aku pun ade pengalaman seram lebih kurang gini....
aku selalu terjadi tdo sedar dan susah nak bangun sejak beberapa tahun lalu sehigga sekrang..masa aku tdo tu aku boleh nampak ape yang ade depan mata aku dimana je aku tdo, aku memang sedar aku tdo sebab rasa badan tak boleh bergerak dan aku boleh dengar suara2 di sekeliling dan tahu apa yang sedang berlaku
yang paling perit dan sakit bila tiap kali aku nak try bangun teramatlah susahnya...sehinggalah aku akn terus masuk ke alam mimpi kononnya aku telah bangun tetapi pada hakikatnya aku masih tdo. Setiap kali terkena macam tu aku takut dan risau. Macam2 ayat aku baca dan aku akan masuk ke dalam mimpi sambil masih membaca surah2. Allah swt sahaja yang tahu betapa sakit perasaan itu. Ilmu agama juga tidak sampai ke thp mengungkap peristiwa jadi aku sdr tidak tau apa yg sdg aku alami.
Seramnyer.. kalau aku jadi ko.. aku try terbang..
Alang2 mcm tu, leh la merasa trbang jap kat udara...
Pergila New York jap ker.. Pastu balik ... HEeheheh
aku pun skrg ni ade gak merasainye...bila aku tertidur..tp pd masaa sama aku bole nmpk paemandangan bilik tidur aku....tp entah la...mgkn mengigau kot...
boleh jer...klu aku nak terbang...aku boleh terbang...aku juga seringkali terbang tapi akn terus masuk ke dalam mimpi..boleh hinggap kat pokok2 macam burung
lagi satu, beberapa bulan selepas aruah ibu meninggal aku pernah jumpa dalam mimpi dan berbual bertnyakan kabar dan bertanyakan roh2 sperjuangan yang ada bersama ibu, dan ramai telah aruah bagi tau dan termasuklah nenek yang masa tu belum meninggal dan 2 bulan selepas itu, nenek menemui ajal.kejadian ini baru lagi sebulan yang lalu berlaku...sungguh aku tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya pada diri ini...
dont mean to be rude tp setiap roh muslim mahupun non-muslim akan pergi ke satu tempat saja iaitu alam kubur. di sana ia akan disoal. klu trjumpa dlm mimpi tu, bukan roh tp jin atau syaitan. syaitan boleh menyerupai sesiapa pun kecuali rasulullah.
mak aku pernah citer yg hal mcm ni pernah jd kat arwah akak aku..
menurut citer mak aku .. arwah akak aku citer yg masa tu dia dah tido tp tiba2 dia rasa ringan & terapung.. bila arwah tgk ke bawah..arwah nampak jasad dia atas katil..
setakat tu jer yg mak aku citer.. mcm mana roh arwah boleh masuk ke jasad semula takder plak mak aku citer & aku tak plak bertanya...
menurut kata mak aku gak.. arwah akak aku ada amalkan zikir yg di ajar oleh seseorg..tp lepas kejadian tu arwah akak aku tak amalkan lg zikir tu sbb arwah ni takut & troma dgn apa yg dah jd.
kadang2 korang ada time yang tengah tido,,tiba2 mimpi jatuh or tiba2 tersentap terbangun tido..itu namanya roh masuk dalam jasad serta merta dalam keadaan kelam kabut..
Nice info. Aku selalu tersentap bila bangun tidur. Boleh aku tanya? Kalau setiap hari bermimpi, benda tu normal tak? Kadang-kadang terlelap 5 minit pun termimpi. Kalau waktu malam tu toksah citer la.
kalau x silap aq la.fenomena ni dipanggil astral projection.benda mcm ada secara sengaja dan xsengaja.kalau yg sengaja ni dia memerlukan latihan yg berterusan smpai bleh keluarkan roh dari jasad.(mcm meditasi la).astral projection ni berlaku bila otak kita berada dalam gelombang theta.AP ni juga dipanggil Out Of Body Experience
Itu dalam bahasa jawanya
Saintis Barat sudah bnyk mengkaji aktivit paranormal yg di sebut astral projection dan OBE ini. Dan jgn terperanjat jika saya katakan kerajaan Barat / China / Israel sudah ada skuad khas yang mampu utk membuat astral projection dgn tujuan kepentingan negara mereka seperti membunuh / menculik roh musuh2 mereka secara halus.
Jadi kita sebagai orang Islam wajib berlindung kepada Allah dari serangan musuh2 Islam dan org kafir ini.
menarik pengalaman TT dan semua yang pernah alaminya. bila fikir2 balik saya pun pernah alaminya tapi taklah sedetail TT.
apa yang saya ingat masa tu saya tido petang (saya jarang sangat tido petang sebenarnya, kecuali terlalu penat. kalau tido petang pun mesti sebelum Asar). masa tu saya dah terjaga tapi tak boleh nak bangun. badan rasa ringan tapi tak terapung. saya cuma baring atas katil dengan mata terkebil2 memandang sekeliling.
puas usaha nak bangun tapi tak boleh. even nak gerakkan jari pun tak boleh. sampai satu tahap saya rasa hampir2 nak lemas barulah dapat bangun dalam keadaan tercungap2 macam sesak nafas.
apa kejadian ni sebenarnya ye? harap yang tahu dapat bagi pencerahan kepada saya. terima kasih.
