CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bangcak

maksud tersirat lagu2 m.nasir

  [Copy link]
Post time 24-12-2010 04:25 PM | Show all posts
Setahu aku cover album M.Nasir masa dia ngan Kembara diambil dari lukisan S. Amin Shahab yg meru ...
highcastle Post at 24-12-2010 14:30

ooh itu biras bukan bisan
banyak awak tau pasal M Nasir ye..emm sebenarnya M Nasir dan loloq dah lama tau pasal propaganda semua ni..kajila lagu2 dia Apokalips , Anak-anak Kita..cuma orang yang dah mengenal tak kisah dah semua tu.. seperti dalam lirik lagunya : " Aku tak mahu dijadikan hamba lagi.." dalam lagu 'Rajawali Terbang Tinggi" dan Anak-anak Kita..Fikir..selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu.."
lagu Akar Kita dan beberapa lagi....

ini saya quotekan lagu M Nasir yang mengkritik tentang manusia yang mudah menyalahkan tentang freemason dan macam2 lagi..

Bukalah Hatimu

Mereka bawa perang di kaca TV
Secara 'live' melalui satelit
Yang untung broker teknologi
Yang kita hanya dapat kemeja-T

CNN bawa berita beruang luka
CIAkah yang menembaknya
Amerika sibuk mencaturi dunia
Beban sengsara hutang bertambah
Di dunia ketiga
Dunia ketiga

Bicara tentang penghapusan Marga
Marga mana yang harus dihapuskan
Arya semit, Negroid, Mongoloid
Siapakah kita di sisi Tuhan

Salahkan Zionis
Atau Freemason
Salahkan Nazi
Dan Klu Klux Klan
Salahkan orangtua
Salahkan sejarah
Salahkan semuanya
Tapi dirimu

Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Buka hatimu
Pada kebenaran

Haruskah kita diperdayakan
Dalam permainan dalang tua
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Haruskah kita sama menyertai
Skim kehancuran ini
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Mudah sangat menyalahkan orang
Bila diri ditimpa malang
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

M. Nasir rap:
Yo! berapa kali Abang M. Nasir
Nak bilang, nak ulang
Kalau nak tahu cerita
Mesti tahu tajuknya
Kalau tak faham, bertanya
Jangan hentam keromo
Nanti takut-takut salah tarik
Nak tarik ular lidi tertarik naga
Hitam campur putih memang kelabu(lah?)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2010 04:44 PM | Show all posts
sapa2 ada igt yg lagu dia kena banned dlu...yg dlm lirik lagu tuh.. "siapakah mahathir?"
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 08:32 PM | Show all posts
ooh itu biras bukan bisan
banyak awak tau pasal M Nasir ye..emm sebenarnya M Nasir dan loloq d ...
miftahuljamilah Post at 24-12-2010 16:25


Sowi..biras...konpius kejap...mmm..aku mmg dah lama mengenali M.Nasir nie sejak dari terbitnya album Kembara pertama yang mana gabungan M.Nasir, A. Ali dan S.Shahlan sebelum tu M.Nasir ada menghasilkan album solo tak silap aku "Pencinta Seni" dan seterusnya berduet ngan Yunizar Hussin...masa album "pencinta seni" byk lagu2 saduran dari penyanyi lain...Aku mengenali penulis lirik loloq melalui lagu "Seloka Jegela Melayu" dan aku rasa liriknya penuh sinis...Loloq juga menggunakan nama Nurbisa di mana lirik lagu "Mentera Semerah Padi" bagi aku mmg serasi betul dgn lagu tersebut... Lirik lagu "Di Jalan yang Sesat" dihasilkan oleh Bob, dan tak silap aku lagu ini digam oleh RTM... Bagi aku M.Nasir menghasilkan album bukan untuk berhibur semata-mata tapi mengajak untuk kita berfikir tentang liriknya...Selain dari itu M.Nasir juga banyak menghadapi dugaan..pernah buat isu kontroversi contohnya isu "Siapa Mahathir?" selain dari itu kehilangan insan tersayang dan sahabatnya Nana & Loloq...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 08:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by loQlaQ at 25-12-2010 08:31
ooh itu biras bukan bisan
banyak awak tau pasal M Nasir ye..emm sebenarnya M Nasir dan loloq d ...
miftahuljamilah Post at 24-12-2010 16:25


kihihihee laguh Bukalah Hatimu tuw m.nasir teghrebey khas spesel wat puak2 hat dok taksub yaamat dgn motto depa: "the truth is OUT there..." Deypa tak peghrasan ka yg donia nih direka base on false system of laif? "dalam dok kalut deypa gagah gih atoq; bila dah siap atoq, deypa gak la yg gih wat kalut balek" emmmh penyudahnya gih pakat nyalah ghrata...

