rahmat Tuhan? ? Datuk K
Hanya tinggal lapan hari saja mereka akan diijabkabulkan. Semakin rancak persiapan perkahwinan Datuk Khalid Mohd Jiwa dan Siti Nurhaliza, serancak itu juga perang di Internet mengenai kedua-duanya.

Perang ini telah melontarkan peluru-peluru bisa kepada pasangan ini. Semuanya yang kurang elok, tidak manis dan boleh menjejaskan nama baik mereka dan keluarga.

Kenapa? Saya percaya ini semua gara-gara pilihan Siti ialah orang yang sudah berusia dan duda beranak empat. Orang kita hendak melihat dara bertemu dengan teruna, yang muda memilih yang muda juga, tetapi Siti memilih bahagia dengan cara berbeza.

Pelik ya, apa salahnya berkahwin dengan duda? Dan Siti atau Khalid sekalipun mempunyai hak untuk mencari bahagia melalui cara mereka yang tersendiri ini.

Tak kurang juga yang membuat macam-macam telahan. Yang meneka dalam kesamaran, kalau jadi berkahwin berapa tahunkah perkahwinan mereka akan bertahan? Bukankah itu sikap yang tidak baik?

Saya dan seorang kawan mendekati Datuk K untuk berkongsi cerita suka dan duka perasaannya ke jenjang pelamin sekali lagi serta hajatnya sesudah memperisterikan Siti Nurhaliza.

Soalan saya agak pedas, sepedas peluru-peluru yang dilontarkan di Internet ketika ini. Saya teruja apabila lelaki ini menjawab dengan penuh hemah tanpa langsung ada garis-garis marah pada wajahnya.

Dan pada petang itu saya menemui segala jawapan yang saya cari selama ini. Pertemuan ini memberikan saya jawapan, kenapa Siti Nurhaliza memilih Khalid Mohd Jiwa sebagai suami yang bakal mendampinginya di ?stana? kehidupan. Kenapa? Biarlah menjadi rahsia saya sahaja.

Bagaimana perasaan Datuk sebagai bakal pengantin baru?

Macam yang selalu saya katakan (termenung lama). Apa yang berlaku ialah kehendak Allah. Ini qadak dan qadarnya. Tetapi satu yang paling penting, saya sangat bersyukur dengan rahmat Allah untuk diri saya sendiri pada masa ini.

Apakah ini kebahagiaan yang Datuk cari selama ini?

Ini rahmat yang Tuhan bagi. Dalam berjuta-juta orang, kenapa saya, kenapa Siti? Meskipun kami terpaksa melalui ujian yang begitu hebat, saya kena reda dengan ujian-Nya. Saya percaya apa juga yang berlaku ini adalah hikmah dan segala kebaikan. Soal jodoh bukan di tangan kita.

Bagaimana Datuk melihat kontroversi dan serangan peribadi di Internet yang macam-macam sejak Siti mendedahkan identiti Datuk sebagai bakal suaminya?

Sebab perasaan reda saya itu ada, segala perasaan sama ada suka atau duka, saya terima sajalah. Tetap kena bersyukur juga. Saya selalu ingatkan diri saya kalau saya tertekan, ada lagi pihak lain yang lebih tertekan. Kalau saya gembira pun biarlah berpatutan saja. Tak bermakna, anda dapat nombor satu anda suka sangat.

Apabila memilih Siti Nurhaliza sebagai isteri, sanggupkah Datuk korbankan privacy Datuk?

Ini bukan satu pilihan. Segalanya berlaku kepada hidup saya dengan kehadiran Siti. Kita berbalik semula soal jodoh. Hendak sesuaikan diri dengan semua ini memang kena ambil masa juga sebab saya orang biasa. Tapi inilah harga yang perlu saya bayar. Siti banyak peminat, peminat sayangkan dia. Macam-macam persepsi yang ada kita tak boleh ubah. Bila kisah peribadi saya dijaja macam ini ada benda baik dan ada benda tak baik juga. Saya terima semua ini, kalau ini ditakdirkan untuk saya.

