CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ultra78

[Jenayah] 'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui

[Copy link]
Post time 24-12-2024 12:04 AM | Show all posts
Di IG storynya, wanita itu mendakwa Lily adalah kucing kelima yang didakwa dibunuh di universiti terbabit dan turut mempersoalkan bagaimana kejadian itu berlaku selama berbulan-bulan tanpa tindakan diambil.


kalau bukan bakal pembunuh bersiri, mungkin ada individu/kumpulan yg berkecimpung dgn pembuatan dan penjualan video animal snuff films ke dark web. ahli animal abuse group nih kebanyakannya pelajar2 universiti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2024 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
RIP Lily. Sama ada pelakunya manusia atau anjing,semoga dapat ditangkap. Kalau anjing liar lagi mudah,jumpa terus tembak
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 23-12-2024 07:50 PM
Protect nama University kut..malu la UM ada psikopat

Dengan kes lecturer hamsap lagi...Bertubi2 kejadian memalukan
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 07:51 AM | Show all posts
___ replied at 24-12-2024 07:46 AM
Dengan kes lecturer hamsap lagi...Bertubi2 kejadian memalukan

tah2 lecturer tu punyer angkara mutilated kucing2 ni

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2024 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
___ replied at 24-12-2024 07:46 AM
Dengan kes lecturer hamsap lagi...Bertubi2 kejadian memalukan

Konon University paling bagus ..tapi penuh dgn jenayah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Plot twist mmg anjing liar yg buat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 03:12 PM | Show all posts
nak tunggu sampai kerat students2 pulak

baru la gelabah ketets smorang

mcm tak biasa
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 03:40 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 24-12-2024 03:12 PM
nak tunggu sampai kerat students2 pulak

baru la gelabah ketets smorang

dia aim budak2 dulu..  baru orang dewasa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x suka haiwan pon, jangan la bunuh dengan kejam. Area rumah aku ni anjing kemain garang, siap kejor2 budak kat taman. Aku report majlis je la. X sampai hati la nak racun ke, gelek sampai mati ke.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 04:52 PM | Show all posts
zehra2 replied at 24-12-2024 07:40 AM
dia aim budak2 dulu..  baru orang dewasa..

ni budak medic or vet tgh prektis practical gamak

ni awat nak suh vet private yg buat post mortem pulak. UM takde lab takde expertise ke? kata uni nomo syatuuu?

apa guna unit ni kat UM? at this stage, pls la conduct internal investigation and sila buat pc, make sure transparent lah , takde nak kaverline ke kaverina..

ANIMAL EXPERIMENTAL UNIT (AEU)
Faculty of Medicine, Universiti Malaya

The Animal Experimental Unit (AEU) was established in 2012 and is a 5-storey laboratory animal research facility of the Faculty of Medicine (FOM), University of Malaya. FOM also operates four satellite laboratories at the department of Biomedical Sciences, Parasitology, Pharmacology and Physiology. AEU and its satellite laboratories are AAALAC International accredited. AAALAC stands for the 'Association for Assessment and Accreditation of Laboratory Animal Care'. AAALAC International is a private, non-profit organization that promotes the humane treatment of animals in science through voluntary accreditation and assessment programs.

AEU participates voluntarily in AAALAC's program to demonstrate its commitment in achieving excellence in animal care and use, promoting advancement in quality laboratory animal research, while ensuring a balance between scientific rigor and integrity in animal experimentation, and complying with national laws that regulate animal research.




Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 05:11 PM | Show all posts

obvious sgt kaki meow ni kena potong dgn manusia
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 24-12-2024 12:04 AM
kalau bukan bakal pembunuh bersiri, mungkin ada individu/kumpulan yg berkecimpung dgn pembuatan da ...

Ini pun logic jugak. Student kan selalu x berduit, lepas tu x sedar diri nk pakai iPhone . Jual video mcm ni kat dark web masyuk kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2024 10:07 PM | Show all posts
Kes kematian kucing: Rakaman percakapan aktivis haiwan akan diambil
Oleh AZMI NORDIN
24 Disember 2024, 6:19 pm

Antara kucing yang ditemui mati dalam keadaan kejam di dalam kawasan Universiti Malaya (UM), di sini, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berhubung kes kematian kucing di kawasan Universiti Malaya, di sini serta kenyataan yang dikeluarkan seorang aktivis haiwan berhubung kes tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, rakaman percakapan pihak berkenaan akan diambil pada Khamis ini.

“Satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kes kematian kucing dan kenyataan yang dikeluarkan oleh aktivis haiwan seperti yang dilaporkan dalam media.