Seekers out there..., gih la 'nyelam' carik kebenaran yg ada di dalam/pada diri snirik: "the truth is IN here... "lebeh hampir dari orat lehiarq mu snirik" chewaaahh
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 12:41 PM | Show all posts
kihihihee laguh Bukalah Hatimu tuw m.nasir teghrebey khas spesel wat puak2 hat dok taksub yaamat ...
loQlaQ Post at 25-12-2010 08:03


hehe.setuju sangat..mencari kebenaran diluar walhal dalam diri sendiri juga...selagi tak jumpa diri..selagi itulah dok caghi kot luaq sana..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2010 05:09 AM | Show all posts
berbunga2 lirik lagu dia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2010 08:41 AM | Show all posts
berbunga2 lirik lagu dia ni
jepukpisemase Post at 26-12-2010 05:09


berbunga-bunga dan berlapis-lapis..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 12:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by miftahuljamilah at 27-12-2010 12:38

Keroncong untuk Ana

Benarkah tiada bagiku

Ruang di hatimu untukku bertapak

Walaupun sejengkal jari

Agar dapat ku berdiri

Di ambang pintumu



1

Kemana

Hilangnya keroncong

Oh! cinta yang kita

Nyanyikan bersama



Ataupun

Aku yang bersalah

Hanya menepuk tangan

Sebelah saja



Ana.. Ana..

Ana.. Ana..



( ulang dari 1 )

Tiada ku sangka akhirnya

Kau tutup semua

Pintu cinta untukku

Hinggaku

Termanggu tiada

Arah nak ku tuju

Membawa hatiku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2010 12:37 PM | Show all posts
Reply 148# miftahuljamilah

Ana dalam Bahasa Arab bermaksud saya..sebenarnya lagu ini juga mempunyai  2 tafsiran cinta kepada Diri atau kepada wanita bernama Ana..tidak janggal kedua2nya boleh saja diertikan. ia juga luahan cinta bagi diri batin..mengenali diri dan pencipta dengan sebenar2 mengenal akan tercapaila segala maksud..namun pabila tidak mengenal diri..maka hilangla arah tuju dalam hidup jika pintu mengenal ditutup.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 04:00 PM | Show all posts
wahhh..bestla benang ni... hrp korg leh tambahkan byk info. selama ni dgr lagu m nasir gitu2 je. takdela menghayati sgt.. bila baca thread ni rasa mcm best lak lagu2 dia rupe2nye
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 04:57 PM | Show all posts
Reply  sejarah

hehe..saya teringat dulu M Nasir gelak je budak2 Mentor nyanyi lagu2 dia..."koran ...
miftahuljamilah Post at 23-12-2010 15:58



    mmg betul pun yg dia ckp.. orang bukannya paham pon..
hanya yg org2 yg dipilih shj yg boleh memahaminya..
lagu Phoenix Bangkit Dari Abu dan Raikan Cinta memang begitu jelas sekali message nya..
adakah anda sebenar2nya islam, atau adakah anda Islam KETURUNAN????
fikir2 kanlah..  
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 05:10 PM | Show all posts
ni semua freemason ni... huhu.... freemason ni, ah.. konspirasi ni yuuhuu!! Mintak izin lari lintang ...
kawankau Post at 6-12-2010 15:06



    m nasir bukan berfahaman freemason
beliau adalah seperti sy dan anda semua, insan yg berperanan sbg khalifah di muka bumi Allah
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 10:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by alesandra at 28-12-2010 12:00

Reply 140# highcastle


bikin filem tuh sesuai dijadikan lagu tema setiap FFM.sangat relevant.mentaliti sama je dari zaman tok kaduk sampai skrg.

satu lagi nak tanya...lirik cinta kristal tuh sape yg tulis?kalo mengikut cover album ...nasir jani.tapi promo hantu kak limah balik rumah tertera bob lokman???
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 10:47 AM | Show all posts
sapa2 ada igt yg lagu dia kena banned dlu...yg dlm lirik lagu tuh.. "siapakah mahathir?"
susano Post at 24-12-2010 16:44



a'ha kalo tak silap dia tak ckp siapa mahathir...cuma...dlm lirik tuh dia ade mention ...'siapa engkau..dan siapalah aku'.lagu dlm album  search ...tajuk lagu-paranoid.ingat2 lupalah.kalo sape2 fanatik search leh confirm kan.anyone??
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 03:30 PM | Show all posts
Hijab Kekasih
Malai Rinduku Merintih Kecintaan

