Komposer : Haimon Abd. Rahman
Penulis Lirik : Haimon Abd. Rahman
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati
Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang di mana gerangan
Tiada berita kudapati
Hanya ingatanku di masa yang lalu
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkanlah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji
Sebuah lagu yg pernah menjadi lagu tema sebuah drama...yg amat popular ketika itu
MEngumpul 23 mata, diundi oleh 4 forumner, highest voted @ no. 6
54
Beradu Di Khayalan (Safa)
Atau dalam bahasa Englishnya....Don't Put My Heart On Hold
Mengumpul 23 mata, diundi oleh 4 forumner, highest voted @ no. 5
53
Di Kayangan Kita (Lentera Timur)
Lagu single pertama dalam album Lentera Timur, nampaknya hanya mendpat tempat ke-4
MEngumpul 24 mata, diundi oleh 4 forumner, highest voted @ no. 3
52
Jelmakanlah Ayumu (Lentera Timur)
Sebuah lagi lagu dr album Lentera Timur, walaupun bukan Single dan jrg dinyanyikan, tetap diminati ramai
Mengumpul 24 mata, diundi oleh 5 forumner, highest voted @ no. 2
51
Demi Kasih Kita (Siti Nurhaliza 2)
Mengumpul 24 mata, dan diundi oleh 7 forumner, highest voted @ no. 5
Beri Sumbangan Menambah Kredit ( 1 ~ 3 credit each mengikut budi bicara) Daripada 5 lagu di atas berikan lagu mana pilihan anda
Dan berikan salah satu info berikut : 1) Lirik + Komposer/Lyricist 2) Video Klip Link Official 3) Video Klip Link Persembahan/Konsert/Audio HQ/Lain-lain 3) Info/Trivia
Tarikh tutup sumbangan bila list seterusnya keluar
Tabung Sumbangan Sehingga Kini (termasuk kuiz meneka)
Beradu dalam jiwa lena dalam rindu
Hanya kasih dan sayang membuai khayalanku
Izin ku meyelami segenap penjuru
Agar tak mungkin cinta terus membeku
Kini berlalu semua kenangan
Sepi berlagu membelai perasaan
Tanpa ku sedari kau menghilang
Bersama bayangan
Airmata ku menjadi saksi kerinduan
Cinta amat mendalam tidak kesampaian
Dikau kini di awangan tak tercapai tangan
Detik-detik yang manis kekal di ingatan
Sebagai manisan bunga
Bersemi di dalam impian
Kini berlalu semua kenangan
Sepi berlagu membelai perasaan
Tanpa ku sadari kau menghilang
Bersama bayangan
Airmata ku menjadi saksi kerinduan
Seharum cinta di taman
Kasih beradu di khayalan
Oh hangat cinta
Yang membelai sejujur hati
55 Kau Ku Sayang (Safa) & 54 Beradu Di Khayalan (Safa)
Dalam album safa, siti telahpun mempunyai "kuasa" memilih lagu apa yang akan dipilih untuk album.kebiasaannya, komposer2 akan memberi lagu kepada syarikat rakaman tetapi bebeza dengan dua lagu ini di mana siti sendiri meminta lagu2 ini kepada pot(innuendo) dan aubrey suwito.
siti meminati lagu-lagu dalam album innuendo ketika itu dan sebelumnya. ketika itu innuendo sesuatu yang baharu dan memberi impak yg sungguh luar biasa dengan lagu belaian jiwa(98-00) dan lagu gemawan(00-01). siti menyedari bakat pot yg mencipta sendiri hampir kesemua lagu dalam album2 innuendo.maka terhasillah kau ku sayang.
siti juga amat meminati aubrey suwito. pada masa ini, kerjasama siti dan aubrey tidak semeriah sekarang. tetapi bertitik tolak dari kerjasama pertama ini,persefahaman dan saling menghormati bakat masing-masing, kerjasama aubrey dan siti berterusan sehinggalah sekarang.
siti ada satu sifat di mana,jika dia selesa bekerjasama dgn seseorang/satu pihak,maka sampai bila-bila dia akan ingat dan bekerjasama dgn orang tu(tak ingat dlm tv/majalah). dia jenis SETIA. kenyataan ini bukan dibuat oleh siti tapi orang lain(tak ingat sape).
52 Jelmakanlah Ayumu (Lentera Timur)
Salah satu daripada dua lagu yang TIDAK dicipta di bengkel MACP. Lagu ini diminta khas oleh siti kepada Pak Ngah. Pada mulanya, Pak Ngah agak keberatan kerana pada pendapat Pak Ngah, Nirmala ialah lagu yang terbaik pernah diciptanya.
Agak lama Pak Ngah mencari ilham, akhirnya, atas dasar ingin menciptakan satu lagu yang lain daripada kebiasaan, terhasillah lagu jelmakanlah ayumu.