Anak-anak Datuk juga terkena tempiasnya, apakah mereka juga sudah bersedia?

(Diam sejenak) Sudah tentu mereka tak seronok. Bila gambar-gambar mereka pun tersebar merata-rata siapa yang tak risau. Tapi agaknya mereka tahulah apa yang patut mereka lakukan. Mereka pun nampaknya sudah semakin reda dengan ketentuan (perkahwinan) ini.

Pada zaman remaja atau zaman kampus, pernahkah Datuk terfikir untuk berkahwin dengan artis?

(Diam sambil menggelengkan kepala)

Siapa artis yang pernah Datuk minati pada zaman itu? Uji Rashid ke? Sharifah Aini ke atau siapa?

Saya tak ada seorang idola tertentu. Minat artis pun biasa-biasa saja. Semua orang biasa saja bagi saya, tak ada istimewa.

Maaf cakap, kehadiran Datuk bagaikan kurang disenangi oleh sebahagian besar peminat Siti, bagaimana Datuk menerima ini?

Kita berbalik kepada kehendak Allah. Ini bukan benda yang kita boleh cari-cari, suka-suka. Kalau ada yang terus dengan pendapat itu, saya minta mereka reda dengan apa yang berlaku ini dan berdoa. Ini semua kehendak Tuhan. Kalau mereka percaya kepada Rukun Iman, mereka akan percaya kepada qadak dan qadar. Kalau Tuhan tak bagi (perkahwinan), tak akan berlaku juga.

Siaran langsung, majlis gilang-gemilang, tetamu diraja dan pemimpin dalam dan luar negara sebagai jemputan, tidakkah Datuk merasakan majlis ini terlalu digembar-gemburkan?

Saya pun orang biasa saja. Kalau boleh saya hendak perkahwinan yang cukup sederhana. Akad nikah, kenduri kecil-kecil dengan keluarga cukuplah. Umur pun sudah berapa. Tetapi keadaannya lain sebab pasangan saya ialah Siti Nurhaliza. Kehendak sekeliling menjadikan majlis ini jadi macam ini. Kena ikut apa yang peminat hendak, saudara mara dan mereka yang pernah berurusan dengan Siti. Orang keliling kita yang buat kita kena ikut semua benda ni. Mereka mahu kita buat majlis yang sesuai dengan Siti. Tanyalah dia orang (kumpulan yang bertanggungjawab mengurus perkahwinan) saya selalu tekankan belanja mesti serendah mungkin. Kalau ikutkan hati, saya tak mahu ini semua, tapi ini adalah permintaan pihak lain, saya kena ikut juga.

Sampai berarak naik kereta kuda, apakah Datuk rasa ini idea yang menarik?

Idea itu bukan datang daripada kami, tetapi peminat Siti. Selepas bincang, Siti merasakan ini hari bahagia dia. Dia perlu berkongsi bahagia itu dengan peminat-peminat dia sendiri secara langsung pada hari itu. Mula-mula hendak buat pentas, tetapi bimbang jauh sangat dengan peminat. Jadi, kalau berarak naik kereta kuda tu, Siti jadi lebih dekat dengan peminat. Mereka boleh tengok Siti pada hari bahagianya dari dekat. Itupun kalau dapat kelulusan pihak berkuasa, kalau tak dapat tak buatlah.

Benarkah Datuk bakal menerima hadiah wang tunai RM1 juta, kerana menang dalam pertaruhan dengan kawan-kawan untuk mendapatkan Siti?

Tipu (serius), fitnah.

Datuk kena jelaskan sebab hal ini semakin rancak diperkatakan?