Duduk Termenung Hanya Bingung Kerinduan

Walaupun Jauh Dari Nyata Kasih dan Sayang

Kasih dan Sayang Telah Lama Kusatukan

Semua Kasihku Dalam Gemala

Ke Laut Jawi 'kan Kukirimkan Sana

Duhai Kasih Hijabmu Di Sini

Masyur Rupamu Di Mata Kalbi Ini

Berbaringan Diusik Rindu Azali

Di Manakah Kekasih Yang Jauh Dariku

Memakan Debu Rindumu

Segenap Nafasku Melihat Renunganmu

Wangi dan Harum Kau Kekasih

Antara Lamunan Segala Kalimahku Ini

Siapa Yang Mengerti

Menghilang Tahun Kutahan Dahaga

Setelah Habis Madah Untuk Sang Puteri

Pautan Kasih Kukenal Sendiri

Teringin ku Melihat Sebalik Hijabmu

Wajah Yang Kupuja

4

Kekasih Lama Sudah aku Merindu

Larut Nan Denai Larat Nan Damai

Haram Kelamin Untuk Kita Bercerai

Rasa Kasih dan Sayang Dalam Keredaanmu

Ulang 4
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 03:50 PM | Show all posts
bagai terbuai-buai meneliti lirik lagu ini..perasaan yan tidak bisa diungkapkan dengan kata-kata ...ianya terlalu abstrak untuk diceritakan..kerana kasih dan cinta ini tidak ditujukan kepada kekasih lawan jenis atau jantina..malah ia lebih dari itu...ia mengungkap perasaan rindu padaNya...walaupun kekasih 'terhijab' rupa namun qalbu dapat melihatnya ..demi rindu yang ditanggung sejak azali..perasaan ini terlalu dalam ..menanti hijab dibuka..mengenali Kekasih melalui diri sendiri..perasaan ini tak mungkin terhapus setelah dalam redha meredhai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2010 04:12 PM | Show all posts
sapa2 ada igt yg lagu dia kena banned dlu...yg dlm lirik lagu tuh.. "siapakah mahathir?"
susano Post at 24-12-2010 16:44



haa?... pesen tuw ka hang dengaq? setau ceq itu jawapan/soal- balaih 'kontroversi' m.nasir (taim tu acara rehearsal mejelih...) bila wartawan mintak komen dia pasai Mahadet bakal tersenarai tetamu vvip kat majlis Malam Puisi tajaan Utusan, mohkaluw tak khilaf na... sekitar bulan May,1996.

emmh ceq takmoh nak ulaih lebey2 pasai nih soalan hang & jawapan ceq nih pon kaluw tak kena gayanya bleh jadi habuan umpan puak2 politaik masuk daun... sat gih jahannamullazi thread abe cak-kun-cak kita nih kekekekkk betui kata cicak!

psssstt... tok-tok lebai pekah pun tgh dok standby nunggu 'strong' signal jah kaluw puak2 pro thread nih terlajak gih bolen kupaih tak ketahuan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 12:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by NBI86 at 29-12-2010 00:02
sapa2 ada igt yg lagu dia kena banned dlu...yg dlm lirik lagu tuh.. "siapakah mahathir?"

susano Post at 24-12-2010 16:44


siapa mahathir tak pernah ada dlm lirik lagu m nasir.


insiden tu berlaku semasa rehearsal Malam Puisi Utusan
kalau tak salah...mlm tu m nasir minta dikecualikan dari ambik bahagian dalam program tu sbb dia perlu balik ke singapore kerana ayah mertua tengah tenat.

tapi pihak penganjur mcm tak benarkan dgn alasan dr M akan hadir sebagai tetamu kehormat...
tu yg keluar "siapa mahathir" (compared to ayah mertua dia yg sedang sakit tenat)

dan memang pada "Malam Puisi Utusan" m nasir betul2 tak dapat datang kerana balik ke s'pore menghadiri majlis pengkebumian ayah mertua dia...

wartawan mengkontroversikan "siapa Mahathir"...

karya m nasir telah dibekukan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 12:09 AM | Show all posts
tapi...ade  lagu m.nasir yg spritual yg tak complicated.cth...kau yg satu.maybe sbb ramli sarip nyanyi lagu neh dgn bagus sekali org tak sedar atau tak ambik peduli ini lagu dan lirik dari m.nasir...

Kau Yang Satu
Artist: Ramli Sarip
Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu....

alesandra Post at 24-12-2010 11:18


ni link kalau nk dengar m nasir nyanyikan sendiri lagu ni...  


http://www.filestube.com/2IB4wLqRsvfHoA9Wo9gy1p/M-Nasir-Kau-Yang-Satu.html
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 11:45 AM | Show all posts
Reply 158# NBI86
oooo mcm tu ka crita dia..aku pn dh lupa sbenaqnya camna crita dia..hehehe.. mekacih no tlg habaq...
ok2 isu takleh nk teruskn satg jd cam loqlaq kata ada geng politaik cuba nk exploit plak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.461068 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list