Jarak antara sanggar mustika dan lentera timur agak jauh.terlalu lama Pak Ngah tidak mencipta lagu untuk siti.perasaan takut kerana tidak dapat melakukan yang lebih baik daipada lagu nirmala itu yang menyebabkan pak ngah pada mulanya agak keberatan mencipta lagu untuk siti.
komen azmeer selaku salah seorang juri untuk peringkat separuh akhir juara lagu tahun ??(dah lupa) terhadap lagu badarsila juga serba sedikit mempengaruhi pak ngah.badarsila tidak dapat masuk ke peringkat akhir.
saya masih ingat komen azmeer tentang badarsila yg disiarkan di tv3 sejurus selepas pesembahan juara lagu separuh akhir sama ada di melodi or rancangan lain.
lagu jelmakanlah ayumu adalah sebagai bukti siti masih mempercayai kredibiliti pak ngah sebagai komposer terhandal lagu-lagu irama tradisional/etnik.
51 Demi Kasih Kita (Siti Nurhaliza 2)
Lagu ini merupakan percubaan PERTAMA SITI dalam menghasilkan lirik.
adnan abu hassan mencabar siti menulis lirik untuk lagu ini memandangkan siti ketika itu baru sahaja menduduki spm dan apabila ditanya subjek kegemaran, siti menjawab bahasa melayu.
dalam imbauan kisah silam(dah lupa majalah/tv), siti menyatakan pengalaman pertama mencipta lirik amat susah. idea untuk lagu itu tidak datang secara semulajadi. siti terpaksa mengerah otaknya untuk mencari tema dan perkataan-perkataan yang sesuai. tambahan pula,ini merupakan lirik pertama, jadi siti ingin membuktikan bahawa dia juga mampu mencipta lirik sekaligus menyahut cabaran adnan abu hassan.lirik lagu ini terhasil bukan melalui pengalaman siti sendiri tetapi melalui idea kreatifnya sahaja.
lagu ini juga merupakan lagu yang paling meninggalkan kenangan dalam diri siti.
Sebuah lagu rancak.....video klipnya Nicholas Saputra kan....? Bersama 3R
8 forumner mengundi lagu nie - antara jumlah yg tinggi juga
Mendapat 24 mata
Lagu ke-2 popular dalam album EMAS....Lagu pertama? Long way to go....Pasti tau lagu apa kannn
49
Joget Kasih Tak Sudah (Sahmura)
Kemunculan lagu kedua dalam Album Sahmura
Mendapat 25 mata, diundi oleh 5 forumner , highest voted @ no. 5
48
Melawan Kesepian (Hadiah Drpd Hati)
Sebuah lagi lagu single pertama di track pertama.
Antara album terhebat Siti Nurhaliza...
Ini adalah lagu ke-7 dalam senarai (ke-4 paling popular)...and few more to come
Mendapat 25 mata, diundi oleh 7 forumner , highest voted @ no. 1
47
Kedamaian (Pancawarna)
Sebuah lagu kicau burung rimba....tenang....
Kali terakhir lagu album Pancawarna muncul adalah di tannga ke 94
Mendapat 27 mata, diundi oleh 5 forumner , highest voted @ no. 3
46
Bisikan Asmara (Siti Nurhaliza 2)
Lagu yang memasuki peringkat Akhir Juara Lagu...kali pertama dalam kategori Pop Rock
Mendapat 27 mata, diundi oleh 5 forumner , highest voted @ no. 3
(sama macam tangga 47, cuma kelebihannya ada 2 org voted this song @ no. 7)
Beri Sumbangan Menambah Kredit Daripada 5 lagu di atas berikan lagu mana pilihan anda
Dan berikan salah satu info berikut : 1) Lirik 2) Video Klip Link (Official / Konsert / Persembahan) 3) Info/Trivia
Tarikh tutup sumbangan bila list seterusnya keluar
Tabung Sumbangan Sehingga Kini (termasuk kuiz meneka)
Dan kini ku menanti
Kau bersuara
Tidak mungkin aku yang
Memulakannya dulu...
( korus )
Jika engkau cuba mengerti
Apa yang tersirat dihati
Apa lagi perlu kau ragu
Ku milikmu
Cubalah engkau menghayati
Isyarat cinta yang diberi
Jika dirimu tahu
Ku milikmu
Jangan nanti
Debarku kian berakhir
Menunggumu berubah pula
Nanti hatiku
Yang kumahu
Dirimu
Mendekatiku
Kemaskan langkahmu
Aturbicaramu
Manisnya kurasa
Andai bersama oh...
( ulang korus )
Walaupun diriku
Sering saja diganggu
Dipujuk dirayu
Oh...
Hanya kau difikiranku
Dirimu yang ku nantikan