Itu semua tipu. Kata-kata orang yang tak berasas. Takkan nilai kasih sayang saya hanya setakat satu juta? Ini soal kehidupan dan kebahagiaan. Tak kan saya hendak korbankan kebahagiaan sendiri dengan nilai sebanyak itu?

Terdapat juga laman web khas yang memburukkan Datuk, kononnya bekas isteri Datuk tidak diberi hak yang adil, apa yang Datuk ingin katakan?

Saya ingin tegaskan di sini, saya tidak menzalimi sesiapa. Kalau ada pihak masih buruk sangka dan waswas, saya minta mereka tolong siasat dulu. Siasatlah sampai mereka puas hati. Barulah mereka tidak hanya menuduh dan buruk sangka kepada sesiapa. Adili saya dengan cara yang betul, jangan hanya dengar fitnah orang lain. Orang yang kenal saya akan tahu saya ni orangnya jenis yang macam mana. Tapi saya tak boleh hendak halang orang bercakap. Tolong jangan tabur fitnah sampai macam itu sekali.

Apa yang Datuk ingin katakan kepada mereka yang terus menabur macam-macam cerita tentang Datuk, Siti dan keluarga?

Minta mereka cepat-cepat sedar perbuatan mengumpat, menghasut, mereka cerita dan fitnah adalah satu dosa besar. Fitnah boleh mengakibatkan kematian, pembunuhan. Bertaubatlah, kembali kepada ajaran al-Quran. Niat biarlah betul, jangan terpesong. Apa yang terjadi kepada hidup saya hari ini adalah disebabkan oleh Allah. Ini semua (perkahwinan) sebab ketentuan Allah. Yang lepas pun (perceraian) juga kehendak-Nya.

Bagaimana hubungan Datuk dengan bekas isteri?

Kami berkahwin lebih 20 tahun. Dia ibu kepada anak-anak saya, saya tak akan sia-siakan dia. Tapi jodoh pertemuan bukan kita yang aturkan. Untuk isteri saya (bekas isteri Tengku Zawiyah), rasanya saya sudah beri yang seadil-adilnya. Saya langsung tidak menzalimi dia. Tak pernah ada niat di hati saya untuk menzalimi dia. Semua yang menjadi hak dia saya bagi semua, tetapi apa boleh buat jodoh kami setakat itu sahaja. Soal anak-anak, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. Kasih sayang saya kepada anak-anak sama macam dulu, malah mungkin makin bertambah lagi dalam keadaan sekarang.

Sebelum Siti, ada perempuan lain pernah hadir dalam hidup Datuk sebagai isteri, bagaimana Datuk melihat penerimaan Siti sendiri dalam soal ini?

Dia sangat positif. Orang nampak Siti muda, tetapi dia matang. Dia selalu nasihatkan saya, ingatkan saya supaya ambil tahu fasal anak-anak. Tanya khabar anak-anak selalu. Dia pun selalu pesan dengan saya jangan abaikan bekas isteri. Saya dan bekas isteri tidak bergaduh, kami masih berkawan sebab kami ada empat anak. Cuma mungkin untuk jadikan semuanya baik ambil sedikit masa.

Apa doa dan harapan Datuk selepas memperisterikan Siti Nurhaliza?

Minta semua pihak doakan yang terbaik buat kami. Sihat dan murah rezeki supaya kami boleh tolong, boleh bantu lebih banyak orang lain yang memerlukan selepas ini.

Hajat lain?

Hajat saya lepas kahwin ini cuma satu, saya mahu lebih banyak beramal ibadat. Dekatkan diri dengan Tuhan. Hidup saya selepas ini hanya untuk keluarga kami, bisnes dan selebihnya mendekatkan diri dengan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 08:14 AM | Show all posts

Reply #156 kiki's post

alhamdulillah........
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 08:25 AM | Show all posts
Originally posted by gambiaq at 13-8-2006 08:14 AM
alhamdulillah........



moga2 dah jumpa lah kebahgiaan dia tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.096495 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list