“Rakaman percakapan pihak berkenaan akan diambil pada hari Khamis,” katanya ringkas, hari ini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, aktivis haiwan, Shima Aris mendakwa kucing yang ditemui mati di UM dengan keempat-empat kaki seperti dipotong dan mempunyai luka besar pada badan dibunuh dengan senjata tajam.

Perkara itu diperoleh hasil pemeriksaan terperinci doktor veterinar yang turut melakukan ujian imbasan sinar-X ke atas kucing bernama Lily.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan siasatan ke atas kamera televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati sekumpulan anjing liar menyerang beberapa ekor kucing sehingga menyebabkan kematian.

Hasil semakan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan kecederaan yang dialami haiwan tersebut akibat serangan haiwan liar.  Setakat ini, polis menerima tiga laporan mengenai kejadian itu pada 17, 20 dan 21 Disember.

Bagaimanapun, tiada saksi yang melihat insiden tersebut berlaku.

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. – KOSMO! ONLINE.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2024 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 24-12-2024 04:52 PM
ni budak medic or vet tgh prektis practical gamak

ni awat nak suh vet private yg buat post mortem ...

yg bawak bangkai lily ke vet swasta tu aktivis. masa jumpa lily pihak um tanam je terus. student kot yg bantu aktivis tu gali balik bangkai dan hantar ke vet swasta. kalau suruh um yg buat sendiri, alamatnya tetap la kesimpulannya angkara anjing. kelab um animal guardian pon 2×5 je beria nak tuduh keje anjing, pastu dorang siap bagitau anjing2 tu dah ditangkap utk rehome (ntah ye ke idokk tu). kalau la bangkai lily tak dibawa ke vet swasta sampai ke sudah la takde bukti
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zehra2 at 25-12-2024 08:48 PM

student jumpa 2 lg mangsa baru.
anjing perut kna slash.  dan kucing.
NGO dah kata terus buat report polis.
bawak je bangkai tu skali.
nampak MO nya.. si pelaku tak kan berhenti.
semakin menggila. mmg ada strays yg tk dpt ditangkap mlm tu. sbb ada staf fakulti tk.bg amik.. haa jwb lah.. dah ler mlm tu dah nk bergasak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg fitnah anjing tu moga ditimpa bala...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2024 12:30 AM | Show all posts
Kali ini bukan kucing sahaja, bangkai anjing turut ditemukan di UM
Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]

GAMBAR fail, sukarelawan menyelamatkan kucing liar di UM, barui-baru ini. FOTO Tangkap Layar TikTok

Kuala Lumpur: Selepas lima kucing dilaporkan mati didakwa dibunuh di Universiti Malaya (UM), seekor lagi bangkai kucing ditemukan berhampiran pusat gimnasium universiti berkenaan.

Bukan itu saja, seekor anjing turut dilaporkan mati dengan diperlakukan jenayah sama.

Perkara itu dimaklumkan Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) menerusi satu kenyataan yang tular hari ini.

Menurutnya, penemuan itu dimaklumkan kepada Pejabat Keselamatan sebelum laporan polis dibuat.

"Saya sudah berhubung dengan Pejabat Keselamatan dan meminta mereka memperketatkan kawalan kemasukan ke Kampus.

"Kami juga dalam proses untuk mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup)," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

"Masih dalam proses siasatan awal," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, tular di media sosial penemuan dua haiwan iaitu kucing dan anjing yang dipercayai dibunuh dengan cara sama iaitu perut dibelah serta usus dikeluarkan.

Berdasarkan hantaran di media sosial, dianggarkan ada sekurang-kurangnya dua orang yang melakukan jenayah itu, supaya mereka dapat melakukannya dengan bersih dan tanpa disedari oleh sesiapa.

Kemungkinan ubat bius juga digunakan semasa melakukan jenayah itu bagi memastikan kucing dan anjing yang dipotong serta dikerat tidak mengeluarkan bunyi.

Sebelum ini, aktivis haiwan, Shima Aris tampil mendedahkan hasil pemeriksaan terperinci oleh doktor veterinar di sebuah klinik swasta terhadap kucing kelima mati bernama Lily yang turut melakukan ujian imbasan sinar-X ke atas bangkai haiwan malang berkenaan.

Sebelum Lily ditemukan mati, dua kucing lain yang keempat-empat kakinya seperti dipotong dan perutnya juga terbelah ditemukan tidak bernyawa di universiti itu.

Susulan kejadian itu, sebanyak 22 kucing liar di UM diselamatkan oleh sekumpulan sukarelawan yang prihatin dengan nasib haiwan berkenaan.

Disiarkan pada: Disember 25, 2024 @ 11:25pm

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.443162 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list