CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: girlwearsgucci

Pertemuan kedua - [U]

[Copy link]
Post time 9-5-2015 09:05 AM | Show all posts

xde sapa yg nak sambungkan plot ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2015 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita nie dah xada sambungan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 10:50 PM | Show all posts
citer ni mana sambungannya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 11:33 PM | Show all posts
tt..awok kt mna
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2015 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala..best2 baca..x de sambungan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 11:56 PM | Show all posts
tak ade dah ye sambungannya ?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-3-2017 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
assalamualaikum semua. pertama sekali nak minta maaf sangat-sangat menyepi selama 4 tahun. ( ya Allah lamanya). dah lama betul saya tak jenguk forum cari dan thread ni. dari zaman saya study sampai sekarang in shaa Allah bakal ke alam pekerjaan. saya akn cuba sambung sebaik mungkin.

saya panggil part seterusnya ini sebagai part kedua. dan 'aku' dalam part two ini adalah iqbal. ada sebarang teguran aduan semua saya terima.

enjoy reading.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2017 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
iqbal

"abang?"

telinga menangkap satu suara halus dan merdu. namun aku tidak segera berkutik. masih kaku.

"abang.. bangun.."

aku buka sebelah mata. dalam samar-samar aku lihat dia tersenyum. rambutnya terjuntai mengenai muka. harum.

" abang... bangun.." kali ini dia lebih mendesak. ditariknya hidung aku untuk terus jaga dari tidur.

"hmmm..." aku grunting. memberi isyarat yg aku sudah bangun.

" abang.. hari ni hari apa?" soalnya. dagunya disembam ke dada.

aku diam sebentar. mata kembali dipejam. " tengokla calendar."

diam. berat beban badannya hilang, mungkin beralih ke sebelah kanan.

merajuklah tu. aku cuba menahan tawa.

aku buka mata dan berkalih memandang dia yg sedang membelakangi aku. aku sengih.

perlahan-lahan aku ikut mengiring ke kanan. tangan menjalar ke pinggang. memeluk dari belakang.

"happy birthday, sayang..." bisik aku ke telinga dia.

aku menunggu sambil tersenyum. diam.

"sayang?"

masih diam. tubuhnya kaku. sejuk. haruman rambut juga menghilang.

"sayang?"

aku kalih badannya menghadap aku.

dan...

aku terjaga.

nafas laju. dada turun naik. peluh jantan merecik. perlahan-lahan aku duduk.

"astaghfirullah. astaghfirullah."

aku meraup muka. menarik nafas  seperti yang di ajar mereka. tarik nafas dalam-dalam. tahan. lepas. aku ulang dan ulang dan ulang. sehingga aku kembali tenang.

aku capai jam loceng di meja katil. 5 pagi. aku bergerak ke bilik air. mengambil wuduk. menunaikan solat sunat. memohon keampunan.

mendoakan mereka yang telah pergi.

usai membaca al quran, aku kembali duduk di birai katil. mencari-cari phone yang mungkin hilang di bawah selimut.

ada tiga missed call. dari syira.

aku berkira-kira untuk kembali menghubungi syira. namun jam menunjukkan pukul 5.40 pagi. subuh menjengah lagi 10 minit.

perlukah aku tunggu?

tiba-tiba phone vibrating. bahuku terangkat. terperanjat.

syira.

"hello. assalamualaikum. "

" iqbal? sorry. aku ganggu ke?" suara syira kedengaran serak. tidak pasti suara bangun tidur.

atau suara lepas menangis.

" tak. kenapa syira?" aku dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

" ana. ana dekat icu iqbal. dia accident."

di hujung talian kedengaran syira kembali sedu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2017 07:11 AM | Show all posts
cool , i have been waiting for 4 years man...dari habis masters sampai tika dan saat ni dalam keheningan malam hemisfera utara

welcome back ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2017 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
#16

"ana?"

farhana angkat muka. pandang aku dengan muka jengkel. aku sengih menahan malu.

" yang ni macam mana?" aku tunjukkan soalan matematik panjang dengan pen biru.

berkerut dahi farhana membaca soalan.

" saya kan dah ajar awak hari tu. basic dia sama je." balas farhana sedikit kasar. matanya garang.

tapi hatiku girang.

"sorry. boleh ana ajar sekali lagi?"

dia menarik nafas dalam kemudian lepas. dia menarik buku matematik supaya terletak elok di antara kami dan mula mengajar.

macam mana nak masuk dalam kepala ni kalau asyik pandang muka dia je?

" lepas ni ingat betul-betul. kalau lupa lagi, saya tak nak ajar lagi dah!" ugut farhana geram.

"doktor?"

aku terkejut. seorang pelajar menjengukkan muka di pintu yg sedikit terbuka.

aku pura-pura sibuk. bukan mahu mengelak untuk berjumpa, cuma aku segan. mesti dia nampak aku tersengih seorang tadi.