Hehe.. Aku pun penah alami keadaan yang sama macam TT tp masa aku umur 11 thn.
Waktu pagi dlm pukul 7 pagi. Aku bangun dari tido and turun dr katil atas double decker. Pintu bilik tertutup and bila aku pusing belakang nak amik towel, aku nampak aku tengah tido lagi. Elok je terbaring mengiring. Aku cuba kejut diri sendiri tapi tak dapat. Nak pegang tak boleh, duk jerit pun mcm aku yg tgh tido tu pekak je. Aku punyalah takut sampai berlari keluar. Masa tu pintu mmg tertutup tp aku boleh tembus. Nampak maid aku tgh sapu sampah depan bilik aku and adik2 aku tgh tgk TV sambil main toys
Aku duk menjerit-jerit mintak diorg kejutkan aku. Siap menangis tanya kenapa diorg tak nampak aku and taknak kejutkan aku. Memang panik sebab aku kan kecik lagi. Then tetiba aku makin terapung naik. Makin lama makin sampai ke siling. Time ni aku makin kuat nangis. Aku memang ingat aku dah mati. Bila aku dah nak tembus siling tu, tetiba aku terus masuk jasad aku balik and terus terjaga. Mcm vacuum effect tp teramat laju masuk bdn balik.
Masa terjaga tu mmg aku tgh menangis. Aku terus bukak pintu and tgk maid aku bebetul sapu sampah. Aku siap boleh ingat mainan apa dia main, kaler apa semua and aku siap boleh ingat rancangan tv time tu even aku tak toleh pun kat tv.
Itulah pengalaman yang bagi aku sangat menakutkan. Takut sebab aku takde control over badan aku and aku tak tahu apa yang akan jadi. Haih.. Dah berpuluh tahun pun aku still ingat dengan jelas lagi..
Kenapa nak peliknya? Sejak beribu tahun dulu ilmu keluar roh dari badan ni sudah ada. Dan jgn fikir org Islam je ada ilmu ni. Bahkan para kejawen Jawa, sami2 Buddha dan rabbi2 Yahudi mahir dlm ini. Ini adalah sebahagian dari ilmu yg ada pertolongan dari golongan makhluk halus, dan ada juga mereka yg dianugerahi ilmu ini sejak lahir lagi.
Perlu diingatkan bahawa ilmu sihir yg paling ampuh datang dari negara Babylon ' Mesir ' zaman kuno serta di zaman kerajaan Nabi Sulaiman ketika bertapak di Palestin dahulu.
assalam,
kalau lah ikutkan pengetahuan saya yang seciput nie yang keluar dari badan itu bukanlah roh yang sebenarnya. Yang keluar tu mostly org panggil rawan. Roh kalau keluar, maknanya mati lah orang tu.
Manusia ini sebenarnya mempunyai 2 jisim, Satu jisim kasar iaitu tubuh badan kat luar satu lagi yang kat dalam dipanggil jisim batin. Jisim batin nie pun ada pecahan lagi sebenarnya. Roh adalah salah satu dari part diri kita yang halus tu.
Kalau diikutkan pendapat saya, sesiapa yang bermasalah rawan dok terawang aje kerjanya tanpa boleh dikawal, maknanya dia bermasalah. Ada cara nak atasi masalah rawan yang tak terkawal ni. Mostly rawan terawang disebabkan masalah gangguan juga. Kena carik punca rawan tu menerwang aje. Kalau dah cari punca dan diselesaikan, InsyaAllah masalah akan selesai.
Rawan nie sepatutnya boleh dikawal dan kebolehan mengawal rawan ini boleh kalau betul2 faham , time jaga pun boleh dikejutkan dan digunakan, Tak sepatutnya berlaku rawan terawang2 time tidor nie, ada sebab pencetusnya.
nak tahu..telefon no tel kat blog saya. InsyaAllah.
setuju dgn 800wg. klu roh keluar dari jasad mati la org tu. bnda ni ada orang panggil "meraga sukma"/astral projection. klu x silap dah ada thread ttg bnda ni kat cari.
Maksud saya bukan Nabi Sulaiman a.s yg mengamalkan sihir. Orang2 di zaman nabi Sulaiman itu yg mengamalkan sihir. Ilmu sihir diturunkan oleh Malaikat Harut dan Marut dgn tujuan utk menguji keimanan dan keilmuan manusia di zaman itu. Siapa yang mengamalkannya, maka gagallah dgn ujian.
Roh ada bnyk lapisan. Roh yang keluar terus dari jasad sudah putus atau tanpa ada talian / lapisan sudah dikira mati. Roh yg keluar tetapi masih mempunyai talian dgn jasad di gelar meraga sukma. Tidak ada yg mustahil di dalam perbendaharaan ilmu Allah s.w.t.