"maaf, doktor. doktor free?"

aku lihat jam. pukul 4.30.

"esok boleh? maaf. saya ada hal petang ni," jawabku dengan apologetic smile.

pelajar tersebut senyum dan mengangguk.

aku diberitahu syira waktu melawat di hospital pukul 1 sehingga pukul 2 petang. dan waktu lawatan seterusnya pukul 4.30 sehingga pukul 8 malam.

waktu lawatan tengah hari terlalu singkat. jarak dari universiti ke hospital agak jauh.

aku bertolak dengan segera. berharap jalan tidak terlalu sesak ketika ini.

sebaik tiba, aku bergerak menuju ke lobi hospital. mencari papan tanda icu.

mata bergerak ke sana sini mencari wajah yang dikenali. aku segera menghampiri.

" assalamualaikum, makcik."

ibu farhana sedang duduk bersama seorang lelaki. abangnya mungkin. ada persamaan pada wajah mereka.

ibunya memandang aku. mungkin sedang mengecam.

" makcik ingat kamu. yang hantar ana balik kan? maaflah makcik tak ingat nama." wajah tua itu kelihatan sembam. mungkin semalaman tidak tidur. hidung dan matanya merah. menangis.

" iqbal, makcik." balas aku pendek. aku kemudian bersalaman bersama lelaki yang aku sangkakan abang farhana. kami berbalas anggukan dan senyuman.

" syira tengah melawat ana. iqbal masuklah. doktor tak bagi masuk ramai." kata makcik. aku mengangguk.

" ana macam mana?"

" tak sedar lagi. doktor cakap kecederaan teruk di kepala. tadi diorang dah keluarkan pendarahan dalam kepala. doktor sendiri tak pasti bila ana boleh sedar."

makcik mengetap bibir. mata mula kembali merah. berair. si abang cepat-cepat peluk bahu ibunya. aku jadi speechless.

"sabar, makcik," kataku perlahan.

makcik angguk. aku meminta diri untuk masuk ke icu.

entah kenapa jantung aku berdegub kencang. aku melangkah perlahan-lahan mendekati katil 5. syira sedang memerhati kosong. matanya juga merah.

"syira."

"iqbal." syira sedut air hidung.

aku pandang farhana. kelihatan seperti sedang lena. kaki kanannya berbalut. pahanya patah. kepalanya juga berbalut. wayar banyak berselirat. tiub lagi. beberapa mesin yang tidak aku pasti untuk apa berada di kiri dan kanan katil.

aku beristighfar dalam hati. sedih melihat keadaan farhana.

" dia boleh dengar ke syira?"

" tak pasti. aku rasa doktor sedate dia." balas syira.

aku diam. lima minit aku di situ, syira ajak keluar icu. tidak tahan katanya.

sebaik keluar dari icu aku lihat makcik dan abang farhana sedang kaku memandang seseorang.

aku lihat syira. syira turut tergamam.

perlahan-lahan syira bersuara." daus."
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 05:16 AM | Show all posts
carry  on  haha io k4en aback track bila ada masa...

i think farhana jumpa daus dan daus ada  'kawan' / teman partner lelaki dia  kan?
HIv ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 12:50 PM | Show all posts
igtkan dah ada sambungan....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 06:01 PM | Show all posts
ovina replied at 7-3-2017 12:50 PM
igtkan dah ada sambungan....

dah ade tu dua posting terbaru ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
terreply post mbhcsf pulak.

nak ckp kat tt, laju betul awak. kita baru nak send karya kat penilaian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2017 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 7-3-2017 05:16 AM
carry  on  haha io k4en aback track bila ada masa...

i think farhana jumpa daus dan daus ada  'ka ...

hi mbhcsf. thanks sudi baca. awal2 tu girl rasa kena edit sbb some info mcm x kena. tapi for now mbhcsf cubela backtrack dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2017 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ovina replied at 7-3-2017 12:50 PM
igtkan dah ada sambungan....

kite da sambung awak.   sudi-sudila baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2017 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
wanawina replied at 7-3-2017 09:50 PM
terreply post mbhcsf pulak.

nak ckp kat tt, laju betul awak. kita baru nak send karya kat pe ...

eh sahabat lama.  

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2017 11:36 PM | Show all posts
girlwearsgucci replied at 7-3-2017 09:55 PM
hi mbhcsf. thanks sudi baca. awal2 tu girl rasa kena edit sbb some info mcm x kena. tapi for now m ...

yups , dah baca balik semula hahahahah , then baru recap apa yg jadi..
i salahkan Idlan as asbab.
daus well...as any guys would do...

so yups carry on

cukup timely masa dan takdir awak digerakkan hati menulsi because i boleh relax sekejap and read the story ...thanks ya



Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 01:56 PM | Show all posts
yeay dah ada sambungan...but....sambungla lagi...pls...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 12:06 AM | Show all posts
okay....ade lagi ke entry?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.065727 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list